Salam…
Ustaz Love menerima satu pandangan dan pertanyaan daripada seseorang yang menamakan diri beliau sebagai lia..
“Salam,ustaz bolehkan kita melakukan sesuatu hanya berlandaskan niat sahaja??
Seperti isu sanggul la kn..depend pada niat..tapi bukan kah niat tidak menghalalkan cara??
Kalau sanggul tinggi ini cuma untuk mereka yg tidak bertudung..habis tue bagaimana pula bg mereka yg bertudung??
Saya perhatikan kebanyakkan mereka yg bertudung sekarang lebih selesa memakai sanggul tinggi(malah ada yg terlebih2 tingginya) sedangkan sebelum ini perkara sebegini jarang di lakukan..kalau ade pun yg bersanggul ,takde la seteruk sekrg..
lg satu,kalau sanggul kita tinggi bukan kah secara tak langsung da menarik perhatian lelaki walaupun itu bukan lah niat kita yg sebenar..jd apa hukumnya di situ??
maafkan saya kalau menyusahkan ustaz…“
Untuk makluman, pandangan dan pertanyaan ini adalah berkaitan isu tudung sanggul yang pernah Ustaz Love terbitkan (cewahh) dalam entry terdahulu..
Dalam hal berkaitan niat, perlu difahami bahawa setiap sesuatu itu akan dikira daripada niatnya.. Jika sesiapa berniat untuk melakukan kebaikan (niat nak bersedekah ke, nak bangun tahajjud ke dsb), maka dia telah memperolehi pahala.. walaupun belum melakukan kebaikan tersebut.. Jika dia berniat untuk berbuat baik, dan melaksanakan amal kebaikan itu.. baginya 2 pahala.. iaitu pahala niat nak melakukan amalan baik dan pahala melakukan amal kebaikan..
Berbeza dengan niat melakukan kejahatan.. Jika berniat nak buat jahat, maka niatnya itu tak mendatangkan dosa.. Jika beliau melakukan kejahatan yg diniatkan itu, maka baginya 1 dosa.. iaitu dosa amal kejahatan itu saja.. dan niatnya nak buat jahat itu tak dikira..
Pun begitu, jika berniat nak melakukan kebaikan, tetapi caranya itu tak menepati syariat, maka ia tidak bertepatan dengan konsep niat yang baik.. Seperti Robin Hood yang merampok daripada orang kaya dengan tujuan untuk menolong orang miskin.. Niatnya nak menolong orang baik itu adalah baik, tetapi perbuatannya merampok itu adalah perbuatan jahat.. Maka baginya adalah dosa kerana melakukan perampokan..
Berkenaan dengan tudung pula.. Isunya di situ bukanlah niat.. sbb penerangan Ustaz Love dalam entry itu adalah menjelaskan bahawa hadis Nabi s.a.w. itu tiada kaitan dengan larangan bersanggul.. atau memakai tudung sanggul.. atau memakan mee sanggul sekalipun..
Tetapi, larangan Nabi s.a.w. dalam hadis itu adalah lebih kepada amalan wanita jahiliyyah yang bertujuan menarik perhatian lelaki atau lebih tepat lagi menggoda nafsu lelaki bermata keranjang dengan gaya jalan, berpakaian dsb.. Maka itu, sekalipun memakai perhiasan yang diharuskan spt memakai gelang, tetapi sengaja dibunyi2kan dgn tujuan menarik perhatian lelaki.. maka termasuklah juga dalam maksud menggoda / menarik perhatian.. itu yang dilarang..
Berkenaan dengan sanggul ini.. Persoalannya adakah dengan bersanggul tinggi itu menarik perhatian lelaki? Itu persoalan yg subjektif.. sbb bg Ustaz Love, bersanggul tinggi ni tak nampak menarik pun.. mungkin ada lelaki lain yg ghairah melihat sanggul tinggi ni..
Maka, adakah sanggul tinggi itu haram pada lelaki yg tertarik hati melihatnya.. dan tak haram jika ditayang depan Ustaz Love? Macam mana nak tahu? Nak kena interview dulu ke lelaki tu?
Sebab itu Ustaz Love selalu tulis dalam entry.. kita jangan menyusahkan apa yg dimudahkan dalam agama.. jangan memahami hadis dan ayat al-Quran mengikut selera kita.. tak semestinya apa yg logik bagi kita, maka ianya adalah kehendak agama.. dan begitu juga sebaliknya..
Kata Saidina Ali r.anhu “Kalaulah agama itu boleh difikirkan secara logik akal semata2, nescaya aku disuruh untuk menyapu khuf (kaedah mengambil wuduk jika memakai stokin / kasut kulit) di bahagian bawah.. dan bukan di bahagian atas”.. Sedangkan dalam bab mashul khuffain (مسح الخفين) yang disuruh untuk disapukan air adalah pada bahagian atas..
Memakai sanggul palsu itu dah masuk bab lain.. begitu juga bersanggul tanpa bertudung, itu pun bab lain.. yang Ustaz Love nyatakan di atas adalah bersanggul (tulen bang) di dalam tudung.. hukumnya harus 😉

Assalamualaikum ustaz….
saya ingin bertanya…kawan saya bertanya kpd saya adakah jatuh talak? ceritanya begini kawan ibunya bergurau dgn berkata ‘aku ceraikan kau dgn talak 1’. isterinya semasa dlm perjalanan menceritakan perkara tersebut kepada suaminya. semasa sampai dirumah si suami teringat apa yg diceritakan oleh isterinya dan telah berkata ‘apalah kawan umi tu ckp mcm tu aku ceraikan kau dgn talak 1’….adakah jatuh talak tersebut keatas isterinya walaupun sebenarnya tiada niat cerai dan bukan nya bergurau. si suami hanya ulang perkataan yang disebut oleh kawan ibunya. adakah jatuh talak. harap ustaz dpt beri maklumbalas.
Wallahhualam.
Waalaikumussalam..
3 perkara yang kalau diucapkan betul2 pun, jadi betul2.. kalau main2 pun, jadi betul2.. salah satunya adalah talak..
Cuma dalam kes kawan aiman itu, dia cuma mengulang cerita.. dan bukan meniatkan cerai.. maka tidaklah jatuh talak.. Cuma, lebih baik perkara nikah cerai ini dirujuk kepada jabatan agama.. supaya ia dapat disahkan.. sbb kadang2 cerita blog / e-mail tak sama dengan cerita face to babyface 😉
thanks ustaz atas penjelasan
wassalam
terima kasih kembali 😉
sangat subjektif kan kalo pasal sanggul tinggi nih..bukan nak tarik perhatian lelaki, pakai sanggul tinggi ni, cume nak nampak cantik bile sanggul tu tinggi, sesuai dengan tudung dan tren terkini.. tapi nak nampak cantik untuk siapa? saya pn kadang2 keliru dgn fesyen skrg..kena banyak membaca.huhuu.. thax utk entry Ustaz Love nih..
kita tak mampu nak menilai niat org lain.. itu kerja Allah.. kalau Ustaz Love keluar rumah pakai lawa2 pun, takde plak terasa nak suh aweks2 tergoda dengan Ustaz Love.. saje je suka melawa.. Sbb Allah itu ‘Jameel’ dan menyukai ‘al-jamaal’ 😉
salam alaik ustaz love
ouh..mcm tu eh..
terima kasih..
waalaikumussalam.. begitulah kira2nya.. 😉
salam ustaz..
memula tengok wanita bersanggol besar dlm tudung rasa pelik. lelama nmpk lawa plak..hehe
salam kakyon..
biasa le tu.. alah bisa, tegal biasa.. dulu pun orang pelik gak tengok wanita bertudung penuh (zaman tu Ustazah pun pakai selendang nampak jambul lagi).. sekarang nampak lawa plak 😀
byk isu lanjutan bab2 tudung ni…
isu akan sentiasa timbul.. sbb fesyen bertudung dah semakin berkembang 😀
Ha ah Ustaz…fesyen tudung dah semakin berkembang, bisnes buat/jual tudung pun semakin maju… 🙂
bila banyak permintaan, maka akan banyak la bisnes sebegitu.. dan harga juga akan semakin berdaya saing 😉
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=275329635833651&set=a.147653551934594.24500.146443882055561&type=1&theater
mcm mna dgn pkaian mcm ni?
Ustaz Love ada jawab kat sini.. mungkin boleh cekidaut dulu :
http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-tudung-yuna/
http://ustazlove.com/blog/2010/09/haram-tudung-berbutang/
mohon share entry ustaz..
insyaAllah, takde masalah 😉
heheh ada elemen lawak (tulen bang) senyum2 me sorang2 dpn lappy ni hehehhe
kihkih.. terima kasih mama kerana sudi membaca 😉
salam ustaz.. saya ada ternampak dalam satu hadis dimana Nabi mencela wanita yang memakai sanggul ni.. [perbetulkan apa yg salah].. dan saya pernah ternampak seorang muslimah bertudung labuh memakai sanggul di kepalanya.? macam mana tu ustaz.? boleh jelaskan..
Salam VH..
Ustaz Love dah jawab kat sini..
Salam. Ustaz, saya ada persoalan mengenai solat jamak dan qasar. Dah lama saya musykil soal ini. Tapi taktau nak menyuarakan kat siapa. Saya ingin bertanya secara privasi. Supaya saya boleh tanya secara detail. Boleh kah ustaz memberi email atau FB ustaz kepada saya.
email saya: fatadramonas@yahoo.com
Salam Rajiah..
email Ustaz Love : ustazlove[at]gmail[dot]com
FB : http://facebook.com/UstazLove
assalamualaikum ustaz ..sy ingin bertanye ..sy sering mnasihati rakan sy supaya mghindari zina sperti couple .. sy sering mmbca arikel2 tntg hukum kapel …. tp susah utk sy mghindari hati sy dr perasaan yg dtg … sekarang sy sudah terlanjur bercinta ….tetapi sesudah sy memikirkannya semula sy mulai rasa brsalah … sy tidak mahu hidup dilinangi dosa maksiat … sy tidak mahu org itu turut berdosa ..bgaimana ustaz utk sy katakan padanye ? sy tidak mahu pula bertengkar ….dan jika kami sudah putus, apakah yg perlu sy lakukan ? bolehkah lagi saya berhubung dgnnye ?
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry..