I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tabayyun : Berhati2 Dalam Berdakwah

Salam…

Semalam Ustaz Love bercuti.. sebab tak baik lagi demam.. Hari ni masuk kerja balik, member plak bercuti.. Terasa sunyi plak melepak sorang2 kat opis..

Tapi esok, beliau plak kena la merasa duduk opis sorang2.. Sbb Ustaz Love nak melencong ke Genting… cewahh.. ada kursus untuk Ketua Amil (Ustaz Love ganti orang je).. Makanya, tak dapat dipastikan sama ada ada network coverage ke tak kat atas tu.. tak pernah try online lagi..

Ustaz Love teringat nak berkongsi sket pasal penyebaran ilmu ni… Baru Ustaz Love perasan, rupanya banyak gak blog yang copy paste entry Ustaz Love ni.. malah sekali dengan lawak2 yg Ustaz Love buat pun dicopynya.. pasal kentut, hingus.. hehe.. padahal blog itu memaparkan artikel ilmiah.. terasa segan plak..

Apapun, Ustaz Love mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menyebarkan entry2 Ustaz Love ni.. tak kira la sama ada diberikan backlink ataupun tak.. Ustaz Love tak kisah pun pasal tu.. juga kepada yg meminta izin untuk copy atau tak.. semua tu takde masalah.. sbb blog Ustaz Love takde copyright.. cuma kalau nak copy gambar tu, jangan dibuang watermark.. sbb gambar mudah untuk dimanipulasi dan disalahguna..

Dalam keghairahan kita ingin menyebarkan maklumat dan kebaikan, jangan kita lupakan satu perkara…

“Apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan perkhabaran berita, maka selidikilah dulu”..

Bukanlah Ustaz Love nak labelkan orang itu fasiq, orang ini munafiq dsb.. Ustaz Love cuma nak fokuskan pasal ‘tabayyun’ (iaitu penjelasan / penyelidikan) terhadap sesuatu berita / maklumat / ilmu dsb supaya kita tak menyesal di kemudian hari..

Berdasarkan pengalaman setahun bulu jagung dalam berblogging ni, genre agama merupakan genre yang diminati dalam keyword carian.. persoalan hukum hakam, soal jawab agama, isu agama dsb.. Dan ianya berulang2 kali dilihat (contohnya isu tudung shawl.. walaupun dah berbulan Ustaz Love buat entry tu, tapi masih ada lagi org yg menggunakan keyword tersebut untuk mencari maklumat di google).. berbanding isu artis dan semasa, ianya laris masa panas (mcm goreng pisang).. tapi bila sejuk, dah macam keropok lekor sejuk.. keras dan liat yang akhirnya dibuang begitu saja..

Jadi, ramai blogger yang prihatin tentang isu agama ini cuba menyebarkan maklumat2 berkaitan isu agama.. hingga kadang2, tanpa disedari apa yang disebarkan itu merupakan sesuatu benda yang mengelirukan dan tak betul pada asasnya.. Cuma bertaqlid kepada kawan2 facebook, twitter, borak2 kat opis dsb.. Antara isu hangat yang sebenarnya takde la hangat pun (kalau difahami asasnya) spt persoalan salam (as salam ke, salam), isu tudung berbonggol unta, isu tudung shawl dsb..

Sebenarnya, persoalan hukum hakam ini hanya orang yang belajar secara khusus (spt para ustaz dan alim ulamak) saja yang mampu menghuraikannya.. sbb mereka mempelajari daripada asasnya.. bukan terus terjah ke pucuknya… Kita cuma mampu untuk copy paste pendapat ulamak, tetapi kita masih lagi belum sampai ke tahap mujtahid yang mampu untuk berijtihad atas sesuatu hukum.. Sebab itu kadang2 kita tersilap dalam memahami dalil (spt kes tudung bonggol unta) sbb kita tidak belajar asas ilmu hadis.. bagaimana asbabul wurud (sebab hadis dikeluarkan), bagaimana fiqhul hadis dsb.. kita cuma bergantung kepada terjemahan sahaja..

Jadi, pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin menyeru kepada para blogger, sekiranya ingin membuat entry berkaitan agama, maka janganlah mencuba entry berkaitan hukum-hakam (kecuali kalau kita dah selidik dan sahkan maklumat itu betul)… boleh fokus pada entry bertemakan dakwah ke.. kerana ianya lebih bersifat umum..

Ustaz Love sendiri pun sebenarnya banyak merujuk alim ulamak sebelum menjawab persoalan2 agama di sini… bukannya tak pernah belajar dulu, tapi sebab takut tersilap faham.. bila dah sahih, baru la berani nak buat entry hukum-hakam..

Kadang2 kita rasa kita dah sebarkan kebaikan… padahal yang disebarkan itu sebenarnya adalah keburukan.. kerana syaitan tidak akan menyuruh kita menyembah berhala (kerana kita faham itu merupakan perbuatan syirik).. sebaliknya syaitan agama menipu kita dalam bab ibadah… sehingga kita merasakan apa yg kita buat itu adalah kebaikan, padahal ianya adalah keburukan..

Kalau seseorang minum arak atau berzina, insyaAllah sampai masanya beliau akan bertaubat (sebab menyedari ianya perbuatan yang haram).. tetapi jika kita melakukan sesuatu amalan yang kita rasa ianya berpahala, padahal kita tak sedar yang ianya adalah berdosa, maka ditakuti sampai ke mati kita takkan bertaubat atas ‘kebaikan’ yang kita lakukan dan sebarkan..

Semoga Allah memelihara Ustaz Love dan kita semua daripada terjebak ke dalam perkara2 seperti ini..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa – pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

    TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

  2. ustaz,harapnya entry sy xde ‘penyelewengan’.
    takut juga,kot tersalah bg informasi.
    ade juga yg copy paste dr iluvislam.dan blog org lain.

    1. apa2 pun, sebelum copy paste dan disebarkan, kena rujuk kepada yg ariff dulu… kecualilah kalau benda2 basic mcm bab haramnya babi, wajibnya solat dsb.. bab hadis, maka kena rujuk dulu.. takut2 tersebar hadis palsu.. seperti hadis2 kelebihan tarawih dari malam pertama hingga malam ke 30.. selalu disebarkan oleh orang tanpa mengetahui bahawa ianya hadis palsu.. ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme