I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Siapakah Ahlul Bayt?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seorang yang menamakan dirinya sebagai pencari kebenaran…

dalam salah satu kumpulan syairnya,Imam Syafi’i( semoga ridha Allah dilimpahkan atasnya ) telah berkata :
“wahai Ahlul Bait Rasulullah,
mencintaimu itu difardhukan Allah,
Dalam al-Quran yang diturunkan-Nya,
Cukup tanda kedudukan utamamu,
Tiada sah shalat seseorang
Yang tiada membaca shalawat atasmu..”

ustaz,tahukah anda siapa itu Ahlul bait Rasulullah ???

firman Allah :
“sesungguhnya Allah hanya hendak menghilangkan segala kenistaan daripadamu – wahai Ahlul Bait – dan menyucikanmu sebersih-bersihnya.”

( Surah al-Ahzab :33 )

pernah ustaz mendengar ayat ini ??

Sebelum Ustaz Love menjawab akan syair Imam Syafie dan pertanyaan pencari kebenaran itu, eloklah kita mengetahui dan memahami siapakah yg dimaksudkan dengan Ahlul Bayt dari sudut bahasa dan istilah.. Oleh kerana Ahlul Bayt itu adalah daripada perkataan Arab dan bukannya Parsi, maka untuk memahaminya, tidak dapat tidak kena memahami maksudnya dari sudut bahasa (lughah) dan istilah..

Maksud Ahlu itu ada beberapa pandangan :

1. Menurut Zabidi, al-Ahlu jika dikaitakan dengan mazhab, maka ia memberikan maksud penganut / pengikut sesuatu mazhab.. Jika dikaitkan dengan seorang lelaki, maka al-Ahlu itu merujuk kepada isteri dan anak2nya. Seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran “dan berjalan Musa dengan Ahlinya” (al-Qasas : 29). Maka, al-Ahlu bagi Nabi s.a.w. adalah isteri2 Baginda dan anak cucunya serta menantunya iaitu Ali r.anhu. (Tajul Urus)

2. Menurut Ibnu Manzur, “ Ahli bagi lelaki ialah orang yang paling dekat dengannya. Ahlul Bait bagi Nabi s.a.w ialah isteri-isterinya, anak-anaknya dan menantunya, yakni Ali r.a. Kata setengah pendapat Ahlul Bait ialah perempuan-perempuan Nabi s.a.w” (Lisanul Arab)

3. Al-Imam Ar-Ragib Al-Asfahani menyatakan: “Ahli bagi laki-laki ialah mereka yang seketurunan dan seagama dengannya. Ahli bagi seseorang lelaki pada asalnya dipakai pada mereka yang tinggal serumah dengannya. Kemudian dipakai secara ‘majaz’ (perumpamaan) seperti dikatakan “ahli rumah seseorang, bagi mereka yang serumah dan senasab dengannya. Perkataan ini kemudian dijadikan istilah untuk keluarga Nabi s.a.w secara mutlak” (al-Mufradah Fi Gharibil Qur’an)

Berasaskan petikan-petikan daripada kitab-kitab lughah yang muktabar di atas jelas bahawa “Ahlul Bayt” bagi seseorang dalam Bahasa Arab bermaksud: isteri, anak, menantu dan orang yang sama keturunan dengannya (Baytun Nasab).

Mengenai Ahlul Bayt yang menjadi istilah khusus kepada Rasulullah s.a.w. Al-Quran menyebut dalam surah Al-Ahzab ayat 33:

“Dan hendaklah kamu (para isteri Nabi SAW) tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)”

Ini membawa maksud bahawa Ahlul Bayt adalah isteri2 Rasulullah s.a.w.

Dalam ayat lain, Allah berfirman :

“Ingatlah (wahai isteri-isteri Nabi) apa yang dibaca di rumah-rumah kamu sekalian(yakni isteri-isteri Nabi s.a.w daripada ayat –ayat Allah dan Al-Hikmah (sunah)” (al-Ahzab : 34)

1. Al-Imam Al-Qurtubi menafsirkan :

Perkataan-perkataan ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait ialah isteri-isteri Nabi s.a.w. Para ahli ilmu telah berselisih pendapat tentang Ahlul Bait, siapakah mereka? Ata‟, Ikrimah dan Ibnu Abbas berpendapat mereka ialah isteri-isterinya sahaja, tidak ada sebarang lelaki bersama mereka. Mereka mengatakan bahawa maksud Al-Bait ialah tempat tinggal Nabi s.a.w berdasarkan firman Allah “Dan ingatlah (wahai isteri-isteri nabi ) apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu”. Sesetengah golongan seperti Al-Kalbi berkata: Mereka ialah Ali, Fatimah, Hassan dan Husin sahaja. Yang nyata daripada ayat ini ialah umum untuk semua Ahlul Bait yang meliputi isteri-isteri dan keluarga yang lain. Adapun tentang perkataan (ويطهركم) (penggunaan jama‟ muzakkar), ialah kerana Rasulullah s.a.w, Ali, Hassan dan Husin termasuk dalam Ahlul Bait; kerana (menurut kaedah Bahasa Arab), apabila berkumpul “muzakkar” (laki-laki) dan “muannas” (perempuan), maka dimenangkan lelaki. Dengan demikian jelaslah ayat ini menunjukkan isteri-isteri Rasulullah adalah daripada kalangan Ahlul Bait kerana ayat ini menyentuh tentang mereka. Orang yang dihalakan cakap juga adalah mereka berasaskan urutan dan konteks percakapan.

2. As-Tsa’labi  berkata : Mereka (Ahlul Bait) adalah Bani Hashim, ini menunjukkan yang dimaksudkan dengan al-bait (rumah) ialah “Baitun Nasab” (rumah keturunan). Dengan demikian, Al-Abbas, bapa-bapa saudaranya dan anak-anak mereka termasuk dalam Ahlul Bait”.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Zaid bin Arqam ditanya, “Adakah isteri-isterinya (Rasulullah s.a.w daripada Ahlul Bait?) Zaid menjawab: “isteri-isterinya daripada Ahlul Bait…”

Daripada keterangan-keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa Ahlul Bait menurut pandangan ahlus sunnah termasuk : isteri-isteri Rasulullah, anak menantunya, serta kaum kerabat daripada keturunan Bani Hashim dan Bani Mutalib.

Maka itu, ahlus sunnah seperti al-Imam as-Syafie dan selainnya juga mencintai Ahlul Bayt termasuk Aisyah, Hafsah, ibn Abbas dll.. bukan seperti Syiah yang menyempitkan definisi Ahlul Bayt itu kepada Ali, Fatimah, Hasan dan Husin saja.. lalu mengkafirkan Ahlul Bayt yg lain spt Aisyah, Hafsah dll.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
        1. aikk.. takkan tak pernah dengar? ibn Abbas adalah Abdullah bin Abbas.. anak kepada bapa saudara Nabi s.a.w. iaitu Abbas.. maka ibn Abbas adalah sepupu Rasulullah dan juga sahabat Nabi s.a.w. 😉

  1. salam ustaz,

    penerangan yang baik. Ustaz ada buat ulasan tentang marhaban di kalangan orang melayu? ada seorang rakan kata ini adalah bid’ah yang dibudayakan? kalau ada minta linkkan pada saya ulasan ustaz. terima kasih.

    1. salam ustaz..

      berkenaan marhaban ni, ia ada kaitan dengan selawat.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulaskan dalam entry lain 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme