Salam…
Hari ni Ustaz Love tak larat sangat nak memikir.. Sebab pagi tadi telah berlaku sesuatu yang agak besar yang bakal mengubah halatuju hidup Ustaz Love selepas ini.. Setelah agak lama bergelumang dengan kesusahan dan kepayahan, akhirnya Allah telah membuka jalan yang tak disangka2 yang mana bakal melenyapkan kesusahan itu dengan sekelip mata.. Umpama panas setahun yang dihapuskan oleh hujan sehari..
Kadang2 bila kita memikirkan masalah kita terlalu besar, hingga rasa nak meletop kepala memikirkan penyelesaiannya.. tak jumpa2 jugak.. Akhirnya, bila Allah telah membuat keputusan untuk membebaskan kita daripada masalah itu, maka Allah boleh memberi jalan keluar yang paling mudah untuk kita..
Sepanjang ujian ini, Ustaz Love tak pernah berputus harap daripada rahmat Allah.. Allah akan membantu Ustaz Love.. cuma mungkin waktunya cepat ataupun lambat.. Dan bentuk pertolongannya juga tak pernah Ustaz Love fikirkan.. Sbb itu, kadang2 kita fikir perancangan kita dah cukup baik, tapi sebenarnya perancangan Allah itu lebih baik buat kita..
Sebab itu kita tak boleh memandang hidup ini dengan pandangan akal semata2.. kerana akal itu tertakluk kepada logik dan tak logik.. Sedangkan bagi Allah, tidak langsung tertakluk kepada soal logik atau tidak.. Allah boleh melakukan sesuatu dengan asbab (umpamanya memberikan kesembuhan kepada pesakit2 yang memakan ubat), tanpa asbab (tanpa apa2 sebab yang difikirkan logik akal manusia.. contohnya takde penyakit apa2 pun.. tiba2 mati mengejut).. juga Allah boleh melakukan sesuatu yg berlawanan dengan asbab (umpama kisah Nabi Musa a.s… tongkat tiba2 bleh jadi ular, tongkat boleh membelah lautan dsb)..
Maka itu, jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. jangan putus2 berdoa kepada Allah.. insyaAllah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui permintaan hamba2Nya..
Doakan semoga Allah mempermudahkan urusan Ustaz Love atas jalanNya.. aminn

i`Allah..orang yg bertaqwa tuh x bersedih hati..dan Allah memberi jaln keluar dgn jaln yg tidak disangka2 =)
sahih.. sahih π
tumpang happy + syukur. moga dipermudahkan segala urusan..amiin
insyaAllah.. aminn
insyaAllah..:)
insyaAllah..
InsyaAllah.. semoga mendapat jalan yg dipermudahkanNYA senantiasa untuk kita semua π
Recently: Firefox 4 is here – new look, super speed, and even more!
insyaAllah, aminn π
btul tu ustaz…kdg2 kite rase mslh kite yg plg besar…tp ade org lg besar mslh dpd kite..kite kne doa usaha tawakkal jek kan ustaz…=)
betul3x.. Allah takkan menguji hambaNya kecuali atas kemampuan hamba itu.. π
smoga urusan ustaz bjalan lancar, amin…
p/s: sy pun tgh usahakan satu urusan yg amat penting skrg ni.. hrp2 berjaya ^^
insyaAllah, aminn π
Keep faith in Allah, for He loves those who are patient in everything (=
insyaAllah.. jazakillahu khairal jaza’ π
betul
jangan putus asa
teruskan usaha dan doa
tawakkal insyaalah
semua ketentuan dari nya
insyaAllah.. terima kasih atas peringatan itu π