I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cara Bercinta Dengan Ustazah / Ustaz

Salam…

Ustaz Love jenguk2 keyword kat akaun Nuffnang… Walaupun sebelum ni banyak keyword yang menarik perhatian, tapi Ustaz Love tak terasa nak jadikannya entry.. Sebab ada di antaranya keyword yang lucah.. Kang tak pasal2 blog Ustaz Love ni masuk dalam senarai carian blog lucah..

Keyword kali ni tak lucah.. tapi lebih kepada panduan.. Bagaimana nak bercinta dengan ustazah / ustaz..

Ye ye je Ustaz Love ni.. Mcm pakar cinta plak nak bagi tips2 ni.. Sebenarnya takde la tips sangat pun, tapi lebih kepada panduan.. InsyaAllah, jika ada manfaat, bukan setakat ustaz bleh dapat, ulamak pun bleh gak.. mamak restoran lagi la bleh..

1. Usaha

2. Doa

3. Tawakal

Itu je caranya.. Nampak mcm mengelat kan? Tapi sebenarnya itu je yg perlu dilakukan..

Usaha itu termasuklah meminta bantuan mak ayah untuk tolong uruskan soal pertunangan ke, pernikahan ke.. aikk? Belum apa2 lagi dah terus cerita pasal tunang kawin bagai? Kata tadi nak dapat ustaz / ustazah.. jadi, cara pun kena la ikut peraturan agama..

Dah lepas nikah nanti, bercinta la puas2.. nak pegang tangan ke, ringan2Β  ke, berat2 ke.. takde masalah.. Masalahnya kalau sebelum kawin dan bercinta, maka ruang untuk nafsu tu terbuka luas. Memang susah nak jaga percakapan (yang sentiasa akan menjurus ke arah benda2 lucah.. tak kira la secara terus terang mahupun sindiran lucah) dan segala2nya.. Kalau tak telefon, terasa rindu.. Bila dah telefon, sampai tak ingat dunia..

Sebenarnya, ustaz ke, ustazah ke, tak ustaz ke, tak ustazah ke.. sama je.. semua ada nafsu.. Ustaz dan ustazah pun manusia biasa.. bukannya malaikat.. jadi, keinginan untuk bercinta dan dicintai itu memang semua orang ada..

Sebab itu yang bukan Ustaz / Ustazah pun ada kena tangkap khalwat.. yg Ustaz / Ustazah pun ada gak yg kena tangkap khalwat.. Sebab bila dah bermain dengan nafsu ni, tak kira dah yg pakai tudung ke, yg pakai seksi ke, yg pakai kopiah ke, yg pakai snow cap ke.. semuanya boleh terjebak.

Jadi, yang utama dicari untuk dijadikan pasangan itu bukanlah Ustaz / Ustazah.. maksud pasangan beragama yg dinyatakan dalam hadis itu tak semestinya seorang ustaz / ustazah.. tapi seseorang yang beragama.. Iaitu orang yang mempunyai ilmu agama dan beramal dengan agama.. menjaga ibadah fardhu dan sunat.. berakhlak mulia dsb.

Seorang pekerja kilang yang tak tinggalkan solat 5 waktu dan memperbanyakkan amalan sunat spt membaca al-Quran, solat, zikir, bersedekah, tidak melakukan perkara2 yg dilarang dsb… maka ia termasuk juga dalam kalangan orang2 yang beragama..

Kalau seorang ustaz / ustazah.. ada ilmu, tapi tak amalkan.. berakhlak buruk dsb.. maka ia tak mencukupi untuk sampai ke tahap ‘orang beragama’ itu..

Jadi, tak perlu pening2 nak cari ustaz / ustazah.. sbb golongan ni pun sebenarnya dah makin pupus.. sbb tu kat masjid pun kadang2 imam takde.. orang yang pelat plak yg naik menggantikan imam..

Mungkin ada sesetengahnya cakap sejuk je mata memandang Ustazah yang lemah lembut, supan, berpakaian menutup aurat dsb.. sebenarnya, itu perkara2 zahir je.. Pelakon seksi yang berlakon dalam drama2 keagamaan (dan memakai pakaian menutup aurat) pun nampak ayu, supan dsb. Jadi, soal zahir bukanlah suatu masalah.

Carilah pasangan yg sekufu (yg sama tahap).. ini bukanlah suatu bentuk kasta.. tapi ia lebih kepada menjaga keharmonian sesebuah rumahtangga.. seorang doktor sudah tentu lebih sekufu dengan doktor.. Jika sang suami on-call, maka sang isteri akan memahaminya.. takde la dikatakan suami itu saja2 tak balik rumah sbb menggatal kat luar.. Begitu juga kalau isteri on-call, maka suami pun faham.. dan tak memandang isterinya sebagai seorang yg suka keluar malam..

Dari sudut pergaulan dan perbualan juga, kadang2 bila seorang ustaz bernikah dengan seorang akauntan (contohnya), maka situasi perbualan biasanya tak boleh nak masuk.. Bila isteri bercerita tentang angka, suami dah pening kepala.. Begitu juga bila suami mengulas sesuatu isu mengikut kaedah usul agama, maka si isteri pun agak pening2..

Tapi, jika si suami sedaya upaya memahami profession (pekerjaan) isteri, beliau belajar asas perakaunan contohnya.. maka bila isteri bercerita tentang masalah akaun, si suami boleh memberi pendapat.. begitu juga jika isteri ada keinginan untuk mendalami ilmu agama, maka bila suami ajak berborak tentang isu agama, si isteri boleh memberikan pendapat.. Bukan setakat mengikut saja kata2 suami..

Kalau tak nak pening2 sangat, carilah pasangan di bidang yg sama (sekufu).. bukanlah ia bermakna seorang wanita yang ada Phd tak boleh berkahwin dengan seorang lelaki yang cuma berkelulusan SPM, tetapi ianya lebih kepada memudahkan..

Begitu juga seorang lelaki… bukanlah tak boleh bernikah dengan GRO.. tetapi, kehidupan berumahtangga akan menjadi lebih mencabar.. walaupun niat lelaki itu untuk mengubah wanita itu.. seumpama kita berdayung di air yg tenang.. insyaAllah, kalau perahu tak bocor, akan sampailah kita ke destinasi.. berbanding mendayung di air yang berombak.. ditakuti kita sendiri hanyut ditelan ombak..

Jadi, ukur baju di badan sendiri… Nilaikan diri setakat mana kemampuan.. Sebab hidup berumahtangga tak sama dengan semasa bercinta.. Masa bercinta, boleh cover banyak benda.. cakap boleh lemah lembut.. melentuk2.. badan wangi bagai dicurah minyak wangi sebotol.. tapi bila dah kahwin, ia memerlukan istiqamah.. dan kesabaran.. Kalau dah memang asalnya kita jenis tak sabar, waktu bercinta nampak benar sabarnya.. bila dah berkahwin, maka habis terbongkar segala tembelang..

Takut2 bila bercinta dengan ustaz / ustazah.. bila dah kahwin nanti, panas telinga dengar leteran dan teguran.. suruh solat, suruh puasa, suruh baca al-Quran dsb.. kesian kat ustaz / ustazah terpaksa bersabar dgn watak kita yang sebenar..

Apapun, ianya cuma teori.. tak semestinya betul dari sudut praktikal.. apa yg penting adalah keinginan kita sendiri.. kalau kita sanggup untuk berubah, Allah akan buka jalan untuk kita.. sbb Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri nak berubah..

p/s: Ustaz Love bukan agen pencari jodoh.. jadi, jangan minta tolong Ustaz Love carikan okeh.. sila berjumpa dengan agen2 yg berdekatan πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 Comments

Add a Comment
    1. ustaz moden ni kiranya ustaz muda la.. bukan maksudnya ustaz tua tak moden.. sbb zaman mereka muda dulu pun, dipandang sbg ustaz moden gak.. semuanya ada kaitan dengan suasana dan ‘uruf (budaya) yg telah berubah πŸ˜‰

    1. tak dapat imam muda pun takpe.. lagi untung kalu dapat imam tua.. sbb imam tua tu lebih sabar dan tenang.. banyak pengalaman πŸ˜€

    2. ” Takut2 bila bercinta dengan ustaz / ustazah.. bila dah kahwin nanti, panas telinga dengar leteran dan teguran.. suruh solat, suruh puasa, suruh baca al-Quran dsb.. kesian kat ustaz / ustazah terpaksa bersabar dgn watak kita yang sebenar.. ”
      situasi yang tepat

  1. ouh.
    ade gak org cari cara nak bercinta ngan ust/ustzh ek.
    bukan egen pencari jodoh.
    tapi agen nasihat jodoh kot ust.
    hehehe.
    dah name pon ust. LOVE.
    πŸ™‚

    1. LOVE itu kalau diterjemahkan dengan maksud cinta, mungkin agak sempit sket.. cuba terjemahkan dengan “kasih sayang”.. Ustaz Love = Ustaz Kasih Sayang.. kan nampak manja tu πŸ˜€

    1. yg paling lawak sekali keyword “anugerah guru macho”.. ada ke anugerah tu? Ustaz Love dah lama tinggalkan jaman sekolah.. jadi tak berapa amik tahu sangat πŸ˜€

  2. hehe cute plak mcm2 keyword tu πŸ™‚
    me my 1st love ie pertama kali bercinta dgn seorg ustaz, tp tak de jodoh–dia tinggalkan me..cian me, jodoh me dgn org lain, tu pun kira2 6 thn lps break off tu..lama kan…..citer dulu2 πŸ˜‰

    1. kalau nak cerita pasal keyword, mmg tiap2 hari bleh buat entry pasal tu.. sbb keyword banyak.. kelakar pun ada..

      syukurlah mama tak jadi kahwin dengan ustaz tu.. mungkin kalau kawin dgn beliau, hidup mama tak sebahagia sekarang.. Allah dah berikan yg lebih baik untuk mama berbanding yg lepas πŸ˜‰

  3. sy sokong bab sekufu tuh…rmai mbe sy kawan2 ngan laki yg setakat spm jek…sy rase mcm susah jek dorg nk survive nti,..hoho…tkt nk kawen…=)

    1. bab survive tu insyaAllah, takde masalah.. kalau lelaki yg rajin bekerja, even tak pernah sekolah pun bleh makan 7 keturunan.. contohnya mcm Mendiang Lim Goh Tong (pengasas Genting).. cuma, kalau bab keserasian dan penyesuaian.. memerlukan masa.. bila melibatkan masa, maka memerlukan lebih kesabaran.. org yg kurang sabar dinasihatkan agar tidak mencuba πŸ˜‰

    1. cinta itu kasih sayang.. bukan semata2 berkapel itu yg dikatakan bercinta.. konsepnya lebih luas πŸ˜‰

    1. nak kata pakar tu takde la.. cuma berkongsi pengalaman.. mungkin betul, mungkin tak betul πŸ˜€

    1. hehe.. Ustaz Love gurau je.. sebenarnya makin bertambah.. cuma agak menghairankan bila makin ramai para ustaz yg balik dr luar negara, tapi makin kurang plak jemaah kat masjid.. yg tinggal cuma org2 tua.. adakah ustaz2 muda ini masih belum mampu menarik hati org muda merapati masjid? ataupun ustaz2 muda sibuk beruzlah dan solat di rumah? wahh.. bleh buat entry baru ni πŸ˜€

  4. wah, tajuk entri yang menarik, sekental-kental mana pun seseorang tu, serock kapak mana pun, bila tiba masa nak cari jodoh, mesti nak cari yang baik-baik punya…sebab tu saya tgk banyak abg2 tahfiz selalu nya oraang offer mereka kawin dgn anak mereka, perghh, free tu..

    1. semua orang cintakan kebaikan.. hatta seorang pengedar dadah pun tak nak anaknya jadi pengedar dadah..

      para pelajar agama terutama penghafaz al-Quran, memang Allah pelihara rezeki mereka.. tak sempat tamat hafazan pun, ramai dah jemput jadi imam tarawih.. booking jadi bakal menantu dsb πŸ˜‰

  5. Askum…ustaz sy ada problem sikit…sy syok kat sorang ustazah ni tp….sy malu le nk luah perasaan kat dia..sbb jurang antara kami jauh bezanya,nk buat camne ustaz?tolong ye…

    1. salam aizat..

      terima kasih kerana sudi ziarah.. tak bagus mana pun.. dakwah Nabi s.a.w. lagi terbaik πŸ˜‰

    1. salam cik senyum..

      kalau nak cari jodoh, itu secara umum.. tapi bila cakap nak cari jodoh dengan ustaz ke, tokey balak ke dsb, itu lebih khusus niatnya πŸ˜€

      1. salam ustaz love..sy ad knal sorg ustaz.pd awalnya kami baik.salu msg salu sy mnx nasihat dr dia.tp bru2 nie dia m,diamkan diri xtau sb ape..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme