I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tsunami : Ujian Atau Bala

Salam…

Hari ini kita digemparkan oleh berita tsunami di Jepun.. banyak nyawa yang dah terkorban.. Dan khabarnya gelombang tsunami itu akan melanda Asia Tenggara juga.. para penyampai berita juga menasihatkan agar rakyat Malaysia tak panik dengan berita tersebut.. Sebab mungkin tsunami itu akan dihalang oleh Filipina.. maknanya, Filipina bakal menerima serpihan gelombang itu.. Pun begitu, rakyat Malaysia terutama di perairan Sabah dinasihatkan agar tak turun ke laut.. Sebab ditakuti gelombang itu akan sampai juga..

Bila kita dengar cerita tsunami, tak dapat tidak kita terpaksa mengimbau kembali kejadian tsunami yang pernah melanda negara kita suatu ketika dulu.. Kisah2 sedih masih lagi bermain2 di fikiran bila membaca dan melihat kembali ulang tayang di tv..

Tsunami merupakan satu bencana yang diturunkan oleh Allah sebagai peringatan kepada manusia.. Sama ada ianya menjadi ujian ataupun bala, maka bergantung kepada jenis orangnya..

Kalau bencana itu terkena pada orang beriman, maka ianya adalah ujian daripada Allah.. Jika terkena pada orang kafir, maka ianya merupakan bala’ daripada Allah… Tapi, orang beriman ke, orang tak beriman ke.. tetap akan terkena bencana itu bila Allah dah turunkan..

Kebanyakan bencana yang berlaku atas muka bumi ini adalah hasil daripada kerja tangan2 manusia.. Maka, apabila seseorang manusia itu melakukan kerosakan, dan tiada orang menegurnya (melakukan amar makruf nahi munkar), maka Allah akan turunkan bencana yg mana semua orang tak kira la orang beriman ke, orang kafir ke, orang berilmu ke, orang jahil ke dan pelbagai jenis orang lagi, semuanya akan terkena..

Cuma di akhirat nanti, mereka ini akan dipisahkan.. orang beriman dipisahkan daripada orang kafir.. tapi, atas dunia ni, sama je kenanya..

Sebab itu, kita kena bersangka baik dengan bencana yg Allah turunkan.. bila terkena pada orang, dengan pantas kita mengatakan bahawa bencana itu adalah disebabkan dosa2 beliau.. sedangkan mungkin ianya merupakan ujian yg Allah turunkan kepada beliau untuk meningkatkan lagi darjatnya di sisi Allah.. Kemungkinan juga kita menyangkakan bahawa nikmat yg Allah beri kepada kita ini hasil kebaikan kita, tapi sebenarnya Allah nak jauhkan lagi kita daripada rahmatNya (sehingga kita melupakanNya.. dipanggil istidraj)

Sebelum Allah menurunkan bencana yg mana semua orang akan terkena, maka laksanakanlah amar makruf nahi munkar.. spt yang disabdakan Nabi s.a.w. :

Perumpamaan orang yang menegakkan perintah Allah (Amar ma’ruf dan Nahi mungkar termasuk perintah Allah) dan orang yang jatuh ke dalam larangan Allah ialah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka mendapat tempat di tingkat atas manakala sebahagian lagi pada tingkat bawah. (Ketika dalam pelayaran), apabila orang di tingkat bawah inginkan air, mereka terpaksa pergi meminta kepada orang yang berada pada tingkat atas.

Lalu mereka (yang berada di tingkat bawah) berkata:

β€œJika kita membuat lubang pada tingkat ini nescaya kita tidak perlu lagi meminta daripada orang di atas kita.”

Jika (mereka yang berada di tingkat atas) membiarkan mereka (orang di tingkat bawah) melakukan apa yang mereka hendaki (melubangkan kapal), pasti semuanya akan musnah (tenggelam).

Sebaliknya jika mereka (yang berada di tingkat atas) menahan dengan tangan mereka (rancangan melubangkan kapal), pasti mereka (yang di tingkat atas) akan selamat dan akan selamat juga semuanya (termasuk di tingkat bawah)” (HR. al-Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. sungguh mendalam maksud tersirat si sebalik sabda Nabi SAW di perengan2 akhir tu ya ustaz..

    semoga Allah SWT lindungi kita semua dar segala bencana! Amin

    1. dunia dah nak kiamat.. semoga Allah selamatkan kita semua daripada bencana dunia dan akhirat πŸ˜‰

  2. As salam Ustaz Love.

    Fes time singgah blog UL nie πŸ™‚

    Kesian kepada penduduk Jepun yg di landa tsunami…semoga negara kita malaysia dijauhkan dari dugaan yg sebegini…amin.

    Jemput singgah my blog kalau sudi. BTW I follow ur blog too πŸ™‚

    1. as salam intan..

      terima kasih kerana sudi singgah ke blog Ustaz Love ni..

      semoga Allah pelihara kita semua daripada apa jua bencana.. tak kira la tsunami ke, tsumawi ke πŸ˜€

  3. setiap yang berlaku pasti ader himkahnya…
    urm..beshlah ayt y akher ue…tulah antre mksd setiap 0wg islam bersaudara….yer x..:)

    1. hadis Nabi s.a.w. memang sangat tepat dan sesuai sepanjang zaman.. maka sangat rugilah bagi sesiapa yg menolak hadis Nabi s.a.w. πŸ˜‰

  4. salam..
    saya mahu bertye..
    bgaimnkh cinta tg sbnr di sisi islam?
    apakh hukm couple?
    bgaimnkh untuk mngelkn nafsu?

    1. Salam Nurasyikin..

      Cinta sebenar dalam Islam adalah meletakkan cinta itu pada tempatnya..

      1. Cinta Allah
      2. Cinta Rasul
      3. Cinta Ibu Bapa
      4. Cinta Sesama Manusia..

      Mana2 cinta yg melanggar batasan Allah dan Rasul, maka ia bukanlah cinta yg sebenar di sisi Islam.. dan dalam apa2 juga keadaan, cinta Allah dan Rasul itu mesti didahulukan πŸ˜‰

      Hukum bercouple adalah harus.. jika melakukan perkara2 yg haram, maka hukum couple bertukar menjadi haram..

      Tiada cara untuk mengelakkan nafsu.. yg ada cuma mengawal nafsu.. iaitu dengan cara meningkatkan iman dan amal.. insyaAllah, nafsu akan terkawal πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme