I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kecaman Terhadap Ustaz Love

Salam…

Tindakan Ustaz Love untuk tak approve komen2 puak Syiah (cuma letakkan dalam entry saja) menyebabkan puak2 Syiah ni menyerang blog Ustaz Love.. nampak mcm penting je Ustaz Love ni kan.. padahal mungkin sorang je yg menyerang, tapi guna banyak2 nick..

Ustaz Love takde la bajet fofular.. tapi bila mereka2 ini meletakkan Ustaz Love sebaris dengan Dr. Asri, Maulana Asri dll, terasa mcm tak kena plak.. sbb Ustaz Love bukanlah alim ulamak macam mereka.. cuma sekadar menyampaikan daripada ilmu yg sedikit.. itu je..

Ustaz Love memang tak nak melayan komen2 puak Syiah ni.. sbb Ustaz Love takde obligasi nak menjawab soalan2 puak Syiah yg berbelit2 itu.. walaupun dah ada jawapan dalam entry2 yg lalu, masih lagi ditanya soalan yg sama.. jadi, Ustaz Love cuma menjawab ikut mood.. kalau rasa rajin, maka Ustaz Love akan jawab la.. Kalau tak, i’m so sowwi..

Ini antara beberapa komen yg Ustaz Love terima… tuan puan semua boleh nilaikan sendiri :

1. “salam..hehe..dah lama saya post article 70 kesalahan yg dilakukan omar al-khattab sedare tak approve kan pun..saya xde pun link kan pautan2 atau laman syiah ..soda la..cakap berdegar2..penakut n takde telor rupenye..keke..depan follower blog dia berani la..tu pun banyak belit..kalo berani sedare approve la article saya tu..ahaks UL..UL…”U”lat “L”embab?huahua

Ini daripada seseorang yg menamakan diri dengan nama wallah dan menggunakan e-mail jaislaknat.. Sebenarnya, yg dihantar tu bukan artikel penulisannya pun.. masih lagi copy paste.. tapi sbb artikel tu berbentuk menghina sahabat Nabi s.a.w. yang mulia iaitu Umar r.anhu, maka Ustaz Love tak approve dan tak baca pun.. ianya bukan artikel ilmiah, tapi artikel tuduhan tanpa asas dan dipercayai oleh pengikut2 Syiah yg buta agama.. orang suh belajar agama, dia gi belajar agama Syiah.. itulah hasilnya.. tapi, Ustaz Love tak heran pun.. dah memang begitu perangai puak2 Syiah ni.. tak kira la ada Phd ke, Hujjatul Islam ke..

2. “Slm buat ust Love yg budiman,nmpknya ust masih tak punya kebranian utk menyahut ajakan berdialog.Tujuan Syiah mengadakan blog bukan utk menyebarkan ajaran ttp utk menjawab tuduhan2 sprt yg dibuat oleh ust love.Nak ajak dialog ust love & rakan2 ust yg lain xbrani jd ini je la jln kami nak buat penjelasan…Setakat yg tertulis di atas bukan la ugutan seperti mana diterima oleh ulama2 kami di serata dunia.

Yang ni komen daripada Anon.. nampak mcm lembut.. nak terangkan kononnya ada matlamat yg murni untuk berdialog.. tapi, kalau berdialog kat blog pun fail, kenapa perlu buang masa jumpa2 kat luar? Lagipun, Ustaz Love hanya wujud dalam blog saja.. kat luar, Ustaz Love dah takde.. cuma wujud dalam entiti yg lain (bukan entiti mcm citer Seekers tu okeh).. Jadi, kalau nak berdialog dengan Ustaz Love, sila la berdialog di blog.. Kalau rasa apa yg Ustaz Love nyatakan itu suatu tuduhan, maka sila kemukakan jawapan balas.. bukannya copy paste sepanjang2 artikel.. Ustaz Love pun takde masa nak baca.. jadi jangan harap la nak jawab balik.. Fokus pada satu point ke satu point.. Kalau ianya suatu ilmiah, insyaAllah Ustaz Love akan siarkan dalam blog.. Kalau ianya merupakan jenayah ilmiah, maka Ustaz Love akan perap je sampai membusuk dalam trash blog Ustaz Love..

3. “Slm buat UstLove yg budiman,nmpknya ust masih lagi tdk menyahut ajakan berdialog dgn pihak syiah.Jika Ustlove benar pasti ustaz berani menyahutnya…Tujuan blog Syiah diwujudkan adlh menjawab tuduhan ust &rakan2 ust yg lain,bukan utk meyebarkan ajaran kami…Jadi,siapa yg takut sekarang?Blog ustaz kamil dah wujud skrg ni,sila mengunjung ke blognya itu… p/s:Rajin2 la ustlove kaji sejarah ttg kedatangan islam ke tanah melayu ye…

Yang ni IP nya sama dengan Anon no. 2 tu.. tapi kali ni menggunakan nick mohd_kedah29.. Menjawab tuduhan di blog? Di blog Ustaz Love (seorang ahlus sunnah)? Bukankah itu ‘menyebarkan’ di kalangan penganut mazhab sunni namanya? Kalau nak supaya tak dikatakan menyebarkan ajaran Syiah, maka sila la jawapan ‘tuduhan’2 Ustaz Love and the gang di kalangan penganut2 Syiah tu.. gi kat pusat Syiah kat Gombak tu.. pastu buat majlis ilmu bertajuk “Jawapan Kepada Tuduhan Ustaz Love ke Atas Syiah”.. biar puak2 Syiah je yg dengar..

Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu takde kaitan pun akidah Islam.. kalau benda tu betul atas dalil, maka betullah ia.. kalau bertentangan dgn akidah Islam berdasarkan dalil, maka salahlah ia..

4. “Saya tau yg komen saya xkan ustlove siarkan krana risau akan penyebran syiah d blog ust cuma satu pinta saya,ushakanlah dialog antara sunnah &syiah agar masyarakat dpt penjelasan…

Ini pun komen daripada mohd_kedah29 gak.. tapi kali ni nada dia nampak mcm lembut sket.. Adakah benar beliau telah berlembut?

5. “ustlove ni boleh la digelar sebagai BACUL….Suruh kami buat blog tp ugut kami dgn tangkapan?Kami tidak takut dengan ancaman itu bahkan blog syiah tlh tumbuh bagai cendawan slps hujan.Layarilah blog ustaz kami di xxx.blogspot.com&komenlah di sana.komen ust sentiasa akan disiarkan wlupun ianya komen negatif…… Ust ni hanya seorang yg berpgang dgn iqtiqad warisan krana ust sendiri tidak memahami&meyakini iqtiqad ust sendiri.Jika benar ust berani maka pasti ust memaparkan hujah dari pelbagai mazhab sebagai bandingan dlm mencari kebenaran dlm islam…Teruskan kebaculan ustaz,jika ust masih punya keberanian maka paparkan hujah kami di blog ustaz ini.

Hakikatnya tak lembut mana pun.. Ini sebenarnya akhlak pencacai puak Syiah ni.. bila Ustaz Love buat tak tahu je dengan komen2 beliau, beliau telah jadi panas.. Kalau tak takut kena tangkap, buat la blog sendiri.. kenapa nak bersandar pada blog ‘Hujjatul Islam’? (menurut qaul daripada FT) itu? Ustaz Love tak ugut pun.. cuma bagitau je.. kalau Ustaz Love tak bagitau pun, ramai yg dah tau pasal arahan Menteri Agama tu.. dah keluar kat paper pun..

Ustaz Love tak perlu nak paparkan hujjah semua mazhab.. sbb pemerintah berpegang pada mazhab Syafie, maka Ustaz Love jawab berdasarkan mazhab Syafie.. tak perlu nak jawab guna hujjah mazhab Syiah.. kat sini bukan Iran. Jadi, sila sedar diri okeh?

6. “kesian saya pd Ust yg sentiasa menjadikan maulana Asri sbg rujukan padahal Maulana Asri ni seorang yg xberilmu&pernah suatu ketika TIDAK PERCAYAKAN TUHAN….Tuhan telah berfirman agar kita mennyatakan dalil kebenaran iqtiqad kita jadi krana itulah blog syiah diwujudkan…

Ustaz Love menyanjung tinggi Maulana Asri atas ilmunya.. Sesungguhnya manusia itu akan memusuhi perkara yg beliau tak tahu.. Dan mohd_kedah29 ini salah seorang daripadanya.. akibat taksub kepada ajaran sesat, maka bertindak melakukan tuduhan terhadap orang yg benar..

Orang gila takkan mengaku dirinya gila.. bahkan menuduh org lain yg gila 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

48 Comments

Add a Comment
    1. insyaAllah miza.. setakat ni, Ustaz Love tak terkesan pun dengan hinaan puak yg menghina ini.. tambah kesian lagi kat diorg ada la..

      insyaAllah, selagi ada ruang dan peluang, Ustaz Love akna terus menulis.. terima kasih 😉

  1. kesian ust.. dpt mcm2 tomahan.. hurm.. sabar je la.. nnty kita sendiri akan tau siapa yang benar dan siapa yang salah bila d padang mahsyar nnty.. teruskan usaha ust yep!! hehe

    1. biasa la tu.. ini la dikatakan sunnah berjuang.. bak kata seseorang : “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di rumah api” 😉

      1. Salam ustaz, lama tak bertanya khabar…sihat?Sy skrg da jauh dr Malaysia, masa nilah terasa untungnya duk Malaysia…Ustaz, jgn berenti memberi hujah dan bukti tentang isu ini. bukan sahaja untuk org yg masalah tu, tp untuk org awam yg taktau pape…ia bermula dengan taktau pape masa tulah benda camni menyerap masuk

        1. Salam fareed..

          Alhamdulillah, Ustaz Love sihat.. fareed sihat? semoga ceria2 selalu di negara orang..

          InsyaAllah, selagi Ustaz Love diberikan ilham dan rasa untuk menjawab fitnah Syiah ini, Ustaz Love akan teruskan.. sbb Ustaz Love risau jugak.. hasrat hati nak menjauhkan orang daripada terpengaruh dgn ajaran Syiah.. tapi, tiba2 ada plak kesilapan Ustaz Love yg menyebabkan orang terpengaruh plak dgn Syiah..

          Apa pun, Ustaz Love berdoa agar semakin ramai pejuang sunnah di cyber ini dapat tampil untuk membongkar kesesatan Syiah ini.. semoga risalah itu dapat sampai kepada masyarakat dengan cepat dan tepat.. agar puak2 Syiah di Malaysia ini akan semakin terdesak dan insaf lalu meninggalkan ajaran sesat Syiah itu 😉

  2. Salam Ustaz..
    najah doakan ustaz dan kita semua dilindungi Oleh-Nya dari kejahatan manusia,Jin dan Syaitan
    rupanya syiah nie dh ramai kt Malaysia ye Ustaz..najah nie student lg,,tp berminat nak ambil tahu pasal sume nie..agar lebih berhati-hati kan..
    Harap Ustaz diberikan Allah keluasan Ilmu agar dapat dimanfaatkan bersama
    amin~

    1. Salam najah..

      memang ramai dan akan semakin berkembang sekiranya tidak dibendung.. pergerakan al-Arqam dulu pun ahlinya bermula dengan sedikit.. tapi bila tak dibendung, ianya merebak menjadi barah kepada masyarakat.. benda yg jahat ni memang mudah tersebar 😉

      Terima kasih atas doa itu.. insyaAllah, aminn..

  3. Ustaz, berdebat dengan mereka ini tidak akan mendatangkan apa2. Umpama mencurah air kedaun keladi. Ada lebih ustaz terus fokus dengan penulisan ustaz dan abaikan sahaja mereka ini. Makin dilayan makin menjadi.

    1. Susah nak cakap bab hidayah ni.. kadang2, Allah pilih orang yg bermati2an menentang Islam untuk diberi hidayah dan akhirnya bermati2an plak mempertahankan Islam.. Ustaz Love cuma harapkan melalui jawapan dan penulisan Ustaz Love ini akan menjadi asbab hidayah untuk mereka dan seterusnya menjadi asbab untuk kekalnya hidayah dalam diri Ustaz Love 😉

  4. eheh , macam-macam hal. sabar aje ye ustaz. tapi pelik jugak diorang ni nak jugak komen diorang di siarkan ye? kalau dah ada belog sendiri ke hape semua tu , baik la tayang dkt belog awak tu. macam-macam hal org2 yg suka serang org ni. hehe. takpe la ustaz , teruskan memberi kita semua ilmu yang baik dan berguna tu ye 🙂

    1. manusia ni ada macam2 ragam dan perangai.. kalau nak layankan semua, tak terlayan le jawabnya..

      terima kasih kerana menyokong blog Ustaz Love 😉

  5. belajar agama tinggi2 tapi menyumpah orang..simpati betul la dgn org2 mcm ni..kesian..sabarlah ustaz..mereka tu bukannya tinggi sgt ilmunya..saje kot nak tunjuk teror dgn ustaz..saje la tu nk mencabar kewibawaan ustaz..

    1. kalau mereka belajar agama, insyaAllah mereka akan dapat memahami akan kesesatan Syiah ini.. masalahnya, mereka tak belajar agama, tapi belajar Syiah.. sbb tu mereka tak dapat nak faham agama yg sebenarnya.. dan bertaqlid buta kepada kesesatan ulamak2 Syiah.. (sampaikan Kamil Zuhairi tu pun dianggap ulamak yang mewakili Syiah di Malaysia.. betul2 mereka ni dah terdesak) 😀

  6. teruskan ustaz love..benda yang baik harus di sebar sebarkan..penentang ada di mana mana..semakin kuat tentangan semakin kuat semangat kita untuk berjuang..

    1. susah bila dah taksub dan bertaqlid buta ni.. mcm pengikut ayah pink gak.. bukan tak tahu yg beliau tu mengajarkan ajaran sesat, tapi dah taksub punya pasal.. terima je bulat2 😀

    1. buat wansiti,saya berbahasa kesat krn ustlove xda reaksi nak cari perdamaian dgn saya.Saya bukan musuh beliau tp dilayan sprti musuh…Kesabaran saya pn ada batasnya…

      1. mohd_kedah29, nak cari perdamaian buat apa kalau tak bermusuh? hehe

        matlamat tak menghalalkan cara. buleh plak berbahasa kesat sebab org tu dok dendiam tak approve komen dia . hehe

        kelakar jugak part ‘kesabaran saya pn ada batasnya…’…bersabar atas apa? tak tahu plak aku bab hujah agama dan hujah ilmu ada batas kesabaran. hehe

        padan muka sendiri laa bila org tak hormat. sebab bahas ko sendiri pun tak melambangkan ko hormat diri sendiri. -_-

        tak malu ngan manusia pun nak berbahasa kesat, malu ngan Tuhan sket. -_-

        1. syabar wak syabar.. diam itu tak bererti salah.. dan mengalah itu tak semestinya kalah.. biarlah beliau dgn agama beliau.. kita dgn panduan agama kita (lakum diinukum waliya diin) 😉

      2. Mestikah berbahasa kesat? Maaf kalau tersinggung.. tapi sebenarnya, bahasa2 kesat ni adalah corak perjuangan yg diwarisi daripada ulamak2 Syiah yg suka memfitnah dan melakukan penipuan.. kononnya, bila berbahasa kesat, nampak seolah2 berada di jalan yg benar.. 😀

    2. perbezaan pendapat dalam perkara furu’iyyah (cabang hukum fiqh) adalah diraikan.. kena saling berpegang teguh pada perkara yg disepakati dan bertolak ansur pada perkara yang berkhilaf.. tapi bukan pada perkara asas agama (akidah).. kesesatan Syiah bukan pada perkara furu’, tapi pada perkara akidah.. 😉

  7. Slm ustlove.mmg la saya tiada ilmu tp saya punya akal utk berfikir.Jika ustlove benar2 merasa diri ust d jln yg benar maka tunjukkan la pada saya yg ust katakan sesat…Buat pengetahuan ust,Jais sampai sekarang tidak dpt mendakwa kami puak syiah walaupun mantan pengarahnya mengatakan telah memantau kami selama 2tahun.Camna tu?Kalau ust rajin pergi la ke Jais utk bantu mereka mendakwa kami…Kami cabar ust atau sahabat2 ust membantu Jais mendakwa kami….Tp,sia2 ja cabaran saya pada org bacul spt ustlove ni…Ajak dialog pn xmenyahut…

    1. Kalau dah tahu tiada ilmu, kenapa sibuk nak berdialog? Bukankah sepatutnya pergi belajar dulu.. baru la berkemampuan nak berdialog.. ke, akal tuan memikir mcm mana? 😀

  8. T.kasih ustlove krana menyiarkan komen saya.Nmpaknya ustlove tlh menunjukkan sikap gentlemen pd semua.Tahniah&syabas saya ucapkan pd ustlove.Semoga ustlove dpt memaparkan hujah yg mantap utk saya meninggalkan syiah suatu hari nanti…Selawat….Buat semua yg melayari blog ini,tontoni klip video Dr. X d youtube…..

    1. bukan soal gentleman.. jika komen itu takde masalah, maka mmg Ustaz Love approve.. even komen yg ini pun tak berapa ok (sbb ada promo utk menonton video yg mempromosi Syiah..jd terpaksa Ustaz Love edit sket)..

      jangan berpandu semata2 pada blog Ustaz Love.. boleh rujuk blog2 lain juga yg menerangkan kesesatan Syiah.. jika ingin mencari kebenaran, insyaAllah hujjah yg sedikit pun akan dapat memandu kefahaman kita.. kalau memang dah menutup hati untuk menerima kebenaran, tiada siapa yg dapat menolong.. 😉

  9. wahhh..nampaknya ust love fofular d kalangan mereka,apa2 pun kakjem doakan smoga ust d beri kesabaran utk menegakkan yg benar…HIDUP UST LOVE……..TAKBIR… ALLAHUAKHBARR…..

    1. fofular? takde la kak jem.. balik2 org yg sama je yg komen kat sini.. bermakna, beliau memang peminat setia blog Ustaz Love ni.. hehe 😀

  10. tak paham la aku..
    setahu aku,syiah ni dibawa oleh org yahudi sendiri yg peluk islam.
    asal usul dia aku lupa tpi bukan dari tanah arab.
    tapi iran klu tak silap la.agam asal parsi ni menyembah api.
    so,syiah ni wujud sebab rasa tak puas ati kaum ni la.
    selagi boleh nak memesongkan aqidah org islam…
    yg jatuh haram syiah ni sebab ade satu quote: halal pada kamu nyawa/darah ahli sunni..
    #mean:org syiah boleh bunuh org ahli sunnah..
    tapi berbalik pada ajaran islam,berdosa besar membunuh orang.betul kan ustaz?!
    -yg basic pun fail,lagi mahu kata mazhab dia bagus?!
    tak paham aku.
    jgn esok lusa mengaku nabi sudahlah…

    1. pengasasnya adalah Abdullah bin Saba’.. seorang Yahudi yg berpura2 memeluk Islam dan melakukan percubaan menjatuhkan Islam daripada dalam.. tapi, kewujudannya dinafikan oleh golongan Syiah.. walaupun jelas para ulamak mereka sendiri (spt Khomeini) menyatakan kewujudan Abdullah bin Saba’ ini..

      walaupun mereka tak mengaku Nabi, tapi mereka dah mengiktiraf imam2 mereka setaraf dengan Nabi (sbb katanya Imam mereka maksum.. sedangkan maksum itu hanya pada Nabi dan malaikat saja) 😉

    1. Salam..

      Pendapat Ustaz Love, blog tu merupakan salah satu website yg menyumbang kepada pendedahan kesesatan Syiah di Malaysia.. Ustaz Love harapkan akan wujud banyak lagi blog2 mcm tu di alam maya ni 😉

  11. Ustaz:
    Sabar ustaz, biasa laa.. Dunia akhir zaman, Yang halal di haramkan, Yang haram dihalalkan.. Kalau kita fikir dengan hanya basic agama sekalipun tanpa ilmu peringkat tinggi, kita dah nampak ternyata syiah tuh bertentangan dgn islam sebenar.. Elok suruh mereka nih kaji balik buku nota darjah satu sekolah agama.. Fahami apa itu islam..

    ”Allah tu maha adil, dia beri manusia tuh otak, dan haiwan tu otak.. Yang membezakan haiwan dan manusia tuh ialah akalnya.. Wallahualam..”

    *mintak maaf kalau komen nih agak keras.. Teruskan usaha murni ustaz.. saya baru je jumpa blog nih.. agak ”layan” jugak blog nih.. ^.^

    1. takde la keras mana pun komen ni.. komen2 puak syiah lagi keras.. dan terima kasih juga kerana sudi me’layan’ blog Ustaz Love ni..

      geng2 Syiah ni kadang2 bukan takde basic agama (mcm FT, dah ada Phd pun).. tapi disebabkan taksub dengan akal sendiri sehingga menolak kebenaran yg ada depan mata.. akal tanpa panduan wahyu, maka nafsu la jadi pemandunya.. 😉

      1. Teruskan usaha murni ustaz dalam menyampaikan dakwah menggunakan medium teknologi terkini .Syiah memang berbahaya ..Jangan dibiarkan tumbuh melata di akar bumi malaysia…

  12. Ya Allah, berilah kami hidayah dan ketetapan iman utk menyelesaikan kesesatan syiah, dan kurniakanlah keampunan dan petunjuk kepada puak syiah yg mendustakan Ahlul Bait dan para sahabat..

  13. rasanya tak perlu layan provokasi syiah itu.

    perdebatan sebgeitu nanti akan banyak timbulkan kekeliruan dan pergaduhan, jadi memang lebih elok tak disiarkan di blog ini.

    lagi pun, ikut suka lah tuan punya blog nak approve atau tidak kan?

    Syiah berbeza dengan mazhab ahli sunnah kerana mereka banyak berbeza pandangan bukan dari perkara furu’ (ranting), tapi berbeza pada perkara yang asas dalam Islam sendiri..

    Ada juga pendapat yang mengatakan syiah ni terkeluar dari Islam…

    1. begitulah kira2nya.. pandangan Ustaz Love pada Syiah adalah jelas.. iaitu mereka telah menyeleweng daripada ajaran Islam.. buat masa ni, takde isu2 berbangkit yg Ustaz Love nak ulas pasal Syiah ni.. 😉

  14. “orang suh belajar agama, dia gi belajar agama Syiah”

    Salam ustaz love, saya keliru di sini, Jakim tidak menyatakan langsung bahawa syiah ni satu agama. Adakah ustaz love ingin menuduh syiah sebagai satu agama? Agama selain daripada Islam adalah tidak sah, dan kafir. Saya harap bukan ini yang ustaz love maksudkan. Terima kasih.

      1. Jika saya nilai sendiri, saya kurang arif bab ini. Boleh jadi juga ada sedikit unsur tidak sama rata, tidak adil. Tapi takut untuk saya nyatakan mereka ni satu agama, secara langsungnya kafir. Kerana, tiada ulama ahlus sunnah besar menyatakan syiah kafir. Harap diperjelaskan. Apakah pendirian sebenar para ulama ahlu sunnah terkemuka di dunia, serta OIC tentang isu Syiah ini. Adakah mereka kafir atau tidak. Harap ustaz membantu.

        1. saudara boleh mulakan dengan menonton video diberikan dalam link di atas.. fahamkan apa yg disampaikan oleh tokoh2 tersebut.. jika ada apa yg saudara tak faham, saudara boleh tanya.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba menjawab sekadar termampu. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme