I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Sebar Aib Untuk Kebaikan

Salam…

Ustaz Love menerima beberapa pertanyaan lanjutan daripada entry Tutuplah Aib Saudara.. antaranya daripada iman..

ustaz,bagaimana kalau ianya membawa ke arah kebaikan seseorang?mntk pandangan ustaz ye

Juga daripada manje..

assalamualaikum ustaz

nak tau, kalau kita berkongsi masalah tentang perangai seseorang tanpa menyebut nama di blog, itu salah satu daripada perkara mengaibkan ke ustaz? ~

Juga daripada Nor Fazilah..

As salam Ustaz Love..terima kasih atas peringatan ni..de sikt kemyuskilan..klu kite membuka aib seseorg just utk mengingat’n seseorg slh ke?cth..sy mengingt’n keburukan org lain utk menyelamat’n beliau dri terjebak dgn pkra yg x elok..cm mna Ustaz Love?

Sebenarnya larangan menceritakan aib orang lain bukanlah muktamad haram.. sebaliknya ada beberapa keadaan yang diharuskan untuk menceritakan aib.. spt meminta fatwa (ceritakan perkara yg aib dan meminta pendapat alim ulamak tentang hukum perbuatan tersebut), meminta bantuan mencegah kezaliman / perkara buruk, menyedarkan masyarakat tentang sesuatu keburukan dsb..

Kebanyakan org yang menceritakan aib orang lain ini berpegang pada keharusan dengan bertujuan untuk memberi kesedaran mahupun iktibar.. ianya termasuk dalam kaedah nahi munkar..

Namun, sejauh mana kaedah ini boleh digunakan, maka ianya perlu diperhalusi.. Persoalan amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) maka konsepnya lebih luas.. Apa saja kebaikan boleh disebarkan, digalakkan dsb.. tetapi, dalam perkara nahi munkar (mencegah kemungkaran) ini, masih punya batasannya..

Sebab untuk menentukan seseorang itu benar2 melakukan perkara mungkar, maka ianya perlu melalui proses kenalpasti yang sangat ketat.. Umpamanya, untuk menuduh seseorang itu melakukan zina, maka perlukan 4 orang saksi yang nampak sendiri perbuatan zina itu secara jelas (kemasukan zakar ke dalam vagina.. dan bukan setakat dengar dua orang mengeluh2 maka dikatakan mereka berzina.. walaupun kita memahami apa maksud bunyi keluhan itu).. jika tak dapat mendatangkan 4 orang saksi, maka yang menuduh itu sendiri boleh dikenakan had qazaf (80 kali sebatan)..

Sebab itu di zaman Nabi s.a.w. takde satu pun kes zina yang disabitkan melalui syahadah (persaksian 4 org).. yang ada hanyalah melalui pengakuan pelaku zina itu sendiri.. itu pun disoal siasat oleh Nabi s.a.w. secara mendalam.. bukan kias2..

Maka, bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menyebarkan aib saudaranya atas nama memberikan iktibar, maka kena pastikan beberapa perkara… Antaranya..

– Adakah pelaku aib tersebut masih lagi melakukan keaiban tersebut… Jika dia masih lagi melakukan keaiban itu, adakah kita mengetahuinya melalui penglihatan kita sendiri? Dan bilakah keaiban itu dilakukan..

Ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu menyebarkan khabar2 angin.. sekadar mendengar dari pihak2 lain.. atau mendengar melalui sebelah pihak sahaja dan terus membuat kesimpulan menjatuhkan hukuman.. sedangkan mungkin juga jika kita melihat perbuatan aib yang dilakukannya itu pada minggu lepas, dan kita menceritakan kepada orang dgn tujuan supaya orang lain berhati2 dgn beliau pada minggu ini… dalam keadaan kita tak mengetahui bahawa beliau telahpun bertaubat atas keaibannya itu..

– Adakah keaiban itu dilakukan secara berterangan atau secara sembunyi2? Jika sembunyi2, maka tanggungjawab kita bukanlah menyebarkan keaibannya.. sebaliknya berjumpa dengan beliau secara sembunyi2 (tanpa pengetahuan org lain) dan menasihatkan beliau.. sekiranya aib itu dilakukan secara berterangan, maka secara berterangan jugalah kita kena menegur beliau..

Dan banyak lagi sebenarnya yang perlu kita perhalusi.. Kita selalu terlupa bahawa yang paling utama adalah nahi mungkar dengan tangan.. kalau tak mampu, maka tegur dengan lisan.. kalau tak mampu, maka benci dalam hati.. maka, tahap membuka keaiban saudara itu sudah tentunya berada di tangga terakhir sekali..

Kita tak berjumpa pun dengan orang yang melakukan keaiban itu untuk memberi nasihat dan teguran, sebaliknya kita memilih untuk menyebarkan keburukan.. Bahkan lebih teruk daripada itu, kita tak nak bertanggungjawab atas berita yang kita sebarkan itu (baling batu, sembunyi tangan dalam poket)… dengan cara memberikan surat layang, menjadi anonymous dsb..

Dalam perkara amar makruf nahi munkar ini, ada peringkat2nya.. bukan main terjah saja.. sedangkan perkara yg paling besar spt murtad pun masih lagi ada pertimbangan untuk memberikan masa kepada si murtad itu untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.. bukan terus2 dibunuh..

Dakwahlah secara umum tanpa perlu menyebutkan nama pelakunya.. kerana yang lebih penting adalah iktibar, dan bukannya pelakunya..

Jadilah da’ie yang menyebarkan kebaikan.. dan bukannya hakim yang menjatuhkan hukuman.. sbb kita sendiri pun belum tahu lagi bagaimana bentuk hukuman yang akan dijatuhkan ke atas kita oleh Al-Hakim (Allah) di akhirat nanti 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

Add a Comment
    1. artis pun manusia juga.. maka gossip artis ke, gossip pejabat ke, gossip jiran tetangga ke dsb.. semuanya itu membuka keaiban.. 😉

    1. ada caranya untuk menegur.. kalau tak jalan, maka lebih baik buat laporan pada pihak bertanggungjawab.. direct to the point.. takde la kita ikut jalan jauh sangat sampai terkait banyak perkara 😉

        1. yang penting, kena lebih berhati2.. jangan sampai mengaibkan orang yang tak sepatutnya (ahli keluarganya ke) 😉

  1. salam..ustaz..time kasih informasi ni..emm soalan ni kuar tajuk skit tp sy x tau nk tnye kt entry mne..apa beza da’ie dgn ahli tabligh? klu seseorg tu kebiasaanya berckp dgn nada bergurau dan tiba2 didpati org tu nk join kump tabligh..adakh dia blh bckp dgn nada bergurau n sakat-myakat lg?

  2. nk tny sebetul2nya..adakah kita berkongsi pendapat/ bercerita tentang seseorang di facebook merupakan menbuka aib seseorang..?

    1. itu dikira mengumpat (kalau pendapat yg dikongsikan itu benar).. tapi kalau salah, itu dikira fitnah.. maka, jauhilah daripada menceritakan aib peribadi org lain di laman sosial.. aib peribadi kita sendiri pun tak cukup tangan kita nak menutupnya 😉

  3. assalamualaikum ustaz macam mana kalau kita sebarkan aib seseorang tu hingga menimbulkan kemarahan dan fitnah dari orang lain..
    contoh,sekarang dah jadi trend dalam fb untuk printscreen status atau share gambar pada page-page sekian kemudian ada komen-komen seperti ni ikut bapak dia lah bapak g*y anak pun jadi g*y atau ni mesti sebab mak kau jadi pelacur sebelum lahirkan kau (maaf jika agak kasar) dan macam2 lagi..
    walaupun dia berniat baik untuk menyedarkan si folan tu,tapi gara2 komen sebegitu ada yang percaya akan kata-kata pengomen tersebut dan menyebarkannya pada org lain..
    boleh ustaz tlg terangkan.. =)

    1. nilailah tindakan mana yg paling ringan mudaratnya.. sama ada menyebarkan aib itu lebih mudarat, atau menyembunyikan aib itu lebih mudarat. WA

    1. hendaklah kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. insyaAllah, kita akan terhindar drp sangka buruk sesama makhluk.

  4. assalamualaikum ustaz..sya nk tanya..ade cust tu beli brg tapi tak puas atie n minta duet balik dengan mengaibkan peniaga itu supaya semua orang tidak tertipu lgi..macam mana status duit yg die dapat balik tu dari peniaga adakah berkat walaupun duit sendiri?

    1. Perjanjian jual beli itu bergantung atas keredhaan antara pembeli dan penjual. Kalau dah setuju untuk refund, tiada masalah pada duit tersebut.

      Yang menjadi masalah adalah pada sikap pembeli tersebut. Perbuatannya mengadu domba dan menyebarkan fitnah adalah perbuatan dosa yang hanya akan diampunkan sekiranya beliau meminta maaf kepada orang yang dianiaya itu. Nasihatkan beliau supaya berhenti mengaibkan puan atau puan akan ambil tindakan undang2 kerana memfitnah.

  5. Assalamualaikum.. Ustaz saya nak tanya,kalau kita sebarkan berita sesuatu yg tidak el0k terhadap umum semua 0rang tahu tu dikira aib x ustaz?walaupun dia xletak nama? Cuma letak nama industri saha.. C0ntoh saya bagi tentang hal pasaraya. Pasaraya tu ada cashier dia berlagak s0mbong,senyum pun tidak,hentak2 barang bila cust0mer hendak bayar.. Custumer xpuas hati letak pulak dalam gr0up, ramai2 k0men.. Tp admin yg letak status dlm facebook tu, xletak nama.. Cuma ckap umum saja pasaraya tersebut ada cashier yg s0mbong..

  6. Assalamualaikum Ustaz,

    Beruntung sangat Saya menjumpai blog ini. Terima kasih atas penerangan2 Yang mudah difahami ini.

    Saya ada sebuah pertanyaan. Boleh Kah saya menceritakan lepas a Ibu Bapa Saya sesuatu perkara tidak elok Yang Saya lihat di dalam telefon bimbit adik saya? Namun, Saya Akan ceritakan apa Yang saya lihat saja dan tidak akan memfitnah seperti kemungkinan Adik Saya tekan berzina.

    Tujuan Saya menceritakan ialah agar Ibu Bapa saya dapat menyedarkan adik Saya dan memberi nasihat agar dia terhindar daripada maksiat. Saya sudah nasihat tetapi seperti tidak jalan. Saya juga sudah 2 hari tidak bertegur sapa dengannya.

    Saya takut sekiranya Saya membuka cerita Ini, maka Allah Akan buka aib lama saya (juga bukan zina tetapi berbaur maksiat dan pastinya berdosa).

    Kalau tidak dibuka Ceritanya, mungkin Adik saya akan berterusan. Dan saya tidak akan bertegur sapa dengannya.

    Kalau dibuka, Saya takut aib sendiri akan terbuka.

    Maaf kalau terlalu panjang, mohon penerangan. Terima kasih yang Tak Terhingga.

  7. Assalammualaikum..tak tahu la sama ada masih boleh ka lagi saya bertanya..teros terang saya ada melakukan zina bersama pasangan saya..saya ingin memjadikan dia istergi saya yang sah..tapi penerimaan nye dingin di sebabkan orang ketiga..lalu saya menceritakan kelakuan kami dan niat saya itu kepada orang ketiga..wanita itu menuduh saya buka aib nye sedangkan saya mahu bertanggungjawab dan memperbetolkan keaiaban itu..untuk pengetahuan wanita ni bukan suci semasa saya bersama untuk kali pertama dan juga melalaui kehidupan yang sosial seperti meminum arak..adakah apa yang saya lakukan di angap membuka aib

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme