Salam…
Ustaz Love menerima permintaan daripada ibnuDDin berkenaan isu larangan membuka aib ini :
“boleh dak ustaz lampirkan beberapa hadis penuh mengenai aib ni?“
Sebenarnya, banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menceritakan tentang larangan membuka aib, mencari2 aib dan perkara2 berkaitan melindungi aib.. tak kira aib sendiri lebih2 lagi aib orang lain..
Ustaz Love akan cuba setakat termampu..
1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)
3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)
5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)
6. “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”
7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)
8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)
9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)
10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).
Setakat itu saja Ustaz Love mampu carikan.. harap dapat membantu..


![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://ustazlove.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/valid-rss-rogers.png)
cikzsmile
11/03/2011 at 10:25 pm
assalamualaikum ustaz love
sy ingin meminta maaf berkenaan teguran sy kpd ustaz tempoh hari tntg pkataan ‘salam’ tu.
ianya boleh dgunakan.maaf ye
sy ingin penjelasan ustaz mengenai pekerjaan yg memerlukan kaum perempuan memakai uniform yg tudungnya perlu dimasukkan ke dlm uniform spt polis/chef.apakah pekerjaan ini harus dihindarkan pleh kami kaum hawa?
apa pndangan dan hukum dari segi agama Islam ustaz?kerana kita tahu tudung yg dpakai perlu menutup dada.
harap ustaz dpt menjelaskan kpd sy
terima kasih!
Ustaz Love
12/03/2011 at 12:43 pm
waalaikumussalam cikzsmile..
tiada masalah.. tegur menegur amalan yg mulia..
tentang isu itu, insyaAllah Ustaz Love akan jawab dalam entry akan datang
Mama Zharfan
12/03/2011 at 12:56 am
syukran wabarakallah fiik
Ustaz Love
12/03/2011 at 12:41 pm
afwan wa barakallahu fiiki ya mama
Muhammad Iqbal
13/03/2011 at 10:09 am
Alhamdulillah, terima kasih daun kari ye ustaz..
Ustaz Love
13/03/2011 at 1:08 pm
aikk.. sudah tukar kaa? hehe
syahel
07/08/2011 at 10:52 pm
asslammualikum, pak ustd sya binggung bgt nie pak sya kepinggin sekali menikah tp smpy skrg sya taaruf selalu gagal gmna nie agar bisa lekas menikah. tlong pak ustd beri sya saran
Ustaz Love
08/08/2011 at 7:20 am
waalaikumussalam..
insyaAllah, Ustaz Love jawab di entry ya..
noresah
04/01/2012 at 9:08 pm
ustaz nk copy ltk dlm blog ye..sdh mkin rmai manusia yg bkk aib2 ssama sndri ni
Ustaz Love
04/01/2012 at 11:23 pm
insyaAllah, boleh.. takde masalah.. tapi yg lebih baik drp itu adalah copy dan paste dalam hati kita
arifah
05/01/2012 at 1:29 pm
syukran atas pengkongsian,,,
Ustaz Love
05/01/2012 at 6:32 pm
afwan ya arifah
fahmizal
19/02/2012 at 6:50 pm
assalamualaikum : ustadzah yg mau saya masalah tahlilan apakah imam Syafii melakukannya dan bagaimana hukumnya
Ustaz Love
20/02/2012 at 9:40 pm
Waalaikumussalam..
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry lain
puteri hatie
20/02/2012 at 11:31 am
assalamualaikum,
Saya bakal berkahwin,xlama lagi..insyallah..namun sehingga hari nie… saya blm lagi mempunyai kekuatan utk mencerita kan ape yg penah berlaku dan apa yang saya pernah lakukan pada kesilapan saya yg lepas…kepada kekasih saya…saya kuatir dia xdapat menerima atau pun die akan amat kecewa dgn ape yg telah saya ceritakan kelak…
Saya jugak x pasti sama ada keaiban sya sepatutunye diceritakan pada dia atau tidak, sedangkan saya thu tuhan sendri menyuruh kite menjaga dan menutup aib diri sendiri dari diketahui org lain..
saya harap ustaz dapat membantu sy dlm memberi jalan utk menyelesaikan masalah ini..dari pandangan ustaz dan dari sudut agama kite sendiri…
Ustaz Love
20/02/2012 at 9:20 pm
waalaikumussalam…
tak perlu buka aib tersebut.. simpan kemas2.. mungkin saudari boleh baca dulu entry ni :
http://ustazlove.com/blog/2010/06/rahsia-silam-rahsia-semalam/
puteri hatie
21/02/2012 at 5:27 pm
saya xpasti dgn menyimpan rahsia tersebut sy akn merasa lebih baik…dari sekarang sedangkan pekara tu yang sering berlegar difikiran acap kali berjumpa dia..
pada pengetahuan dan pengalaman ustaz sendri ape akn jadi sekiranya…pekara tersebut telah sy cerita kan..demi berlaku jujur dlm perhubungan sy.
Ustaz Love
21/02/2012 at 10:03 pm
saudari akan merasa lebih baik jika saudari telah bertaubat bersungguh2 dgn taubat nasuha atas segala keterlanjuran sebelum ini. Ustaz Love dah jelaskan pandangan Ustaz Love pada link itu.. saudari boleh baca dulu dan fahami implikasi dan kesan jika tersilap membuat keputusan berkaitan aib dan rahsia ini
puteri hatie
24/02/2012 at 4:28 pm
T.Q so much ustaz love…..
Ustaz Love
24/02/2012 at 11:23 pm
u r welcome
lovebug
04/04/2012 at 6:11 pm
assalamualaikum ustaz love
macam mana cara nak menegur saudara muslim kita yang selalu menyebarkan fitnah, suka bercakap bohong, suka menyebabkan orang bertelagah? saya sudah hilang kepercayaan kepada org begini. bolehkan saya diamkan diri apabila dia bercerita keburukan orang lain. saya dalam dilema takut2 saya telah berbuat dosa.
terima kasih kerana menjawab
Ustaz Love
07/04/2012 at 8:48 am
waalaikumussalam..
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry
mira
15/11/2012 at 1:54 am
mohon share….
mohd kamarul
03/12/2012 at 3:22 pm
Mohon share…
Gadis
19/12/2012 at 4:25 pm
Assalamualaikum..ustd sy nak tanye adakah patt klu kita bg tw aib kita pd suami sndri yg sbnarnye kita penah hamil…sblum kite bekahwin dgn nye…dan apa kah patt yg nk sy lakukn sy buntu skrg…
dewindi
19/01/2013 at 5:07 pm
Assalamu’alaikum ustadz..
izin share yaa, jazakallah…
Ustaz Love
19/01/2013 at 7:23 pm
insyaAllah.. takde masalah..
najah kamilah
07/05/2013 at 6:10 pm
assalamualaikum,
tadi dlm kelas, pensyarah sy ad cakap tentang buka aib org ni. kemudian beliau ada sebut yang aisyah penah cakap yang seorang gadis ni cantik tapi rendah. kemudian baginda tegur jgn cakap mcm tu sebab kalo perkataan tu letak alam lautan, lautan bole jadi tawar. hurmmm ustaz tahu x tentang ni..kalo tahu bole tak ustaz cerita lebih lanjut sebab pensyarah sy bukan ajar bidang ni jd beliau hnya sebut sekali lalu jew la…maaf kalo sy ada tersalah bicara. terima kasih ustaz
Syazril Aziz
12/05/2013 at 8:26 pm
Assalamualaikum ustaz,
hadis yg ke-6 tu HR dari siapa ya?
terima kasih
Ustaz Love
14/05/2013 at 11:07 am
Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi.. juga oleh Muslim dengan lafaz yg sedikit berbeza..
amni
14/05/2013 at 3:29 am
salam ustaz…ustaz jika seseorang melakukan dosa secara terang terangan dan bertaubat..bolehkan dia menyimpan aibnya dari sesiapa pun jua?
Ustaz Love
14/05/2013 at 10:54 am
bukan saja boleh, bahkan wajib menyimpan dosanya yg lalu daripada pengetahuan orang lain..