I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Trio : The 3 Musketeers Yang Menjadi The 3 Stooges

Salam…

Apalah bencana yang menimpa umat manusia di Malaysia ini, khususnya umat Melayu beragama Islam.. Ustaz Love rasa nak tergelak pun ada, rasa malu pun ada.. baru je beberapa hari lepas Ustaz Love ada buat entry berkaitan berani kerana benar.. Kebenaran hari ini nampaknya banyak yang dah dimanipulasikan..

Ada orang yang bersalah, tapi dianggap teraniaya bila mendengar cerita2 beliau yang penuh lelehan air mata dan air hidung.. Jadi, kebenaran di situ dinilai melalui emosi..

Ada yang betul2 tak bersalah, tapi dalam banyak situasi terperangkap dalam keadaan2 yang menafikan kebenaran beliau.. Akhirnya dipandang bersalah melalui penilaian akal..

Sebab itu, dalam Islam.. untuk melakukan penilaian dan menjatuhkan hukuman ini, hanya pihak berautoriti sahaja yang boleh melakukannya.. seperti hakim, qadhi.. malah peguam atau pendakwaraya pun tak boleh menilaikan seseorang itu bersalah sebelum dibuktikan bersalah..

Tetapi, 2 3 hari ni, begitu rancak media di Malaysia (malah media maya spt blog dan facebook / twitter) juga sangat galak menyebarkan satu berita yang belum pasti kesahihannya.. Bahkan ada antaranya yang terlalu berani dengan menyatakan secara pasti bahawa ianya adalah berita yang betul..

Dalam kes perzinaan, maka Islam menetapkan 4 orang saksi yang adil yang melihat dengan mata sendiri akan perbuatan tersebut.. pada masa perbuatan zina itu dilakukan.. dan bukannya menjadi saksi kepada rakaman filem dsb.. barulah hakim boleh mengambil kes itu untuk disabitkan dengan kes perzinaan.. Sekiranya tidak cukup saksi, sekalipun ada 3 orang yg betul2 melihat kejadian zina itu.. maka ketiga2nya akan dikenakan had qazaf (menuduh lelaki / perempuan yg suci dgn tuduhan perzinaan.. dikenakan 80 kali sebatan)..

Itu asasnya.. Jika asas ini tiada, makaΒ  tidak layak untuk sesiapa pun menjadi The 3 Musketeers kononnya atas nama nak menegakkan kebenaran.. Kebenarannya di sini, suatu tuduhan zina telah dilakukan.. datangkan 4 orang saksi, atau dikenakan sebatan 80 kali.. itulah yang paling benar..

Lagi menjijikkan apabila para Muslimin dan Muslimat serta non-Muslim diajak sekali untuk menonton video perzinaan (boleh dikategorikan sbg video lucah).. malah tanpa ada perasaan segan silu menjemput alim ulamak untuk melihat dan menontonnya sekali (atas nama nak mengkaji kesahihan)..

Serahkan saja rakaman itu kepada pihak berkuasa tanpa dolak-dalih.. biar pihak berkuasa menjalankan tugasnya.. Jangan bertindak seolah2 negara ini tiada undang2.. Akibatnya, tindakan yang diharapkan boleh menjadi seperti The 3 Musketeers telah menjadi The 3 Stooges.. yang menjadi bahan lawak kepada orang lain, terutama non-Muslim..

Dan pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin mengajak para blogger sekalian agar menghentikan entry SEO berkaitan tuduhan perzinaan ini.. seolah2 kita sama2 melakukan tuduhan tanpa saksi (kes zina dalam Islam tak memerlukan bukti, tapi memerlukan saksi).. melainkan untuk tujuan mengajak orang lain menghentikan khabar2 angin atau tuduhan yang boleh menyebabkan kita dikenakan hukuman had (hudud – hudud ini merupakan hukuman bagi jenayah2 yang besar).. Jika tak kena di dunia, belum tentu terlepas di akhirat nanti..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz Love
    >.<
    urm..saya baru tngk berita tntng nie kat tv 3..dan saya pun terfikir..apalah nak jd dengan Muslim sekarang nie..Bukankah kita tidak boleh membuka aib orang..
    dan terkejut jgk..dia mengajak ramai org2x berpengaruh utk melihatnya sendiri atas alasan utk membuktikan kesahihan video tersebut

    1. Salam naja..

      kadang2, bila dah terlampau bijak, nampak mcm tak sekolah plak.. semuanya bila akal dipandu nafsu.. tak boleh nak beza dah mana yg baik, mana yg buruk πŸ˜‰

    1. SEO seks memang ramai para pencarinya.. keyword terbaru kat blog Ustaz Love : “cerita gay main dengan ustaz”.. macam2 manusia ni πŸ˜‰

    1. hakikat kebanyakan manusia.. lebih suka menilai daripada dinilai.. dosa pahala bukan lagi agenda utama.. πŸ˜‰

  2. ooo phm entri nih ustaz…sy mmg xamik port psl politik2 nih…bosan…xabis2 nak mjtuhkan org laen utk kesenangan diri sendiri…tah pape jek..

  3. Salam ustaz,
    Bila baca akhbar mengenai kes ini terasa juga segannya kerana anak2 juga membaca akhbar tersebut-akhbar sekrg juga seolah-olah suka cerita-cerita begini.

    1. Salam azeima..

      Sensitiviti ketimuran sudah semakin menipis dalam masyarakat kita.. yg paling selamat, suruh anak2 membaca al-Quran dan Hadis.. sbb kedua2nya ada nur.. baca akhbar banyak2 buat gelap hati je.. penuh dengan fitnah dan keburukan πŸ˜€

      1. sgt setuju…..yg kt akhbar pun sekarang tak boleh nak percaya sangat…..politik sekarang kotor…..sampai tak kesah guna isu yang tak bermoral ni……hanya sebab kuasa dunia…..

        1. satu je kita kena pegang.. media2 ni tak maksum.. tak kira la akhbar ke, wikipedia ke.. mesti ada cacat cela.. jadi, kalau nak selamat, berpeganglah pada yg sempurna iaitu al-Quran dan al-hadis.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme