I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

ChurpChurp Di Jalan Raya

Salam…

Ustaz Love hari ini banyak bermain2 di atas jalan raya.. bukan main permainan, tapi banyak masa dihabiskan atas jalan.. Harap2 para pembaca tak tersalah faham sangat dengan istilah2 yang Ustaz Love gunakan dalam blog.. Sbb kadang2 Ustaz Love suka menggunakan kiasan, menukar peribahasa, menggunakan ayat double-meaning dsb.. Jadi, kadang2 dalam keseriusan penulisan entry, terselit sepotong dua ayat yang tak serius.. Jadi harap2nya janganlah membaca entry Ustaz Love dengan dahi berkerut.. nanti lama2 cepat berkedut..

Sewaktu Ustaz Love nak buat U-turn tadi, tanpa disangka2 ada seorang mamat warganegara asing yang teragak2 nak melintas jalan.. Ustaz Love pun brake untuk slowkan kenderaan.. takut2 beliau membuat keputusan drastik untuk melintas depan Ustaz Love (spt kisah kucing yg bermain kejar2 sambil melintas jalan dalam entry terdahulu.. tak ingat plak entry yg mana)..

Rupanya memang betul telahan Ustaz Love.. beliau melintas gak jalan.. tapi yang agak menggelikan bila beliau membuat isyarat tangan (bukan isyarat lucah tau.. tapi isyarat chup2) nak suh Ustaz Love pausekan sekejap kereta.. Itulah yang melintas dalam fikiran Ustaz Love..

Masa kecik2 dulu, kalau main kejar2 ke, main galah panjang ke.. pastu mak panggil.. maka biasanya kita akan cakap “Chup2.. mak aku panggil”.. maksudnya, berhenti jap.. lepas tu sambung la balik..

Adakah beliau (sang pelintas jalan) itu juga bermaksud yang sama? Berhenti jap.. pasni (lepas beliau melintas jalan) sambung balik jalan.. Adakah beliau ingat jalan raya itu merupakan tempat bermain?

Mungkin juga dah jadi kebiasaan kat negara asal mereka.. maka, memang tak hairan bila melihat warganegara asing melintas lebuh raya walaupun kenderaan waktu itu sangat laju..

Seandainya ada warganegara asing yang membaca blog Ustaz Love ini (konon2 je), maka minta tolong sampai2kan kepada rakan2 senegara.. kalau nak melintas jalan, sila gunakan jejantas.. kalau takde jejantas, sila cari traffic light dan tunggu lampu merah.. pastu lintas la jalan berapa kali pun.. nak ulang alik ke.. sbb bukan saja membahayakan nyawa sang pelintas, tetapi juga sang pemandu (banyak kes.. pemandu cuba nak elak melanggar pelintas jalan, jadi terbabas.. pelintas jalan selamat, pemandu plak yang arwah)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz..

    itulah, ingat dia nak promote churp2 tu,, ><'

    emm, dulu mmg suka sebut cop2 ni.. lepas tu pandai pula kawan2 pause sekejap.. xperlu guna button pause pun.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme