I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Solat Tak Pakai Telekung

Salam…

Ada satu persoalan daripada MysDear..

ustaz, sy nak tanya satu soklan.

Kalo perempuan solat, tgnnya nampak sehingga pergelangan tangan, sah ke solatnya ye? maksudnya, time ni perempuan ni solat tak menggunakan telekung tetapi menggunakan jubah dn tudung yang labuh jer.
Harap ustaz sudi menjawab soklan sy ni,

Persoalan ni sebenarnya ramai yang terkeliru.. tak terkecuali Ustaz Love sendiri.. Sampai la Ustaz Love belajar bab aurat masa solat.. sebab kebiasaannya kita diceritakan bahawa aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.. jadi kita memahami tapak tangan itu dengan maksud tapak tangan (takkan la nak faham dengan maksud siku plak kan).. sebenarnya, yg dimaksudkan dengan tapak tangan di sini adalah tapak tangan dan bahagian belakang tapak tangan.. senang cerita, aurat wanita tu adalah sampai pergelangan tangan…

Makanya, kalau nak solat pakai baju kurung ke, pakai jubah kaler2 ke.. memang takde masalah… tak semestinya nak kena pakai telekung sembahyang je baru bleh solat.. hantu2 melayu pun ramai gak yg pakai telekung dlm drama πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

43 Comments

Add a Comment
  1. Satu yg best drama melayu ni, kalau dalam citer tu pelakon kena pakai tudung (asalnya mmg tak pakai), dia akan sentiasa bertudung walaupun atas katil nak tidur. Hehehe.

    1. itu ok lagi.. kalau tahap mandi pun pakai tudung, itu dah parah.. kalau pengarah tu bijak, dia takkan masukkan scene bilik tido dan bilik mandi untuk watak wanita bertudung πŸ˜€

  2. ustaz , lanjutan persoalan yg sama,
    bahagian bwh dagu kira aurat tak? sbb kan kalau tudung biasa, tak cover bwh dagu, unless telekung utk solat yg ada jahitan khas bwh dagu…sbb me kdg2 solat pakai tudung biasa ajer ni…esp time outing or time kat skool

    1. salam maria..

      soal pilihan nak pakai tudung atau telekung, itu hak kita.. yg penting, kita memahami konsep asas menutup aurat dlm solat.. takut2, kita menegur orang tak pakai telekung solat tak sah, padahal sebenarnya sah kalau tutup aurat.. walaupun solat pakai guni ke..

      kadang2 org lagi tak selesa nak pakai telekung yang disediakan kat masjid / surau.. sbb dah sebulan tak basuh.. berkurap plak kepala kalau pakai kang πŸ˜€

  3. Assalamualaikum ustaz…

    Alhamdulillah..terima kasih byk2 atas jawapan di beri.Sbb baru2 ni ada yg menyatakan, hanya boleh menampakkan tapak tangan sahaja, bahagian belakang tapak tangan tu aurat.Terkonpius sekejap saya di buatnya.

    apapun terima kasih ustaz! πŸ™‚
    toche2..

    1. waalaikumussalam..

      kalau tapak tangan yang kita fahami, ianya perut tapak tangan.. maksud yg lebih tepat sebenarnya adalah pergelangan tangan πŸ˜‰

    1. setuju gak… mudah2an ustaz love teruskan perjuangan tanpa jemu. semoga ia banyak membantu sahabat2 lain…

      InsyaAllah minggu depan saya sambung belajar di Ausie, moga ustaz sudi doaakan saya agar segalanya dipermudahkan hingga saya tamat belajar πŸ™‚

      1. insyaAllah Fareed.. Ustaz Love juga mendoakan semoga Fareed berjaya dalam setiap pekerjaan yg Fareed lakukan πŸ˜‰

  4. Assalamualaikum…

    Syukran ustaz. Dulu masa study pernah gak saya bersolat dengan baju kurung yang dipakai dan berstoking bagi menutup kaki kerana kekurangan telekung dan mengejar waktu kuliah.

    Berkenaan bahagian bawah dagu, saya sendiri pernah ditegur kerana mengenakan telekung tetapi bahagian bawah dagu tidak tertutup. Mungkin ustaz boleh buat entry pasal bahagiaan bawah dagu tu kot…:)

    1. Waalaikumussalam…

      konsepnya mudah saja.. bagi sesiapa yg berpegang dgn pendapat yg menyatakan muka itu aurat, maka wajiblah ditutup wajahnya termasuk dagunya.. kalu berpegang pada pendapat muka dan tapak tangan itu bukan aurat, maka tiada masalah nak buka bahagian bawah dagu.. kerana ianya merupakan bahagian daripada muka.. πŸ˜‰

  5. salam ustaz. nk tanya sikit ni. sebab aurat perempuan ialah kcuali muka dan tapak tangan, kalau solat pakai telekung tapi tapak tangan tu tak sentuh sajadah/lantai boleh ke? maksud tak sentuh kt sini ialah sbb tangan berlapik telekung.

  6. Sy nak bertanya soalan..skg kita byk dapat produk kecantikan yg halal(salah 1 sy maksudkn sini alat solek)bolehkah wanita yg telah wuduk memgenakan mekap dan solat waktu2 yg seterusnya?ada haram atau terbatal atau tidak sah?

  7. Salam,
    Sy ingin bertanya,apakah hukumnya jika seseorg terinaya kerana dia di tuduh mencuri..dan dia sgt ingin membuktikan dirinya tidak bersalah tp tidak ada saksi dan bukti yg membantunya.dlm rasa kesedihan yg cuma rasa diri punya Allah sbg saksi dan dlm keadaan yg terdesak dimana rakan2 memaksanya mengaku atas kesalahannya dia cuma ada jln terakhir iaitu bersumpah atas Al Quran yg suci..tp di halang oleh salah 1 rakan kerana berkata “engkau seperti mempermainkan Quran!” Sy sbgai saksi kejadian itu,berkata “jika tidak ada sorg pun pecayanya kecuali sy,dan kmu memaksa dia mengaku benda salah yg dia akui tidak buat jd apa masalah kmu melarang dia bila dia di jln buntu?”
    Skg ustaz,sy ingin tahu bagaimana menghadapi situasi sebegini sbg umat Nya yg kerdil bila terinaya and when the whole world are against us?
    Terima kasih πŸ™‚

  8. Ustaz saya nak Tanya 1soalan, bolehkah wanita memakai alat solek ketika bersolat. Bermaksud wanita itu Sudah mgambil wuduk Dan memakai alat solek Dan sembayang?

  9. salam….. saya mempunyai berat badan yang berlebihan…. masalah saya ialah semasa mengerjakan solat, iaityu antara sujud dan duduk antara dua sujud saya tidak mampu untuk mengangkat badan saya… sehingga menyebabkan berlaku byk pergerakan… bolehkan sya sembahyang dengan duduk di kerusi… atau ader cara lain….. sekian terima kasih..

    1. salam liza..

      berlaku banyak pergerakan yg ada kaitan dengan solat (maslahah solat) takde masalah.. contohnya kalau nak duduk antara dua sujud tu, kena tompang tangan dulu, lepas dah stabil baru letak tangan atas peha dsb, maka ia tak membatalkan solat.. pergerakan yg dilarang melebihi 3x berturut2 adalah yg takde kaitan dengan solat, spt menggaru2 kurap, menampar nyamuk dsb..

      solat seperti biasa (walaupun terpaksa melakukan banyak pergerakan yg ada kaitan dgn solat) itu lebih utama daripada solat secara duduk.. kalau betul2 tak mampu, barulah diharuskan untuk solat fardhu secara duduk, terbaring dsb..

      WA

  10. assalammualaikum ustaz,

    saya ingin bertanya pada ustaz,apakah hukum nya jika kita bertudung,tetapi masih keluar masuk club,disco,event,maksudnya siang bertudung,tetapi bila ke kelab terus buka aurat nya,.tetapi dia sudah berkahwin.adakah jika suami nya izinkan,dia tidak berdosa..

    1. waalaikumussalam…

      dosa dan pahala itu bukan milik manusia.. ia milik Allah.. Allah dah tetapkan kewajipan menutup aurat.. jika isteri melanggarnya sama ada dengan persetujuan suami atau tidak, ia tetap salah dan berdosa..

  11. assalamualaikum ustaz
    saya nak tanya…kalau kita sembahyang pakai tudung saja itu diira sah walaupun nampak dagu..tetapi saya nak kan kepastian kenapa setengah2 orang yang berkata wajib tutup dagu tu bila nak sembahyang???

    1. Jika dlm solat dikatakn wajib tutup dagu, maka diluar solat juga wajib tutup. Sbb aurat adalah sama di dalam dan luar solat. Bezanya pada sesiapa yg berpegang pada pendapat bwh dagu itu termasuk dlm kategori muka atau leher. Kalau beliau berpegang pada pendapat yg dagu itu sebahagian leher, maka wajib tutup dagu di dlm dan di luar solat.. WA

  12. assalamualaikum ustaz…bila kita sujud…telekung kita terkehadapan..dan kita pun sujud atas telekung tu..tapi pada masa yang sama dahi tidak tertutup dengan apa-apa…cuma dahi sujud atas telekung ….ada hamba Allah mengatakan tak boleh sebab dah tersujud atas telekung..sujud hanya atas sejadah tanpa ada terlapik telekung…walaupun dahi terbuka…katanya tetap tak boleh sebab sujud hanya atas sejadah…berbelit2 ke soalan saya ni…

    1. Mmg berbelit2 tp Ustaz Love faham.. Dlm mazhab syafie tak bleh sujud atas telekung atau dahi tertutup dgn telekung.. Mazhab lain takde masalah jika dahi bertutup sekalipun..

      WA

  13. Salam Ustaz love.Saya ada satu soalan berkenaan menguatkan sedikit bacaan dalam sembahyang supaya anak saya yg berusia 5 tahun dapat mendengar bacaan dalam sembahyang dan apakah hukumya saya sebagai wanita menguatkan sedikit bacaan.terima kasih Ustaz love.

    1. tiada masalah cuma menyalahi sunnah.. sebaiknya ajar anak2 bacaan dalam solat di luar daripada solat..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme