Salam…
Sejak dua menjak ni, memang banyak komen2 membina yang masuk dalam entry Ustaz Love.. membina itu bukanlah bermaksud komen sokongan saja.. sebaliknya komen2 kutukan, kejian dsb pun Ustaz Love masukkan gak dalam kategori komen membina.. Sbb ianya mampu membina ilham untuk Ustaz Love menulis… walaupun Ustaz Love tak publish komen2 yg teruk itu, tapi Ustaz Love membacanya..
Tajuk entry ni sebenarnya berkaitan dengan para pengkomen yang memberikan komen dengan nama “anonymous” atau apa2 nama samaran tanpa menyertakan bukti kewujudan mereka (spt link blog ataupun email).
Sebenarnya bukanlah semua anonymous ni tak bertanggungjawab.. macam hackers (penggodam) komputer gak.. ada sesetengah hackers yg berniat baik dengan menceroboh sesuatu sistem perkomputeran dgn tujuan untuk memberitahu admin sistem / blog / server dsb bahawa sistem mereka masih lagi mempunyai kelompongan dan kelemahan..
Namun, watak Abu Jahal dan Abu Lahab ini tidaklah disandarkan kepada hackers2 yg berniat suci murni ini.. sebaliknya kepada crackers (yg menceroboh sistem dgn tujuan mencuri data maklumat mahupun melakukan kerosakan).. Inilah jenis yg sesuai dinisbahkan..
Watak Abu Jahal sebenarnya tak berkaitan dengan anonymous sebenarnya.. Sebab kalau kita mengetahui sejarah penentangan Abu Jahal terhadap usaha dakwah Nabi s.a.w, penentangan Abu Jahal ini sebenarnya dilakukan secara berterangan.. Semua orang kenal Abu Jahal.. dan semua orang mengetahui tentang watak penentangannya.. jadi seolah2nya, Abu Jahal ini adalah musuh yg nyata..
Berbeza dengan Abu Lahab.. kaedah penentangannya tidak dijalankan secara terangan.. Sewaktu Nabi s.a.w. menyampaikan dakwah Islam kepada sesuatu kabilah, sebaik saja Nabi s.a.w. meninggalkan puak itu, maka datanglah Abu Lahab yang menceritakan keburukan Nabi s.a.w. dan menakut2kan mereka terhadap usaha dakwah Nabi s.a.w.
Abdullah bin Ubay pula adalah ketua puak munafiq di Madinah.. berpura2 masuk Islam, tetapi berusaha memecahbelahkan kesatuan umat Islam daripada dalam..
Bezanya antara ketiga2 penentang ini, Abu Lahab disebutkan namanya dalam al-Quran (surah al-Masad : 1).. Usahanya melakukan percubaan menggagalkan dakwah Nabi s.a.w. dengan cara memfitnah, mengadu domba dsb sangatlah teruk dan merosakkan usaha dakwah Nabi s.a.w.
Nilailah diri kita.. di tempat mana kita berada.. Semoga Allah memelihara kita daripada termasuk dalam kalangan org2 yang berperwatakan seperti di atas.. Wal Iyazu Billah..

nauzubillah dari manusia bertopeng mcm abdullah bin ubay tu..
juga kepada mereka2 yg memakai topeng abu jahal dan abu lahab.. π
amat x suka dgn org blakon baik dpan kita semata2 utk perguna kita, huh…
itu watak Abdullah bin Ubay.. π
yaAllah,bukakan pintu HidayahMu bagi hamba hambaMu yg sesat.
insyaAllah.. amin π
semoga semua penulisan kita, niat kerana Allah.
betul tu.. yg pertama sekali kena betulkan niat.. kemudian kena betulkan perbuatan.. supaya selari dgn niat.. π
alhamdulillah setakat ni saya belum pernah kena lagi perkara2 mcm ni.. π
alhamdulillah.. semoga mrs sabri dilindungi selalu drp perkara2 mcm ni π
sape la yg dok kacau kt blog ustaz nih…sebok jek…abaikan jek…peace!=)
π