I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Umur Untuk Belajar Dan Mengajar

Salam… Hari ni shoutbox dipenuhi dengan ucapan Salam Maulidurrasul… Seluruh Malaysia menyambut kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Malah ianya menjadi hari bercuti bagi seluruh Malaysia.. Sambutan besar2an seperti perarakan Maulidurrasul, konsert nasyid, drama2 keagamaan dsb dibuat bagi mengenang kelahiran Nabi s.a.w. sehingga menenggelamkan kehangatan sambutan Hari Kekasih yang disambut semalam.. Ustaz Love menyambut Maulidurrasul ini dengan cara sederhana.. iaitu bercuti di rumah je.. tengok TV.. Sebab menjelang esok, memang banyak kerja nak dibuat sempena sambutan Maulidurrasul peringkat masjid. Ada jugak perarakan seperti tahun2 sebelumnya.. cuma kali ni lebih bermakna sebab ada Forum Perdana.. antara panelistnya adalah Ustaz Ann Wan Seng dan Ustaz Zul Ramli.

Ustaz Love pernah sekali dengar ceramah Ustaz Ann Wan Seng.. Pada masa tu, Ustaz Love ingatkan beliau seorang non-Muslim yang dijemput untuk menyampaikan ceramah.. Rupa2nya masa tu dah beberapa tahun dah beliau memeluk Islam. Beliau tak nak tukar kepada nama Islam atas tujuan dakwah.. ini kerana menurut beliau, agak susah untuk melakukan dakwah kepada kaum Cina non-Muslim jika menggunakan nama ‘Melayu’. Dan menurut beliau dah ramai orang Cina beliau telah dakwah dan Islamkan.. walaupun masih menggunakan nama Cina.

Pada ceramah itu, beliau banyak menerangkan tentang salah faham orang Melayu Islam tentang kebudayaan bangsa lain terutamanya Cina.. Walaupun dah beratus tahun kita duduk dalam satu negara, ada yang berkahwin dengan bangsa Cina, ada yang bersekolah daripada tadika sampailah universiti dengan rakan2 Cina, tapi masih belum memahami kebudayaan Cina.

Sebab itu, banyak perkara berkaitan budaya bangsa dianggap sebagai upacara agama.. dan terus dicop sebagai haram oleh kalangan Melayu Islam.. Antara budaya Cina itu adalah amalan Feng Shui.. menurut beliau, Feng Shui adalah suatu kaedah yang diamalkan secara meluas oleh kaum Cina untuk menentukan kebaikan atau keburukan sesuatu tempat atau perkara.. Sebagai contoh, penentuan arah susunan perabot menggunakan kaedah Feng Shui dikatakan mampu menjadikan suasana rumah lebih ceria dan hidup.. Sebenarnya, ianya takde kaitan dengan keagamaan pun.. even orang Melayu sendiri menggunakan khidmat pereka dalaman untuk menjadikan keadaan rumah lebih selesa untuk diduduki.. Maka itulah juga sebenarnya fungsi Feng Shui.. sekiranya perabot disusun menghalang laluan angin (contohnya), maka suasana dalam rumah akan jadi sesak dan merimaskan.. sebab udara tak masuk.

Beliau juga ada menyatakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina bukanlah sambutan keagamaan..Sebab tak kira apa agama sekalipun orang Cina itu (Kristian ke, Buddha ke, Hindu ke dsb) akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Hujjah beliau Ustaz Love tak berapa ingat.. insyaAllah, masa forum tu nanti Ustaz Love akan tanyakan soalan ni.. Mungkin boleh menjadi panduan kita bersama..

Apapun, Ustaz Love memang suspek (respek / hormat) dengan keilmuan yang ada pada Ustaz Ann Wan Seng ini.. walaupun beliau memeluk Islam terkemudian daripada Ustaz Love, tapi ilmu beliau sangat dalam dan mantap.. Malah mungkin amalnya juga lebih banyak daripada Ustaz Love dan sesetengah kita yang dah memeluk Islam sejak lahir lagi. Sebab itu proses pembelajaran terutama pelajaran agama ini tidak terhenti setakat kita habis bersekolah… atau bermula daripada kita kecik… kerana selagi ada hayat, selagi itulah berlakunya proses belajar dan mengajar… mungkin yang tua akan belajar daripada yang muda.. atau yang tua mengajar yang muda.. tidak tertakluk pada usia… Ramai juga para ulamak silam yang memulakan proses belajar agama bila umur dah lanjut…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. saya selalu membaca buku-buku dakwah ustaz Ann Wan Seng tapi belum pernah berkesempatan ikuti ceramah beliau..buku-buku tulisannya sangat menarik dengan gaya bahasa mudah difahami dan sesuai untuk semua bangsa..semoga satu masa dapat dipertemukan dengan beliau dan mendengar sendiri ceramahnya..insyaallah

    1. gaya bahasa mudah memang lebih memudahkan untuk difahami.. berbanding gaya bahasa terjemahan (spt drp kitab Arab ke Melayu) yang agak sukar difahami.. mudah atau susah, itulah ujian dan belajar.. insyaAllah, jika Allah mudahkan, benda yg susah pun kita mudah nak faham πŸ˜‰

  2. salam ustaz..
    selain dari kebiasaan (membaca bahan ilmiah,media), apa lagi yang boleh kita lakukan untuk belajar ilmu agama ini terus menerus…

    syukran ustaz dan salam Maulidurrasul..

    1. salam mariah…

      banyak sumber boleh digunakan.. selain melakukan pemerhatian terhadap alam ini (bahkan ianya diseru oleh Allah.. spt melihat penciptaan langit dan bumi, lautan, daratan, kejadian haiwan spt unta dsb) dan memikirkannya seterusnya mengaitkannya dgn kekuasaan Allah.. insyaAllah, iman akan bertambah. ilmu juga akan bertambah.

      tapi, kaedah asasnya adalah dengan belajar.. itu memang tak boleh nak lari.. sbb ilmu itu dengan berguru, dan bukannya melalui ilham πŸ˜‰

  3. slalunya mmg cam tu org yg baru ni lebih berketrampilan drpd kita yg mmg sah2 dr dlm perut beragama islam….kenapa ya? Eloklah ustaz yg ulaskan, sbb nnti bila kakjem yg ulas kang kakjem plak yg dah jadi ustazah….hihihihi….

    1. kak jem ulas pun takpe.. kita kena bantu membantu dalam dakwah ni (at-ta’aawun ‘alal birri wat taqwa).. tak semestinya ustazah je yg boleh mengulas πŸ˜€

  4. assalamualaikum..
    saya selalu melihat ustaz guna word SALAM.
    ada org kata salam itu maksudnya x sama mcm Assalamualaikum..
    harap ustaz ambil perhatian.
    Thanks..

  5. Aku sambut tahun baru cina laa kot baru2 nih.
    Aku makan limau mandarin sekotak. kihkih

    Tapi aku makan muruku tak bermakna aku sambut deepavali.

    Aku tak raikan krismas walaupun aku pergi sogo sales sempena Christmas Gala.

    Aku sah2 orang Islam sebab aku berarak sempena Maulid Nabi.

    Err..tapi cina non-muslim pun dapat anugerah sempena MaulidurRasul. Camno tu? πŸ˜€

    1 Malaysia 1 Ummah laa kot. πŸ˜‰

    1. pemimpin boleh memikirkan apa yg terbaik untuk tujuan keharmonian kaum dan agama.. mungkin ini salah satu cara πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme