I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Meniaga Nabi

Salam…

Tadi Ustaz Love makan kat sebuah restoran yang baru buka.. Kiranya Ustaz Love antara pelanggan terawal la.. Bila nak bayar, Ustaz Love terasa pelik plak.. Apsal murah sangat harganya? Ustaz Love siap tanya lagi dah kira tak yang ni, yang tu.. tapi tetap diberikan harga murah.. Ustaz Love saspek beliau nak bagi diskaun sempena pembukaan restoran baru..

Situasi macam ni pernah berlaku pada Ustaz Love suatu masa dulu.. masa Ustaz Love kerja kat kedai makan.. Tokey takde, jadi Ustaz Love kena kira harga.. Ustaz Love memang tak pandai nak letak harga.. Maka, setelah mengira2, Ustaz Love bagi bil.. Customer terkejut sbb murah sangat.. Lantas dia pun bertanya, Ustaz Love ni “Meniaga (cara) Nabi” ke?

Ustaz Love biasa dengar frasa “Meniaga Nabi” ni.. kalau cari dalam kamus memang tak jumpa.. tapi masyhur ala alsinah (masyhur melalui percakapan).. Yang dimaksudkan “Meniaga Nabi” ni adalah berniaga yang tak mengambil untung banyak.. kira cukup2 amik modal dan untung sikit pun jadi la..

Dari satu sudut, memang nampak kebaikannya.. Sebab para peniaga memang dianjurkan agar tak menekan harga.. kerana ianya membebankan pengguna.. Antara kaedah yg boleh digunakan adalah meminimumkan keuntungan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan.. Tapi tak ramai yang sanggup.. Sbb tujuan berniaga tu kan nak untung.. Kalau boleh nak untung beratus peratus.. Memang tiada ada larangan bab mengambil untung ni.. bergantung atas asas muamalat tu.. iaitu ‘an taraadhin (saling redha meredhai antara pembeli dan penjual).. Kalau pembeli setuju nak beli nasik lemak 50 sen (biasanya kat kedai lain) dengan harga RM3, walaupun nampak mcm cekik darah.. maka kira boleh la.. Berbeza kalau pembeli tak setuju, kat situ la ada konsep tawar-menawar..

Sudut yang lain pula, seolah2 memperlekehkan Nabi s.a.w. sebagai seorang peniaga yang berjaya (sebelum dibangkitkan menjadi Nabi).. kiranya, kalau disebutkan seseorang itu “Meniaga Nabi”, seolah2 mcm perniagaan tu bakal tutup.. sbb tak berapa maju..

Sewajarnya pemahaman frasa “Meniaga Nabi” itu difahami dengan perniagaan yang jujur, tak menipu timbangan, tak mengurangkan sukatan.. dan tak melampau2 dalam meletakkan harga (walaupun tiada larangan nak meletakkan harga tinggi.. tapi atas dasar timbang rasa, maka ianya diambil kira juga).. Juga perniagaan yang menjaga asas sesuatu makanan.. iaitu halalan toyyiba.. kena tau dari mana sumber bahan mentah diperolehi.. ayam tu sembelih elok2 ke tak.. beras basuh bersih2 ke tak.. dsb..

Seorang peniaga bukan setakat seorang penjual, sebaliknya lebih daripada itu bertanggungjawab memastikan keselamatan barang jualannya (terutama makanan) yang dibeli oleh pelanggan. Kalaulah dengan meletakkan harga yg mahal, mampu menjamin kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual, maka wajarlah ianya dilakukan.. berbanding nak cut2 harga, akhirnya meracuni perut para pelanggan..

Kita tak boleh nak pukul rata saja… Sebab customer (pelanggan) ni ada pelbagai macam dan ragam… Ada yang suka makan di tempat yang mahal.. walaupun sup sekadar letak air dan garam je.. Ada customer yang suka makan kat tempat yg murah, seperti warung2 tepi jalan, tengah jalan (ni biasa berlaku kat restoran mamak.. tengah malam je, conquer tengah2 jalan letak kerusi meja).. asalkan sedap.. Ada yang tak kisah pasal sedap ke tak sedap.. asalkan kenyang..

Tapi, sepanjang pemerhatian Ustaz Love sebagai mantan pelayan restoran, kat KL ni orang tak berkira sangat dengan harga.. Kalau sedap, mahal pun tak kisah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. kalau harga bahan mentah mahal, mmg tak dapat la nak jual makanan murah.. sbb sebelum sampai ke KL, telah melalui ramai broker.. kalau berniaga kat tepi pantai, senang je.. ikan habis, bleh pancing kat pantai.. πŸ˜€

  1. sy buat bisnes repair software computer.
    sy letak la harge yg murah.
    ade sorg customer ni leh ckp cam ni lak.
    “murah gile.risau pulak aku nak anta.xpe la.xjadi la.”
    tp customer yg lain oke je.
    siap ucap terima kasih lg.
    sy kire murah pon sebab sy blom tamat diploma lg.
    mungkin lpas diploma naik sikit ke harge nye.
    sbab kalo anta kat kdai skang ni mahal.
    berpuluh2.
    sian kat student2.
    terimas ustaz sudi share bersama.
    heheehe.

    1. kalau buat bisnes tak komersial (repair dlm rumah dsb), maka takde masalah nak letak harga sendiri.. tapi kalau dah bukak kedai sok, kena letak ikut harga pasaran.. Kalau letak harga murah sangat, akan membunuh pasaran (kill the market).. bakal mewujudkan perasaan tak puas hati di kalangan peniaga lain πŸ˜‰

  2. kongsi2 lerr kat mana restoran tu,boleh kakjem pakat2 p test….
    -zaman skrg ni susah nak jumpa harga makanan yg murah2….

    1. tak pasti plak area mana.. Ustaz Love cilok sana cilok sini.. sampai plak kat situ..

      ada restoran harga murah.. cuba pergi makan kat area kampung2 ke (bkn kampung baru ok) πŸ˜‰

        1. kg yg kakjem duduk tu kg pinggir bandar.. maksud Ustaz Love, kg yg bas tu segan nak masuk.. haa.. kat situ la murah πŸ˜‰

  3. betul macam ustaz cakap, kalau sedap mahal sikit pun tak pe, yg nak marah tu dahlah masak tak sedap, mahal pulak, yang paling sakit hati pelayan senyum pun tak mahu

    1. sedap tu sebenarnya abstrak… kadang2 sedap di mulut orang, tapi tak sedap di mulut kita.. bagi Ustaz Love, sedap tu no 2.. yg penting kenyang πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme