I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tudung Masuk Dalam Baju

Salam…

Ada satu pertanyaan daripada seorang blogger iaitu cikzsmile berkenaan dengan isu tudung…

sy ingin penjelasan ustaz mengenai pekerjaan yg memerlukan kaum perempuan memakai uniform yg tudungnya perlu dimasukkan ke dlm uniform spt polis/chef.apakah pekerjaan ini harus dihindarkan pleh kami kaum hawa?

apa pndangan dan hukum dari segi agama Islam ustaz?kerana kita tahu tudung yg dpakai perlu menutup dada.

harap ustaz dpt menjelaskan kpd sy
terima kasih!

Sebenarnya, tujuan menutup aurat adalah untuk menjaga maruah wanita dan membezakan mereka daripada golongan jahiliyyah / bukan Islam.. selain untuk mengelakkan menimbulkan keghairahan kepada para lelaki durjana yang sentiasa mencari2 peluang untuk mencuci mata dan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan maruah wanita (spt merogol, mencabul, meraba dsb)..

Sebab itulah menutup aurat ini hanya disyariatkan untuk menutup daripada penglihatan bukan mahram saja.. kalau dengan suami isteri, nak pakai spender dlm rumah pun takde sapa yang marah… Cumanya, untuk lebih beradab dan menjaga daripada perkara2 yg tak diingini (spt sumbang mahram ke), maka hendaklah menutup apa yang boleh mendatangkan keghairahan spt kemaluan dan buah dada.. Juga bagi pasangan yang sudah mempunyai anak, maka sebaiknya dielakkan daripada berpakaian seksi dalam rumah.. supaya tak menjadi tontonan anak2.. kalau dalam bilik, takde masalah..

Memang ada ayat al-Quran memerintahkan untuk melabuhkan tudung sehingga menutupi dada.. tetapi illah (sebab) bukan pada melabuhkan itu, sebaliknya menutup bentuk buah dada itu.. Jika memakai tudung yang melekat ke dada, walaupun labuh, tapi masih lagi menampakkan bentuk buah dada, maka ia masih lagi tak menepati konsep melabuhkan tudung itu..

Maka itu, sekalipun bertudung pendek, tetapi jika baju yang dipakai itu tebal (mcm jaket ke, vest ke dsb) yang mana dapat menutup bentuk buah dada, maka ianya tiada masalah..

Begitulah juga jika memakai tudung ke dalam baju.. maka pastikan baju itu jenis tebal dan keras sehingga dapat menutup bentuk buah dada.. Maka, jika memakai tudung dan dimasukkan dalam baju kurung, maka ianya tak kena dengan syarat menutup itu… sbb baju kurung tu nipis..

Adapun baju spt baju tentera ke, polis ke.. kainnya lebih tebal.. malah ada poket lagi kat dada.. insyaAllah tiada masalah.. walaupun masih kelihatan tak sempurna (dalam aspek penudungan), tetapi ia telah menepati ciri2 minimum menutup itu..

Dalam situasi lain, bagi pekerjaan yang memerlukan tudung dimasukkan ke dalam baju (atas dasar keselamatan) spt pekerja kilang yang mengoperasikan mesin2 ke, chef / tukang masak yang bermain dgn api dsb, maka maslahah keselamatan itu lebih patut diutamakan.

Jadi, bagi sesiapa yang bekerja dalam situasi yang memerlukan tudung dimasukkan ke dalam baju (spt polis ke, askar ke, chef ke), maka tiada masalah di situ.. Yang penting, telah berlaku anjakan paradigma di situ (polis dulu mana ada pakai tudung.. begitu juga askar.. alhamdulillah, lama kelamaan, sudah dibenarkan untuk bertudung)… Kita sama2 berdoa agar suatu masa nanti, warga kerja yang berpakaian seragam akan dibenarkan untuk menutup aurat dgn lebih sempurna (bertudung labuh ke dada)..

Jika ada pilihan lain antara bekerja sebagai guru (contohnya) dan bekerja sebagai polis, maka pilihlah pekerjaan guru.. Sbb bekerja sebagai guru itu lebih memudahkan untuk menutup aurat.. Dahulukan keperluan berbanding kehendak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 Comments

Add a Comment
  1. syukran

    me mintak izin nak share kat blog me….me pun masuk tudung dlm baju sbb me pakai winter jacket time winter kan πŸ™‚

    now dh jelas penerangan ustaz ni
    barakallah fiik

  2. Baguslah soalan ini.. Jawapan pun memenuhi kehendak.. Huhuhu.. Hari itu nampak seoarang wanit guna baju kurung dan tudung dimasukkan dalam baju kurung.. Nampak tak kemas sangat dan rasanya adalah lebih baik tudung itu diletakkan di luar kan.. Ngee πŸ™‚

    Entry Terbaru : Kisah Zaman Dahulu Hingga Kini

    1. biasanya orang masukkan tudung dlm blazer, vest atau jaket.. nampak pelik sangat kalau masuk dlm baju kurung (memandai je Ustaz Love ni) πŸ˜€

    1. waalaikumussalam cikzsmile..

      terima kasih kembali.. mana2 yg baik, harap dapat disebar2kan πŸ˜‰

  3. assalamualaikum
    bagaimana pula kalau pemakaian pekerja dia kfc, mcd, piza hut.
    mereka perlu memasukan tdung di dalm bju mereka kan.
    baju yang mereka pakai bukan lah vest/jaket kan.

    1. waalaikumussalam..

      tak kira la bekerja kat mana sekalipun, asas aurat itu perlu dijaga.. kalau tak mampu (atas pertimbangan maslahah dan mudarat), maka tutuplah sekadar termampu πŸ˜‰

  4. salam ‘alaik,ustaz, kalau bagi yang bertudung labuh, x pe ke maskkan tudung dalam baju sewaktu bermain bola dan sebagainya?

    1. Salam..

      aikk.. main bola apa ni? futsal ke? kalau nak main, main la kat tempat yg takde penonton lelaki.. masa tu, kalau nak main tak pakai tudung pun takde masalah πŸ˜€

      masukkan tudung dalam baju ketika bermain bola itu bukanlah suatu keperluan yg dibenarkan syarak.. sbb kalau tak main bola pun takpe.. main la basikal ke, galah panjang ke.. πŸ˜€

  5. emm…klau kte join unit uniform dan ada program yg di anjurkan olh unit unfm tu yg mn melibatkan ahli shja…semsa program tu, wnta di kehendaki memasukkan tudung ke dlm t-shirt bgi memudahkan menjlnkan aktvti sbb aktvti tu agk lsk..mcm tu blh tak???

    1. kalau boleh, carilah pasukan beruniform yg tak perlu nak masukkan tudung dalam baju semasa melakukan aktiviti. Sbb aktiviti beruniform ini bukanlah kerja hakiki, sebaliknya aktiviti sampingan dan banyak pilihan. T-shirt tu nipis πŸ˜‰

    1. kerja sebagai anggota keselamatan dan perkhidmatan (spt tentera, polis, jururawat dsb) memang berbahaya jika ada benda2 terjuntai2..

  6. slm ustaz…macam mana pulak dalam bab pengamal perubatan..
    kami skrg blj bidg perubtn,,kat kolej pun dorg wajibkan pakai tudung dlm..lps tu, kene practice dgn member kls, kene sentuh laki pompuan
    tlg ustaz..really need ur explanation

    1. salam ayu…

      itu demi menjaga keselamatan semasa membuat latihan, maka dimaafkan.. jika sudah keluar dari kelas, maka keluarkan la tudung tu.. berkenaan bersentuhan lelaki perempuan itu, maka cuba mengelakkannya (spt memakai glove dsb).. kalau tak dapat nak elak, nak buat mcm mana.. istighfar je la banyak2 πŸ˜‰

  7. tidak wajib memakai tudung tapi wajib tutup aurat. seandainya tudung yang dimasukkan ke dalam baju itu tidak menunjukkan bentuk dada maka tutup aurat jugaklah kan?

    1. antara menutup dada dan menjaga keselamatan, maka menjaga keselamatan itu lebih utama πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme