Kenapa Kebanyakan Penggemar Nasi Lemak Berbadan Besar??

Anda Memang Layak Untuk Mendapatkan Kereta Percuma!!

Kisah Cinta 20 Sen Yang Sangat Mengujakan!!

Bau Busuk Bau Wangi

Salam…

Ustaz Love tak berhajat nak menyambung kisah saka… sbb tak nak menjadikannya suatu amalan.. tambah2 malam jumaat.. habis segala2nya dikaitkan dengan benda2 mistik.. TV ada cerita hantu.. kat blog ada segmen kisah2 seram dsb.. biarlah malam jumaat ni kita jadikan malam untuk muhasabah diri dan mempersiapkan diri untuk menghadapi hari jumaat keesokannya..

Ustaz Love tengok cerita 999 tadi.. ada satu segmen berkaitan penagih dadah yang duduk di tempat pembuangan sampah.. Wartawan tu cakap, kalau la dia boleh bawak bau tu untuk dihidangkan kepada penonton..

Apa yang kita expect kat tempat pembuangan sampah? Ada bau seharum kasturi? Atau bau ketiak selepas memakai deodorant? Mana ada wanginya kat tempat pembuangan sampah.. dah tentu la baunya busuk..

Tapi Ustaz Love memahami maksud wartawan tu.. Beliau nak menyampaikan, mcm mana ada org yg sanggup tinggal kat tempat yang busuk sebegitu? Rasanya Ustaz Love pun tak sanggup nak tinggal kat situ.. walaupun Ustaz Love menghidapi penyakit resdung yg agak kronik.. yg mengurangkan sedikit deria bau..

Itulah yang dikatakan dalam pepatah Melayu “Alah bisa tegal biasa”… Kalau hidung seseorang tu dah dibiasakan dengan bau busuk, ada kemungkinan kalau kita bagi sebotol minyak wangi dan suruh beliau hidu, maka beliau akan termuntah.. Sbb beliau tak biasa dengan bau wangi…

Berbeza dengan kita yang dah biasa berwangi2.. Orang terkentut dalam lif pun kita dah rasa nak menyumpah, nak muntah, nak pitam dsb.. sedangkan bau kentut itu lebih wangi daripada bau tempat pembuangan sampah..

Dalam realiti kehidupan, kalau boleh dikaitkan dengan bau busuk itu sebagai suasana maksiat.. dan bau wangi itu sebagai suasana yg baik (bi’ah solehah).. Maka, orang yang dah terbiasa dengan dosa dan maksiat, akan rasa geli dan jaki (jeles) bila ada orang ajak buat baik dan meninggalkan dosa dan maksiat yg sedang dilakukannya.. Sebab beliau dah terbiasa dengan suasana yg tak baik itu, maka suasana yg baik menyebabkan beliau rasa tak selesa..

Begitu juga dengan seseorang yang dah terbiasa dengan amalan baik spt ibadah, berakhlak mulia dsb.. maka dengan mudah akan memandang mereka2 yg berada dalam suasana maksiat itu sebagai kotor dan jijik..

Kedua2 sikap ini tidaklah betul walaupun secara logiknya nampak betul.. Ini kerana, seseorang yang berada dalam suasana maksiat dan dosa, perlu ada keinginan untuk berubah.. walaupun masih belum mampu nak berubah.. Maka, bila ada keinginan, takde masalah jika suatu hari nanti apabila diberikan petunjuk, maka mudah untuk mengikutinya.. walaupun tak biasa dan ragu2..

Seseorang yg berada dalam suasana baik, maka tidak sepatutnya memandang jijik mereka2 yg masih bergelumang dengan dosa.. sebaliknya kena ada perasaan sedih kerana mereka2 itu masih belum dikurniakan taufiq dan hidayah untuk berubah.. Bila ada perasaan sedih dan simpati ini, maka seseorang itu takkan berpeluk tubuh melihat saudaranya melakukan maksiat.. Sebaliknya akan mencuba sehabis daya untuk mengajaknya ke jalan yang betul..

Jika kita melihat seekor kucing yang buta, sedang berjalan menuju ke arah api yang marak membakar.. pasti kita akan bertindak menyelamatkan beliau.. apatah lagi saudara kita yang Islam.. cuma tersasar sedikit daripada jalan yang lurus..

Itu antara tanda kita menunjukkan kesyukuran atas kurniaan Allah yang mengekalkan kita dalam hidayah dan suasana yang baik.. Sbb kita pun tak pasti adakah hidayah yang ada dalam diri kita ini akan berkekalan sampai mati.. Mungkin juga mereka2 yg bergelumang dengan maksiat itu akan bertaubat dan menjadi seorang Muslim yang baik sebelum mereka mati.. Sedangkan kita?

Takut2 kita dok perasan baik.. sedangkan di sisi Allah, tiada maknanya.. Wal ‘iyazu billah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz..
    NajaH pown tngk jgk 999 td..
    pandai ustaz kaitkannya dengan akhlak..saya pown terfikir..
    betuL..mereka yg selalu melakukan perkara yg ditegah..agak sukar menerima kehadiran org yang berilmu utk menegur mereka..sbb itu Org yang berilmu..perlu bijak menarik mereka dengan teguran berhikmah..mcm men layang2x..Tarik pelan2x..jangan sampai Tali terputus..>.<

    1. Salam najah..

      Main layang2 tak bleh tarik pelan2.. nanti layang2 tak naik.. cuma kena jaga ketegangan tali.. kalau nampak tegang sangat, hulurkan lagi tali.. kalau nampak mcm nak jatuh, gulung balik bagi ketat ;)

    1. salam kakyon..

      yang lebih penting, semoga Allah sentiasa bukakan hati Ustaz Love ke arah kebaikan ;)

  2. Suka juga saya berkongsi satu perumpamaan. “Hari ini byk manusia yang lekat hatinya dengan masjid tak mempedulikan saudara mereka yang dalam keadaan buta sedang berjalan menuju ke arah perigi yang dalam.”

    1. bertepatan dengan sebuah pepatah Melayu “Biarkan Si Luncai terjun dengan labu2nya”.. orang lagi suka melihat kejatuhan org lain, berbanding menyelamatkan org yg hampir terjatuh ;)

    1. waalaikumussalam..

      hidup ni macam roda.. kita belum tentu lagi selamat pada masa akan datang.. bila tiba masanya kita diuji, semoga Allah memelihara kita daripada gagal dalam ujian.. sebab setiap manusia itu akan diuji atas keimanannya ;)

  3. dah lame x tgk tv.
    astro kat sini dah kene potong.
    balik umah family baru leh tgk.
    perumpamaan kucing tu sgt cute.
    hehe.

    1. perumpamaan kucing tu Ustaz Love dengar daripada seorang tua yang kerja sapu sampah kat sekolah.. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site


Active Search Resultswidgets,  tips, tutorials and SEO[Valid RSS]