I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Takdir Tidak Terjangka

Salam…

Ustaz Love minta maaf kepada semua pengunjung yang mengunjungi dan meninggalkan jejak di blog Ustaz Love.. kerana Ustaz Love tak berkesempatan untuk membalas jejak.. 2 3 hari ni merupakan hari yang terlalu sibuk bagi Ustaz Love.. tambahan semalam Ustaz Love baru balik daripada berkursus..

Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan.. Walaupun Ustaz Love telah memasuki umur dewasa, tetapi kadangkala terlalai juga daripada sesuatu perkara yang biasanya kita ambil berat..

Semalam masa Ustaz Love nak balik daripada kursus, Ustaz Love balik dengan member.. Tapi Ustaz Love mengambil mudah soal takuk minyak.. Walaupun minyak di meter panel dah menunjukkan kekeringan, tapi Ustaz Love bersangka baik yang minyak masih lagi mencukupi untuk sampai ke stesen minyak berikutnya.. Tak terasa pun nak isi kat Genting Sempah..

Sedang asyik menekan minyak, tiba2 kuasa tekanan minyak semakin menghilang.. akhirnya kereta jadi slow.. bergerak semata2 sebab menuruni bukit.. dan kebetulan berhenti betul2 kat depan stesen minyak.. sayangnya, stesen minyak tu kat seberang jalan sebelah sana…

Lalu Ustaz Love pun parking kat hentian sebelah sambil menggaru2 kepala… apakah kesudahannya.. nak melintas jalan, tak berapa yakin.. sbb highway memang laju2 kenderaannya.. tapi, terpaksa jugak mengambil risiko.. kalu tak, bila nak jalan.. Lalu Ustaz Love bersama member pun berlari2 anak melintasi jalan… dan beli air mineral untuk dikosongkan botolnya.. dan diisi dengan minyak petrol…

Waktu nak berpatah balik, hujan lebat membasahi bumi.. Ustaz Love teragak2 nak melintas jalan.. tapi kena gak melintas… takkan nak telefon peronda lebuhraya mintak tolong hantarkan kat seberang jalan.. Lalu meredahlah Ustaz Love bersama sang member sambil dibasahi hujan bersama dengan background lagu Taman Rashidah Utama..

Habis je isi minyak, hujan pun berhenti.. siap matahari pun timbul kembali.. Itulah namanya takdir.. Kita tak mengetahuinya, sehinggalah bila ianya telah berlaku..

Begitulah juga kehidupan kita ini.. takdir tak mampu dijangka.. kita cuma boleh membuat persediaan sahaja bagi menghadapi takdir itu.. Ada orang menjangka umurnya panjang, rupa2nya mati muda.. Ada yang menjangka hidupnya senang, tiba2 diuji dengan kesusahan..

Apapun, Ustaz Love bersyukur sebab tak demam.. walaupun basah kuyup semalam.. kalu tak, mungkin banyak kerja hari ni akan terbengkalai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. sweet plak entry ni–sbb ada lagu background taman rasyidah utama tu hehe

    syukran for the message..memang taqdir kdg2 sgt pelik and tak terjangkau dek akal pikiran

  2. salam..
    saya boleh banyangkan di mana tu
    memang merbahaya tu ustaz..jadilah
    pengajaran..jangan berbaik sangka
    sangat dengan kereta kita..he he..minyak
    mau penuh selalu..nasib baik Allah masih
    permudahkan dekat juga dengan stesen minyak
    kena tempat lain jenuh nak tahan kereta orang
    minta tolong pula..tal berenti dah rasanya
    orang takut kena rompak..

  3. berbaik sangka x pa,tapi mesti diiringin dgn keyakinan dan tawakal kpd Allah sambil baca apa2 yg patut…..(ni main kosong je..mana bolehhh..)

    1. sekurang2nya baca lah jugak “ayat penggerak “tu…bismillahillazilayadurruma asmihi……….maksudnya:Dengan nama Allah,yg tidak memmberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

      1. ayat penggerak? mcm gerak khas je bunyinya.. hehe.. Ustaz Love faham maksud kak jem.. doa ni biasanya dibaca sebelum keluar rumah.. sangat elok untuk diamalkan… 😀

        1. -Tuan guru Dato Dr Harun Din menamakan ia sbg “ayat pengerak” kerana dgn membaca doa tersebut boleh menggerakkan hati kita utk meneruskan atau tidak,bila hendak melakukan sesuatu .beliau memberi petua bgaimana utk beramal dgn doa tersebut antaranya:
          -bila hendak memulakan perjalanan,bacalah ayat tersebut sebanyak 7 kali,InsyaAllah akan terlindung kita drpd segala bentuk kemudaratan,kejahatan dan bahaya yg mungkin ada disekeliling kita.tapi kita kena pastikan apabila kita menbacanya tersekat2 ataupun terlupa ataupun ada gangguan2 tel berdering,gangguan drpd anak2,rakan yg mana menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu maka berehatlah dulu,jgn truskan perjlanan.setelah berehat seketika bolehlah diulang kembali baca sehingga 7x iaitu lancar tanpa apa2gangguan barulah boleh truskan perjalanan…..
          nak citer kat sini panjang lebar sgt plak nnti,jadi itu jelah yg dpt dikongsi buat kali ini..sbenarnya ada banyak lg fungsi dan kebaikan mengamalkan doa tersebut…(loteh plak jari ni menaip pepanjang)….

    2. macam2 dah Ustaz Love baca.. tapi kereta tetap tanak hidup.. sbb keimanan Ustaz Love masih lemah lagi.. kalu tak, doa je.. insyaAllah, kereta bleh jalan walaupun tanpa minyak 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme