I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Perniagaan Alaf Baru

Salam..

Ustaz Love gi jalan2 blog orang lain tadi.. melompat dari satu link ke satu link.. sampai la Ustaz Love ke satu website ni.. Ustaz Love nak bukak balik, tak ingat dah clear cookies n history (satu kaedah meringankan loading page.. bukan ‘makan biskut’ okeh.. tak semua benda boleh diterjemah secara terus)..

Ustaz Love tertarik dengan satu konsep perniagaan ni.. Sebenarnya dah lama Ustaz Love tau.. sekitar 3 4 tahun lepas.. Masa ni rasanya jenis perniagaan tu masih baru lagi di Malaysia.. Tapi dah lama dipraktikkan di negara luar..

Ustaz Love pernah beli e-book pasal perniagaan ni.. Tapi tak jadi apa2 pun.. bukan salah e-book tu, tapi salah Ustaz Love sendiri.. Tak berniat nak meneruskan apa yg diajarkan dalam e-book tersebut. Cuma membeli sekadar untuk jadi bahan bacaan menambah pengetahuan saja..

Sampai la tadi, baru Ustaz Love tahu rupanya kat Malaysia pun dah ramai buat konsep perniagaan mcm ni.. Macam HeartBeat juga.. bukan perniagaan jual barang2 cenderamata.. itu khusus sangat.. yg Ustaz Love nak cerita ni umum sket..

Berapa lama punya intro, tak cerita2 gak apa jenis perniagaan tu.. Maafkan Ustaz Love, seorang tua yang selalu bermukaddimah secara panjang2.. isinya pendek je..

Perniagaan tu dinamakan dropshipper.. Iaitu sejenis perniagaan yg melibatkan pembeli, pembekal dan penjual.. rantaiannya mcm ni :

– Pembeli buat tempahan / belian pada penjual..

– Penjual menerima order tersebut dan membuat order daripada pembekal..

– Pembekal tu terus menghantar kepada pembeli tanpa perlu melibatkan penjual..

Untung yang paling besar kat sini diperolehi oleh penjual.. Sebab beliau tak perlu menyimpan stok, tak perlukan modal yg besar, tak perlu fikirkan nak reka barang ke, design ke.. dan tak perlu fikir pasal nak hantar order kepada pembeli..

Kaedah perniagaan dropshipper ni dah semakin berkembang.. Antara yang menawarkan khidmat dropshipper adalah HeartBeat.my (ini bukan advertorial entry okeh.. cuma bagi contoh je).. Tapi kena ada modal permulaan iaitu RM330. RM30 sebagai pendaftaran.. Rm300 lagi akan ditolak semasa menempah barang.. Kiranya mcm deposit la..

Jadi, bila kita ada tempahan (cenderamata ke, cenderahidung ke) maka kita amik pembayaran daripada pembeli.. dan duit tu kita bayar kat HeartBeat. Kita amik untung atas order je.. Soal shipping (penghantaran, pembungkusan dsb) akan diuruskan oleh pihak HeartBeat.

Kalau rajin, boleh je jalan2 kat mana2 kedai ke.. pastu jumpa manager beliau.. cakap nak buat bisnes cara ni.. Kalau beliau pun takde masalah untuk buat penghantaran, maka kita boleh buat kerja promo.. bukan promo kedai beliau (itu bleh cas harga lain tu), tapi promo barang yg kita nak jual.. Jual guna blog ke, guna vlog ke, guna mudah.my ke, guna lelong.com.my ke, guna eBay ke.. tapi kalau nak lebih untung, jual kat eBay (kena ada akaun yg menerima kad kredit mcm paypal ke, clickbank ke).. sbb lebih ramai pembeli yang berkunjung ke situ..

Kalau setakat nak jual dalam Malaysia, guna mudah.my pun ok.. pastu ada akaun Maybank (yg ni kalau boleh kena ada.. sbb memudahkan pembeli nak masukkan cash money ke).. dan beberapa lagi bank alternatif yg ada fungsi perbankan internet. Kiranya, flow perniagaan jadi sangat mudah :

Terima order –> sahkan pembayaran –> buat order dan bayar pada pembekal –> sahkan penerimaan barang dengan pembeli

Tak perlu nak sewa gudang untuk simpan stok, tak perlu nak order bahan mentah.. tak perlu nak sewa pejabat.. tak perlu nak jumpa client.. tak perlu waktu kerja 8 jam kat pejabat..

Ustaz Love ingat nak cuba gak la buat bisnes dropshipper ni.. Agak2 nak jual apa ye? Kalau jual barang kelengkapan mayat, agak2 laku tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
      1. ok jaa sbb sy blom pomot all out lagi.. stakat ni kt Fb sy baru upload pic dlm 4 brand cmtu.. nk pomot kt 2nd blog sy xde masa plak, hikk…

        1. bila nak all out? biasanya kalau bisnes ni, kena promo habis2an masa permulaan.. bila dah terkenal nanti, takyah susah2 nak promo dah πŸ˜‰

          1. sbb selain biz ni.. sy ada join affiliate e-store jgak.. ni x tmasuk keje financial consultant lagi, hikk..
            pastu original perfumes ni ada berpuluh2 brand.. so sy smpat upload 4 brand dulu.. kira all out peringkat demi peringkat ^^

          2. wahh.. masyukk tu.. Ustaz Love doakan semoga caliph akan lebih sukses lagi.. πŸ˜‰

  1. perghhh,,kelengkapan mayat?
    lau org tu order harini blh ke smpai hrini jga dn pd msa yg dperlukn??
    hehehe
    lau blh,alangkah bgusnya… =)

    1. kalau order hari ni, sampai pun hari ni.. agak susah sket la.. sbb dropshipper ni biasanya melalui pos.. lain la kalu COD.. tapi untuk kawasan2 sekitar yg berdekatan boleh la ditawarkan khidmat mcm tu πŸ˜‰

    1. barang yg market bagus rasanya jual kain tudung.. kalau jual kain kapan, memang market tak bagus πŸ˜€

    1. aikk.. ingat lagi ye kak jem.. buat masa ni projek tu terpaksa ditangguhkan dulu.. insyaAllah, ada rejeki lebih esok2 Ustaz Love akan lancarkan.. kak jem akan menjadi testimoni Ustaz Love yg pertama.. hehe πŸ˜€

      1. mestilah kakjem ingat..almaklumlah kakjem ni kan masih muda remaja….selalu amalkan kismis….kehkehkeh

        1. wahh.. kalau kak jem masih remaja, maknanya Ustaz Love ni kiranya masih belum baligh lagi la.. πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme