I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Infaq Harta Demi Agama

Salam…

Lepas Isyak tadi, Ustaz Love melepak jap.. tengok ada sorang budak berserban berjubah tengah solat sunat.. habis je solat, beliau pun salam Ustaz Love.. Ustaz Love tarik tangan beliau nak ajak berborak..

Ustaz Love kenal gaya budak2 tahfiz.. wajah mereka pun nampak bercahaya.. walaupun mereka berkulit gelap.. tapi cahaya tu bukanlah spt cahaya lampu yang menyilaukan mata.. tapi umpama cahaya bulan yg walaupun ditenung lama2 pun, takkan sakit mata.. pendek kata, sejuk je perut memandangnya..

Ustaz Love saspek beliau tengah bercuti.. sbb kat area tu, rasanya takde pun maahad tahfiz.. Rupa2nya, kat masjid tu memang ada kelas tahfiz.. siap dengan asrama yang bersambung dengan masjid.. Ada orang korporat sponsor.. Ustaz Love tanya pasal yuran, beliau kata ada la dalam RM200 lebih sebulan.. aikk.. murahnya.. biasa maahad tahfiz, duit makan pun dah dekat RM500 sebulan.. ini semua sekali baru dlm RM200.. tapi bila beliau sebut ada orang korporat sponsor, maka Ustaz Love tak heran la sangat..

Bilik beliau katanya serba serbi barang baru.. siap ada air-cond.. wahh.. mengalahkan asrama Ustaz Love masa sekolah dulu.. kipas pun tak hidup.. kena kipas guna kipas lipas kalau tanak panas.. ini sudah advance..

Memang besar pahala orang korporat yang tidak diketahui identitinya itu.. Sanggup infaq harta di jalan Allah.. malah siap sponsor sebahagian besar perbelanjaan para huffaz di situ.. Inilah amal jariah (amal yg mengalir – berterusan) yang mana kebanyakan kita mengambil mudah..

Perbelanjaan sesebuah maahad tahfiz sebenarnya sangat besar.. Kiranya, kalau pelajar tu ada 100 orang, sehari makan 3x.. satu kepala kira RM5.. bermakna sehari kira2 RM1500 terpaksa dibelanjakan untuk makan saja.. sebulan mau mencecah RM50k.. itu belum masuk api air, bayaran ustaz2 mengajar dsb..

Sbb tu ada antara maahad tahfiz yang terpaksa membayar para ustaz dengan bayaran yang sangat murah.. ada satu ustaz tu, cuma dibayar RM350 sebulan.. Tapi, mereka2 ini orang2 yang terpilih.. ikhlas melakukan kerja semata2 kerana Allah.. Allah beri keberkatan dalam rezeki mereka..

Jadi, bila ada orang2 yg memandang lekeh kepada para ustaz yang mengajar di maahad tahfiz ini, Ustaz Love berasa sangat sedih.. mereka terlupa akan pengorbanan yang dilakukan oleh para ustaz tersebut.. lebih suka mengutuk, mengeji dsb dengan perkataan2 yg menghiris hati… umpamanya dikatakan pemalas, tak nak berusaha lebih dsb..

Sepatutnya, orang2 kaya yang banyak cakap ini kena kurangkan bercakap.. seluk tangan dalam poket dan infaqkan sedikit harta untuk kelancaran perjalanan maahad tahfiz.. sekurang2nya, walaupun kita tak hafaz keseluruhan al-Quran, kita ada juga mengambil bahagian dalam proses pemeliharaan al-Quran (al-Quran dipelihara dengan cara penulisan iaitu mushaf dan hafalan para huffaz)..

Maka itu, Ustaz Love mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar dapat kita memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan kita untuk maahad2 tahfiz dan sekolah2 agama yg memerlukan bantuan ini.. bukan berapa banyak derma itu yang dinilaikan, tapi keinginan kita itu yang diperlukan..

Budak hafiz yang Ustaz Love jumpa tu dah menghafaz 27 Juzu’ al-Quran.. terangnya hati beliau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. MasyaAllah..

    Alhamdulillah..

    sejuk hati membaca entri Ustaz Love ni..

    Sangat sejuk hati ni.. boleh bayangkan wajah para tahfiz ini.. MasyaAllah.. InsyaAllah,satu hari nanti dipermudahkn nk buka pusat tahfiz juga.. dah booking baba saya untuk jadi pengajar di situ nanti..:)

    1. Dalam menuju ke arah itu (membuka pusat tahfiz), maka kita boleh melakukan sesuatu sebelum sampai masa tu.. mungkin kita boleh amik satu maahad tahfiz untuk jadi ‘anak angkat’.. daripada situ, kita bleh mengetahui bagaimana pusat tahfiz beroperasi.. dan juga dapat membantu mereka sedikit sebanyak πŸ˜‰

  2. betul tu ustaz kakjem amat2 setuju…..
    ada 1 cerita sewaktu kakjem sakit dulu salah seorg anak sedara kakjem yg sdg blajar d pusat tahfiz mengkhabarkan kpd Ustaz beliau yg mak sedaranya(kakjem lah tu) sdg sakit. dgn serta merta ustaz itu mengajak smua penuntut d situ malakukan solat hajat utk kesembuhan kakjem,terharu sungguh kakjem apabila anak sedara kakjem tu menceritakan kpd kakjem….kesimpulannya walaupun beliau x mengenali kakjem tapi beliau sedia membantu,ini juga sebhg infak….btul x ustaz lovee…

    1. infaq ini ada 3 iaitu melalui diri, masa dan harta.. infaq harta ini menduduki carta no 3.. yg paling penting infaq diri.. bagi masa.. lepas tu bagi harta.. kalau dapat tiga2 sekali, memang sempurna maksud infaq tu.. walaupun pelajar tahfiz itu tak dapat nak bantu kak jem dari sudut material, tapi kesanggupan mereka untuk memberikan diri dan masa untuk melakukan solat hajat khusus untuk kak jem juga merupakan suatu infaq.. πŸ˜‰

  3. alhamdulillah πŸ™‚ πŸ™‚ 99% org baik2 budak tahfiz ni

    cuma ada seorng dua yg tak baik–mcm pernah kuar kat metro sbb me pernah terbaca, mcm jugak pompuan yg pakai tudung labuh tp berzina, ada sorang dua ajer, tp pompuan bertudung yg lain pun kena tempias…

    1. Dalam setandan pisang, tak semuanya baik.. biasa la tu.. dah namanya pun manusia.. bukanlah dengan menjadi al-hafiz, maka tahapnya naik sampai ke tahap malaikat yg tak melakukan dosa dan maksiat.. Yg penting, asasnya (al-Quran) telah ada dalam diri.. sejauh mana pun beliau tersasar, insyaAllah akan kembali juga ke pangkal jalan suatu hari nanti πŸ˜‰

    1. tak perlu sampai nak tunggu kerja.. berapa je yg ada boleh bagi.. contohnya, kita google website maahad tahfiz tu ke.. senyap2 je setiap bulan kita masukkan RM10.. yang penting bukan berapa nilainya, tapi kesungguhan kita.. πŸ˜‰

    1. Sekolah tu area Selangor.. tapi takde nama rasanya.. sbb swasta.. pelajar pun setakat ni ada 10 orang je.. kalau tak silap, ada NGO untuk sekolah2 tahfiz ni (mengumpulkan maklumat berkenaan maahad tahfiz).. cuba search.. Ustaz Love pun dah lupa url dia..

  4. Syabas buat Maahad tahfiz yg ustlove nyatakan di atas.Inilah buktinya kesyumulan islam.Tidak ketingalan dengan arus pemodenan.Syabas atas seruan ust…

    1. Terima kasih kembali..

      Allah menyuruh kita saling bantu membantu atas kebaikan dan ketaqwaan.. dan jangan bantu membantu atas dosa (spt ajaran sesat) dan permusuhan.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme