I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Budaya Ketam

Salam…

Dalam perjalanan balik daripada makan tadi, Ustaz Love ternampak ada orang jual ketam nipah kat tepi jalan.. Walaupun tak nampak batang hidung ketam itu (sbb ada dalam kotak), tapi nampak la signboard lukisan ketam.. Maknanya, penjual tu jual ketam la.. takkan jual ayam plak kan..

Sambil2 tu terfikir pasal ketam.. Sampai je, terus bukak laptop nak buat entry pasal ketam.. Segalanya tentang ketam, walaupun bukan kesemuanya..

Ketam merupakan sejenis haiwan yang boleh dimakan.. ia tak tergolong dalam golongan serangga walaupun mempunyai tangan yang banyak.. Isinya manis (kalau ketam fresh la) dan sangat sedap dibuat masak lemak cili api.. kalau goreng dengan keju (cheese) pun sedap gak.. Ustaz Love pernah makan kat sebuah restoran.. menu ketam goreng keju.. memang marbeles..

Ketam ni sangat rapat dengan budaya Melayu.. ada yang dijadikan sebagai peribahasa.. contohnya “Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.. yang menunjukkan maksud, orang yang nak mengajar tu sendiri tak berapa betul (ketam jalan mengiring.. sbb tu takde istilah crabwalk dalam dunia modelling), macam mana nak ajar orang lain berjalan lurus..

Selain itu, ketam juga sering dikaitkan dengan budaya negatif.. Kalau kita perhatikan ketam yang dikumpulkan dalam satu besen (ni cerita ketam hidup, bukan ketam yg dah arwah).. jika beliau nampak kawannya nak naik ke atas, beliau akan menyepit kaki kawannya sampai kawannya jatuh.. Kemudian beliau pula akan pijak kawannya itu untuk naik ke atas.. dan kawannya plak menyepit kaki beliau supaya beliau jatuh.. akhirnya, takde ketam pun yg berjaya melepaskan diri keluar daripada besen.

Jika kita selami realiti kehidupan hari ini, masih wujud manusia2 yg berbudaya ketam ini.. Beliau tidak ada kemahiran untuk memanjat ke atas (nak berjaya naik pangkat ke, dapat anugerah ke, cemerlang ke).. tetapi beliau mempunyai kemahiran untuk menjatuhkan orang yang sedang menuju ke atas.. Beliau juga menggunakan cara memijak orang lain untuk membantu beliau naik ke atas..

Akhirnya, orang2 yg layak berada di atas, berterusan ditekan semakin ke bawah.. manakala yang tak layak pula berada di atas.. Lalu menjadikan tempat yang diwakilinya itu haru biru.. Sebab beliau tiada kemahiran, tetapi nak jugak naik (walaupun terpaksa menggunakan cara kotor).. Akhirnya, beliau menjadi bos yang tak berapa cerdik, selalu dipermainkan oleh anak2 buah yang cerdik..

Ketam ni cuma selamat sbb berlindung bawah cengkerang yang keras.. kalau beliau takde cengkerang, maka memang sangat mudah terdedah kepada bahaya persekitaran..

Amat tak selamat jika beramal dengan budaya ketam ini.. Apabila sampai masanya, masuklah ke dalam periuk.. lalu masuk ke dalam perut dan akhirnya menjadi tahi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. tapi kakjem paling x suka makan ketam…almaklumlah kita org kg…..
    -rupa2nya ketam ni pun boleh d jadikan perumpamaan yeh…dasyat gilerrr ustaz ni..mmg kretifff…hihihi

        1. insan biasa2 itulah kadang2 selalu menjadi insan luar biasa.. jangan disangka air yg tenang takde buaya.. πŸ˜‰

    1. aikk.. asalnya nama manusia, tak kira la kampung ke, bandar ke.. boleh je makan ketam.. cuma kalau ada alergi, kena kurang2kan..

      bukan kreatif kakjem, tapi bercerita berdasarkan pengalaman.. lepas ni nak cerita pasal ulat gonggok plak πŸ˜€

  2. maaf nak cakap..budaya ketam ni memang sesuai utk bangsa melayu mcm kita..sebab tu org melayu susah nak maju..kalau yg ada perniagaan kecik2 tu,suka sgt cemburu sesama sendiri dan berusaha bersungguh2 supaya rakan persaingan niaga tu jatuh tersungkur..saya sgt suka mkn ketam wlaupun agak susah cara nk memakannya.. πŸ™‚

    1. Sama la kita.. tapi tak bleh makan banyak2.. sbb makanan laut (seafood) banyak iodin.. πŸ˜‰

    1. memang bahaya.. tapi kalau org yg dah naik, tak reti nak turun2 pun bahaya gak.. menutup laluan org lain nak naik πŸ˜€

    1. tak tertakluk pada bangsa Melayu.. kita cuma tahu sbb kita hidup di kalangan bangsa Melayu.. cuba kita hidup di kalangan bangsa2 lain juga.. mesti ada yg bersikap sebegitu πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme