I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Pendakwah Suka Bergurau

Salam…

Hari ni Ustaz Love nak habiskan entry pasal soal jawab.. sebab tak nak sang penanya tertunggu2 jawapan daripada Ustaz Love.. kalau lama menunggu, Ustaz Love minta maaf banyak2.. sbb kadang2 kesibukan menyebabkan Ustaz Love tak dapat nak bagi masa untuk menjawab soalan2 sama ada di blog mahupun di e-mail..

Soalan kali ni datangnya daripada Miss EZ yang bertanyakan soalan :

salam..ustaz..time kasih informasi ni..emm soalan ni kuar tajuk skit tp sy x tau nk tnye kt entry mne..apa beza da’ie dgn ahli tabligh? klu seseorg tu kebiasaanya berckp dgn nada bergurau dan tiba2 didpati org tu nk join kump tabligh..adakh dia blh bckp dgn nada bergurau n sakat-myakat lg?

Da’ie dan ahli tabligh tiada bezanya… Da’ie ini bermaksud pendakwah.. Manakala Jemaah Tabligh (JT) merupakan satu pergerakan dakwah.. sama juga macam Ikhwan al-Muslimin, Gerakan Wahhabiyyah, Gerakan Sanusiyyah.. semua tu pergerakan dakwah.. Cuma manhaj (metodologi) saja yang mungkin berbeza..

JT terkenal dengan kaedah khuruj (keluar) di jalan Allah.. keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan, setahun, seumur hidup dsb.. Dari segi penampilan, kita boleh mengenali anggota JT dengan janggut yang panjang, misai yg nipis (atau misai dicukur).. sentiasa membawa kayu sugi (kayu miswak).. memakai serban ekor 2.. kopiah ada lobang jaring kat atas.. pakai seluar atas buku lali.. memakai kurta (baju pakistan / india seakan jubah.. tapi pendek sampai lutut atau betis).. Itu penampilan secara umum saja.. ada juga yg bukan anggota JT, tapi istiqamah bersugi dengan kayu miswak.. memakai seluar atas buku lali dsb..

Bagi para pendakwah, tak kira la sama ada melibatkan diri dalam gerakan JT ke, Usrah ke dsb… perlu menjaga adab dan akhlak.. kerana dakwah yg paling utama adalah dakwah dengan akhlak.. sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Dengan akhlak Baginda yang mulia, musuh pun boleh tertarik untuk memeluk Islam..

Namun, kita mengakui bahawa kebiasaan orang yang baru mula2 berjinak, tak boleh la kita nak menuntut kesempurnaan daripada mereka.. Umpama seorang yang baru mula melaporkan diri untuk bekerja, kita tak bleh nak menuntut yang beliau akan tahu semua prosedur kerja, bekerja mcm orang yang dah 10 tahun berpengalaman dsb.. Tak dapat tidak, pasti akan ada kekurangan di sini..

Maka tanggungjawab kita bukan menyalahkan atau membesar2kan kesalahan mereka.. kita kena membantu dan membimbing mereka.. kalau tak mampu pun, kita kena menyokong usaha mereka yang mulia itu..

Dan bagi para pendakwah, nak tak nak kena berusaha ke arah kesempurnaan.. ia mungkin akan mengambil masa.. yg penting adalah kita berusaha ke arah itu.. sbb tujuan dakwah itu sendiri adalah untuk memperbaiki diri kita.. dan bukannya orang lain.. Orang lain tak baik takpe, janji kita bleh jadi baik.. sbb kita tak tanggung dosa orang.. tapi kita akan bertanggungjawab ke atas setiap amalan dan perbuatan kita sendiri…

Berdakwah kepada orang lain seumpama kita bercakap di depan cermin… semakin kilat cermin tu, semakin jelas kita bleh nampak wajah kita… bermakna, apa yang kita cakapkan itu adalah untuk diri kita sebenarnya.. dan kalau orang lain mendapat hidayah atas dakwah kita, itu adalah bonus bagi kita.. yang penting, gaji pokoknya kita dah dapat..

Soal boleh tak boleh bergurau atau menyakat, sebenarnya ia agak subjektif untuk diberi hukuman.. yang penting, tak melampaui batas2 seorang Muslim.. sama ada beliau itu seorang da’ie ataupun tidak, sebagai seorang Muslim maka kena menjaga batas2 pergaulan agar tak terbabas daripada batasan syariat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. salam UL..

    itulah, cara penyampaian setiap pendakwah itu ada pelbagai cara, ada yg lebih sinonim dgn cara bertegas dan ada yg lebih suka santai ttp tegas..

    apapun yg perlu diambil kira adalah ilmu yg disampaikan.

    soalan: ustaz, apa pula pndpt ustaz kalau seseorg membuka pusat komputer (CC), dan buka sampai lewat mlm, 12am, org yg dtg pula kebanyakan muda mudi untuk bermain games, adakah yg membuka CC itu menyumbang sama ke arah kelalaian mereka yg bermain games smpai lewat mlm?..

    syukran didahulukn Ustaz L0ve

    1. salam mariah..

      penyampaian berhikmah sesuai dengan audience.. kalau audience itu jenis orang lama (tua), maka tak sesuai dakwah cara aggresif.. kalau audience tu muda, tak sesuai plak dakwah cara lemah longlai.. maka, ianya bergantung atas kebijaksanaan pendakwah atas ilham daripada Allah..

      insyaAllah, persoalan tu nanti Ustaz Love akan jawab dalam entry.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme