I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Projek Perkongsian Blog Ustaz Love

Salam…

Banyak betul projek yang Ustaz Love terfikir nak buat kat blog ni.. Projek kelas pengajian tajwid al-Quran belum dijalankan lagi, dah timbul idea projek baru.. Tapi, bagi Ustaz Love takde masalah nak buat banyak2 projek ni.. yang penting adalah istiqamah.. sebab dengan istiqamah itulah baru boleh menuju ke arah keikhlasan..

Projek tajwid al-Quran agak individu sebab bahan2nya semua daripada Ustaz Love.. sedangkan projek terbaru ini, Ustaz Love akan dapatkan bantuan daripada para pembaca blog ni..

Bermula dengan perbualan antara Ustaz Love, kakjem dan atehqshe kat komen entry, Ustaz Love terfikir idea untuk berkongsi pengalaman2 mereka untuk kita sama2 mengambil iktibar.. tapi Ustaz Love tak prefer kisah2 yg mengaibkan.. mungkin kisah2 mistik ke, kisah2 kemalangan dsb yang tak mengaibkan mana2 pihak boleh Ustaz Love pertimbangkan untuk dijadikan entry..

Di akhir entry itu nanti, Ustaz Love akan buat sedikit ulasan.. Sebab Ustaz Love rasa, kaedah terbaik untuk belajar adalah melalui kesilapan / pengalaman sendiri, tapi yang lebih baik daripada itu adalah dengan belajar daripada kesilapan / pengalaman orang lain.

Bagi sesiapa yang ingin menyertai projek Ustaz Love ni, tak perlukan apa2 syarat (nak kena jadi follower ke, apa ke).. Just hantarkan kisah pengalaman anda ke : ustazlove[at]gmail[dot]com dan letakkan tajuk e-mail tu “Penyertaan Projek Ustaz Love”.. supaya Ustaz Love dapat bezakan mana satu e-mail pertanyaan dan mana satu e-mail perkongsian.. Juga nyatakan sama ada ingin dipaparkan nickname dan url blog (utk kredit) atau nama samaran..

Bagi kisah pengalamana yang terpilih, Ustaz Love akan buatkan sebagai entry dan akan membuat ulasan terhadap entry tersebut dan memberikan backlink (jika mahu).. InsyaAllah, pengalaman yang anda kongsikan bakal menjadi panduan buat pembaca yang lain.. insyaAllah, ada pahalanya.. dan jika ada kebaikan padanya, lalu disebar2kan oleh yang lain.. maka InsyaAllah, pahalanya takkan putus walaupun selepas nyawa kita dah terputus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum..
    Saya gembira dengan projek yang baik ini.. Insyaallah, dalam kepala ni dah terlintas nak pilih kisah2 pengalaman yg boleh dijadikan pengajaran…

    mana satu nk pilih.. ><'

    syukran UL..

    1. Waalaikumussalam..

      Alhamdulillah.. ada juga yang sudi nak berkongsi.. Ustaz Love memang alu2kan.. hantar banyak2 pun takpe.. takde had penyertaan (cewahh.. mcm pertandingan plak) πŸ˜€

    1. selain menjadi pembaca, kalau jadi penyumbang pun lagi ok.. mungkin bleh amik pengalaman adik beradik ke, kawan2 ke.. untuk dikongsikan.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme