I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ular Terpacak Di Pagi Hari

Salam…

Ustaz Love menghadapi saat2 mendebarkan pagi ni.. Langsung tak perasan apa2 sampailah anak Ustaz Love bagitau ada ular kat bilik.. Ustaz Love ingat beliau main2 je.. sebab kadang2 ulat pun dia sebut ular.. Bila Ustaz Love jenguk, memang nampak kepala ular terjulur keluar daripada celah dinding..

Ustaz Love sangat terkejut dan tak tau nak buat apa2.. nak halau ke, apa ke.. sebab ular tu elok je duduk tak bergerak2.. dan saiz pun takde la besar sangat.. Ustaz Love suspek ular tu ular remaja.. badan baru nak naik..

Tak sempat nak capai kamera untuk amik gambar beliau.. bimbang beliau terkejut lalu terpatuk Ustaz Love.. lagi naya.. Lantas, Ustaz Love pun call receptionist bagitau ada ular kat bilik.. Tak berapa lama, datang sorang brader bersama sebatang kayu… Lalu beliau pun menghalau ular tu dengan kayu.. Ular tu menganga2kan mulut agak ganas gak walaupun saiz badan beliau nak dibandingkan dgn brader tu dah tentu berbelas ratus kali ganda..

Akhirnya ular itu berjaya dihalau.. Menurut brader tu, belum pernah terjadi lagi kes ular masuk ke bilik.. Tapi biasa la, chalet kat sini dekat dengan sungai dan hutan.. even kedatangan beruk2 liar pun diorang tak mampu nak buat apa2..

Sebelum brader tu pergi, Ustaz Love pun tanya ular tu jenis apa.. brader tu kata, itu ular kapak.. memang bahaya la.. sbb ular kapak tu antara spesies ular paling bahaya.. tak pasti ianya ada kaitan dengan gigi kapak ke apa.. kalau kena patuk, memang naya la..

Masa arwah ayah Ustaz Love ada dulu pun, pernah berlaku kes ular masuk rumah.. tapi ular ni warna hitam.. katanya daripada jenis katam tebu.. pun jenis yg berbisa gak.. Menjerit2 kakak Ustaz Love bagitau ada ular.. apa lagi, Ustaz Love pun turut sama menjerit lalu naik berdiri atas kerusi..

Kesian kat ayah Ustaz Love (yg masa tu dah pun lumpuh sebelah badan) terhincut2 dengan tongkat beliau mengetuk ular tu sampai arwah.. bukan Ustaz Love tak berani, tapi terasa geli sampai naik habis bulu tengkuk.. Lagipun masa tu Ustaz Love kecik lagi.. so, takleh la nak amik kira.. hehe

Ustaz Love tak bleh bayangkan kalau ular tu tiba2 merayap masa tengah tido.. Tau2 bangun pagi dah jadi arwah..

Menurut petua, kalau kita masuk hutan, kita kena bawak belerang kuning… sebab ular ni alah dengan bau belerang kuning tu.. dan taburkan di sekeliling khemah kita.. insyaAllah selamat drp kehadiran ular..

Kalau terjumpa ular tedung, jangan bergerak sampai la ular tu pergi.. sbb ular ni hanya akan menyerang kalau beliau rasa terancam.. kalau kita duduk diam2, dia pun takde hati nak serang kita.. bukannya beliau boleh makan kita pun..

Berbeza dengan ular sawa.. kalau kita nampak, kita kena lari.. jangan buat2 keras.. Beliau juga mempunyai bisa yg boleh melemahkan badan kita sampai tak bleh nak melawan.. nanti beliau belit sampai remuk tulang belulang dan makan kita.. maka berkuburlah kita dalam perut ular dan seterusnya menjadi najis beliau..

Kecik atau besar bukan ukurannya.. sbb yg membahayakan itu bukan saiznya, tapi bisanya..

Apapun Ustaz Love bersyukur tiada apa2 perkara buruk berlaku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

Add a Comment
  1. saya pun geli dgn ular..teringat masa tengah pantang, ular tenggek atas perut baby..fuh, nasib baik ular tu tak buat apa2 kt baby, tp sy lari lintang pukang ler amik baby bila ular tu menyusur atas lantai pulak..ingatkan tali rapia mula2 tu..

    1. Alhamdulillah.. Allah pelihara baby tu.. tapi memang kalau boleh kita jangan panik.. sbb kalau kita bertindak melulu, ia akan mengejutkan ular.. Ular yg terkejut akan terkentut terperanjat dan secara refleksnya akan melakukan serangan πŸ˜‰

  2. dulu umah saya tepi rimbunan buluh..stiap minggu ular masuk umah..tp ular pucuk je la..saya klu jumpa ular leh cool lg tp klu jumpa ulat mmg jd juara 100meter la…geli oo

    1. aikk.. ini sudah terbalik.. Ustaz Love tak geli sangat tengok ulat.. kalau ular atau yg seumpamanya (mcm belut) memang geli.. πŸ˜€

  3. salam ustazlove,

    wahh seronok bercuti dgn anak2 yer…
    sy yg membaca n3 nie pon turut berdebar-debar…sib baik anak ustaz tak kena patukk….
    ular remaja jer tu ustaz…..tapi jeniss kapak ishh bahya tu!

    semoga ustaz selamat kembali dn hati2 dalam perjalanan okehh…:))

    1. betul tu.. sengatan lipan yg kecik atau kala jengking boleh membawa maut.. size doesn’t matter πŸ˜€

  4. kata orang, kalau mimpi ular, tanda ada orang nak pinang, tapi ni dah jumpa ular betul..ular remaja lagi..hah jaga jaga ustaz Love…ha ha ha.apa apa pun Alhamdulillah…Ustaz sekeluarga selamat….

  5. oo..ular..selalu jumpa masa kecik2 dulu..life tgh main “pondok2!”…ular daun dan ular lidi…ular kapak, ular sawa masuk reban…tedung selar kat dapur mengembang dan berdesir kuat…

    musim hujan2 mcam ni, ular2 suka masuk rumah..nak rasa simen yg sejuk dan utk mengawan…

    1. kalau ular daun ke, ular lidi ke.. tak kisah sangat sbb tak berbisa.. part ular sawa tu memang tak tahan bau beliau.. entah berapa lama tak mandi.. ular kapak dan ular tedung memang ngeri.. sbb sangat berbisa.. teringat cerita Bollywood “Nagina” πŸ˜€

    1. hari ni dah masuk kerja.. tu yg bleh blogwalking dan balas komen.. kalu tak, internet memang lembap sangat πŸ˜‰

  6. kakjem klau stakat lipan atau kala jengking insyaAllah boleh seatlekan tapi tang ular ni kakjem betul2 trauma…tapi kenkdg kena hadapinya jugak almaklumlah bila siang hari org lelaki smuanya x de jadi kakjem akan kuatkan semangat halaunya,mula2 kakjem akan balingkan garam bebnyak kat ular tu(“kata org tua2 ular bleh lemah klau kena garam”).

    1. kenapa kakjem letak garam banyak2? nak goreng ke lepas tu? hehe.. garam kalu masuk kat mata ular, menyebabkan mata beliau akan terasa pedih (ini teori Ustaz Love je..) πŸ˜€

  7. Salam UL. malam tadi ada 2 ekor anak ular sawa hitam masuk kat rumah saya. Terkejut kami sekeluarga. Cepat2 panggil Bomba. Ada org cakap kalau ada ular hitam masuk rumah itu adalah petanda ada org nak hantar sihir kat tuan rumah! UL pernah dengar tak. ? Apapun saya bersyukur tiada apa yg berlaku dan mohon kepada Allah agar melindungi saya dan keluarga.

    1. Salam puan sherry..

      Ular hitam memang ada disebutkan dalam hadis sebagai antara yang biasa menjadi jelmaan jin.. maka, kita disuruh untuk menghalaunya dulu, jika dia tak pergi, maka itu memang ular la (sbb ular tak faham apa manusia cakap.. :D), maka barulah boleh dibunuh.

      Berkenaan ular hitam itu sebagai petanda ada orang nak hantar sihir, wallahu a’lam.. Ustaz Love sendiri tak dapat nak memastikannya. Kena tengok juga rumah kita tempatnya di mana.. kalau kat tengah2 town, agak mustahil ada anak ular sawa yang beranak pinak di situ.. maka, mungkin kita boleh ambil perhatian berkenaan isu sihir ni.. namun, kalau umah kita dekat dengan hutan belukar, memang biasanya benda2 bisa ni ada. Sebaiknya, puan usahakan beli belerang kuning (biasa dijual di kedai ubat cina) dan tabur sekeliling rumah.. sbb bau belerang tu tak disukai oleh binatang berbisa.

      Syukur pada Allah kerana Allah telah memelihara puan sekeluarga..

      1. Assalamualaikum UL. Terima kasih atas reply UL. Just for sharing…rumah saya kat bandar.. pd mulanya suami saya mmg bcakap dgn ular tu suruh keluar sblm dibunuh..ular tu bergerak menyembunyikan diri tp tak keluar rumah..menyorok kat bawah karpet yg bergulung..seekor lagi nyorok belakang almari kasut..

        masih terbayang saya duduk kat karpet tu (duduk bsila atas ular sambil melipat kain)..rasa gerak2 tu yang buatkan saya terdetik lalu menyelak karpet..karpet tu bergulung sbb nak hantar dobi) saya duduk kat birai karpet..fuhhh..geli geleman rasanya bila memikirkan semula. (ya allah..bersyukur sgt tak kena belit atau kena patuk masa itu).

        Saya akan meneruskan berdoa kepada Allah agar dilindungi dari segala perkara tak baik. Di samping itu Saya dan suami akan usahakan taruk belerang keliling rumah seperti yg UL share tu. 2mengamalkan ayat2 pendinding sihir dan sebagainya.

        Thanks again UL sudi mendengar (mbaca) sharing saya.

        1. Waalaikumussalam puan sherry..

          Pelik juga akan kehadiran ular sawa kat tengah2 bandar.. tapi, Ustaz Love tak rasa yg itu ular jelmaan (sbb bomba boleh tangkap.. :D). Nak kata orang khianat dan campakkan ular ke dalam rumah kita pun, tak boleh nak kata juga.. apa pun, yang lebih baik adalah kita melakukan tindakan pencegahan agar perkara seperti ini tak berulang.. bukan setakat ular, bahkan kala jengking, lipan dsb juga perlu diperhatikan.. dan sentiasa pastikan rumah kita siap sedia dgn 1st aid kit sebagai persediaan awal.

          Dan bacalah ayat al-Kursi setiap kali selepas solat.. insyaAllah, Allah akan memelihara kita daripada gangguan dan perkara2 yang membahayakan πŸ˜‰

  8. salam….sy br semlm kena patuk ngn ular pucuk tp saya tak g klinik pun….tmpat yg dia patuk tu tak berdarah cuma kesan darah timbul je….takut je kalau ada pe2 kesan pula d kemudian hari….

  9. Apa petanda kalau kte sedang tidor lepas tuu ada ular yang menjalar atas badan kita…#ini bukan mimpi tapi realliti#ada petanda buruk ker???spa2x tau blh tlong share info x???

    1. itu tandanya saudara dalam bahaya sbb ular tu binatang berbisa.. itu secara zahirnya.. secara tersiratnya, Wallahu A’lam..

  10. salam ust.anak sya kna ptuk ular yg warna itam belang putih.dia x sdrkan dri slma 3 ari.pas sdr dia x blh ckp,bgn dan b,gerak.sblm nie dia bdk yg aktif dan byk ckp.ckp pun dh fasih w,pun umur bru 2 thn 10 bulan…hancur hati sya tgk dia mcm 2.ape sbnrnya jd kt dia.dan cra nk bg dia pulih mcm dlu

    1. Ustaz Love pun tak pasti, sbb Ustaz Love tak mahir bab perubatan ni.. mungkin bisa ular itu dah meracuni sebahagian saraf sehingga menyebabkan beliau tak dapat berinteraksi seperti sebelum ni.. jangan putus asa.. teruskan berubat secara perubatan moden mahupun perubatan alternatif.. WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme