I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Apabila Si Kaya Meminjam Daripada Si Miskin

Salam…

Hari ni Ustaz Love mendapat banyak pengajaran… iktibar atau pengajaran sebenarnya bukan semata2 boleh dipelajari daripada pengalaman sendiri… pengalaman orang lain juga boleh dijadikan iktibar.. cerita2 drama ke, sinetron ke.. yang penting, kita dapat melihat sisi positif dalam sesuatu pengalaman atau kisah itu..

Ustaz Love tak berapa suka sangat tengok sinetron.. sebab banyak sangat kebetulannya.. kebetulan bercinta dengan adik beradik la.. kebetulan muka serupa la.. sebab dalam dunia ni, jarang sangat berlaku kebetulan.. kebetulan banyak berlaku dalam drama untuk menjadikannya lebih suspens dan berpusing2 (itu yg sampai episod beratus2 tu)..

Dalam drama, digambarkan orang miskin itu selalu menyusahkan orang kaya.. sebab kalau anak sakit, mintak tolong orang kaya nak pinjam duit ke, nak pinjam kereta bawak ke klinik ke.. ataupun kalau takde makan, mintak plak kat org kaya barang secangkir kopi ke.. menjadikan orang miskin itu sebagai suatu sumber masalah dan beban kepada masyarakat..

Namun hakikatnya tak selalu begitu.. memang ada orang miskin yang suka meminta2.. even dah kaya pun, masih lagi nak meminta2.. takut nak declare ada harta sbb nanti orang datang mintak, harta plak berkurang..

Masih ramai lagi orang miskin yang tak suka menunjukkan kemiskinannya.. tak suka orang bersimpati padanya.. Malah, dalam sesetengah keadaan, dapat plak menghulur bantuan kepada yang memerlukan.. walaupun dirinya sendiri sangat memerlukan bantuan..

Inilah mereka2 yang sangat mulia.. menolong bukan kerana pangkat ataupun nama.. bila diminta pertolongan, tanpa banyak soal, terus membantu.. berbanding sesetengah orang kaya, baru diminta sedikit derma, habis disoal siasat macam penjenayah.. nak buat apa, salur kat mana.. ada resit ke takde.. bleh claim income-tax ke..

Hidup umpama putaran roda.. suatu masa kita di bawah, tak mustahil masa akan datang kita di atas.. dan tak mustahil juga kita akan jatuh ke bawah kembali.. jadi, biarkanlah putaran roda itu terus berpusing.. kerana itu memang urusan roda.. tugas kita cuma kena pastikan kita tak pitam… supaya bila berada di atas, kita tak lupa masa2 kita di bawah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. nice entry ustaz..saya cukup2 menyampah bila tgok sesi menderma yg di hulurkan dan masuk siaran kat tv sambil bergambar dan sengih2 tunjuk gigi..huhu..nak menderma tapi berkehendakkan NAMA..

    1. terima kasih mrs. sabri.. tapi kita tak bleh nak judge gak org yg menderma tapi masuk TV tu sbb berkehendakkan nama.. mungkin juga dengan tindakan mereka menyebarkan ‘kebaikan’ yg dibuat itu akan menggalakkan org lain untuk menderma.. maknanya, mereka membuka jalan kebaikan.. maka bagi mereka pahala, dan pahala org yg mengikuti jalan mereka itu πŸ˜‰

  2. itu sbb bila kita diatas jgn lupa org dibawah@waktu kita dibawah dlu ,ambil lah sbg iktibar….tangan yg menghulur lebih baik drpd yg menerima….wallahuaklam…..

    1. kita cuma mampu berusaha untuk mendapatkan keikhlasan.. yg menentukan amalan kita ikhlas ke tak, hanyalah Allah s.w.t. πŸ˜‰

  3. dah berusia ni..malas nak tengok drama tv.asik di tayangkan cerita org melayu yg suka menjerit..anak tak belajar dan jadi kurang ajar..cerita org melayu merempat..yg kaya sombong dan yg miskin mcm tak tahu buat apa2..dan banyak lagilah..smpai menyampah.sampai bila ntah nak berubah..

    1. sekarang ni ramai pengarah2 muda.. jadi cerita pengarahan pun jenis yg berjiwa muda.. anak2 memberontak.. isteri curang dgn suami.. suami main kayu hoki tiga.. jiran bergaduh.. sehingga kadang2 masyarakat sampai terlupa apa makna kebaikan.. sebab selalu sangat diwar2kan dengan cerita keburukan..

      kakyon mesti pernah tengok cerita Opah kan (bukan Oprah tau.. walaupun Oprah tu pun dah pangkat Opah dah)? Drama Opah tu penuh dengan mesej kekeluargaan.. maka wajar diulang tayang kembali untuk menjadi panduan masyarakat hari ni πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme