I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Saka Ilmu Persilatan

Salam…

Entah apa mimpi Ustaz Love malam ni tiba2 je nak buat entry berkaitan saka.. Dah agak lama entry2 sebegini Ustaz Love tinggalkan.. Tapi bila tengok keyword2 yg melekat kat blog Ustaz Love ni paling tidak dalam sehari mesti ada 1 keyword berkaitan saka.. tak kira la saka harimau ke.. saka limau ke.. kalau nak baca entry2 terdahulu, bleh klik tag saka.. banyak siri dah Ustaz Love terbitkan.. kihkih..

Bila Ustaz Love bukak balik entry2 lama berkaitan saka ni, banyak rupanya janji2 manis yg Ustaz Love telah taburkan.. nak buat entry pasal saka itu la.. pasal ini la.. tapi Ustaz Love tak update pun pasal tu.. Agaknya, sebab tu la sentiasa ada orang yg masuk ke blog Ustaz Love ni untuk membaca entry berkaitan saka..

Dalam satu entry, Ustaz Love berhajat nak bercerita tentang saka ilmu persilatan.. Jadi pada malam nan sunyi ini, Ustaz Love rasa dah tiba masanya untuk Ustaz Love membongkar serba sedikit rahsia dalam ilmu persilatan ini..

Bagi sesiapa yang pernah menyertai perguruan persilatan, tak kira la apa warna bengkung (tali pinggang) pun, maka pasti akan merasai pengalaman mandi berlimau.. atau mandi minyak.. Mandi berlimau ini bukanlah bertujuan untuk membuang bau busuk ketiak ke.. atau untuk membuang minyak yg melekat di badan… Sebaliknya mandi berlimau ni merupakan salah satu upacara yang wajib terutama bagi perguruan gayung (Ustaz Love dulu Gayung Fatani) apabila nak naik daripada satu peringkat ke peringkat yg lain.. Contohnya dalam silat Gayung Fatani, mandi berlimau akan bermula apabila nak naik ke bengkung kuning (peringkat kedua)..

Caranya Ustaz Love tak berapa ingat sangat.. tapi air tu dicampur dengan limau (mcm nak buat limau suam plak) dan kemam (simpan air dalam mulut) sambil dimandikan.. kemudian air dalam mulut tu dihembus..

Selesai mandi berlimau ini, maka (berdasarkan pengalaman Ustaz Love.. tak pasti kalau org lain) timbul satu semangat yang berbeza.. Terasa mcm berani semacam.. Dah takde rasa takut walaupun jalan sorang2 kat Lorong Haji Taib ke, kat celah2 kubur ke..

Kemudian kalau ada sesuatu yg mengejutkan, sepantas kilat Ustaz Love akan buka langkah.. bukan langkah seribu.. tapi langkah silat.. walaupun takde la mahir mana pun bersilat, tapi kalau terkejut, terus tangan tu buat bunga silat.. maknanya, kalau tersilap langkah org yg nak mengejutkan pesilat ini bakal kena siku atau kepala lutut..

Pernah suatu ketika, member Ustaz Love dikejutkan oleh maknya.. tapi ditendang sampai tercampak orang tua tu.. Beliau bersilat dalam tido.. tak sengaja tertendang mak beliau.. Ini diceritakan sendiri oleh emak beliau..

Itu antara ‘kehebatan’ yang kita nampak.. Tapi sebenarnya, lagi banyak masalah hasil daripada itu.. Kebanyakan member satu perguruan dengan Ustaz Love (termasuk Ustaz Love sendiri) mengalami suatu sindrom.. rasa was2.. sehinggakan member Ustaz Love tu kalau amik wuduk, sampai habis basah baju.. itu pun tak sudah lagi.. kadang2 sejam kat tempat wuduk.. sbb was2 wuduknya sah ke tak.. Ustaz Love tak sampai lagi ke tahap tu..

Selain itu, kepala selalu menjadi buntu.. Jika ditimpa masalah, maka tak mampu nak berfikir secara waras.. Akhirnya, mata pun jadi kuyu.. dan jadi kuat tido.. Ini Ustaz Love namakan saka panglima tido.. hehe..

Yang paling tragis, seseorang akan dihinggapi panas baran.. walaupun secara zahirnya, beliau seorang yang lembut.. Tapi, kalau beliau marah, memang takde tingkatan dah.. terus maksimum kemarahannya walaupun pada perkara yang kecik..

Ustaz Love sendiri dah berubat merata tempat.. dan dikhabarkan oleh seorang ustaz perawat (muallij) bahawa Ustaz Love dah didampingi sejak zaman sekolah.. bila ditanya ada belajar apa2 ilmu persilatan, maka Ustaz Love pun dapat menangkap.. itulah puncanya..

Tapi, kata perawat itu, saka Ustaz Love dah lemah.. kebetulan masa tu Ustaz Love sangat menjaga amalan (masa join tabligh).. jadi, kalau kita menjaga amal ibadah, insyaAllah ianya dalam mengekang penguasaan jin dalam badan..

Pun begitu, adalah lebih baik diubati dan dikeluarkan jin itu… kerana ianya umpama ketumbuhan.. sekalipun kita tak terasa sakit, tetapi ianya boleh merosakkan saraf dan salur darah tanpa kita sedari..

Agak sukar untuk mempercayainya dalam zaman serba moden ini.. Tapi, bagi sesiapa yang pernah mengalaminya, maka akan faham apa yg Ustaz Love ceritakan ini..

Sebab tu kalau ada orang tanya Ustaz Love, persilatan mana yg bagus untuk disertai.. maka Ustaz Love akan suruh beliau belajar taekwondo.. atau karate.. sbb ianya bersifat fizikal semata2 tanpa bercampur dgn unsur2 spiritual.. Seperti mana yg diceritakan oleh seorang tok guru silat (namanya dirahsiakan.. beliau pun dah arwah) : “Silat Melayu tanpa ilmu kebatinan, bukan silat namanya”..

Maka, bagi sesiapa yg mempelajari silat dan mengalami simptom yg sama seperti yg Ustaz Love ceritakan, carilah perawat.. Rawatlah sebelum terlambat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

67 Comments

Add a Comment
    1. untuk dapatkan pengalaman ni, memang terpaksa merasai keperitannya.. mungkin ada hikmahnya.. sbb itu adalah lebih baik belajar daripada pengalaman org lain.. berbanding kita merasainya sendiri (kalau pengalaman itu merupakan pengalaman pahit) πŸ˜‰

        1. as salam..

          Ustaz Love pernah dengar nama silat cekak.. tapi tak pasti bagaimana kaedah pengajarannya.. tapi, Ustaz Love ada pengalaman sorang member yg belajar silat cekak (tapi Ustaz Love terpaksa rahsiakan jenis silat cekak tu), memang ada gangguan selepas sekian lama belajar.. sehingga sampai ke tahap tak bleh nak kawal marah.. sekali marah, beliau tumbuk skrin komputer pecah berderai.. tapi dah makin slow bila beliau dah berubat dengan sorang ustaz πŸ˜‰

          1. Assalammmulaikum….belajar silat ni bagus utk beladiri apa pun terpulang kepada niat masing2x…dari niat shaja akan menentukan perjalanan anda dalam menuntut. dalam silat cekak diterangkan awal2x niat belajar utk membeladiri…matlamat silat cekak.adalah memartabatkan.seni budaya pusaka.bangsa dan menentang segala bentuk kefahaman tahyul…kurafat…syirik dalam persilatan. Nilai2 murni yg diterapkan kedalam setiap.pengamal ialah hormat menghormati, merendah diri dan sebagainya yg baik…jadi kalau ada pesilat bukan pengamal yg kelakuannya diluar apa yg inhin diterapkan bukannya salah silat iti tapi.diri.sendiri…sama juga dalam.beragama…semua agama ajar benda baik…oenganut buat salah bukan salah agama…bukan salah ibu.mengandung…jgn kerna nila setitik rosak.susu sebelanga…org takut belajar silat sebab adanua unsur2 khurafat…tetapi jika silat tersebut membawa jalan kepada Allah…mentauhidkan Allah…maoa silat cekak dan sewaktu dengannya. Belajarlah…bukan silat itu yg dpt.membeladiri kita tapi Allah jua…belajar silat jangan sampai mensyirikkan Allah

            Saya budak sedang belajar…kalau salah dan silap mohon maaf…saya sedia ditegur…

    2. saya setuju ng mama zharfan…byk pengalaman yang berguna untuk iktibar org lain..
      silatnya,
      tablighnya.. gurau kucingnya… hehehe…(gurau je)..
      dan lain2 lagi..

      1. hidup Ustaz Love ni penuh dengan mehnah dan tribulasi.. jadi, pengalaman tu kadang2 agak berbeza dgn orang lain πŸ˜‰

  1. salam ustaz…
    bahaya gak ek ilmu silat nih..patutla ayh saya tak bg adik saya join..padahal saya berita2 nak adik saya join silat..bagi kuat sket mental n fizikal…erm…

    1. silat ni tak bahaya.. yg bahaya, kalau ada upacara2 tertentu yg membabitkan kehadiran jin.. spt bacaan mantera yg bercampur aduk dgn ayat al-Quran, kemenyan, penggunaan limau dsb.. kalau silat olahraga, takde masalah.. lebih kurang taekwondo dan karate gak πŸ˜‰

  2. salam ustaz..
    akak paham apa yg ustaz rasai. cerita pasal saka ..berdiri bulu roma..keluarga akak ada pengalaman melaluinya. nak cari perawat..akak tahu tempatnya.

    1. Ustaz Love tak pasti ianya saka ataupun pendamping.. Ustaz Love pernah berubat, tapi kesannya sangat teruk.. Nanti kalau ada masa, Ustaz Love akan ceritakan πŸ˜‰

    1. saka ini bukanlah dengan mencari.. ianya diwarisi.. tok guru wariskan kepada anak murid kanan (contohnya), ibu wariskan pada anak dsb.. benda2 jin ni kena diubati.. sbb ia boleh menyebabkan kecelaruan minda.. nak beribadah pun tak tenang πŸ˜‰

  3. suami saya mengajar silat kat kampung tapi sebelum dia di iktiraf sebagai guru silat,dia belajar silat dengan sorang guru silat..sebelum saya kenal suami,memang dia dah lama sgt dah berkecimpung dlm dunia silat sejak dari umur 15th lagi..sebelum tu memang saya x tau dia ni cepat naik marah ke apa ke..alahai nak cite pun malas la kat sini..saya emel ustaz boleh?

  4. Assalam Ustaz…

    Pengalaman saya pulak hampi sama dengan ustaz.. cuma ilmu yang kita belajar berbeza..
    bagi kami x ada konsep mandi minyak…

    bila tamat satu satu peringkat kami diminta memohon keredhaan guru untuk amalkan ilmu tersebut dan berterima kasih dengan guru…

    bab bukak langkah.. biasanya kalau x mampu lawan perkara pertama ialah langkah seribu dulu… sama ler,,,,

    layanzzz ajer

    1. As salam Abd Karim..

      Konsep penghormatan anak murid terhadap gurunya memang menjadi teras dlm perguruan silat.. kalau melawan, dikira derhaka.. walaupun sebenarnya, tok guru tu yg salah πŸ˜‰

  5. kakjem pun pernah mandi limau,tapi apa yg kakjem tahu fungsi mandi limau ni ada lah untuk menstabilkan unsur2 negatif didlm badan….wallahuaklam…..

  6. sy pesilat dr silat cekak Malaysia..dulu ketika di matrikulasi, sgt tegar pergi training. dua kali mandi limau. tp xrasa pon ciri2 yg mcm ustaz ceritakan..mungkin tiada jin yg berjaya masuk. sampai ke peringkat akhir, peringkat buah potong, sy training sekerat jalan, dalam 3 jenis buah potong xsempat sy habiskan. sbb kelas training sgt jauh dr kolej kediaman, tiada kenderaan plus busy dgn prog U dan kelab. ilmu persilatan tidak terkubur, mana yg ada sy selalu praktikan. setakat nk berlawan2 dgn rakan sendiri boleh la..alhamdulillah..msh belum bertemu musuh dan blm pernah terjebak dgn the real fight.

    1. mungkin zaman kita berbeza.. sbb zaman Ustaz Love dulu, belum ada lagi peraturan yg melarang wirid2 dan zikir2 / mantera2 dlm persilatan ni (maksud Ustaz Love, di sekolah atau U).. tidak diajarkan di peringkat asas, tapi masuk peringkat ke-2 dah mula diajar sket2.. πŸ˜‰

  7. ouh.
    mcm tu ke.
    rupe nye ade benda jugak mase buat upacara silat tu.
    nasib baik sy dulu taekwando je.
    tu pon dah benti.
    hehehe.

    1. orang dulu2 tak reka sesuatu perkara tanpa ada maksud disebaliknya.. kena pandai2 kita menapis mana yg baik mana yg tak πŸ˜‰

  8. definitely agreed.
    dulu pernh mandi tapak ni masa ngaji smpai 3rd stage silat gayong.
    tpi kesannya?!
    smpai tua2 dah ade anak dua ni,baran tahap max even benda kecik.
    paling sadis,laki bini memang ade ngaji silat2 ni.
    klu gduh,mmg takde perang mulut dah.
    on the spot jugak masing2 tetiba bukak langkah.
    siap dgn buah dengan jurus.
    redanya bila kena kunci.
    mujur jugak saka silat kami berdua dah kurang or boleh la katakan dah takde.
    tpi kadang2 bila angin tu,mmg dahsyat la.
    sebab for the sake of children..
    sama2lah cuba kendurkan.
    tpi bila benda tu lagi kuat,huhuhuhuh..
    mmg siap la…
    kadang2 lawak pun ade jugak.
    tpi klu betul2 isim dulu,mmg jenuh la saka silat ni ilang.

    1. dah macam smackdown pun ada.. hehe… sori, gurau je..

      yg gila isim tu biasanya jenis yg mengamalkan jampi mentera dalam silat.. atau silat2 kebatinan.. sebab mantera tu berbentuk pemujaan.. jadi, agak susah nak menghalau jin yg dijemput ni.. Mcm tetamu la.. kalau kita jemput dia datang, memang susah sket la kita nak suh keluar.. terpaksa berbasa basi dulu.. Tapi kalau tetamu yg datang menyinggah (tanpa diundang), maka mudah sket nak suh keluar..

      apa pun semuanya bergantung atas diri kita.. kalau kita kuat iman dan amal, walaupun jin itu masih bertapak dalam diri, beliau tak mampu nak buat apa2.. sbb mereka pun makhluk Allah.. kalau kita dapat perlindungan Allah, takde sapa pun yg boleh memudaratkan kita πŸ˜‰

      1. saka silat ni terjadi jika pengamal silat tidak ada lima ciri2 ini. 1)kesopanan, 2)kejujuran, 3)ketabahan, 4)pengawalan diri, 5)semangat tidak putus asa. tak kisahla belajar silat ke, tomoi ke, tkd ke,pabila fikiran tak panjang, jadi hulk la:)

    2. Sy x pown . Stay maintain . Elehhhh stakat bende turn , dia usik sikit jerrr . nk bg kita berani . saka tu….. Biasalah… Lek ah . Sy yg umur 14 ni pon OK .

    1. salam..

      setakat pengetahuan Ustaz Love, ilmu persilatan dulu2 memang ada unsur2 jin ni.. sbb itu mereka menjadi kebal, boleh melompat setinggi pokok dsb.. menurut hasil pembacaan dan temuramah Ustaz Love dengan mereka2 yg pernah mengambil ilmu selempang merah (waktu melawan komunis dulu), ramai yg mengakui bahawa sewaktu mengamalkannya, ada musuh2 yg melihat mereka tinggi seperti tiang telefon dan tak lut ditembak..

      kita mengiktiraf perjuangan mereka menentang penjajah.. tapi kita tak bersetuju dgn apa juga bentuk amalan yg melibatkan perbuatan syirik dan penggunaan jin..

      WA

  9. Assalamualaikum wbt Ustaz… saya nak bertanya …saya memang tk pernah belajar pun ilmu silat ni…tapi saye rase saye pun ade alami sindrom2 mcm tu… terasa was2…kuat tido.. marah2…

    1. Waalaikumussalam..

      Mungkin saudara boleh rujuk kat entry yg ada tag saka : http://ustazlove.com/blog/category/saka/

      Jika ada tanda2 sebegitu, adalah lebih baik saudara berjumpa dengan pengamal perubatan Islam untuk mengesahkannya.. kalau ada, boleh la cepat2 berubat.. kalau takde pun, sekurang2nya kita dah sahkan.. mungkin juga ada kaitan dengan masalah kesihatan biasa (spt tekanan darah tinggi.. simptom2 spt marah2 dan kuat tido juga merupakan salah satu tandanya) πŸ˜‰

  10. assalamualaikum saudara..saya nak tanya sikit..saya selalu alami gangguan2 aneh since saya di bangku sekolah lagi(that time saya x belajarsilat lagi)..

    tapi time waktu saya study diploma 3 tahun lepas..makin kuat pula gangguan nya..pastu dalam tahun 2010..saya join seni silat abjad(saya ase actually abjad ni adalah ilmu asal nasrul haq cuma namanya diubah)..pas blaja silat ni..ase macam ada satu ”kuasa”yg meresap kt dalam badan ni..antara skop2 abjad, saya gak diajar utk melihat jin dan syaitan,merawat histeria,sihir and santau, dan pas blaja silat ni..ilham slalu dtg dlm mimpi..dan makin kerap pulak gangguan nya..so ustaz ase cmne? saya ase sakit badan dan macam nk meletup badan ni cbb tanggung beban2 dari silat ni..

    1. waalaikumussalam..

      pasal ni, insyaAllah nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry.. buat sementara waktu ni, saudara carilah mana2 pengamal perubatan Islam untuk merawat penyakit ini.. jangan dibiarkan lama2..

      1. insyaallah..hujung mnggu ni sya akan ke darul syifa..hope ustaz le wt entry pasal masalah sya tu ek..assalamualaikum..

  11. Assalammualaikum.. saya ada satu pendapat dan pengalaman untuk dikongsi.. di dalam ilmu persilatan memang ada yg panas dimana kita perlu berzikir dan memperdekati diri dgn tuhan, insyaallah.. akan tersusun dan teratur kembali.. panas baran atau cepat melatah itu terjadi bila kita mgambil ilmu persilatan tpi tidak mgamal apa yg diperintah oleh ALLAH.. kerana ilmu dtg dri ALLAH tapi kita kena juga pilih samaada ilmu kebaikan atau keburukan

    1. yang baik dan yang buruk, semuanya daripada Allah.. maka, amalan zikir yg dilakukan juga mesti dijaga niatnya semata2 kerana Allah dan bukan utk tujuan menawar panas dsb, kelak zikir itu makin menjauhkan diri kita daripada Allah.

      1. betul tu……… tapi ilmu didunia ini adalah dari Allah… saya faham apa yg dikatakan saudara/saudari adat tadi tu. kan dia kata HENDAKLAH memperdekati DENGAN TUHAN dimana kalau ilmu persilatan yg mengunakan khasiat2 ayat Al-Quran maknanya itu ilmu bersih dan kalau hati pun bersih insyaalah terhindar dari perbuatan yg merugikan…. kalau kita belajar ilmu kebaikan sedalam2 mana pun tapi kalau x mengamal x beriman maka boleh menyebabkan terpesong akidah…

  12. assalamualaikum ustaz,saya ni tak ada pengalaman bersilat,tetapi saya mahu masuk Silat Gayong,tetapi bila peneragan dari ustaz,alhamdulillah saya tak jadi masuk,sebab mak saya marahkan saya jika saya hendak masuk ilmu ini.dan satu soalan ini ustaz,adakah TAPEDIRI 65 ini sesat,dan gunakan jin juga seperti silat?Jikalau tdk tolong inform kan saya.dan mak saya juga marah jika saya masuk TAPEDIRI 65 ni,even saya nk berubah.

    1. Ustaz Love tak pernah kaji TAPEDIRI 65 ni.. cuma nasihat Ustaz Love, kalau nak berubah, dekatkanlah diri dengan agama.. rajin ke masjid.. dengar pengajian ilmu dsb.. insyaAllah, itu lebih terjamin daripada memasuki kumpulan2 yg tak diketahui asal usul pengajarannya..

      WA

  13. Assalamualaikum.Ustaz,boleh saya tahu,apa kaitan sesuatu “barang” diberi daripada gurukepada pesilat

  14. Assalamualaikum.Ustaz,boleh saya tahu,apa kaitan sesuatu “barang” diberi daripada guru kepada pesilat?

    1. kebiasaannya, barang yg diberikan itu bukanlah barang biasa yg digunakan untuk tujuan yg biasa.. kalau tok guru beri pesilat kain pelikat sorang sehelai, maka tiada pertikaian di situ, sbb kain pelikat memang untuk dipakai.. namun, bila diberikan sesuatu yg dianggap istimewa dan punya kuasa tertentu (kebal, kuasa penunduk dsb) seperti besi kuning, keris kecil dsb, maka nyatalah di situ adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan.. WA

  15. Salam. Bljr silat atau seni beladiri asing mmg dua2 boleh terjebak. Bezanya hanya thp tertentu diberi. Cth tkd bila thp tinggi kita secara x sdr akn masuk kerohanian buddha.

  16. Assalammualaikum…
    Maaf Ustaz Love… Tapi apa yang ustaz bukan lah 100% betul… Bukan semua silat begitu & dalam 1 perguruan juga mungkin hanya guru itu saja yg gatal2 menambah pedamping, bukan semua… Ini telah saya siasat sendiri… Saya banyak menyertai perguruan lain untuk menyelidik… Sebab itu, kita ni kalau nak join silat, jangan sebarangan join, selidik dulu… Seperti saya, dalam Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) & Silat Melayu Keris Lok 9, mmg bebas daripada benda syirik & khurafat… 100% berlandaskan Islam… Tetapi itu bergantung pada guru yang mengajar… Sebab itu kita kene memilih…

    untuk pengetahuan semua, kebatinan dalam silat boleh dibahagi kepada 2 : Mantera & Doa.

    Sebab itu jika diberi sesuatu amalan dalam bahasa arab, mesti tau makna. Kalau mantera dlm bahasa lain, konfem salah.

    Kebatinan cara Islam mudah saja, dkatkan diri pada Yang Maha Esa…

    Wallahualam…

  17. as’salam ustaz.love,saya wadi berasal dari bera,pahang,tntang apa yg disampaikan oleh ustaz.love td,mgkin berlaku pd sy,sy salah seorag ahli gayong dibawah kepimpinan guru saya yakni ayahanda papa din kumai,bera..sy sudah lama mninggalkan nya,sy cma smpat bljar bunga,anak harimau,buah kunci & sy sudah pon mandi limau,mmg benar,1 semangat telah mengalir dlm diri,sperti bukan sy saja tambahan pula sy seorang yg jenis kisah panas baran,pntang ditergah,mula lah..sepanjang sy dlm dunia ini,ketika sy berada di terengganu untk smbung pelajaran sy dlm peringkat diploma,sy telah mendapat 1 mimpi dimana sy akan dijemput oleh malaikat maut dalam masa beberapa minit saja lagi,masa tu tuhan saja yg tau perasaan sy,scara tdk langsung,guru saya turut mendapt mimpi yg sama dimana sy mati & penolong guru sy naik ‘syeikh’ krna tiba2 trpikirkan sy stelah berapa lama tidak bersua,apakah tandanya ini??didalam mimpinya itu…kisah seterusnya adalah sehari sebelum guru sy meninggal dunia,sy menjadi tdak tentu arah,degupan jantung semakin kuat,tiba2 trdetik dihati sy utk balik ke pahang tanpa sy sndiri tdk tau apa tjuan sy utk balik ke pahang,stelah menenangkan diri sbentar,sy mndapat panggilan yg mngatakan guru sy,allahyarhan ayahanda papa din telah kembali ke rahmatullah…innalillah..ternyata semagat yg tertanam bgitu kuat..

  18. salam..Sekarang bwu saya tahu..tp dlu sya mndi bunga..xingt plk pernah mandi limau..sya ad saka silat n dikatakan Dari keturunan..sya ny bljar silat xabis..da macam2 cara sya Cuba..ttp xboleh..dikatakan dri kecil ada shnga xsedar..sya bljr silat time sekolah..saya buntu..macamana nk keluatkan saka ini dari kita?

  19. Ustazz… kawan saya nii macam terkena saka silat harimau.. bila dia marah.. member2 semua takut…lagi2 bila gaduh… dia berubah macam buass.. dan bukan dirinya yang sebenar.. macam mana tu ustazz

  20. Salam. Ustaz, saya pon pernah masuh silat gayung tapi setahun je la. sempatla mandi tapak. saya tak pastilah ada ke tak benda tu kat saya?
    Kalau nak cek atau buang benda tu cmna Ustaz? Ustaz ada tak cdgn tempat @ sesape yang bleh rawat?

  21. Ustaz, sy baru nk join ilmu persilatan ni, tp apabila dgr cerita ustaz ni, sy rasa lain mcm plak. Rasa mcm xnk join plak…tp pada masa yg sama, sy nk bljar utk pertahankan diri sy, kalau sy belajar silat dan sy xnk mndi limau ni xpe ke? Ada benda ikot sy x kalau sy xmndi limau? Sy hanya join latihan silat je…

  22. seeloknya saudara saudari sekelian.. dalam pengajianagama, pucuk pangkal kna tahu rabitah wasilah (salasilah sanad). Sbb bnda pling pnting mnentukan sesuatu ilmu itu dtg dri mana.. begitu juga dalam persilatan. Kita tahu sejauh mana rantaian salasilah peguruan silat oleh tok guru kita. Dari mnakah tok guru itu ambil ilmu persilatan itu,WAJIB KNA TAHU mungkin ustaz love kita boleh bahaskan ilmu persilatan dgn rabitah wasilah..

    1. Rantaian salasilah itu penting, tapi yang lebih penting adalah kesahihan amalan itu bila ditimbang mengikut neraca syarak. Jika tok guru kita adalah seorang Imam Besar masjid sekalipun, namun jika amalan persilatan yang diajarkan bercanggah dengan syarak, maka perlulah kita menolaknya.

  23. assalamualaikum ustaz..saya nak bertanya pasal ilmu kebatinan. datuk belah ayah saya baru meninggal hari rabu mggu lepas selepas 3 ari buang ilmu kebatinan. datuk saya tu ada anak sorang iaitu ayah saya. ayah saya pula ada anak sorang iaitu saya. adakah ilmu kebatinan mesti diwarisi kepada anak cucu. setahu saya, ayah saya juga ada amalkan ilmu kebatinan. saya pernah terjumpa keris dibalut dengan kain kuning di dalam bilik ayah saya.

  24. Jika mencari silat yang bebas dari unsur.khurafat…syirik…tahyul…silat cekak lah jawapannya…itulah matlamat asal perjuangan cekak dari dulu sampai sekarang tetapo pastikan dari guru yang sahih dan bersanad…Silat Cekak Pusaka Hanafi…Tuan Guru Pewaris mutlak Silat Cekak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme