I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Virus Melanda Jiwa

Salam…

Setelah beberapa hari tak menjenguk blog Ustaz Love (ada gak sekali dua sekadar approve komen), Ustaz Love kembali untuk memeriahkan dunia blogging ini.. Meriah ke dengan kehadiran Ustaz Love ni? Ataupun Ustaz Love sebenarnya dah terlebih perasan.. hehe..

Pertamanya Ustaz Love nak minta maaf sebab dah lama tak update.. beberapa komen di shoutbox Ustaz Love fahami sebagai menantikan kemunculan entry terbaru Ustaz Love… rasanya Ustaz Love tak silap paham.. juga ada beberapa orang bertanyakan tentang hukum dan permasalahan.. Ustaz Love tak dapat nak menjawabnya.. Begitu juga dengan serangan geng2 Syiah.. Ustaz Love tak sempat lagi nak menepisnya.. Ustaz Love biarkan je panah itu tercacak kat perut Ustaz Love.. sebelum Ustaz Love punya masa untuk mengubatnya.. cewahh..

Semua itu berpunca daripada…

Bukan.. bukan.. bukan seperti yang bermain di fikiran semua.. Laptop Ustaz Love takde masalah virus (walaupun antivirus yang trial version tu dah expired)… Tapi Ustaz Love ni je yang terkena virus..

1. Virus demam

Cehh.. sekali buat point2 plak.. siap bold lagi tu.. macam la ilmiah sangat entry ni.. kihkih..

Selepas program sambutan Maulidur Rasul, Ustaz Love telah diserang dengan demam dan pening kepala sebelah.. mungkin sebab sebelum tu tido lambat… sbb banyak tugas nak diselesaikan sebelum program bermula..

2. Virus malas

Ustaz Love terasa berat je jejari runcing ini (cewahh) untuk menulis… bukannya sebab kekeringan idea… banyak sebenarnya yang Ustaz Love nak kongsikan.. tambahan pula Ustaz Love dapat banyak input baru daripada forum sempena Maulidurrasul tu.. Cuma, daya tarikan games tumbuh2an (bukan farmville kat facebook tu.. tapi games tumbuhan melawan zombie… bleh tembak2.. bleh makan.. bleh hempap zombie dsb).. Percubaan Ustaz Love untuk menamatkan semua stage menyebabkan tak terasa langsung nak menulis.. Sekarang, Ustaz Love pun dah berjaya menamatkan games tu untuk stage terakhir.. Maka virus rajin pun dah kembali.. alhamdulillah..

p/s : Gambar kat atas tu sebenarnya Ustaz Love print screen daripada beberapa blog yang Ustaz Love blogwalking tadi.. rupa2nya auto-backlink tu pun ada yg pasang / diserang virus.. Jadi, kena lebih berhati2 dalam memasang auto-backlink..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. setia menanti kemunculan ustaz love….. hehe..
    Ooo.. kena virus demam dan malas rupanya, harap dah dipasang antivirus agar virus2 ni tak kembali lagi…

    1. terima kasih URY kerana setia menanti Ustaz Love.. rasa terharu sungguh sehingga meleleh2 air hidung ini…

    1. Ustaz Love pun dah lama tak jengah blog mama.. bukan blog mama sorang je, tapi semua blog.. insyaAllah, lepas ni Ustaz Love akan rajin2kan diri berjalan ke blog orang lain.. bagi berpeluh sket πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme