I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Syiah Ugut Ustaz Love? Tak Heran Pun

Salam…

Ustaz Love menerima beberapa komen daripada seorang Syiah yang daripada dulu tak berpuas hati dengan Ustaz Love.. komen berbentuk kutukan dan ugutan itu sedikit pun tak mampu nak menggugat pegangan Ustaz Love terhadap kesesatan Syiah.. Beliau memperkenalkan diri sebagai azi..

[[[[[[Syeikh Husin bin Muhammad Aali al-’Usfur ad-Darazi al-Bahrani menegaskan : “Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah” Lihat Al-Mahasin al-Nafsaniyyah fi Ajwibah Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147, Cetakan Beirut.]]]]]

salam ustazlove..bantu saya..saya syiah..tolong tunjukkan dimana..
ini link kitab Al-Mahasin al-Nafsaniyyah fi Ajwibah Al-Masail al-Khurasaniyah..saya xjumpa pun…ustaz tolong tunjukkan dimana..dibawah tajuk apa…kalau memang ustaz dipihak yg benar..

jika ustaz tidak approve komen saya…maka tahulah saya bahwa ustaz hanya berdusta..ustaz seperti org2 lain yg anti syiah..
berani mendakwa mcm2 tentang syiah..kononnya sesuatu hadis itu terdapat dalam kitab syiah..apabila saya semak..ternyata tiada..

janganlah berdusta ustaz…ingatlah Allah..ingatlah dosa..ingatlah balasan terhadap org yg suka memfitnah…saya menyayangi ustaz..apalagi ustaz adalah seorang ustaz..ustaz seorang Muslim..ustaz saudara saya…saya hanya mahu yg terbaik untuk ustaz..janganlah asyik memfitnah…ingat ustaz adalah Islam…Islam tidak mengajar penganutnya berbohong..kecuali untuk kebaikan..

bismillah..ustaz..jika ustaz berdegil tidak mahu mengapprove dan menunujukkan dimana(dlm kitabAl-Mahasin al-Nafsaniyyah fi Ajwibah Al-Masail al-Khurasaniyah) kata2 syiah mengatakan nasibi adalah sunni..

saya akan membuat satu blog yg berjudul Menjawab Tuduhan Dusta Blog Ustazlove.com

dan saya akan memuatkan bukti2 bahwa ahlusunnah di Iran tidak ditindas..mereka bebas membangun masjid..siap boleh memiliki station tv sendiri salah satunya siaran TV Nur yg dimiliki ahlusunnah Iran..

semua ini saya akan memuatkan didlm blog saya nanti..

Ustaz Love takde masalah.. silakan je nak buat blog menjawab ni.. nak jawab Ustaz Love ke, nak jawab Maulana Asri ke.. silakan.. sbb boring gak tengok anonymous yg masuk guna pelbagai nick.. takde bukti kewujudan (blog ke apa ke).. sekurang2nya Faisal Tehrani tu ada gak blognya (walaupun tak semua komen dia approved)..

Cuma, Ustaz Love nak ingatkan satu perkara.. Menteri di JPM, Dato’ Seri Jamil Khir telah menyatakan bahawa ajaran Syiah ini bebas diamalkan oleh penganutnya, tetapi tidak boleh disebarkan.. Maka, dengan kewujudan blog itu nanti bakal mengingkari arahan pihak kerajaan iaitu “Syiah itu tidak boleh disebarkan”.. jangan salahkan orang lain (JAIS ke, JAWI ke, sapa2 ke) kalau ada pegawai MCMC tunggu depan rumah nak buat tangkapan.. melanggar undang2.. cuba2 la nak dakyah golongan ahlus sunnah..

Sila la nak buat blog.. bak kata pepatah Melayu “Berani kerana benar”.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. kat akhir zaman ni, ramai org takut nak berkata benar.. tapi bila part tak benar (fitnah, mengumpat, menuduh dsb) berani sangat 😀

  1. Assalamualaikum sahabatku.

    Kesesatan syiah memang nyata dan jelas. Tapi amat merisaukan bila dato jamil khir baharom membenarkan ajaran syiah diamalkan di malaysia dengan syarat ia tidak disebarkan kepada uamt islam sunni. Jujur tiada jaminan ajaran sesat ini tidak disebarkan.

    Maulana asri yusof dari kelantan telah banyak kali memberi seminar tenatng bahayanya syiah, harap kerajaan peka tenatng masalah ini.

    “syiah bukannya mazhab tapi ia satu agama”

    1. Waalaikumussalam shameel..

      Dari satu sudut, kenyataan itu memang nampak merisaukan.. tapi, dari sudut yang lain, ia menunjukkan pendirian kerajaan bahawa Syiah ini bukan setakat suatu ajaran sesat, bahkan terkeluar daripada Islam.. sbb itu atas konsep kebebasan beragama, mereka bebas nak beramal dgn ajaran mereka.. tapi tak boleh menyebarkannya.. sama seperti agama2 lain (agaknya, inilah yang dituntut oleh Dr. Faisal Tehrani n the gang)..

      Bila dah kata tak boleh sebarkan, maka kita sebagai pengikut ahlus sunnah mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya terjumpa mana2 blog atau laman web kepunyaan warga Malaysia yang mempromosikan Syiah.. atas dasar “menyekat penyebaran Syiah kepada golongan ahlus sunnah”.. 😉

  2. Betul tu UL, berani kerana benar…emmm.

    Sudah-sudah lah tu dari kita mencari kesalah/kesilapan org lain adalah lebih baik kita mendekat kan diri kepada-Nya. (peringatan utk diri sendiri juge)

    1. Intan.. permusuhan Syiah dengan ahlus sunnah ni sampai kiamat pun tak habis rasanya.. sebab dendam mereka terlalu mendalam.. sama2 la kita doakan mereka agar dapat kembali ke pangkal jalan 😉

  3. saya melihat syiah mempunyai pecahan yang sangat banyak,

    ada yang suatu pegangan mereka sama dan boleh diterima kita.

    ada juga yang langsung tidak boleh diterima.

    saya bukanlah pakar yang hebat tentang golongan syiah ini, hanya hamba kecil dalam menyuarakan pendapat.

    saya pun masih sangat bingung tentang isu syiah ni. Jika ustaz tidak keberatan, bolehlah ustaz berikan kami sedikit kefahaman tentang syiah ini agar tidak ramai warga ASWJ yang lari ke syiah ni.

    ISTIMEWA BUAT SAHABAT-SAHABATKU DAN FAISAL TEHRANI…

    1. Nasihat Ustaz Love, pelajarilah akidah ahlus sunnah, maka akan dapat melihat kesesatan akidah Syiah.. yang jadi masalah sekarang ni, golongan2 muda terlalu ghairah nak mengkaji.. sedangkan asasnya belum kukuh lagi.. Akhirnya, nak kaji Syiah kononnya atas alasan nak mengetahui kesesatan Syiah, tapi disebabkan asas akidah ahlus sunnah pun tak dikuasai lagi, maka terjebak plak dalam akidah Syiah..

      Setakat ni, rasanya dah terlalu banyak entry di blog Ustaz Love menerangkan kesesatan Syiah ni.. boleh baca dulu perlahan2.. mana2 yang tak faham, boleh tanya.. 😉

    1. memang ramai.. soal beliau berani ke, takut ke.. itu Ustaz Love tak dapat nak komen.. sbb Ustaz Love sendiri tak approve banyak komen2 puak Syiah ni.. berpuluh2 komen.. tapi Ustaz Love jawab dalam bentuk entry.. ini bagi mengelakkan sebarang promosi ke laman2 web Syiah ni 😉

  4. Berani kerana benar, benar yang sebenar-benar, bukan benar di atas dorongan emosi yang nak benar dan tolak yang lain..

    Syabas Ustaz Love..! Let the anon.. we wait for ‘him/her’ blog post about this… (if any la)><'

  5. Ustaz…kalau tengok blog dr faisal tehrani…semuanya pasal syiah….susahlah macam ni..sebab negara kita kalau banyak mazhab lagi kacau bilau..dah la mazhab politik dah pecah belahkan umat islam…tapi mazhab syiah ni…betul ke diorg tak menyebut nama Nabi S.A.W jujungan kita…ishhhh betul ke ni

    1. sebenarnya, perbezaan pendapat dalam mazhab bukan sebab berlakunya kacau bilau.. tapi sebab taksub, maka tak kira la walaupun satu mazhab sekalipun, ianya bakal menimbulkan kacau bilau..

      kita dianjurkan untuk bersepakat dalam perkara2 yg kita bersetuju dan bertolak ansur dalam perkara2 yg khilaf.. cuma bab syiah ni, memang tak boleh bertolak ansur.. sbb khilafnya adalah pada akidah, dan bukan semata2 pada ibadah.. 😉

  6. peh… islam dah berpecah dengan jurang yang amat dalam sejak kejatuhan kerajaan uthmaniah.. bratus taun dulu…
    korang ni lupe ke….?
    tidak akan sesat jika kamu berbalik pada al Quran, Al Hadis, n Sunah waljemaah… { persefakatan dalam mushwaroh, antara Alim n Ulama )
    tk kire la sunni ke syiah ke walau pun tarikat, tabligh, ussul, hakikat, fiqah, ni semua patut duk skali…
    buktinye, Dua kalimah syahadah yang kite ucap dalam solat kali 5 sehari…

    nak komen pun ngeri sebab orang krajaan ramai yang free thinker bertopeng islam… @ free mason…

    hope all of us will unite soon under one flag…

    takbir…. ya Mujahid Fi Sabilillah….

    1. kalau dalam segelas air, letak milo, kopi, teh, kunyit, halia, air longkang, air kelapa, limau dsb.. nak letak nama apa air tu?

      Islam itu agama yg suci.. akidah yg murni tidak bercampur baur dengan akidah yg sesat.. kedatangan Islam adalah untuk memurnikan akidah, bukannya menggaulkan semua kepercayaan.. tak kira sesat tak sesat.. biarlah berpecah dalam kebenaran, daripada bersatu dalam kesesatan..

      kita tak perlu bersatu bawah satu bendera pun.. sbb kita dah pun bersatu bawah satu akidah.. tanpa unsur2 syirik dan penyelewengan.. iaitu akidah ahlus sunnah wal jamaah 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme