I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kafe Siber Melalaikan

Salam…

Masih lagi dengan entry soal jawab.. Kali ni soalan datang daripada seorang blogger bernama mariah..

ustaz, apa pula pndpt ustaz kalau seseorg membuka pusat komputer (CC), dan buka sampai lewat mlm, 12am, org yg dtg pula kebanyakan muda mudi untuk bermain games, adakah yg membuka CC itu menyumbang sama ke arah kelalaian mereka yg bermain games smpai lewat mlm?..

syukran didahulukn Ustaz L0ve

Cyber Cafe merupakan satu perniagaan yang sah di sisi syariat dan juga undang2.. Ianya merupakan sebuah pusat komputer yang menawarkan perkhidmatan melayari internet, khidmat printing, permainan games dsb.

Namun, banyak perkara yang perlu diteliti untuk mengelakkan para para pengusaha kafe siber daripada menukar perniagaan sah mereka kepada percampuran dengan perkara2 yang dilarang :

1. Waktu operasi : Kalau tak silap Ustaz Love, waktu operasi kafe siber adalah tidak melebihi 12 tengah malam.. Kalau salah, minta tolong betulkan (jangan jolokkan plak okeh).. bermakna, jika beroperasi melebihi waktu tengah malam, secara asasnya kafe siber itu telah melanggar undang2 yang telah ditetapkan kerajaan / pihak berkuasa tempatan.

2. Hakcipta terpelihara perisian : Kebanyakan kafe siber tak menyediakan perisian menaip Microsoft Office kerana harga perisian original yang sangat mahal.. tambahan pula satu perisian Ms. Office hanya untuk satu komputer.. kalau dalam kafe siber tu ada 30 komputer, memang botak la nak pasang.. Itu belum masuk part anti-virus lagi (sbb pengguna Ms. Office sangat mudah terdedah kepada virus melalui perkongsian pintar – kongsi pendrive). Kalau didapati sesebuah kafe siber menggunakan perisian lanun (cetak rampok), maka satu kafe siber tu boleh disita..

Begitu juga dengan perisian permainan atas talian (online games).. kalau nak guna yg ori, memang mahal.. guna yang pirate, memang murah.. untung pun banyak.. tapi tetap salah di sisi undang2 negara..

3. Akses kepada laman porno : Pemilik kafe siber kena meletakkan tanda amaran bahawa melayari porno (laman lucah) adalah dilarang dalam premis kafe siber itu.. dan kalau boleh, memasang perisian yang boleh block porno tu.. Tapi, kalau pemilik kafe siber tak kisah, maka ianya boleh dikira membuka jalan ke arah dosa..

Itu secara umum saja.. berkenaan dengan hiburan yang membuang masa dan membazir (spt main games, internet, karaoke, tengok wayang dsb) ianya subjektif.. Ia asalnya harus.. tapi boleh saja menjadi makruh, haram dsb..

Ia bergantung pada situasi seseorang.. Jika beliau merupakan seorang yang kaya.. nafkah anak isteri tak terabai.. banyak masa diluangkan untuk anak isteri.. penat bekerja, lalu melepak kat kafe siber dengan tujuan untuk release segala kepenatan bekerja dengan bermain games, maka tidaklah dikira beliau membuang masa, membazir dsb..

Namun, jika budak2 sekolah yang spender pun mak ayah tolong belikan, lepas tu melepak kat kafe siber menghabiskan duit mak ayah juga.. maka inilah yg dikatakan membuang masa dan membazir.. sbb bukan masanya beliau nak melepak2 kat kafe siber..

Maka, peranan ibu bapa seharusnya dimainkan sebaik mungkin dalam keadaan ini.. Kalau nak sekat, mungkin anak memberontak la, tertekan la.. apa la.. maka bagi la diorg main kat kafe siber.. tapi di bawah pengawasan ibu bapa.. dan bukannya pada waktu tengah malam.. memang la mak ayah tak bleh nak kawal.. sbb mak ayah dah masuk tido awal (macam pantun plak).. Dengan anak remaja ni, kena pandai main tarik tali.. Umpama main layang2… kalau tali tegang sangat, takut putus… kalau longgar sangat, takut layang2 tak naik.. Jadi, ada masa kena tarik.. ada masa kena hulur..

Bagi pemilik kafe siber, kena bertanggungjawab memastikan yang masuk ke dalam kafe siber itu bukan kanak2 bawah umur.. rasanya ada peraturan bahawa kanak2 bawah umur, kena ada pengawasan ibu bapa.. juga kena ada rasa tanggungjawab sosial gak.. bila tengok ada budak2 lelaki pempuan malam2 kat kafe siber, nasihat la beliau.. Jangan takut hilang customer.. Sbb rezeki tu Allah yang bagi.. Terpulang pada kita nak memilih rezeki melimpah tapi tak berkat, atau setakat cukup2 tapi berkat..

Jika pemilik kafe siber itu tahu yang anak2 muda itu bawah umur, berada dalam siber kafe tanpa pengetahuan ibu bapa, kemudian melayari laman lucah / bermain games sampai tengah malam dan tak berbuat sesuatu, maka ianya dikira sebagai membuka pintu kejahatan..

Sabda Nabi s.a.w. “Sesiapa yang membuka jalan kebaikan, baginya pahala dan pahala orang yang mengikuti jalan tersebut.. dan sesiapa yang membuka jalan kejahatan, baginya dosa dan juga (menanggung) dosa orang yang mengikuti jalan tersebut”… sampai la ke Hari Kiamat..

Tapi, bagi kita sebagai pemerhati, jangan la mudah2 nak menuduh pemilik kafe siber itu sebagai pembuka jalan kejahatan.. Sbb kita sendiri tak tahu apa situasinya.. Mungkin beliau benar2 tak tahu.. atau beliau dah nasihat, tapi tak jalan dsb.. Cuma, sebagai orang awam, kita berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya sesebuah kafe siber itu melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan. Itu lebih baik daripada bercerita ke sana sini πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. dulu Ustaz Love pun ada angan2 yg sama.. tapi mcm susah je.. sbb biasanya org datang nak main games.. Ustaz Love plak tak minat main games yg kena memikir (mcm warcraft).. πŸ˜€

  1. Alhamdulillah..
    Kemusykilan dah terjawab secara menyeluruh..

    soalan ini timbul kerana sahabat saya ingin membuka CC,
    jadi sebelum itu, mestilah kita ambil tahu perkara-perkara yang terlibat melalui perspektif islam khususnya supaya dapat dijalankan perniagaan tersebut tanpa was-was.. πŸ™‚

    Syukran sekali atas jawapan UL.. sangat menghargai.. Assalamualaikum Ustaz Love.

    πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme