Salam…
Peperangan telah dimulakan oleh negara2 berkutu iaitu Amerika, Britain dan Perancis ke atas negara Islam, Libya.. Ianya mengulangi kembali sejarah peperangan di Iraq yang sampai ke hari ini masih belum menemui jalan keluar.. (ada gaya macam pengulas berita tak?)
Atas alasan kemanusiaan, mereka melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan.. serangan roket daripada laut dan udara telah mengorbankan sejumlah besar orang awam.. Menurut laporan rasmi Pentagon, sebanyak 110 misil telah dilepaskan ke arah pertahanan udara Libya.. manakala jet2 pejuang Perancis mengambil peranan melakukan serangan udara ke atas kelengkapan ketenteraan Libya.. Dilaporkan 48 orang mati manakala 150 lagi cedera akibat serangan itu..
Kenapa Libya diserang? Adakah semata2 kerana kekejaman Kolonel Muammar Gaddafi menembak rakyatnya sendiri yang melakukan rusuhan? Ataupun sebenarnya menembak rakyatnya yang menjadi pemberontak (bughah)? Kenapa US dan kutu2nya terlalu prihatin untuk melakukan serangan? Sedangkan bagi setiap peperangan, dianggarkan berpuluh billion USD dihabiskan untuk kegunaan peperangan.. Sedangkan hutang Amerika sendiri meningkat sehingga berbelas trillion USD.. dan bakal meningkat lagi dengan peperangan baru yang dicetuskan ini..
Semuanya disebabkan Libya itu sebuah negara Islam.. orang kafir memang takkan redha dengan Islam ini sehinggalah orang Islam mengikuti jalan mereka (spt Arab Saudi yg bersekutu dengan US, Mesir dsb).. dah macam2 tekanan pihak kuffar ini kenakan terhadap Libya.. sekatan ekonomi dsb.. tetapi Libya masih boleh bertahan sbb negara itu mempunyai sumber simpanan minyak yang besar.. Ini merupakan satu lagi tujuan peperangan..
Sama seperti yang berlaku di Iraq, ianya akan berlaku juga di Libya sekiranya kerajaan dan rakyat tak bersatu menentang habis2an pencerobohan ini.. halau dulu anasir luar, lepas tu nak berguling adik beradik dlm negara tak kisah la.. Umpama pertengkaran suami isteri dalam rumah, lama2 nanti baik la.. Jangan sampai pihak luar (orang ketiga) masuk campur, memang bakal hancur la rumahtangga tu.. apatah lagi jika diketahui yang pihak luar itu memang berniat jahat..
Semoga Allah selamatkan negara berdaulat Libya dan menghancurkan amerika dan kutu2nya..

orang kafir tidak akan redha selagi orang Islam tidak ikut mereka… jadi berpegang teguhlah pada tali Allah
.. dan janganlah kamu berpecah belah π
dh lama sekutu tu tunggu peluang ni.. skrg dh jumpa alasan utk serang libya…
alasan yg sangat tepat nak campur tangan kedaulatan sesebuah negara.. atas nama kemanusiaan.. π
diorang takkan pernah berhenti sampai akhir nanti .
tunggu la masanya nak kiamat nanti.. tak cukup tanah diorg lari kena buru dengan tentera Islam π
Ya Allah..selamatkan libya drpd rakan2 syaitan itu!
aminn π
amiinn.
US mmg suke menyebok.
kalau tak menyibuk, bukan US namanya π
x berani komen apa2 (ni bukan komen ke?) Us tetap Us.
ni komen gak ni.. macihh π
kta bakor je…
nak bakor dengan apa? dengan mancis? π