I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

ABPBH : Rabbani Masih Pegang Rekod

Salam…

Ustaz Love jeling2 gak kat TV sambil buat2 kerja.. Sebagai peminat lagu2 nasyid, Ustaz Love memang menunggu bilakah masanya kumpulan nasyid lain nak merampas anugerah yg dah dipegang oleh Kumpulan Rabbani. Ustaz Love ingatkan populariti Rabbani akan semakin menurun selepas kematian vokalis utamanya iaitu Ustaz Asri Ibrahim.. rupa2nya belum lagi..

Kenapakah Rabbani masih unggul walaupun setelah sekian lama? Apakah tiada kumpulan nasyid lain yang mampu menyaingi kelebihan kumpulan Rabbani ini?

Sebenarnya, kelesuan telah lama melanda industri nasyid tempatan semenjak kumpulan2 nasyid otai ni tidak fokus dan ada yang lebih menjurus kepada bisnes lain.. spt Munif Hijjaz yang beralih kepada perfume.. Nazrey Johani juga telah meninggalkan Raihan dan bergerak secara solo.. ada yg dah jadi doktor.. yg jadi tak tentu arah pun ramai gak..

Kedahagaan peminat nasyid tempatan diubat oleh artis nasyid luar negara seperti Sami Yusuf dan Maher Zain.. Sbb itu nampak mcm fanatik sangat peminat Maher Zain.. padahal suara beliau biasa je.. sedap sikit je daripada suara Ustaz Love.. kihkih..

Berbalik kepada isu Rabbani ni.. Ustaz Love dah mengenali mereka2 ini (walaupun mereka mungkin tak ingat kat Ustaz Love) sejak zaman Nada Murni lagi.. waktu tu, selain membuat konsert persembahan, mereka juga menyediakan perkhidmatan menyewakan peralatan spt PA System, Sound System, lampu2 kelip2 dsb.. Masa group Ustaz Love buat konsert nasyid kat sekolah, sewa peralatan dengan diorg ni la..

Dan masa Ustaz Love dah kerja, mereka masih lagi menjalankan perkhidmatan tersebut.. Diorang ada team utk pasang sound system, diorang sendiri yg buat sound-check.. bukan semata2 datang menyanyi je..

Dan yg paling penting, mereka2 ini tatak sombong punya olang.. Inilah sebenarnya rahsia kejayaan mereka mengekalkan tahap mereka setelah berbelas tahun dalam arena nasyid. Kalau kumpulan lain, belum tentu akan dilayan.. Tapi kalau dengan diorg, insyaAllah akan dilayan.. teringat masa zaman arwah Ustaz Asri masih ada.. masih terngiang2 lagi kemesraan beliau walaupun dah jadi public figure…

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. Al-Fatihan buat Allahyarham Ust Asri..
    Smoga Rabbani trus mlakar tinta dakwah dlm bntuk alunan irama nasyid.. ssuai dgn generasi anak muda skg.. ^_^ InsyaAllah

  2. ustaz memng bijak la buat entri tentang ABPBH ni, dalam semua orang kalut bercerita tentang bintang yang popular, ustaz bercerita tentang nasyid..perghh tabik la kat ustaz..saya sokong sokong rabbani, hijjaz, mestica, inteam dan tak lupa raihan yang banyak berjasa..

    1. aikk.. dah rasa mcm pegawai tentera plak ada tabik2.. hehe

      Kena ada check and balance.. orang cerita pasal artis, kita pun cerita pasal artis.. tapi orang cerita gossip artis, kita kena cerita kebaikan artis (rajin menderma ke, dah bertaubat ke, dapat hidayah ke).. sbb artis ni idola ramai org.. jadi, bila artis buat baik, insyaAllah ramai yg akan terasa nak buat baik.

      Teringat zaman Wardina mula2 pakai tudung dulu.. berapa belas ratus ribu wanita dapat hidayah nak bertudung.. walaupun pada asalnya nak tiru Wardina, tapi lama2 dapat istiqamah.. malah tudung yg dipakai mereka lagi labuh daripada Wardina sendiri πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme