Salam…
Seharian Ustaz Love di luar.. banyak perkara Ustaz Love hadapi hari ni.. tapi insyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.. Baik atau buruk natijahnya, biarlah Allah saja yang menentukan..
Dalam hidup ini, tak semuanya akan berjalan lancar seperti yang diharapkan atau dirancangkan.. Umpama pepatah Melayu ada mengatakan “Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan panas sampai ke petang”..
Sebab itu Allah hanya menilai usaha dan amalan yang manusia lakukan.. dan bukannya hasil daripada usaha itu.. Jika seseorang melakukan dakwah, bukan dinilai berapa ramai orang yang menerima dakwahnya.. ataupun hasil daripada aktiviti dakwahnya.. sebaliknya Allah hanya menilai kerja dakwah yang dilakukannya itu.. Berjaya atau tidak bukan urusan manusia tapi urusan Tuhan..
Ustaz Love ingin mengajak para pembaca (sekali dah macam penulis jemputan surat khabar plak) untuk memahami suatu perkara yang sebenarnya dah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat.. Malah ianya dianggap sebagai suatu perkara yg baik sehingga tidak memikirkan kesan yang akan berlaku akibat perbuatan tersebut..
Setiap manusia pasti mempunyai aib yang tersendiri.. Tak kira la manusia itu manusia jahil ke, manusia alim ke, manusia alim tahi kucing ke… sebab dah namanya manusia, pasti mempunyai kesalahan yang menjadi aib bagi dirinya..
Sejauh mana seseorang itu menjaga aibnya, begitulah juga beliau perlu menjaga aib orang lain seperti mana dia mahu aibnya terjaga..
Sabda Nabi s.a.w. “Sesiapa yang menjaga aib saudaranya (Muslim), Allah akan menjaga aibnya di Hari Kiamat“..
Jika seseorang itu melakukan perkara yg aib secara terang2an, maka tiadalah konsep menjaga aib tu.. seperti bercemolot di khalayak ramai, melompat2 sampai terbuka aurat di khalayak ramai dsb.. sbb ianya dilakukan di khalayak..
Sebaliknya, aib yang dilakukan secara senyap2, maka untuk melakukan dakwah kepadanya juga kena dengan cara senyap2.. supaya aibnya itu tidak terbuka dan terdedah…
Dan Allah melarang mencari2 aib seseorang untuk didedahkan dengan tujuan untuk memalukan seseorang.. sebab kalau cari, memang jumpa punya.. Bahkan si pencari aib itu juga kadang2 tak sedar yang aibnya juga sedang diintai2 oleh orang lain untuk dibuka aibnya..
Amalan membuka dan menyebarkan keaiban seseorang ini banyak berlaku dalam dunia internet.. tak kira la melalui forum ke, blog ke, facebook ke, chatting ke… memang seronok bila bercerita aib orang… sebab yang diceritakan itu adalah aib orang lain.. cuba bila aib kita pula yang dijaja orang.. ataupun aib keluarga kita.. dengan pantas kita akan berasa marah..
Syaitan memang akan menjadikan perbualan tentang aib orang ini sebagai sesuatu yang sangat menyeronokkan.. sbb dapat tahu kelemahan seseorang.. boleh gelak2.. dan terasa yang diri orang yg diaibkan itu sangat rendah dan hina.. sebaliknya orang yang membuka dan menceritakan keaiban itu nampak sebagai seorang yang hebat dan mulia..
Tak kira sama ada kawan ataupun lawan.. kadang2 kita kena tahu limit untuk bercerita tentang peribadi orang lain.. apatah lagi kalau kita dah mula mencuba2 untuk membuat spekulasi.. Sebab kita juga tak mahu orang mencampuri urusan peribadi kita secara mendalam..
Akibatnya memang sangat buruk… terutama kepada orang yang diaibkan..
Maka itu, Ustaz Love menyeru kepada semua pembaca, janganlah terlibat dalam urusan peribadi orang lain sekiranya kita tidak diminta oleh yg empunya peribadi itu untuk masuk campur.. juga janganlah membuka aib saudara sendiri.. jagalah selagi boleh.. semoga Allah akan menutup segala keaiban kita dan membuka segala kebaikan kita..

ustaz, mohon share boleh? sebabkan. entry ustaz ni memang kena dgn cseseorang.. so nak share sket kat fb.. bila guna entry ustaz ni tade la rasa bersalah sket na tego dye~ bole yE?
boleh2.. takde masalah.. dan terima kasih kerana sudi share ๐
thanks atas peringatan nya…^_^
terima kasih kembali ๐
Salam..err..dh share tnpa mintak izin tadi. hee~
salam..
tak perlu minta izin.. sebarkan je mana2 yg baik ๐
Umpama memakan daging saudaranya sendiri
bukan setakat daging saudara, tapi makan daging mayat saudara sendiri (ูุฃูู ูุญู ุฃุฎูู ู ูุชุง ) ๐
“janganlah membicarakan aib seseorang, tetapi katakanlah perbuatannya yang baik”
terima kasih yatie atas peringatan ๐
syukran wabarkallah fiik
afwan wa barakallahu fiiki ya mama ๐
As salam Ustaz Love..terima kasih atas peringatan ni..de sikt kemyuskilan..klu kite membuka aib seseorg just utk mengingat’n seseorg slh ke?cth..sy mengingt’n keburukan org lain utk menyelamat’n beliau dri terjebak dgn pkra yg x elok..cm mna Ustaz Love?
as salam nor fazilah..
insyaAllah, Ustaz Love akan terangkan dalam entry akan datang ๐
like sgt2 ni ustaz.
terima kasih akim kerana sukakannya ๐
jika hari ini kita membuka aib org nescaya Allah akan membuka aib kita kembali…
betul tu kakjem.. what u give, u get back ๐
assalamualaikum ustaz
nak tau, kalau kita berkongsi masalah tentang perangai seseorang tanpa menyebut nama di blog, itu salah satu daripada perkara mengaibkan ke ustaz? ~
waalaikumussalam manje…
jika tujuan untuk mengambil iktibar, maka tiada masalah.. cuma ceritakan saja secara umum.. tak perlu diperincikan siapa pelakunya ๐
Salam ustaz,
Bolehkah niat solat dilakukan tanpa menyebut jumlah rakaat – contoh sahaja aku solat fardhu maghrib kerana Allah Taala.
Terima kasih.
Salam azeima..
Boleh.. takde masalah.. yg perlu ada dalam niat cuma solat.. fardhu.. dan maghrib.. 3 rakaat dan kerana Allah Taala tu tak perlu pun takpe.. sbb memang solat maghrib itu 3 rakaat.. dan memang kita lakukan solat kerana Allah.. ๐
ustaz,bagaimana kalau ianya membawa ke arah kebaikan seseorang?mntk pandangan ustaz ye
buka aib bawa kebaikan? insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry.. ๐
1) maaf ustaz , nak tanya mengenai pepatah Melayu kat atas tu : ‘pepatah Melayu ada mengatakan โKu sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan panas sampai ke petangโ..
bukankah seperti ini? :pepatah Melayu ada mengatakan โKu sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hariโ..
2) boleh dak ustaz lampirkan beberapa hadis penuh mengenai aib ni?
syukran..
1) betul la pepatah Melayu yg ibnuDDin bagi tu.. Ustaz Love memang suka mengubah2 pepatah Melayu ๐
2) insyaAllah, nnt Ustaz Love cuba bagi
oh macam tu ka..
tak pa la kalau macam tu..
syukran,,
mcm tu le.. jangan mare ๐
MOHON SHARE BOLEH..
insyaAllah, takde masalah..
bagaimana cara menanggapi teman teman yang suka mengina kita ust ?