I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Solat Jamak Untuk Bershopping

Salam…

Ustaz Love nak menjawab persoalan MamaRayyan berkenaan solat jamak :

Ustaz,saya nak tanya pasal solat jamak.Saya penah terbaca yg kita blh solat jamak walaupun tidak bermusafir lebih dari 2 marhalah.Ini bertujuan utk memudahkan dan mengelakkan dari meninggalkan solat.Contohnya menjamakkan solat ketika keluar shopping.blh ke ustaz.Klu ustaz dah pernah jawab soalan mcm ni,tlg link saya pada jawapannya ye.TQ

Dalam mazhab Syafie memang mensyaratkan untuk melakukan rukhsah solat (spt jamak dan qasar), seseorang itu mesti berada dalam keadaan musafir.. dan musafir itu adalah untuk jarak melebihi 2 marhalah… dan musafir itu bukan bermukim atau bermastautin di tempat itu… dan jika telah sampai ke tempat dituju, tidak boleh melebihi 3 hari menginap.. kalau lebih daripada 3 hari, maka hari ke 4 itu dah kena solat tamam (sempurna) dan tak bleh jamak (menghimpunkan waktu).. Kalau musafir itu memang berniat untuk berada di tempat itu lebih daripada 3 hari, maka sampai je tempat dituju dia dah tak bleh melakukan solat jamak mahupun qasar… sekiranya dia berniat nak tinggal di situ kurang daripada 3 hari, tetapi urusannya belum selesai dan tidak pasti bila akan selesai, maka dia boleh melakukan solat jamak qasar sehingga hari ke 18.. pada hari ke 19 dah kena solat tamam..

Itu antara syarat2 ringkas tentang solat jamak.. namun, ada juga hadis yg memaparkan perbuatan Rasulullah yang melakukan solat jamak walaupun Baginda berada dalam keadaan bermukim (bukan musafir).. Namun ianya bukanlah menjadi kebiasaan.. hanya jika adanya keperluan atau berlaku kesulitan..

Umpamanya jika melakukan solat jemaah maghrib, dan dia menjamakkan dengan solat isyak sebab ditakuti terdapat bahaya (waktu isyak gelap.. dan jalan ke masjid pula melalui kawasan hutan contohnya), maka diharuskan untuk solat jamak.. namun situasi itu jarang berlaku terutama di Malaysia yang aman damai ini..

Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi rahimahullah berkata: โ€œBeberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila ia ada suatu kepentingan, asal sahaja hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, dan menurut al-Khaththabi juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafiโ€™i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta inilah pula yang dipilih oleh Ibnul Mundzir

Berkenaan dengan solat jamak untuk tujuan bershopping, maka ianya takde berkaitan dengan nas.. kerana bershopping itu bukanlah suatu keperluan yang dibenarkan untuk melakukan solat jamak padanya…

Maka itu, saranan Ustaz Love.. lebih baik bertaqlid pada mazhab Syafie sahaja… iaitu tidak boleh melakukan jamak dan qasar jika bukan dalam keadaan musafir… ๐Ÿ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum… ustaz, anna nak tanya berkenaan solat jamak juga.. bagaimana dengan pengantin baru yg mana waktu melayan tetamu melewati waktu zohor.. kebiasaannya pengantin ppuan akan make up jam 10pagi, pastu dah waktu kemuncak ramai tetamu datang.. Anna tertanya2 bilamana Anna menghadiri beberapa majlis kebelakangan ini.. harap dapat penjelasan ustaz. terima kasih~

    1. Waalaikumussalam..

      Maaf sbb lambat balas.. Ustaz Love tak perasan plak belum jawab lagi..

      Apa jua alasan, maka tidak boleh meninggalkan solat.. hatta sakit sekalipun, kena bersolat..

      Sepatutnya, para pengantin tak payah la mekap2 ni.. kan dah masuk bab tabarruj.. sbb bila dah mekap, lepas nak nak jumpa tetamu plak.. malu katanya kalau jumpa tetamu dalam keadaan tak bermekap..

      Alasan melayani tetamu juga tak wajar digunakan.. ini kerana, yg akan melayani tetamu adalah penyambut tetamu majlis itu (spt mak ayah ke, ahli keluarga ke).. katanya raja sehari.. sejak bila plak raja tu kena menyambut tetamu kat luar istana? hehe..

      Bukan lama mana pun solat tu.. lepas solat, bleh sambut tetamu.. ๐Ÿ˜‰

  2. kat UK ni kan, sbb time winter, waktu solat zohor pendek, memang ada fatwa ulama uk uth harus jamakkan solat zohor+asar, tp time winter ajerlah.and memang sejuk bila amik wuduk, even guna air suam pun ๐Ÿ˜‰

    1. benar mama.. solat jamak ini ada beberapa kemudahan… cuma ianya jangan dibiasakan.. sbg cth, fatwa harus jamak hanyalah untuk musim winter.. jadi, musim bunga ke, musim buah ke, tak bleh la nak terus2 buat jamak ๐Ÿ˜‰

  3. Salam ustaz. Nk tanya gak ni pasal solat jamak.contoh mcm pegi bercuti ke london lah dlm 10 hari. Bpe lama leh jamak n qasar smbhyng. Yg sya dgar leh jamak n qasar tk leh lebih dr 6 hr. pastu kena jamak je solat tu. maknanya buat 4zuhur 4asar tp dijamak kn samada takhir atau takdim. Betul ke ustaz?

    1. Salam Norila..

      Solat rukhsah (jamak atau qasar atau jamak dan qasar) boleh dilakukan sekiranya kita bermusafir tidak melebihi 3 hari (tak termasuk hari perjalanan pergi dan balik).. jika kita memang nak bermusafir kurang daripada 3 hari, tetapi ada urusan yg tak selesai yg menyebabkan kita terpaksa tinggal lebih lama, maka kita boleh melakukan solat rukhsah (tak kira la jamak saja ke, atau qasar saja atau jamak dan qasar) selama 18 hari. Selepas itu, jika kita masih tak selesai urusan, maka kena solat tamam (solat seperti biasa pada waktunya dengan rakaat penuh).

      Jika kita memang berniat nak tinggal di London lebih daripada 3 hari, maka kita hanya boleh boleh melakukan solat rukhsah semasa perjalanan saja.. sebaik saja sampai ke London, maka dah tak boleh solat rukhsah.. kena solat Tamam..

      WA

  4. sy jg ada kemusykilan bkaitan solat jamak qasar. andai kata kg sy di Melaka dan menetap di KL blh ke sy solat jamak qasar ketika pulang ke kg?sy kerap jg pulang ke kg dan selalunya pulang pd hari Jumaat mlm dan blk semula ke KL pada Ahad mlm…mengikut kiraan ianya tidak melebihi 3 hari dan bagaimana pula jika melebihi 3 hari..ada pendapat mengatakan jika kita berniat untuk menetap 4 hari maka kita kena solat sempurna dan tidak blh laksanakan jamak qasar. Harap ustaz sudi mberi penjelasan..terima kasih..

    1. jika kita berniat untuk menetap (bermukim) di kampung kurang daripada 3 hari (tak termasuk hari perjalanan pergi dan balik), maka boleh jamak qasar selama menetap di kampung itu.. jika memang awal2 lagi kita nak menetap lebih 3 hari, maka sebaik saja sampai ke kampung, kita dah tak boleh solat jamak qasar (kena solat sempurna).. kalau kita niat nak menetap kurang daripada 3 hari, tapi disebabkan ada urusan tak selesai, maka kita masih lagi boleh meneruskan solat jamak qasar walaupun dah melebihi 3 hari sehinggalah cukup 18 hari.. selepas itu, jika urusan masih lagi belum selesai di kampung, kita dah kena solat sempurna pada hari ke 19.

      WA

  5. salam ustaz..

    bagaiman pulak untuk para doktor..ktakanlah situasinya begini, beliau terpaksa mmbuat operation diman masa operation itu bermula pada pukul 1tengah hari..maklumlah operation selalunya mengambil masa yang agak lama untuk tamat,bukannya boleh wat berhenti lu rehat kejap satni smbung blik.alih2 peskit tu ley meninggal dunia. inna lillahi wa inna ilaihi raajiโ€™uun.. jadi mesti waktu zohor akan abis kebetulan operation tu agk rumit dari kebiasaannya..

    satu lagi situasi,ketika kita berada di dlm kereta,kebetulan jalan sesak sgat..dan ‘jem’ ataih jalan raya tu mengakibatkan kereta langsung tak bergerk langsung x bole lri..

    kalu kedua2 situasi tu mcm mana plak ustaz?

  6. assalamualaikum ustaz.. saye ingin bertnye.. sye skrg menetap di jepun dan waktu solat sangat pendek sebab musim sejuk.. boleh x kalo saye jamak solat sbb keluar berjln ke tmpt lain tidak lbh 2 marhalah??

    1. boleh solat jamak zohor dan asar (biasanya musim sejuk, siangnya pendek), tetapi jangan jadikan kebiasaan.

  7. assalamualaikum ustaz.. kalau kite pergi shopping kat tmpat lebih 2 marhalah dr rumah kite.. kite boleh buat jamak sahaja atau bolej jamak berserta qasar..or tak boleh buat dua2 kene buat solat smpurna??

  8. Salam Ustaz,
    Sebagai ketua program motivasi dan sewaktu dengannya, bolehkah saya menyarankan supaya audience untuk jamak tamam untuk memudahkan perjalanan majlis supaya tidak terganggu. seperti majlis/ceramah untuk mahasiswa.

  9. Assalamualaikum ustaz,
    Saya akan bercuti ke luar negara selama 8 hari pada tahun ni, bolehkah saya solat jamak qasar sepanjang tempoh berada di sana, walaupun saya menetap di tempat yang sama sepanjang 8 hari tersebut?

    Terima Kasih.

    1. Menurut mazhab Syafie, jika kita berniat untuk tinggal di sesuatu tempat yg melebihi jarak 2 marhalah untuk tempoh masa melebihi 3 hari (tidak termasuk hari perjalanan pergi dan balik), maka sebaik saja kita sampai ke tempat itu, kita sudah tidak boleh melakukan solat jamak qasar. Kena solat tamam (sempurna).

      WA

  10. Salam. Ustaz.

    Saya berkahwin dengan org perlis. Sekarang kami menetap di KL. Apabila balik bercuti ke kampung halamn mertua di perlis, boleh kah kami solat jamak dan qasar?

    1. Jika nak duduk sana tak lebih daripada 3 hari (tak termasuk hari perjalanan pergi dan balik), maka boleh solat jamak dan qasar. Kalau nak duduk sana lebih 3 hari, sebaik saja sampai, kena solat tamam (sempurna). Tak boleh buat jamak qasar dah..

  11. assalam ustaz

    saya nak tya.jika NIAT musafir ke sesuatu tempat adalah menghadiri majlis perkahwinan/keraian/seminar telah memenuhi syarat/rukun sah solat jamak dan qasar. Adakah boleh saya buat solat jamak qasar apabila sampai ditempat yang dituju serta berada 3hari (xtermasuk perjalanan).?

  12. salam ustaz,saya akan melancong ke hongkong dalam 4 hari(tidak termasuk hri pergi dan balik). tetapi pada hari ke-2 saya akan ke macau tanpa menginap. bolehkah saya solat jamak atau qasar ketika berada di kedua-dua negara??terima kasih.

    1. tak boleh.. sebaik saja saudari sampai ke hongkong, kena solat tamam sebab saudari sudah dikira niat bermukim.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme