I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Couple Haram?

Salam…

Ustaz Love ada menerima satu komen di shoutbox.. daripada Jejaka Terhangat.. Ustaz Love pada mulanya tak pasti adakah ianya satu bentuk pertanyaan ke apa.. tapi bila Ustaz Love membuat lawatan balas, rupa2nya ada satu entry berkaitan dengan couple / kapel ni..Β  Isunya berkisar soal memahami pasangan.. Kalau tak kapel, mcm mana nak kenal hati budi pasangan? Untuk lebih lanjut, boleh rujuk entry di blog Jejaka Terhangat..

Ustaz Love secara asasnya bersetuju dengan pandangan Jejaka Terhangat.. Kira satu kumpulan dgn Ustaz Love gak la.. Sbb Ustaz Love ni Ustaz Terhangat.. Hangat luar dalam.. hehe.. Cuma, apabila meneliti komen2 yg diberikan, Ustaz Love terasa nak buat sedikit penerangan..

Ada antaranya yg menjatuhkan hukuman bahawa bercouple itu hukumnya haram.. benarkah begitu?

Sebenarnya hukum bagi setiap perkara yg tiada kaitan dengan ibadah adalah harus.. sehingga datang dalil yang mengharamkannya.. Bermakna hukum bercouple juga adalah harus dari sudut asalnya.. Sebab memang manusia dijadikan untuk berkapel2 pun (atau dalam bahasa yg lebih Islamik sket – berpasang2an).. Cuma pemikiran kita pada hari ini terus menerjah kapel itu dengan gambaran lelaki dan perempuan yang belum bernikah, jalan berpegangan tangan sambil membuat aksi kucing (cakar mencakar, garu menggaru.. jilat menjilat dsb).. sebenarnya couple itu lebih luas maksudnya..

Kalau couple yang telah bernikah, maka tiada persoalan dosa pada perhubungan itu.. Cuma bila dikhususkan pada couple remaja (pasangan remaja) yg belum bernikah, tapi lagaknya mcm orang yang dah beranak.. salam cium tangan, cium pipi, panggilan mama papa (ntah bila beliau beranak pun tak tahu) dsb yang bila orang dah kawin ni dengar, terasa memulas je perut nak gi berak.. Maka pasangan beginilah yg selalu dihukumkan sebagai sebuah pasangan (couple) yang diharamkan.

Untuk mengenali hati budi, maka kenalilah melalui org yg mengenali beliau.. Spt merisik melalui kawan baiknya, kawan sebiliknya.. adik beradiknya dsb.. Cukuplah setakat yg umum.. tak perlu la sampai nak tanya beliau ada bulu ketiak ke tak, saiz spender berapa dsb.. Kalau mazhab Dzahiriah (Daud Az-Dzahiri) maka boleh bertanya bahkan boleh melihat aurat wanita yg nak dikahwini.. kiranya boleh tengok tiger show la.. mazhab ni dah pupus pun).. tapi kalau bab2 penyakit (spt ada kurap ke, ada panau ke, kayap ular ke.. maka boleh bertanya.. sbb ia berkaitan dgn ciri2 seseorang itu dikahwini)

Maka itu, berkapel itu asalnya bukanlah haram.. perkara yg mendatang itu yang menjadikannya haram.. spt berdating (ada jugak kapel yg tak berdating), berpegangan tangan, berpeluk2an, ringan2, senggol2an, cubit2an, membuat suara menggoda ketika bercakap (kat telefon ke, berdepan ke) dsb.. Jika menjauhi perkara2 yg diharamkan ini, maka haruslah berkapel..

Tapi, berapa ramai yg mampu nak jaga? Tepuk dada.. mata pandang ke atas.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

66 Comments

Add a Comment
  1. huhu.
    tgn didada mata ke atas.
    tp kan ust.
    bkan saling berpandangan antara lelaki ngan perempuan pun dikira berdosa ke?
    tp xtau lah berpandangan dgn niat atau berpandangan dgn nafsu tak pun berpandangan tanpe rase apa2.
    kan bnyk ciri2 sesuatu pandangan tu.

    1. pandangan itu kena tengok juga pandangan apa.. kalau pandangan tanpa tujuan, maka sekilas pandang itu takde masalah.. tapi kalau memandang sampai terjojol bijik mata, memang berdosa.. sbb itu adalah pandangan berahi..

      kalau ada urusan kerja contohnya, takkan la bercakap nak pandang dinding.. ketika ini la kena bataskan perbualan pada hal2 penting.. supaya pandangan juga dapat dibatasi.. πŸ˜‰

  2. salam ustaz ,.=),.
    en3 yg bagos,.sy suke dan skong,..mule2 mmg ingt kapel tu haram trus,..tp bile pk balik,haram yg dikatekn tu sbb zmn berzaman umat mnsia dh mkin krg ilmu,.jd,tu yg buat die jd haram tu,.asasnya harus ye,.hehe

    1. salam cikNuurul..

      manusia bukannya kurang ilmu.. tapi kurang iman.. sbb ilmu itu hanya menjadi panduan saja dalam menentukan halal haram.. iman itu yang akan menggerakkan manusia utk melakukan yang halal dan meninggalkan yg haram.. beramal dgn ilmu akan menghasilkan buah akhlak yg mulia..

      sbb itu pepatah Arab menyatakan “Ψ§Ω„ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ω„Ψ§ ΨΉΩ…Ω„ ΩƒΨ§Ω„Ψ΄Ψ¬Ψ±Ψ¨Ω„Ψ§ Ψ«Ω…Ψ±” (ilmu tanpa amal, laksana pohon tanpa buah) πŸ˜‰

  3. stuju ngan ust., manusia itu sndiri yg menjadikan b’couple tu haram dgn tindak tanduk mereka……

    1. muda mudi banyak menjadikan kapel mengapel ini sebagai tempat untuk melepaskan nafsu.. sedangkan tempat melepaskan nafsu adalah pada kapel yg sah (suami isteri) dan bukannya yg tak sah (pakwe makwe) πŸ˜‰

  4. Assalamualaikum…setuju..tepuk dada tanya selera….tapi masa couple pon tak tentu lagi kita kenal pasangan kita..bila dah nikah dan hidup bersama baru tau perangai sebenar..time tu jgn terkejut plak..tu yg banyak pulak kes nak cerai lepas nikah xsampai 12jam….sempit sangat pemikiran….

    1. Waalaikumussalam…

      Kadang2 bila kita dihidangkan dengan pandangan yg tinggi (high expectation) pada pasangan, maka bila dah berkahwin dan tahu perangai sebenar, kebanyakan orang berasa putus asa. Sedangkan, hakikatnya kita kena terima pasangan kita seadanya..

      Kalau sebelum kahwin nampak pasangan berkulit licin, takde sebutir jerawat pun.. tapi bila dah kahwin, baru tahu pasangan ada kurap.. maka, jalannya bukanlah dengan menceraikan, sebaliknya mengubatkan penyakit itu.. πŸ˜‰

      1. betul tu ustaz..sebab tu mindset tu pon penting dalam alam rumahtangga nie…..redha dan terima seadanya pasangan kita kerana kita yang beriyaΒ² nak memilikinya dulu….hehehe

        1. sebab itu, sebelum bernikah kena kenali pasangan dulu.. jangan main kawen je.. kalau mak ayah yg carikan, insyaAllah mak ayah tentu dah selidik.. kalau kita tahu yg bakal pasangan itu perangai tak elok, tak salah kalau kita beritahu pada mak ayah.. dalam hal ini, dibenarkan untuk tidak mengikut cakap mak ayah πŸ˜‰

  5. kekadang…sesuatu yg rahsia biarlah terus rahsia hingga sampai masanya…barulah lebih ‘maniis’ hubungan suami isteri tu. ngehehehe

    1. ramai yg tak sabar nak mengetahui ‘rahsia’ itu.. sbb tu selalu orang mintak “cerr citerr.. cerr citerr” πŸ˜€

  6. betul2…sy stuju dgn ustaz love =)
    sbb tu sy suka single.
    kita kn mnusia biasa,,sush nk lari dr buat bnda yg xelok.. =)

    1. betul tu.. tapi remaja sekarang, kalau tak berkapel rasa malu la.. rasa tak laku la.. padahal belum tahap umur nak kawin pun lagi πŸ˜‰

  7. sy setuju..yela ustaz…zmn skang nih leh ke kalau kapel xkuar dating xckp kt tipon lemah lembut…xde mkneye…tp tula…kite kdg2 susah nk elak bnde2 cmnih…=)

    1. tak sesuai mengatakan itu zaman jahiliyyah.. sbb jahiliyyah ini dikaitkan dengan zaman orang tak beragama dan mensyirikkan Allah.. walaupun mereka berilmu..

      semua orang ada sejarah silam masing2.. sebaiknya simpan dalam lipatan sejarah dan tidak diungkit2 lagi.. πŸ˜‰

  8. Betul mcm apa yg UL cakap kan about kalau nak kenal hati budi seseorang itu maka kenali lah org yg mengenali si dia πŸ™‚

    Dari situ insya’Allah kita akan tahu sikap serta perangai dia. Intan kenal my hubby dulu pon thru her sister yg pernah kerja kat tpt yg sama…Alhamdulillah πŸ™‚

  9. Sebenarnya hukum sebenar kapel harus ker?
    Saya ada dengar dalam satu ceramah agama yang kapel sebenarnya harus dalam Islam. Yang jadi haram bila buat benda2 yang diharamkan dalam Islam. Macam tu ker?

    1. Memang berkapel itu asalnya harus.. nak tahu yg sebenar atau tak sebenar, kena tgk aktiviti2 dlm berkapel tu.. kalau berdating, hukumnya haram.. pegang tangan, haram.. cemolot, haram.. ringan2, haram.. pendek kata, kalau terlibat dgn perkara maksiat, maka haram lah kapel sebenarnya.. mcm makan dan minum gak.. asalnya harus.. tapi kalau makan sampai meletop perut dan mengakibatkan kehilangan nyawa, maka hukum harus itu dah berubah kepada haram.. atas illah (sebab) mendatangkan mudarat..

      makan gula asalnya harus.. tapi kalau doktor yg diiktiraf bgtau, kalau makan gula walaupun sebutir akan mengakibatkan kehilangan nyawa kepada pemakan itu (beliau ada penyakit contohnya), maka haram la makan gula bagi beliau.. bagi org lain hukumnya harus..

      Yg asal haram itu mcm makan babi, minum arak, berzina dsb.. sbb yg itu memang ada dalil yg jelas mengharamkannya.. πŸ˜‰

      1. salam ustaz, maaf kalau kurang ilmu tp bukankah kalau nak mengenali seseorang tu, kita digalakkan juga bertunang? dan pertunangan tu sebagai jaminan yang lelaki itu bersungguh menginginkan seorang wanita itu walaupun masih dalam proses perkenalan. andai kata mereka tidak serasi maka mereka boleh memutuskan pertunangan.
        sesetengah orang yg bercouple ad yg sudah menganggap dengan bercouple (tanpa ad ikatan pertunangan atau perkahwinan) sudah menjadikan pasangannya tu sudah di’Γ§op’ atau dimiliki olehnya. tetapi hal ini tidak menjamin yg lelaki itu mmg bersungguh utk memiliki wanita itu. kadangkala ad antara mereka yang bercouple tanpa pengetahuan ibu dan bapa dari kedua2 pihak lelaki dan wanita, tidak seperti pertunangan. oleh kerana couple membuatkan mindset mereka percaya yg mereka suudah dimiliki, pasangannya (wanita atau lelaki) tidak berhak untuk cuba mengenali lelaki/wanita lain. ini juga boleh menyebabkan pergaduhan dan salah faham.
        bagi saya dengan bercouple tanpa ad pengesahan yang wajar seperti pertunangan atau perkahwinan akan menyebabkan pasangan cenderung utk melalukan perkara yg tidak seharusnya kerana tiada undang2 didalam bercouple.
        ustaz, ap pendapat ustaz tentang kenyataan di atas? Adakah concept bercouple sama seperti concept pertunangan atau berbeza? andai kata bertaaruf dan bertunang jalan terbaik untuk mengenali orang yang diminati, adakah couple itu masih diharuskan? saya harap ustaz dapat berikan penjelasan sbb saya agak keliru πŸ™‚

      1. membaca n3 UL membuat sy tersenyum sorg2, walau pon blog berunsur agama, tapi penyampaian nye secara yg senang difahami, n enjoy membacanya…. tahniah….

        1. terima kasih kerana enjoy membaca blog Ustaz Love ni.. Ustaz Love ni cuma seperti seekor belalang di padang rumput yg luas.. takde best mana pun πŸ˜‰

  10. istilah berkapel skng nih cam satu hubungan yg diiktiraf plak.. Kalo si lelaki ada awek, maka org len xley kacau.. same la sebaliknya.. pastu bergaulan ngn org len jadi tersekat.. cam dunie tu diorang berdua jer la.. wat pape kne bagi taw.. da macam laki bini plak.. Sedangkan bertunang pon kite xde hak nak masuk campur hal pasangan.. Hubungan yg halal hanyalah pernikahan.. Bagi saya kalo nak taw hati budi sebelum nk jadikan yg halal, baik tny teman terdekatnya dan sekadar berkawan sahaja.. takde la nak frust menonggeng kalo org tu jadi hak milik org len..

    1. mengikut Ustaz Azhar Idrus, kapel ni kira mcm bertunang la.. sbb ada unsur2 booking dan cop.. maksudnya, kapel ke, tunang ke, sama je.. kedua2nya masih tak menghalalkan apa yg halal selepas nikah πŸ˜‰

  11. bercakap pasal couple ni ustaz.. kan ramai aja orng kita kta couple ni haram.. tp bila kita cuba terangkan yang couple tu bukanlah haram,yang haram tu akitivi pasngan couple tu yang bermaksiat kan..alih2 kata kita suka suki nak jatuhkan hukum plak…
    mcm maner tu ustaz..?

    1. kalau macam tu, kita diam je la.. apa guna nak berbahas pada perkara yg tak penting mcm tu..

      p/s: yg kata ‘couple tu haram’ tu pun belum tentu selamat drp couple πŸ˜‰

      1. dan mereka yang menjatuhkan haram halal tu belum tentu dapat syurga, sebab syurga dan neraka urusan ALLAH.

        1. jatuh hukum halal haram bukanlah penentu syurga neraka.. sebaliknya sekadar menyampaikan kalam Allah dan RasulNya.. kalau Allah dah kata haram, takkan kita tak berani nak kata? itu tandanya kita belum yakin akan kebenaran al-Quran dan hadis πŸ˜‰

  12. hehe….baru tahu hukum kapel ni…pernah saya jumpa satu pasangan ni sangat menjaga batas antara satu n yg lain…mmg dr segi zahirnya dorg kapel,tapi masing2 pandai jaga diri…:)…mgkin sbb jarak yg memisahkan dorg…tp kan ustz,kalo kita teringat kat org tu kira zina hati ke?keliru ciket..hehe

    1. bila teringat tu , jangan melebih sangat .. jangan ingat melebihi dari Allah .. dan juga ingat perkara yang mendatangkan syahwat .. tu salah .. maaf , kalau salah ..

  13. ustaz saye ni tengah berkapel ngan sorang pompuan die pakai tudung cantek je saye penah pegi makan ngan die time balik skolah dua orang saye ngan die kami ni bru form 1 kalo camtu camne plok ustaz.

    1. kalau baru form 1, memang takde petanda la nak bernikah lagi, jadi berkapel pada umur ini lebih berat menghampiri kepada haram.. perbuatan adik berdating (makan berdua masa balik sekolah) adalah perbuatan yg dilarang dalam Islam.. tak kira la dia pakai tudung dan adik pakai kopiah sekalipun.. jadi, kalau nak keluar bersama, kena bawak mahram budak pompuan tersebut.. ajak ayah dia gi makan sekali ke.. ada berani? πŸ˜€

      1. Asalamualaikum ustaz

        aku pada mula2 dulu byk girlfren
        setiap kali tengok girlfriend aku bernafsu.
        adela beberapa orang aku tibai .

        Tp yang latest ni, banyak buat aku sakit hati pada mulanya.
        alim.tp kan lama kelamaan, aku beransur2 dapat menerima prinsip kapel aku nih, dan aku sendiri secara xsedar, mula kurang untuk bernafsu2 nih.

        Awek aku selalu pesan, buat sesuatu perkara biarlah ikhlas, n now, alhamdulillah, i think u know what i mean (xnak bagitahu, takot dikata riak).

        AKu selesa berkapel cara baru ni ustaz, walaupun solat aku x full, at least aku dah mula kerjakan solat.
        walaupun sebelum ni gian tengok pompuan seksi, sekarang nih mcm entahla, mcm malas nak tengok.
        Awek aku selalu berkongsi bahan ilmiah kat aku, dan akhirnya aku menjadi seorang pembaca yang setia.

        Biar aku buat perbandingan.

        Sebelum bercinta.couple dengan yg baru nih :

        1.aku suka buat sex
        2.aku suka minum arak
        3.aku suka amik dadah
        4.aku suka cakap kasar/lucah/kesat
        5.aku suka lawan mak ayah
        6.aku suka buang masa

        Selepas couple/bercinta dengan yg baru nih

        1.aku dah dapat kawal nafsu.
        2.aku berhenti minum arak
        3. aku berhenti main dadah
        4.aku cakap cool2 jer sekarang, dan temper pon dah kurang
        5. aku dah mula hormati orang tuaku, dan timbul rasa mengasihi mereka.
        6. aku sekarang banyak isi masa dengan membaca dan menambah ilmu.

        Pendek kata,selepas bercinta/bercouple yg baru nih, banyak unsur negatif menjadi positif walau belum semua. Namun aku merasa hidupku berubah menjadi lebih baik.

        1. Waalaikumussalam..

          Ada pelbagai cara Allah nak bagi petunjuk kepada manusia.. mungkin dgn berkapel itu akan menjadikan seseorang menjadi lebih baik (spt kes saudara).. dan mungkin juga pada orang lain, boleh menyebabkannya lebih hanyut.. πŸ˜‰

  14. tak heran lah berkapel ni..suami sy pun pernah berkapel dgn anak dara org….anak sedara sy yg jumpe dia jalan berdua..tp yg peliknya suami sy seorg uztz…bile dah angau memng setan mudah masuk ..tu sy tahu tp terjdk kat suami sy tu yg membtkan sy sedih…mane ilmu dia..dia lulusan universiti Al-azhar…ni cita lame..akhirnya suami sy tak jdk kawin dgn budak tu cz ma bapaknye tak restu…sy hanya mendiamkan diri saje..tp hakikatnya sekrg ni..suami sy dah asingkan dirinya dr sy..kami dah tak sebilik…kalau sy panggil pun dah tak menyahut..kami dah bt hal masing2 ..skrg dah masuk 8thn sy menjdk ibu tinggal..hanya anak2 penguat hati n diri saya…ada org kata sy bodoh..mcm tak tau perempuan tu ada hak….sy tau tu semua tp sy masih bersabar…cz pernah tanya anak yg tue …mcmner kalau mak ngadu kat pejabat kadi..anak hanya jwab ..jgnlah mak ..maluu…emmm..kesian dgnjwapan anak…sebb mrk malu sgt sbb aya diaorg adalh seorg uztz terkenal di daerh sini…ceramah maulid..kursus haji..jdk mutawwif umrah..selalu keluar di radio..so ya Allah sy masih bersabar …walaupun kkdng kesunyian yg amat sgt di waktu malam tp Ya Allah …DIA maha mengetahui lg maha melihat

    1. Ustaz Love terasa macam nak ulas sesuatu.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba komen dalam entry..

  15. bukan kea nabi muhammad s.a.w pernah kata ”JANGAN MENDEKATI ZINA ” kapel nih kan mendekati zina , maka jatuh HARAM laa …

  16. Ustaz love ! bkn kea Nabi Muhammad s.a.w pernah kata ” JANGAN MENDEKATI ZINA !! ” Couple tuh kan mendekati ZINA , maka jatuh HARAM laa !! mne de harus ..lagipun dalam islam xswuh kte berCouple2 nh ..kalo ske ckp , tros jea Nikah.. dbimbangi mendatngkan maksiat …

  17. Assalamualaikum ustaz.. Nak tnye lha. If kite suka orang tu, then, kite nak luahkan perasaan dkat si dia. Apa hukum nya ? :O

  18. tak paham bahagian nie, Kalau mazhab Dzahiriah (Daud Az-Dzahiri) maka boleh bertanya bahkan boleh melihat aurat wanita yg nak dikahwini.. kiranya boleh tengok tiger show la.. mazhab ni dah pupus pun)..

    ..cer terangkan..

  19. Aslm ustaz..mmber sya ni kple..tpi tk prnah brduaan, mesej pon 6-7 blan sekali..tu pon bila nk bgi kta2 smngat tme nk exam…call plak jarang skali bile jmpak aq tgok kiri kau tgok kanan..mcm ni boley ke ustaz?

  20. InsyaALLAH Ana sokng ustaz , dngan izin Allah law seorang wanita menjaga cara berpakai ,ataw pun jaga ,kelakuan insyaALLAH ia xkan belaku

    1. dating itu lebih sinonim dgn khalwat. Jauhi perbuatan dating walaupun atas apa juga alasan, kerana bila lelaki dan wanita bukan mahram berduaan, syaitan akan menjadi orang ketiga.

  21. Hurrmm..nak tanya la..kalau kapel dalam usia remaja..macam ank muda sekarang ni..tak haram kan kalau diorang kapel..hanya luahkan rasa cinta tanpa sebarang perlakuan sumbang yg menyalahi agama..

    1. lebih menghampiri haram, sebab berkapel tanpa hala tuju.. nak kawen lambat lagi.. tunggu dah nak kawen dulu, baru cari pasangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme