I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cara Ustaz Love Belajar English

Salam…

Sekarang ni dah semakin malas rupanya Ustaz Love menulis entry.. Adakah mungkin ianya ada kaitan dengan kenaikan mendadak ranking di alexa? Ataupun peningkatan jumlah UV? Sehingga menyebabkan Ustaz Love semakin malas menulis? Rasanya bukan.. Ini semua bersangkutan dengan keinginan nak menulis.. Bila rasa nak tulis, Ustaz Love tulis.. bila tak terasa nak menulis (biar la idea tengah mencurah2), maka takde la Ustaz Love nak menulis..

Kali ni Ustaz Love nak kongsikan pengalaman Ustaz Love.. Bagaimana Ustaz Love mempelajari Bahasa Inggeris..

Bunyinya macam agak kelakar.. sbb di kalangan blogger2 Melayu, dah ramai yang menulis entry menggunakan full english.. Suspek betul Ustaz Love dengan mereka2 ini.. Sbb Ustaz Love sendiri masih belum mampu nak menulis English kecuali yang broken.. Memang kebanyakan orang yang berada dalam bidang agama ni, jarang yang mampu menggunakan bahasa inggeris dengan baik.. biarlah 10 kali kursus kat London pun.. balik sama je..

Ustaz Love rasa, ianya ada kaitan dengan praktis.. Sebab bahasa ni memerlukan praktis.. bukan semata2 belajar teori je.. Kalau tak caya, cuba ajak Ustaz Love cakap BI, ntah2 bukan anda je yg tak paham apa Ustaz Love cakap, Ustaz Love sendiri pun mungkin tak paham apa yang Ustaz Love cakap.. sungguh tragis sekali…

Kalau Bahasa Arab tu, dah biasa praktis dengan member2.. sebab tu takde masalah sangat nak faham (walaupun mungkin ada masalah sket nak balas)..

Tapi, masa belajar kat sekolah dulu, terasa sangat susah nak berbahasa inggeris ni.. Ustaz Love teringat lagi cikgu english suh buat surat kat beliau dalam bahasa inggeris (apa daa.. kejap bahasa inggeris, kejap english).. masa ni kat sekolah rendah.. Ustaz Love tanya kat beliau.. mcm mana nak buat karangan english tu? Beliau cakap mudah je.. Bahasa Inggeris ni terbalik2.. Ustaz Love sudah paham lain.. Jadi, Ustaz Love buat karangan sampai habis dalam Bahasa Melayu.. pastu terjemahkan ke Bahasa Inggeris secara terbalik.. bermula daripada perkataan yang terakhir sampai la ke perkataan yang awal.. Pening2 cikgu tu baca..

Masa sekolah menengah, Ustaz Love mula minat lagu2 Inggeris.. dan menerima galakan daripada cikgu untuk menghafal lirik lagu untuk menambahkan vocab.. Jadi, lagu pertama yang Ustaz Love hafal adalah :

Ganas tak lagu ni?.. Ini lagu kumpulan Offspring Tapi ianya membangkitkan semangat Ustaz Love untuk lebih berminat dalam mempelajari Bahasa Inggeris..

Pastu, Ustaz Love hafal lagu ni.. terus beli kaset (zaman tu takde lagi CD2 ni) dan hafal 1 album..

Lagu ni dalam album Dookie nyanyian kumpulan alternatif, Greenday.. walaupun ada antara lirik2nya yang lucah, tapi kita boleh menapisnya.. jangan amik semua.. amik yg penting2 je..

Antara yang penting, vocabnya, cara sebutannya, muziknya (penting ke?).. takyah la tiru gaya rambut diorg ke, pakaian ke.. sbb kita ni kadang2 mudah terikut benda yang tak sepatutnya.. org suh ikut gaya sebutannya, diikut gaya pakaiannya.. Akhirnya nampak gaya rambut dan pakaian dah macam Greenday, tapi sepatah haram tak reti nak sebut.. menang gaya je..

Ianya melatih lidah Ustaz Love.. dan Ustaz Love banyakkan berchatting dengan mat saleh luar negara (memperbaiki gaya penulisan dan pemahaman).. alhamdulillah, walaupun sekarang ni dah agak kekok nak bertutur dalam Bahasa Inggeris, tapi Ustaz Love masih boleh membaca novel, artikel dsb dalam Bahasa Inggeris..

Sangat penting sebenarnya menguasai Bahasa Inggeris ni.. sbb banyak sumber ilmu dalam Bahasa Inggeris.. even sumber ilmu Islam pun banyak yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.. ini kerana industri penterjemahan di luar negara lebih maju berbanding dalam negara.. Cuba tengok terjemahan kitab tafsir dalam Bahasa Melayu.. hampir 10 tahun menunggu, rasanya ada dah terjemahan.. tapi tak lengkap lagi.. berbanding dalam Bahasa Inggeris.. bersepah2 kitab terjemahan..

Ustaz Love rasa nak try la buat entry dalam Bahasa Inggeris.. agak2 ada tak yang gelak sampai termuntah membacanya nanti? πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz…..

    huish, 1st time lagu hafalan x agak2 hehehehehe

    mmg betul, bahasa ni kita nk kena praktik kan selalu… dl sy pon english kalau nak reply org tanya, mmg gagap2, skang ni, InsyaAllah…walau broken… sbb kawan kt ofis berbangsa cina xtau ckp melayu, so kita terpaksa belajar english dr dia, memula…mmg haru…huhuhuhu

    akan dinanti n3 ustaz lam english….. πŸ™‚

    1. salam qistyna..

      sebenarnya, tu bukan 1st lagu hafalan, tapi 1st lagu Inggeris yg dihafal.. sebelum tu, Ustaz Love siap ada buku lirik yang Ustaz Love tulis untuk menghafal lagu2 rock kapak.. hehe πŸ˜€

      err.. entry bahasa Inggeris? err.. InsyaAllah3x.. you’ll find your way πŸ˜€

  2. offspring dan green day…antara band yg saya suka.
    setuju dgn pendapat ustazlove, lirik lagu dlm english, filem dan siri tv banyak membantu tingkatkan vocab dan kita mudah ingat dalam jangmasa panjang

    pembacaan buku, komik dan novel in english jugak membantu tp vocab yg bombadstik tu kdg2 terlupa jugak

    1. keyword dia kena banyak membaca, mendengar dan bertutur.. Ustaz Love sendiri pernah berjumpa dengan seorang cikgu yang tak pernah mengambil kelas / kursus bahasa Arab.. tapi selamba je berborak dengan Ustaz2 Arab dalam bahasa Arab.. sbbnya, beliau selalu melatih diri cuba bercakap dan mendengar bahasa Arab πŸ˜€

  3. Asalamualaikum Ustaz..

    sebenarnya english nie kita x dapat kuasai sebab rasa “MALU” bagi saya di didik dari kecil untuk gunakan english .. akak saya paksa .. jadi ketepikan rasa malu.. usaha.. sebab untuk maju kena belajar dari kesalahan.. dan yang penting berusaha… dan terima teguran…

    well for you Ustaz.. I wish a full of luck and enjoy your learning and Insallah ALLAH will bless you !

    1. Waalaikumussalam Abd Karim..

      betul gak tu.. malu satu hal.. takut orang mengata pun satu hal gak.. tapi bergantung atas kita sebenarnya.. kalau gi speaking kat penjual pasar malam ke, kat penoreh getah ke.. memang la nak kena kata.. sbb tak kena tempat.. try cari member lain bangsa ke.. memang sedap la nak speaking πŸ˜‰

      Terima kasih atas doa itu πŸ˜‰

  4. ramai jugak kawan saya yang belajar english dengan lagu, tapi saya lagi suka baca kamus. sampai kawan2 panggil saya “diction”.. haha

    1. baca kamus yg paling Ustaz Love tak minat.. sbb nampak padat sangat dengan perkataan.. Ustaz Love lebih suka baca artikel ke, lirik ke.. pastu mana2 perkataan tak faham, baru rujuk kamus..

      sekarang ni dah mudah dah.. copy je ayat yg tak faham kat google translate πŸ˜€

    1. as salam pink..

      nak lancar, kena berlatih selalu la.. cari kawan chatting daripada negara2 yg berbahasa arab spt arab saudi ke, syria ke, maghribi ke.. πŸ˜‰

      1. ermm..kalau nk menulis mungkin boleh..tp bila nak bertutur tu terus jd blur..haa cemane tu? aiseehhh..huhu

        1. kalau menulis, ada masa nk memikir.. kalau bercakap, otak kena memikir selari dengan pktn yg keluar drp mulut πŸ˜‰

  5. oic cmtu cara ustaz..
    sy mula2 blajar english dgn cara tgk citer omputeh kt TV.. mula2 tgk mmg x paham sbb laju jaa ayat terjemahan tu bertukar.. lama2 dh mahir x perlu lg tgk terjemahan tu, hikk…

    1. apa pun, ianya ada kaitan dengan minat kita.. belajar bahasa guna kamus lagi tepat sebenarnya, tapi sbb kita dah tak minat.. tengok kamus je, mata jadi berat.. jadi, terpaksa la guna alternatif lain spt belajar guna lagu alternatif πŸ˜€

  6. dulu..sy belajar english yg pertama sekali dgn menonton the bugs life di tv. kemudian sy seronok menonton kartun english..lama2 ad beberapa words yg sy still guna sampai skg. pastu, abah sy seorang cikgu, die selalu belikan buku latih tubi termasuklah buku latihan grammar englsh. pastu ms sekola menengah, english sy still xberapa bagus, setakat ckp2 kosong jer boleh la.tp english dlm spm agk teruk. at last msuk uia, totally using english as communication medium..plus dpt room mate pon international.dari sudan, nk tak nak,kena speak in english jugak laa… lame2 dh biasa guna and praktis, ms exam muet i dapat band 5. alhamdulllah..cume sedey juga sbb skg jadi cikgu, buat karangan bm agak bercelaru..sy kira sy mpunyai penyusunan kata yg xberapa betul..kurang menghasilkan ayat yg baik. kalo nk menulis mmg mengambil ms yg sgt2 lama πŸ™ huh~ kena praktis menulis dlm melayu ni

    1. masa Ustaz Love ikuti kursus Bahasa Arab + Bahasa Inggeris suatu masa dulu, perkara yg sama juga berlaku.. Mula2 kursus Bahasa Arab.. semua cakap, tulis, dengar, tengok dalam Bahasa Arab.. bila dah habis tempoh kursus Bahasa Arab dan nak sambung ke kursus Bahasa Inggeris, nak sebut ‘I’ pun tersebut ‘Ana’ πŸ˜€

      Sape2 yg mahir banyak bahasa, memang otak beliau sangat pikap πŸ˜€

    2. saya pulak mula2 jd minat kat bi ni, tgok citer Sir Arthur Conan Doyles..
      nk tau habis cmne semua… tp smpi skrg saya tak tahu apa penamat cerita tu..ustaz tau ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme