Salam…
Pagi2 ni, Ustaz Love nak ceritakan satu perkara yang mengimbau kenangan.. sekaligus dapat menunaikan janji Ustaz Love kepada kak jem.. Ustaz Love nak bercerita pasal bas Foh Hup..
Suatu masa dulu, masa jaman kanak2 Ustaz Love, Bas Foh Hup sangat terkenal di seantero Kuala Lumpur dan Selangor.. Tak terkecuali beberapa negeri lain… pada masa itu, masih kurang perkhidmatan Bas Sekolah warna kuning tu.. kalau ada pun, yg satu tu dok mengangkut budak2 beberapa trip.. ada yang datang sebelum Subuh… ada yang sampai lepas Subuh.. ada yang sampai lewat… sebab jauh tu pacik bas nak ulang alik..
Ustaz Love tak dapat nak memberikan gambar bas Foh Hup..cuba dah google tapi tak jumpa.. Kalau tak silap, nama syarikat bas tu adalah Foh Hup Omnibus (tak pasti plak pakai Sdn Bhd ke, Bhd ke, Ltd ke)… Namanya macam nama Cina (pemiliknya Cina), tapi pemandunya biasanya India.. dan penumpangnya adalah Melayu (masa tu Bangla tak wujud lagi)… makanya, masa tu memang dah wujud pun konsep 1 Malaysia..
Bas tu kaler hijau gelap… Kalau naik yg jenis buruk sikit, memang kena bukak tingkap sbb takde air-cond.. tingkapnya jenis kalau nak tutup, kena tolak ke atas.. kalau nak buka, kena tarik ke bawah.. kalau time tu hujan, dah tingkap plak stuck, memang basah la duduk dalam bas.. walaupun bas tu ada bumbung..
Duduk dalam tu plak, memang bergoyang2… kalau nak tengok cara goyangan kalau duduk dalam tu, cuba tengok goyangan pemandu lori balak kat Highway Karak.. terhenjut2 mcm tu.. jalan raya plak masa tu takde la best sangat…
Bas ni datang tak ikut masa… kadang2 cepat, kadang2 lambat.. kadang2 langsung tak datang… Masa sekolah dulu, kalau cuaca dah nak cerah (Ustaz Love sekolah sesi pagi), dan bas tak datang lagi, memang Ustaz Love akan doa bersungguh2 supaya bas tu langsung tak datang.. Sebab kalau dia datang pun, bakal membuatkan Ustaz Love masuk lewat ke kelas.. mesti kena denda punya.. baik dia tak datang langsung, senang Ustaz Love and the gang bagi alasan keesokannya..
Tapi, memang banyak jasanya Bas Foh Hup ni… masa tu, Ustaz Love duduk kat kawasan setinggarden (setinggan).. jauhnya ke pedalaman… elektrik takde, air pun pun takde.. jalan pun tanah merah lagi.. beberapa kali diturap tar, tapi biasanya dihanyutkan air banjir..
Hanya bas Foh Hup saja yang masuk ke kawasan Ustaz Love… walaupun kena berjalan lebih kurang 1km untuk ke bus stop, tapi kira ok la tu..
Kenangan yang paling Ustaz Love tak bleh lupakan adalah kenangan terberak dalam bas Foh Hup.. walaupun konduktornya (tukang jual tiket), seorang India.. muka nampak ganas (misai tebal.. pakai spek tebal), tapi hatinya baik.. Beliau tolong cucikan bas tu dan tak marah pun kat Ustaz Love.. apa nak buat, masa tu bukannya banyak stesen minyak nak berhenti buang air ke..
Sampai sekarang Ustaz Love masih mengingati peristiwa itu.. Walaupun Syarikat Bas Foh Hup tu dah pupus, tapi jasanya tetap akan diingati sampai bila2..

Terkenang lak masa dulu-dulu. Bas Foh Hup & BMW masih segar diingatan. π
BMW.. bas yang paling pantas dan padat π
Seronok jga bila terkenang masa silam… kadang2 boleh tersenyum sendiri..
betul tu URY.. pahit ataupun manis, tetap menjadi kenangan terindah π
kakjem naik bus foh hup 1 1/2 tahun je…lps tu naik bas sek cik ramly plak
bas cik ramly tu selalu rosak.. pastu pasang lagu 60-an kuat2.. sampai naik hafal dah lagu tu “Misaiku Dah Hilang” yg diambil drp lagu “Mesyaer To Nehi”.. hehe π
salam ustaz….
hehehe, seb baik anne tu x marah ye…. π
ingat2 lupa kaler rupa bas ni….
dia nak marah pun tak guna.. nasik dah jadi bubur.. tahi dah berterabur.. hehe..
kaler bas tu hijau tua.. π
LOL π
kalau kat UIA, masa awal2 UIA gombak tu, ada bas len seng π
nanti ustaz tlg voter yer
nak menang purse clarks ori? jom vote!
haa.. bas len seng tu satu batch la dgn bas foh hup.. juga bas srijaya..
ok Mama.. Ustaz Love dah vote dah π
ISLAM dah ajar dah pasal no “1” nih… dulu lagi..tp kita baru sekarang jumpa 1Malaysia…
kesian…..
As-Salaamm…. π
1 Malaysia dgn ‘1’ yg diajarkan Islam tu tak sama.. sbb 1 Malaysia tu ada ramai.. sedangkan ‘1’ (tauhid – Esa) Allah itu bukanlah ramai.. kalau memahami dgn konsep ramai dalam satu, maka samalah dgn konsep wahdatul wujud yg sesat itu π
Sewaktu saya di tinggal di Semenanjung dulu biasa juga saya naik Foh Hup ini. Nama syarikat dia Foh Hup Omnibas Bhd. Tambang dia paling murah ialah 15 sen dan paling mahal ialah $2.30 (Seremban-KL). Sebelum tahun 1990an bas ini semuanya sentiasa ikut jadual. Tapi sejak tahun 1994 bila terlampau banyak permit bas dikeluarkan untuk syarikat baru, Foh Hup pun banyak rugi sampai dia gulung tikar 2002. Waktu dia gulung tikar kebanyakan laluan Foh Hup adalah kawasan kampun di Ulu Langat, Beranang, Broga dan Semenyih. Syarikat2 baru tidak beri perkhidmatan di tempat tu semua sebab tidak ada keuntungan. Bila saya ke Sabah saya dapati perkara yang sama banyak berlaku pada syarikat2 bas lama. Nombor laluan Foh Hup 566-Seremban 567-Sg Lui 568-Kacau 569-Pajam, Nilai 570-Broga 571-Ulu Langat, Kajang 572-Kajang dan banyak lagi lah. Saya masih simpan tiket bas lama Foh Hup harga 15sen. Inspektor bas Foh Hup ni semua ada uniform yang smart. Kalau driver & kondaktor tengok kelam kabut diorang semua.
Nampaknya saudara Farouq ni kira otai gak la.. sbb sempat bertemu jaman bas Foh Hup.. Ustaz Love selalu naik bas 572.. bas tu satu2nya yg datang dari kajang (selangor) tapi masuk amik budak nak gi sekolah yg duduk kat KL, untuk ke sekolah di Selangor.. kadang2 driver bas tu orang tua, dia terlajak main bawak je bas sampai Puduraya.. kihkih..
Ustaz Love dulu siap ada pas warna merah.. konduktor bas akan ketik.. kalau tak, kena bayar 60 sen (separuh harga tambang).. kalau jaman 15 sen tu, kira lagi lama la daripada jaman Ustaz Love.. kihkih π
Ya, pas warna merah untuk budak sekolah, pas warna kuning utk orang bekerja. Pas warna biru untuk setengah bulan, misalannya ada cuti sekolah 2 minggu
Hehe, kadang2 kalau kondaktor yang dikenali dua tiga kali pun boleh pakai kad bas tu dalam sehari. Kalau bas 572 tu board dia warna kuning dan tulisan warna hitam hihihi.Tidaklah saya ni tua sangat. Zaman saya tu tambang paling murah 20sen. Tiket 15sen tu dipakai untuk tambah nilai kalau ada tiket yang habis. Contoh dia kalau habis tiket 95sen, dia bagi tiket 80sen dan 15sen. Seronok juga dapat kongsi pengalaman dulu2.
hehe.. betul2.. kadang2, kena dengan konduktor tua, dia terlupa nak punch pas tu, siap boleh passing kat member nak save bajet.. kihkih..
jaman tu Ustaz Love guna bas untuk gi sekolah je.. kalau nak keluar jalan2, guna bas mini warna pink tu.. kihkih π
Kalu tak salah saya konduktor bas 572@ 571 ni ada sorang glamor.. Bangsa india.. Misai melintang selalu orang panggil PARAM.. Dengar2nya dah meninggal.. Wallahuaklam.. Memang baik hati walau misai melintang…
sorang konduktor nama dia hassan, selalu dia jadi konduktor foh hup untuk ke semenyih, selalu duk pinjam kaset dia sbb dia selalu dgr walkman. tmpt tunggu bas kat depan czip lee lama sebelah mamak al-ikhsan tu dolu2.
nostalgia tu.. hihi