I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tarian Poco2 Diharamkan

Salam…

Berikut adalah keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri Perak berkenaan isu tarian poco2..

Walaupun senaman poco2 boleh membantu mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, tapi bila ianya menjadi satu upacara khusus bagi sesuatu agama, maka haram mengikutinya atas dasar “menyerupai sesuatu kaum”..

Maka, lepas ni bleh beralih kepada tarian breakdance plak… Ataupun shuffle.. Tapi jangan gi menari tengah2 orang plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

Add a Comment
  1. emm..bagi kita yang tidak terlibat, mungkin hanya membaca dan menyetujui dan menyampaikan kelak..

    namun bagi yang dah sibuk2 buat persiapan nak tari poco-poco ni, dengan rehearsal nye, dan sebagainya, maka akan berkata mungkin “time ni la nak haram2..”

    semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk.. moga dibukakan hati untuk menerima kebenaran dan moga boleh berubah dan tidak merungut..

    1. sama mcm kisah masa penurunan ayat hijab dulu.. sahabiah (sahabat wanita) tak pertikai apa2 pun.. terus amik apa saja yg berdekatan untuk tutup kepala mereka.. masa pengharaman arak secara total, maka madinah banjir dengan arak.. sbb para sahabat memecahkan tong2 arak di rumah mereka..

      itu semua persoalan hati.. tinggal nak tak nak ikut je πŸ˜‰

  2. yer ke ustaz poco2 ni haram…kat opis cik kak siap ada wat pocorobik stiap hari rabu khas utk kaum wanita…cik kak nak copy ustas punya surat nih boleh ke tak nak share ngan kengkawan cik kak…tq

  3. ustaz love.. lady terkilanlah..
    kenapa Malaysia suke besarkan isu yg kecik.. dan mengecilkan isu yg besar..

    tak tahulah berkaitan ke x dgn tajuk entry ni.. tp mungkin berkaitan kot..

    1. bila melibatkan soal halal dan haram, ianya bukan lagi menjadi isu kecik.. semuanya besar.. sbb dosa dan pahala itu sesuatu yg besar.. πŸ˜‰

  4. 2 tahun yg lps ada juga kakjem blajar poco2 ni….tapi kakjem rasa ianya amat membosankan tu yg stop…

    1. Ustaz Love pun pernah gak berpoco2 ni.. sampai berpeluh satu badan.. tapi sekali tu je la.. lepas tu Ustaz Love layan breakdance plak.. πŸ˜€

    1. Waalaikumussalam..

      Begitulah setakat kajian majlis fatwa negeri perak.. kita ikut je.. insyaAllah selamat πŸ˜‰

  5. salam ustaz..
    dulu2 ada buat excersais ni. sejak di perkatakan rmai org yg ianya haram..tak buat lagi dah. dak kuar fatwa baru senang nak xplain kat kawan2 yg tak paham.

    1. salam Anon..

      kalau menurut surat itu, ianya merupakan keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri Perak.. maka keputusan fatwa ini cuma diwartakan dan dikuatkuasakan di negeri perak saja.. sama mcm fatwa pengharaman ESQ.. cuma Kuala Lumpur saja yg mewartakan dan menguatkuasakan pengharaman itu..

      Apapun, adalah lebih baik ditinggalkan.. berjoget bercampur lelaki perempuan, walau atas apa jua alasan (utk kesihatan ke apa ke) tetap tidak dibenarkan.. kalau sesama perempuan, nak buat tarian tango pun takde masalah πŸ˜‰

  6. Ooooo..Begitu ceritanya,,>.<
    tp..tarian nie mmg popular..event mane2x pown..kbnykknnya ade tarian nie..xkirela knduri kawen ke..event bdk2x asrama n kolej…Tp lpas nie
    hrpnyee bolehlah tukar tarian poco2x dngn tarian yg ustz Love sarankan tue..=)

    1. kalau kenduri kawen tu, takyah la buat breakdance ke, shuffle ke.. buat la silat pulut.. lepas bersilat bleh bersila makan pulut πŸ˜€

    1. askar ada KAGAT.. insyaAllah, lepas ni KAGAT tukar tarian poco2 tu kepada tarian perang πŸ˜‰

  7. Astaghfirullahalazimmmm… sy terer sgt menari poco2..malu malu.malu khianat kpd agama sendiri >.<"
    ampunkan aku yg Hina ini ya Tuhannn.jahilnya aku ya Allah.malunye

    1. Jangan risau.. diangkat kalam (tidak dituliskan dosa atau pahala) bagi org2 yg tak mengetahui sehingga beliau mengetahuinya πŸ˜‰

    1. boleh2.. sila la sebarkan mana2 yg baik.. semoga pahala itu dapat berterusan hasil ilmu yg bermanfaat yg disebar2kan πŸ˜‰

  8. me suka aerobic ajer πŸ™‚ sbb mcm2 dance pun boleh buat ikut muzik–tp semua perempuan ajer πŸ™‚ sbb dlm bilik bertutup (gym), kami tak payah pakai tudung pun, instructor pun perempuan πŸ™‚

    1. tapi kena pastikan semua yg ada dalam kelas tu perempuan muslimah.. kalau ada wanita non-muslim, maka kena pakai tudung dan jaga aurat πŸ˜‰

  9. salam…ustaz…apakah haram sesuatu snaman itu jika ia baik untuk kesihatan…bagaimana pula senaman capoiera??
    di jamaica ia digunakan untuk memikat jantina lain dan memuja roh…knpa ia tidak di haramkan?walhal lbih mluas capoiera ni…
    adakah jauh hukum haram jika kita bersenam?padahal kita menganggapnya senaman dan ia bagus untuk kita..
    dalam islam juga mewajibkan kita melakukan pkara yg mnyihatkan…dan untuk tambahan,saya seoarang lepasan diploma KUIS (kolej universiti islam selangor) dan kolej kami menggalakkan tarian pocorobik…bagaimna ustas ingin membidas pula??

    1. salam bob202..

      jika benar capoeira itu sejenis senaman untuk memuja roh, maka wajarlah bob mengemukakan laporan berserta bukti kepada pihak JAKIM untuk dimuzakarahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.. sebab setahu Ustaz Love, capoeira bukanlah sejenis senaman, sebaliknya sejenis seni bela diri.

      tiada masalah untuk bersenam. dalam hadis juga ada menyatakan kisah Nabi s.a.w. berlumba lari dengan Aisyah r.anha.. tetapi, jika senaman itu ada unsur2 yg diharamkan oleh syariat, maka senaman itu akan menjadi haram.. tak kira la sama ada ianya bernama poco2, yoga dsb.

      setakat ini, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan senaman poco2 ini dengan syarat.. manakala fatwa negeri Perak masih kekal mengatakan poco2 itu haram.. maka, terpulang la kepada saudara bob (sebagai pemegang diploma KUIS) untuk mengambil mana yg terbaik.. sebab mengikut kaedah usul, yg terbaik adalah keluar daripada khilaf πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme