I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Budaya Mengenakan Orang

Salam…

Budaya Malaysia beberapa tahun ini telah digemparkan dengan satu fenomena baru yang sebenarnya dah lama berada dalam masyarakat Malaysia.. Iaitu budaya mengenakan orang.. Tak kira la atas tujuan lawak ke, tujuan balas dendam ke.. Ianya telah dipopularkan bila rancangan2 TV di Malaysia membuat rancangan2 berunsur mengenakan orang.. spt Wakenabeb, Bang Bang Boom dsb..

Pepatah Inggeris ada mengatakan “Ketawa itu adalah ubat yang terbaik” (aikk.. pepatah Inggeris dalam BM?).. tapi mengetawakan orang bukanlah suatu amalan yang sihat..

Kita suka hati melihat orang yang terkena sampai menangis2 ke, muka pucat ke, terkencing dalam seluar ke.. sedangkan pada hakikatnya kita sendiri tak suka sekiranya perkara itu berlaku ke atas kita.. dan orang ramai2 menggelakkan kita..

Itu belum masuk lagi bab lawak2 yang melibatkan fizikal spt gemuk, botak, tungkai, jongang dsb.. Bila nak buat lawak, tak sah kalau takde unsur2 ni.. tapi Ustaz Love respek kat Stephen Chow Sin Chi yang tak menggunakan elemen2 itu untuk membuat lawak.. sekalipun dalam filemnya, masih ada lagi org botak, gemuk, tungkai, jongang dsb, tapi kekuatannya lawaknya adalah pada skrip beliau.. bukannya fizikal orang..

Kadang2 kita menganggap orang yang kita kenakan tu tak kisah, padahal kita tak mengetahui apa yang ada dalam hatinya.. Mungkinkah dendam dan kesumat.. hingga beliau terfikir bahawa suatu hari nanti, beliau akan buat lebih teruk kepada kita daripada apa yang dilakukan kepada beliau oleh kita.. Akhirnya, benda yang kita fikir lawak, dah tak jadi lawak dah.. Ia dah jadi amat serius plak..

Untuk dikenali sebagai seorang yang ceria, kita kena jadi peramah.. dan suka ketawa, dan buat orang ketawa.. sbb bila ketawa, hati pun terasa senang.. tapi, jangan cuba2 membuat lawak yang melibatkan peribadi orang.. sindir menyindir kawan ke.. sbb lawak spt itu bukannya makin mengeratkan hubungan, tapi makin mencetuskan permusuhan..

Hakikat yang kita sangat pasti.. kita tak suka orang kenakan kita.. tapi, kalau ada peluang, memang kita suka kenakan orang.. Ustaz Love suatu masa dulu banyak kehilangan kawan sbb suka kenakan orang (sbb Ustaz Love suka buat lawak spontan.. apa terlintas itu yang keluar.. tanpa sempat terfikir tentang penerimaan org itu)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
  1. sy setuju dgn Ustaz Love..

    Pilihla nak orang gelak dengan hati yg tenang,

    atau orang gelak sambil hati menyumpah kita semula..

    kita tak tahu apa kata hati mereka, jadi pilihlah..

    1. yang penting, jangan pilih untuk menggelakkan orang.. pilihlah untuk menggelakkan lawak yang diceritakan orang πŸ˜‰

    1. salam haris..

      setiap perkara ada batasnya.. tapi kalau dah terlampau suka, atau terlampau duka.. kadang2 kita tak sedar dah terbabas πŸ˜‰

  2. tapi klau mengenakan kat “kolam pancing ikan” tu mcm mana plak ust……..hehehehe..(kisah ni hanya kakjem & ust saje yg tau….)

    1. itu tandanya suatu hari nanti kakjem kena belanja gak Ustaz Love memancing kat kolam ikan.. bukan yg sebelah stesen minyak tu ye πŸ˜›

  3. dalam blog pun ada juga blogger yang mengenakan blogger lain..siap letak link lagi..ish..x patot la buat mcm tu..bukankah itu namanya MENGAIBKAN orang?

    1. kita kalau mengaibkan orang lain, memang tak ingat2 dah.. sedap mengutuk, bergelak ketawa.. sampai la masanya kita plak diaibkan.. masa tu baru sedar diri kot πŸ˜‰

  4. sy plg benci perkara2 cmni.. rsa cm bodo jaa layan pekena org wktu besday.. pastu style pekena cm rancangan tv tuu.. byk lagi cara pekena diorg pomot skrg…

    1. tak lama lagi, 1 April lagi galak la org nak pekena orang ni.. April Fool katanya.. padahal yg melakukan perbuatan itu yg sebenarnya ‘fool’ πŸ˜‰

      1. btul tu.. jgn rancangan tv tuu wt edisi khas sudah, huh.. tapi dulu kwn sy plg ‘fool’ sbb wt April Fool di bulan Februari utk jatuhkan maruah kwn sndiri…

        1. memang seronok menjatuhkan air muka orang.. yang tukang tengok pun rasa terhibur.. bermakna, dah berjaya syaitan mencucuk jarum.. asalnya nak bergurau mengeratkan hubungan, tapi jadi perbalahan dan dendam..

          cumanya, sebelum kita terlajak melakukan apa2 tindakan, cuba tanya kat diri sendiri.. kalau kita kena mcm tu, kita suka ke? πŸ˜‰

        1. orang kita memang suka meniru.. kalau tiru yg baik ok la.. ni yg tak baik tu yg banyak ditirunya πŸ˜‰

  5. salam ceria…

    harap2 ustaz ceriang dan sihat selalu hendaknya..:)
    alhamdulilah…peh bercuti 3 hari 2malam dikampong….kini kembali sihat n ceria…dah tak makan obat lagi,kalu tak….tak tertelan rasenya tekak nie nak telan.Sebelum nie ustaz ade tanye sy sakit ape kan? tak pelah ustaz biarlah menjadi rahsia…takuti nanti ateh dapat undian simpati lak…hihi

    pernah suatu ketika orang mengenakan keluarga sy dengan sihir.tapi sy tak pernah berdendam apatah lagi tak terniat untk membalas perbuatan beliau..
    bolih ker ustaz……kalu kite berdoa agar orang yang mengenakan kita agar Allah sahaja yang membalas perbuatan beliau??

    1. ateh,nampaknya sakit kakjem ngan ateh ada iras2 juga ya…kakjem doakan agar ateh tabah tempuhi setiap ujian yg Allah berikan & semoga cepat sembuh.
      kakjem nak komen skit mengenai persoalan ateh kpd ustaz mengenai berdoa agar Allah membls segala perbuatan si pelaku…..mengikut apa yg kakjem tau kita x boleh mendoakan sedemiakian rupa,tapi klau boleh kita serahkan segala2nya kpd Allah….nak ulas kakjem x pndai biarlah nnti ust love tolong ulaskan ya…

      kat c-ni kakjem nak b’kongsi pengalaman b’dsarkan pengalam kakjem sewaktu sakit dulu….begini kisahnya……..Pada awal bulan januari yg lalu ntah knpa dgn tiba2 kakjem rasa sesak nafas…,pd awalnya rasa sesak tu pd peringkat yg minima sahaja..lama kelamaan setelah hari b’ganti hari rasa sesak nafas tu bertambah kuat & diikuti rasa kebas pada kaki dan tangan disertakan nafas menjadi tercungap2…pada 26/1 d’sebbkan x terthn lg kakjem d kejarkan ke hosp.KPJ,sewaktu itu seluruh tubuh kakjem dah rasa kejang & hanya nafas saje yg ada(masa tu ingat dah nak mati dah). setibanya d hosp. pegawai2 & doktor2 yg bertugas bergegas memberi bantuan termasuklah mengambil darah utk mengenal pasti apa penyakit kakjem……..nnti je lah sambung takut2 pnjang sgt komen kakjem kat c-ni……

      1. kakjem.. Ustaz Love rasa, agak kurang manfaat bila kakjem menulis di ruangan komen ni sbb ianya agak terhad dan tersorok.. Ustaz Love terfikir nak buat segmen berkaitan pengalaman blogger dalam apa jua peristiwa (kemalangan ke, mistik ke dsb.. asalkan bukan pengalaman mengaibkan).. dan Ustaz Love akan ulas kat akhir entry nanti.. itu lebih memberi manfaat kepada pembaca.. apa kata kakjem? Kalau boleh, Ustaz Love nak mulakan dengan pengalaman kakjem.. πŸ˜‰

        1. hihihi….kakjem ingat nak kongsi ngan ateh je….apa pe pun apa2 je lah…..no hal….suspen lak rasanya….

          1. alhamdulillah.. kakjem pun dah setuju.. kalau nak hantar kisah pengalaman tu, bleh hantar kat email Ustaz Love.. tulis panjang2 pun takpe.. sbb nnt Ustaz Love copy paste je letak kat blog ni..

            Bukan apa kakjem, bila kita cerita pengalaman dan kaedah penyelesaian, mungkin ada pembaca yg mengalami masalah yg sama ke, bleh amik iktibar.. belajar daripada pengalaman orang lain.. InsyaAllah, ada la bahagiannya daripada Allah πŸ˜‰

    2. salam ateh yang ceriang..

      alhamdulillah, penyakit dan kesembuhan, kedua2nya datang daripada Allah.. tanpa izin Allah, tiada makhluk atas muka bumi ini yang dapat memudaratkan makhluk lain..

      walaupun kita tak pernah berdoa untuk pembalasan terhadap kejahatan orang lain, tapi Allah tetap menyediakan balasan atas setiap perbuatan hambaNya.. yang terbaik adalah mendoakan hidayah kepada orang yg melakukan kejahatan kepada kita.. kerana doa orang teraniaya pasti dimakbulkan Allah.. dan doa yang paling agung adalah doa hidayah.. spt mana doa Nabi s.a.w. ke atas penduduk Toif agar anak cucu mereka mendapat hidayah, walaupun datuk nenek mereka tak menerima dakwah Nabi s.a.w.

      Apapun, setiap ujian hatta tercucuk duri sekalipun, ianya merupakan penghapus dosa bagi orang2 beriman πŸ˜‰

  6. setuju dgn ustaz. sy dan kwan2 pun dulu pernah dikenakan april fool skali. orang yang tngok mmg la rase lawak. tapi yang dikenakan tu pulak naik angin.. buat lawak boleh, tp jgn sampai jtuhkn air muka org lain kan.;)

    1. pelawak2 skrg sudah semakin ketandusan idea.. jadi, lawak fizikal dan lawak mengenakan org selalu digunakan.. satu lagi jenis, lawak double-meaning.. sangat lucah sedangkan ianya ditonton oleh golongan kanak2 juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme