I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ucapan Ketika Susah Dan Senang

Salam…

Ustaz Love buat beberapa hari ni agak struggle untuk meneruskan kehidupan.. Biasalah.. hidup atas dunia ni, mana ada yang takde masalah.. Orang kaya dengan masalah orang kaya.. orang miskin dengan masalah orang miskin… orang bekerja dengan masalah kerjanya.. orang tak kerja dengan masalah pengangguran.. Walau apa jua masalah yang melanda, pertamanya kena sabar.. kerana ia merupakan ujian daripada Allah.. dan ucapkanlah Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. kemudian, amik la wuduk dan lakukanlah solat (solat hajat ke, solat taubat ke, solat istikharah ke dsb) dan mintalah pertolongan daripada Allah..

Sesetengah orang memahami ucapan inna lillah itu hanya apabila kita menerima berita kematian, tapi sebenarnya penggunaan ayat itu lebih luas konsepnya..

Dalam al-Quran, Allah menerangkan perihal konsep ucapan inna lillah ini :

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: โ€œSesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.โ€
” (al-Baqarah : 155-156)

Yang ditebalkan (bold) itu merupakan terjemahan kepada ayat inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun..

Bermakna, setiap kali kita ditimpa kesusahan atau menerima perkhabaran yg menyusahkan hati dan fikiran, maka ucapkanlah inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. dengan memahami maksudnya… bahawa setiap kesusahan yang kita alami itu sebenarnya adalah ujian daripada Allah… kita ini cuma hambaNya saja.. takde daya upaya melainkan dengan izinNya..

Apabila kita memahami perkara ini, maka hati kita akan tenang dan tidak gelisah walaupun berdepan dengan ujian yang mahakarya maha berat.. dan mintalah pertolongan Allah untuk membantu kita dalam menghadapi ujian tersebut…

Jadi, apabila menerima perkhabaran ahli keluarga jatuh sakit ke, jiran jatuh tangga ke, member jatuh motor ke dsb.. maka ucapkanlah innalillah.. dakwahkanlah kalimah ini kepada orang lain… agar mereka mengetahui penggunaan sebenar ayat ini..

Itu kalau kita menerima ujian berbentuk kesusahan.. kalau kita menerima nikmat dan kesenangan, maka ucapkanlah alhamdulillah… Dengan mengucapkan alhamdulillah, ianya merupakan satu kaedah untuk menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan melalui jalan lisan (sebutan).. Semoga Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita atas kesyukuran yang kita zahirkan itu…

Jangan plak dok senyap je.. dapat ujian kesusahan pun senyap.. dapat nikmat pun senyap… kerana kesusahan dan kesenangan itu semuanya datang daripada Allah.. maka kembalikan ucapan kita kepada Allah semata2 ๐Ÿ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz..

    masih ingat dengan sy?
    rindu laa ghan blog ATEHQSHE…
    sy selalu singgah sini cam selalu…
    tapi tulah..macam blur jer nie..tak tau nak komen apeee..
    jiwa tergangguu laa

    1. salam ateh..

      Ustaz Love masih mengingati ateh.. jangan risau.. kalau jiwa tak tenteram, banyakkanlah amalan yg boleh mendekatkan diri dengan Allah.. banyakkan solat sunat, baca al-Quran, berzikir, berpuasa dsb.. insyaAllah, Allah (sebagai pemilik hati manusia) akan memberikan ketenangan kepada kita ๐Ÿ˜‰

  2. selain tu banyakkan bersyukur kdg2 kita lupa bersyukur dgn apa yg sudah Allah berikan kpd kita,contohnya apabila kita sakit barulah kita nak ingatkan Allah padahal sewaktu kita sihat kita lupa akan nikmatnya…jadi kesimpulannya walaubgaimana susahnya apa2 masalah itu kita harus bersyukur kerana ada org yg lebih teruk lg …wallahuaklam…….

    1. betul tu kak jem.. kalau kita fikir kita susah, ada lagi org yg lebih susah.. kalau kita ingat kita kaya, ada orang yang lebih kaya.. maka itu, bersederhana itu lebih baik ๐Ÿ˜‰

  3. salam ustaz..sihat ker?

    terimakseh…sy amat2 terharu bc kata2 ustaz..
    hanya padaNYA tempat sy mengadu..berserah diri padaNYA….yer dgn membc al- quran sedkit sebanyak memberi ketenangan….tak nak fikir2kan sangat…bleh jadi sawan (tauu ustaz gelak tuuu)
    tapi bt mase nie ..sy tak dpt nak puasa laa….kena makan obat ikut time.
    takut sakit menyerang lagii..

    ape2 terima kasih ingatan tulus iklas tu.

    1. salam ateh..

      alhamdulillah.. Ustaz Love sihat.. ateh sakit apa? semoga Allah sembuhkan.. Syafakillah ๐Ÿ˜‰

  4. terima kasih ustaz.. hurmm.. selama nie hunny pown mcm tue jgk.. bla susah sentiasa senyap.. termenung.. kadang-kadang duk pikir jew.. tapi x taw pikir apa.. terima kasih lagi ustaz…

    1. kalau susah, jangan bermenung.. sbb dgn termenung tu akan membuka jalan syaitan untuk membisikkan sesuatu… kalau berfikir tu lebih baik.. daripada dibiarkan fikiran tu kosong melayang di bawa angin bayu.. ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme