I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tudung Ditarik Mesin, Tangan Terkorban

Salam..

Separuh menjerit Ustaz Love bila terbaca Harian Metro :

KULAIJAYA: “Mak, tolong mak, sakit!” jerit Nurul Aminah Murjini, 15, apabila tangan kirinya tersepit pada gigi mesin perahan tebu di sebuah gerai menjual air tebu di Taman Kulai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, tangan kiri Nurul separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada gigi mesin perahan tebu ketika membantu ibunya menjual air tebu di gerai berhampiran rumah kedai di Batu 21, Jalan Kulai-Johor Bahru.

Kejadian berlaku apabila tudung pelajar tingkatan tiga itu tiba-tiba tersangkut pada gigi mesin berkenaan yang sedang ligat berputar.

Menurut saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 30-an, mangsa gagal menarik keluar tudungnya yang tersangkut ketika mesin berputar.

“Mungkin Nurul panik hingga menyebabkan dia gagal mematikan suis elektrik mesin berkenaan. Akibatnya, tangan kirinya separas siku turut termasuk ke bahagian berkenaan.

“Mesin itu akhirnya terhenti dan kami cuba membantu mengeluarkan tangan Nurul, tetapi gagal lalu menghubungi bomba untuk membantu mangsa,” katanya.

Hamid berada di situ untuk membeli makanan di gerai bersebelahan.

Sementara itu, bapa mangsa, Murjini Sunarto, 46, berkata, dia sedang membersihkan kebun di Kampung Sri Paya, dekat sini, sebelum dihubungi isteri yang memaklumkan kejadian itu.

“Kebiasaannya, pembantu mengendalikan mesin perahan tebu, tetapi hari ini (semalam), dia mengambil cuti kerana ada urusan.

“Nurul menggantikannya buat sementara saja, sejurus tiba di lokasi, saya terkejut mendapati tangan kirinya tersepit di gigi mesin berkenaan,” katanya.

Menurut Murjini, dia bimbang dengan masa depan anak bongsunya itu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit.

Nurul terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 15 minit sebelum tangannya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya.

Dia dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk rawatan.

Baru beberapa hari lepas Ustaz Love ada buat entry pasal tudung masuk dalam baju.. Mungkin inilah antara contoh paling tepat kenapa perlu masukkan tudung dalam baju.. Iaitu atas dasar mementingkan aspek keselamatan..

Sbb mesin ni tak boleh berfikir.. Bila suis ditekan, maka ia akan berjalan.. Sampai la suisnya dimatikan..

Maka itu, bagi mengelakkan bahaya yang menimpa, seeloknya jika melakukan kerja2 yang melibatkan mesin, masukkan la tudung ke dalam baju.. Gunakan alternatif pakai apron ke untuk melindungi bahagian badan sebelah depan.. Juga tiada masalah jika lipatkan sedikit hujung lengan baju.. Jangan la lipat sampai ke ketiak plak.. Atau lebih baik memakai baju yang ada butang pada hujung lengan..

Dalam Islam, nyawa itu terletak pada kedudukan paling tinggi sekali.. mengatasi maruah ke, harta benda ke.. Jadi, utamakan keselamatan berbanding perkara lain..

Bagi yang melakukan pekerjaan tak berisiko (takde penggunaan mesin contohnya), maka pakailah tudung tu di luar baju.. bila gunakan mesin, maka ikutilah prosedur keselamatan.. sbb, dalam pejabat pun bleh berlaku kemalangan sebegitu kalau tak berhati2.. contohnya semasa menggunakan mesin fotostat ke, shredder ke..

Apapun, Ustaz Love doakan semoga mangsa kemalangan itu dapat sembuh kembali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

Add a Comment
  1. Salam alaik Ustaz love..

    betul2, stuju sgt2..

    kne ikut maqasid syariaah gak kan..

    bulan januari ritu Mutiara dpt ofer jd Test Engineer, tp GM mintak Mutiara kecikkan sket tudung sbb risau terkena machine or jd hal2 mcm ni..

    tp Mutiara memilih utk bkerja d tempat skarang..alhamdulillah, Moga Allah redho..

    Moga Si Mangsa dan keluarganya di kuatkan hati mnghadapi ujian ni.. 🙂

    1. Waalaikumussalam mutiara..

      alhamdulillah.. bila kita punya pilihan kerja yg lain, memang takde masalah untuk kita memilih mana yg terbaik untuk kita.. Cuma pada orang2 yang takde pilihan (kerja tu je yg ada), maka cubalah sekadar termampu..

      insyaAllah, tulang walaupun hancur masih boleh disembuhkan dengan izin Allah 😉

    1. Sebenarnya memang teruk.. rasanya bukan setakat patah, tapi remuk tulang tu.. mungkin amik masa nak sembuh.. kalau pasang besi ke, memang lagi lambat sembuh

  2. salam..

    betul ustaz love, ana sndiri terkejut masa baca berita ni..

    Sebab ana sendiri pernah ada pengalaman. masa nak guna mesin ceraikan kertas, tertarik sekali hujung tudung ana, Alhamdulillah ana dapat tarik, tapi memang dah tercarik habis la hujung tudung tu.. 🙂

    1. salam mariah..

      kita selalunya belajar melalui pengalaman sendiri.. tapi yang terbaik adalah belajar daripada pengalaman orang lain.. agar kita dapat mengelakkan diri daripada menerima nasib yang sama..

      tudung koyak boleh beli baru.. kalu muka terkoyak? 😉

  3. assalamualaikum
    MasyaAllah,
    Alhamdulillah nyawa dia masih selamat.
    sy semakin yakin bahawa tudung msuk dlm baju ketika bekerja tidak seburuk yg disangka.

    1. manusia ni kena bersangka baik selalu.. kalau dia pakai tudung labuh pun kita kena sangka baik.. pakai tudung pendek pun, kena sangka baik.. tak pakai tudung pun kena sangka baik.. sbb dengan sangka baik inilah, maka kita takkan prejudis dan dapat membuat penilaian dan tindakan mengikut akal yang waras.. manusia hari ni memang suka sangat bersangka buruk.. akibatnya, buat baik pun salah, tak buat baik pun salah.. tak buat apa2 pun salah 😀

    1. Salam Nur..

      Memang ngeri.. kalau beliau ada amik takaful ke, boleh claim berpuluh ribu gak tu.. Semoga beliau cepat sembuh 😉

      p/s: kalau nak amik takaful ke, medical card ke, bleh tanya kat caliph shuriken 😉

    1. memang ngeri.. kalau tengok gambar drp depan, memang nampak kehancuran tangan tu.. semoga mangsa cepat sembuh 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme