Salam…
Dah lama Ustaz Love tak membuat review tentang keyword carian kat blog Ustaz Love.. Ada satu keyword yang Ustaz Love pun tak pasti apakah sebenarnya ia.. Adakah ianya suatu bentuk soalan, aduan, luahan ataupun apa..
Keyword kali ini ada kaitan dengan tajuk di atas..
Mungkin ianya keyword carian daripada seorang ibu / ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang ego.. Ego itu walaupun dikenali juga sebagai jenama sebuah motosikal (Yamaha Ego), tapi rasanya takde kaitan dengan motosikal..
Sifat ego ini sebenarnya ada pada setiap manusia.. Kerana dalam diri manusia itu sendiri ada unsur baik dan unsur jahat.. Sifat ego merupakan salah satu unsur jahat yang dipunyai oleh Iblis (sewaktu enggan sujud kepada Adam a.s.) dan menjadi sebahagian sifat popular manusia yang terpengaruh dengan bisikan Iblis dan Syaitan ini..
Sifat ego lahir daripada sikap suka meninggi diri dan menganggap orang lain rendah, lemah, berkurap, hina dsb.. Padahal semua manusia sama saja di sisi Tuhan.. Yang membezakan cuma Iman dan Amal sahaja..
Jika kita mempunyai ahli keluarga yang bersifat ego ini, maka yg pertama sekali kita kena bersabar.. Kerana sabar itulah yang paling dituntut pada peringkat permulaan.. Kemudian, ambil wuduk dan solat sunat (tahajjud ke, hajat ke) minta pada Allah supaya memberi kesedaran kepada mereka2 yg bersifat ego itu.. Sbb ego itu datangnya daripada dalam diri (hati).. dan Allah itulah pemilik hati manusia.. Bila2 masa Allah boleh membolak-balikkan hati manusia.. daripada jahat kepada baik.. daripada baik kepada jahat.. seperti mana Saidina Umar yang berniat nak membunuh Nabi s.a.w. tetapi Allah telah membalikkan hatinya kepada membela Nabi s.a.w. sehingga ke akhir hayat Baginda dan akhir hayatnya sendiri..
Jangan berputus asa daripada rahmat Allah.. insyaAllah, jika kita bersangka baik dengan Allah, Allah akan memakbulkan permintaan kita yang sentiasa bersangka baik kepadaNya..

Lenturlah anak2 dengan acuan ISLAM,
insya-Allah itulah solusi terbaik..
nice!!
betul3x.. jangan pening2 nak buat acuan lain… ikut je mana yang Nabi s.a.w. dah tunjuk π
info yg berguna ustaz… trimas…. π
terima kasih kembali melati π
kdg2 bkn salah ibu mengandung…anak2 yg lain ok2 ajer, sorang ajer anak yg ego ie perangai buruk…kisah benar berlaku to my relatives
dalam setandan pisang, tak semuanya elok.. memang biasa berlaku.. tak kira sama ada keluarga ulamak ke, orang biasa ke.. semua tu adalah ujian untuk meningkatkan iman dan darjat di sisi Allah.. π
btol tu…jgn berhenti mengharap rahmat Allah..
bila kita berhenti mengharap pada Allah, maka tiada lagi harapan untuk kita di dunia ni.. sbb tu kebanyakan org yg bunuh diri itu disebabkan dah putus harap π
Huhuhu.. Tapi ego ni kadang2 perlu jugak kan? Ngee π
Entry Terbaru : Kisah Zaman Dahulu Hingga Kini
Ego tak diperlukan dalam diri manusia.. sbb Allah sendiri menyuruh manusia merendah diri.. sbb sifat ego, takabbur, meninggi diri dsb hanya layak untuk orang besar dan tuan sahaja.. sedangkan kita ini hanyalah hamba kepada Tuan (Allah).. π