Salam…
Ustaz Love terperasan ada satu iklan MilkAdeal yang ada promo Kelas Yoga untuk kanak2.. Ustaz Love rasa, ianya akan berada lama di pasaran blog.. Jadi, Ustaz Love telah mengambil langkah awal dengan menghantar e-mail kepada Nuffnang untuk membuang iklan yoga daripada blog Ustaz Love..
Kenapa nak buang iklan tu? Bukannya iklan arak.. bukan iklan rokok, apatah lagi iklan porno..
Mungkin disebabkan dah lama fatwa tu dikeluarkan, maka ada antara kita dah terlupa.. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa yoga itu adalah haram di sisi Islam.. maka itu, tak wajarlah kita tolong promosikan kelas2 yoga ni..
Mungkin ada yg tak bersetuju dgn Majlis Fatwa (spt pandangan Dr. Asri), tapi Majlis Fatwa yang disertai oleh Mufti2 setiap negeri dah bersepakat atas pengharamannya..
Ustaz Love menunggu balasan e-mail daripada Nuffnang.. akan diupdate dari semasa ke semasa..

still ada wucin tegok π
iklan dia bertukar2.. kejap ada kejap takde π
hantar email?? macam manA???
buka akaun nuffnang, kat bahagian contact us tu, bleh hantar e-mail kat situ π
thanks !
u are welcome lina π
Satu pemerhatian yang sangat bagus ustaz. Saya pun tak perasan. Cuma jika ada yang menyalahi syariat saya akan remove saja dari blog agar tidak terpalit subahat.
insyaAllah, mana2 yg boleh kita perbaiki, kita baiki.. tak semestinya motor yg rosak, kita terus campak ke sungai.. kalau hantar bengkel dan dibaiki, kita masih boleh gunakan untuk manfaat kita dan orang lain π
inilah masalahnya… saya pernah tanya yg jual e-book pasal nuffnang, dia kata semua boleh elakkan… macam mana ye?
memang boleh elak.. yg penting kita kena berkomunikasi dengan pihak Nuffnang selalu.. mcm isu iklan arak sebelum ni, Nuffnang pun takde masalah nak buang iklan tu setelah kita bagitau kat diorg.. dan rupa2nya, diorg tak sengaja.. ada masalah teknikal..
Komunikasi ini dapat mengelakkan banyak silap faham π
ooo,yeke ustaz?,.klu tuan blog bkak,xnmpk pon iklan tu,.so,sy xtau advrtise ape yg nuffnang letak,.hehe,.bgus ustaz tegur,bru dpt infrmsi yg brguna,.sykran,.
insyaAllah.. benda yg baik sama2 kita berkongsi.. tak rugi apa2 pun π
yeke?
sy pon nak anta email kat dorg gak la.
ape yg ust tulis dalam email tu ye?
hehe.
hantar.. jangan tak hantar.. Ustaz Love cuma bgtau yg yoga itu diharamkan dlm Islam.. mungkin pihak Nuffnang tak tahu ttg perkara ni π