Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Mana Lebih Bahaya? Syiah Atau Wahabi?

Salam…

Dah lama Ustaz Love tak menulis tentang isu Syiah.. ada jugak komen2 baru daripada geng2 Syiah yang belum sempat Ustaz Love jawab.. yg lama2 pun tak sempat gak.. hehe.. maklum la, Ustaz Love ni menulis dan berfikir serentak.. lain la kalau Ustaz Love ada PA yang bleh tolong tuliskan apa yang terkeluar daripada kepala otak Ustaz Love ni..

Ustaz Love ingin menjawab satu pertanyaan daripada seorang pengkomen yang menamakan diri beliau sebagai MencariTuhan..

Assalamualaikum Ustaz Love, ini first time saya masuk ke website Ustaz, saya sangat meminati dengan penulisan dan penjelasan ustaz khususnya soal berkaitan Syiah.

Ustaz, maaf kalau saya keluar dari topik, saya nak tanya soalan pada Ustaz.

Kat Malaysia, kita dengar macam2 masalah dari kalangan golongan agama, khususnya isu Wahhabi, sekarang pula isu Syiah.

Jadi Ustaz, saya nak tahu antara Syiah dan Wahhabi ni, mana lagi teruk dan lebih berbahaya?. Buat masa ni, saya still akan mengatakan Syiah lebih teruk bahkan teruk yang amat nak dibandingkan wahhabi, sebab wahhabi tak cela sahabat, bahkan dorang ni lagilah membela para sahabat, dan kat fb atau mana2 website yang lawan syiah pun dari kalangan Wahhabi dengan hujah yang sangat konkrit.

Jadi saya nak tahu, apa pandangan ustaz tentang nih? hmm.

Jawapan Ustaz Love mudah saja.. sudah tentu Syiah itu lebih berbahaya.. biarlah Ustaz Love jawab dalam bentuk point2.. lebih senang difahami :

1. Syiah menolak al-Quran dan hadis yang dipegang oleh golongan ahlus sunnah.. Sedangkan wahabi menerima dan menyeru supaya berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-hadis (walaupun menolak hadis dhaif dan cuma menerima hadis sahih dan hasan sahaja)..

Walaupun Dr. Faisal Tehrani dan sekutunya bermati2an mengatakan bahawa al-Quran yg dibaca di Iran juga adalah al-Quran yg sama dibaca oleh golongan ahlus sunnah, namun ianya masih boleh dipertikaikan.. Ini kerana al-Quran yg dibaca oleh golongan sunnah yg ada sekarang adalah al-Quran yg dikumpulkan oleh Saidina Uthman berpandukan al-Quran yg ada pada Hafsah (isteri Nabi s.a.w.).. ianya merupakan ilham yg dicadangkan oleh Saidina Umar kepada Abu Bakr dan seterusnya dikemaskini oleh Saidina Uthman.. dan pengumpulan al-Quran diketuai oleh Zaid bin Tsabit.. kesemua sahabat2 ini ditolak dan dikafirkan oleh golongan Syiah.. jadi, bagaimana pula mereka boleh mendakwa yg mereka berpegang pada al-Quran yg disusun oleh para sahabat ini? Tidakkah mereka berpegang kepada usaha ‘orang kafir’? Tidakkah mereka terdetik di hati bahawa telah berlakunya penyelewengan?

Sebenarnya, ia telah pun dijawab oleh ulamak2 besar Syiah bahawa mereka mempunyai al-Quran yg mengandungi 17 ribu ayat… tapi cuba dinafikan dgn menggunakan teologi hadis rekaan sendiri.. kononnya ia adalah hadis ahad dan bukannya mutawatir.. namun, penafian demi penafian mereka hanya menambahkan lagi kekeliruan mereka terhadap pegangan Syiah.. bukannya menjelaskan..

2. Syiah lebih bahaya kerana mereka berpegang kepada akidah taqiyyah dan kitman (iaitu berpura2 atas akidah dan amalan).. sedangkan wahabi menyeru kepada ibadah yg jelas dan tsabit daripada nas al-Quran dan hadis.. cuba tengok geng2 wahabi.. lepas solat, mereka terus cabut.. tak tunggu zikir dan doa dah.. sbb mereka berpegang dengan kaedah “al-aslu fi al-ibadah haram” (asal kepada ibadah adalah haram.. bermaksud kalau sesuatu ibadah itu tidak dibuat oleh Nabi dan para sahabat, maka mereka juga tak melakukannya)

Berbeza dengan Syiah.. cuba tengok orang Iran (sekarang ni bersepah2 kat Malaysia) solat kat masjid.. mana ada bawak batu karbala.. tapi kalau sendiri, baru mereka sujud atas batu tu.. sbb tu kebanyakan org susah nak tahu pegangan seseorang.. nikahnya pun ikut nikah ahlus sunnah.. bila dah duduk sekali, baru la tahu rupa2nya suaminya Syiah..

3. Syiah lebih bahaya daripada wahabi kerana Syiah mempelopori amalan bid’ah bahkan menggalakkannya.. sedangkan wahabi menentang segala macam bentuk bid’ah dan khurafat… Boleh search kat youtube dan tengok amalan2 sesat pengikut Syiah.. dah serupa macam thaipusam dah..

4. Syiah lebih bahaya daripada wahabi kerana Syiah menghalalkan pernikahan kontrak (mut’ah) dan membenarkan perlakuan seks songsang sedangkan wahabi tidak.. bayangkan, seorang wanita yg dikahwini secara kontrak, kemudian diceraikan tanpa edah.. kemudian dikahwini lagi secara kontrak oleh lelaki lain.. tak ke serupa je mcm pelacur? Inilah ajaran ulamak2 Syiah.. mengajak kepada amalan seks songsang.. malah Ayatollah Khomeini menyatakan harus melakukan hubungan seks dengan isteri melalui dubur (liwat).. jijik tak?

5. Syiah lebih bahaya daripada wahabi kerana Syiah mengkafirkan sahabat sedangkan wahabi memuliakan sahabat sesuai dengan kedudukan mereka (radiallu anhum wa radhuu ‘anhu – Allah meredhai mereka semua dan mereka juga meredhai Allah sebagai Tuhan)..

6. Dan Syiah lebih bahaya kerana telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, sedangkan wahabi difatwakan masih lagi berada dalam kelompok ahlus sunnah wal jamaah..

Banyak lagi nak tulis.. tapi rasanya cukuplah yg ini dulu.. biar sikit asal melekat.. daripada banyak tapi berterabur ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

89 Comments

Add a Comment
  1. ooooooo barulah kakjem faham……(almaklumlah kakjem ni kan org kg,sekolah pun x de…)hehehehhhehee

    1. aikk.. kakjem jgn risau.. kefahaman itu kadang2 tak tertakluk dgn pengetahuan.. ada yg lebih faham walaupun takde belajar mana sangat spt atuk nenek kita dulu.. rajin solat tahajjud, baca al-Quran, berzikir.. berbanding sesetengah org yg belajar agama tinggi2, tapi solat fardhu pun hujung2 waktu ;)

      1. assalamualaikm ya ustaz..adkh bnar syiah ini lbih bhya dri wahabi?menurut pndngn ana,kdua2nya bhaya..dn ana rasa wahabi ni meyakini Allah di ats arasy sebab tu ulama’ bersepakat bhwa ALLAH ini ada di mana2…sebab tu wahabi itu kafir…imam syafie berkata:sesiapa yg mengatakan ALLAH itu diatas arsy maka dia kafir…wallahualam…jadi ana rsa penjelasn ustz kurg tepat..

          1. bkan itu yg ana mksudkn skrg,syiah dn wahabi sama 2 bhaya tp ajaran syiah skrg nim yg kuat menular namun harus diingtkn wahabi bkn memuliakn semua shbt rasulullah..stahu ana,wahabi mengaku mereka sbgai salafi,muhawidun dn ahlul sunnah waljamaah sdgkn ajaran mereka brtentangan dgn ahlul sunnah waljamaah…mereka menolak sunnah2 rasulullah,dn mereka ckp tak boleh wirid lpas solat..btolke ajaran begitu ustz?almaklum ana nie mgkn bkn pendakwah hebat tapi ana plajar agama

        1. rasanya ustazlove dah jawab pasal wahabi kat bawah..cer tengok komen2 lain..

          ustazlove dah lama tak jawab soklan..cuti panjang kot bulan pose ni..harap cepat2 la menulis balik…ramai menunggu karya baru ustaz..

  2. salam us. love,;) jazakallah atas penerangan yg cukup mantap..hihi.. ya,syiah memg lbih teruk malah xperlu dibandingkanlah sbb kita pun dah boleh tgok amalan2 mereka sgh mggerunkan itu..wahabbi lak mmg dikenali sbagai ahli hadis..huhu… xseteru ngn syiah..tp kita mmg xmau dua2..
    wallahua’lam..:)

    1. Siapa yg menyatakan wahabi ini sesat, maka dia sebenarnya telah menyesatkan golongan yg tidak sesat.. Jakim pun dah kata wahabi tak sesat..

      Wasabi plak memang sedap dimakan bersama sushi sehingga terkembang kempis hidung :D

    1. betul tu.. fitnah terlalu banyak tersebar akibat sikap terlalu taksub dan berkeras dalam perkara yg sepatutnya kita bertolak ansur.. yg pastinya tiada tolak ansur untuk Syiah.. sbb ianya perkara akidah ;)

  3. salam ustaz.. akak pun baru paham sikit2 hal2 begini. harap ustaz teruskan penulisan ini..agar org cam akak ni dpt maklumat yg tepat pasal pahaman ni. maklum akak sekolah atap aje..
    ada bebrapa perkara nak tanya ustaz…tapi kat ruangan mana ye?

    1. salam kakyon..

      terima kasih.. kakyon nak tanya kat mana2 pun takpe.. kat komen ke, kat shoutbox ke, kat e-mail ke.. ;)

  4. salam ustaz love.

    setahu sy, wahabi x dikelompokkan dlm kumpulan ahli sunnah wal-jamaah berdasarkah akidah yg diorg pegang. Contohnya, Allah duduk di atas Arasy & Allah mempunyai jisim, macam kita orang biasa gak. Maksudnya Allah ada tangan, ada janggut mcm tu.

    blh ustaz tlg jelaskan?

    1. salam nortek..

      wahabi ini masih lagi dalam kelompok ahlus sunnah.. cuba search fatwa JAKIM berkenaan wahabi ini..

      soal pemahaman di sudut akidah itu, punya perbahasan yg panjang.. insyaAllah, nnt Ustaz Love jelaskan ;)

      1. salam.wahabi sama bahaya ngan syiah.. saya penah kene.. ada sorng ustaz cakap.. time sujud.. ibarat kita sujud di kaki Allah.. bayangkan kaki Allah di depan kita… pastu saya blaja ngan ustaz btol2 ikut mazhab shafie.. dia cakap tu da kira salah.. itu fahaman puak wahabi.. puak mutasyabihat.. menyerupakan Allah ngan makhluk.. dalam mazhab syafie x der camtu.. mentang2 sy jahil agama.. bodoh2.. kene tipu

    2. Secara logik akal, pokok, bakteria, virus…..semua ada jisim tapi tak bertangan, berjanggut seperti manusia……Allah tidak sama seperti manusia. Manusia selalu keliru mentafsir ‘Allah mempunyai jisim’

    3. saya pernah belajar tentang wahabi, syiah dan sufi. yg saya tahu wahabi x mengatakan Allah duduk di atas Arasy & Allah mempunyai jisim, macam kita orang biasa gak. itu fahaman sufi. wahabi bertegas yg Allah tiada di dalam ciptaanNya (langit atau arasy adalah ciptaanNya) encik nortek baca di mana tentang wahabi? boleh bagi tahu sumber? boleh kita kaji bersama2 inshaallah.

  5. Alhamdulillah, saya tak sangka ustaz akan menjawab pertanyaan saya. Saya sangat berpuas hati dengan jawapan ustaz tentang nih.

    Ustaz, saya just nak share, saya ada mengkaji sebelum ni, rupa2nya istilah wahabi mana ada, yang benar adalah salafi ataupun manhaj salaf, mereka ni menyeru ikut ajaran Islam pure seperti yang mula2 turun. Baru saya faham, no wahabi actually!, just salafi, dan salafi tulah arab saudi!. Saya tak pasti samaada ikut salafi ni selamat atau tak, tapi berbelah bagi gak rasanya.

    1. Istilah wahhabi ni memang ada.. cuma ia tak merujuk kepada mana2 mazhab spt yg difahami kebanyakan kita.. ia merujuk kepada gerakan islah (revolusi / pembaharuan) yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.. Adapun Syeikh Muhammad masih lagi bermazhab Hanbali dari sudut fiqh.. dan bermazhab salafi dari sudut akidah..

      Sama ada nak ikut salaf ataupun khalaf, kedua2nya takde masalah.. tetapi mengikuti salaf itu lebih selamat ;)

  6. Assalamualaikum ustaz…saya pun ada kenalan yg berpegang pd manhaj salaf. Dulu sy tak tahu lansung apa itu manhaj salaf dan khalaf. Alhamdulillah, sy dah faham sedikit demi sedikit wpun bukan secara mendalam. Tapi yg sedihnya ustaz, ada yg tak dpt nak terima gol. yg berpegang pd manhaj salaf ni. Macam biasalah mrk2 ni menggelar golongan salaf ni wahabi dan sesat pulak serta macam2 lg cercaan dan hinaan yg dilemparkan kpd golongan ini termasuk kenalan sy ini di facebook. Melihatkan senario ini, saya berasa sedih kerana mrk tidak cuba utk faham apa sebenarnya yg dikatakan manhaj salaf ni. Tapi perkara yg sepatutnya ditegur dan diperbetulkan tak pula mrk kecoh2 spt melabelkan golongan ni gol. sesat. Apa yg tak sepatutnya dibuat , mrk buat TAPI apa yg perlu dibuat, tak buat pulak…pelik2..betullah seperti sabda Nabi s.a.w, yg mengatakan Islam itu datangnya asing dan akan jadi asing juga akhir zaman ini(betulkan klu sy salah)…wallahuallam

    1. kadang2, sikap pendokong manhaj salaf juga wajar diperhalusi.. Tok Kenali juga bermanhaj salaf.. tapi perwatakan dan perawakan beliau menarik hati tak kira yg bermanhaj salaf mahupun khalaf.. aliran keras memang susah untuk diterima di kalangan masyarakat Melayu yang rata2nya berbudaya timur.. terkenal dengan sopan santun..

      kadang2, benda betul akan nampak tak betul, kalau kita tersilap cara menyampaikannya.. itulah pentingnya hikmah dalam berdakwah ;)

  7. Assalamu’alaikum..

    Apa yang saya tahu, wahabi sebenarnya dah terpesong aqidah dengan ASWJ. Buktinya mereka mengatakan Allah berada di atas arasy.

    Namun begitu, sememangnya mereka mengatakan dan mendakwa mereka berada dalam golongan salaf atau lebih dikenali sebagai Salafi. Apakah itu semua benar? Atau helah semata-mata?

    Mereka juga menentang sekeras-keras golongan Kgalaf seperti yang disebut dalam buku Kepada Pendakwah: Utamakan Tauhid. Buku ini dikarang berdasarkan nasihat Albani (Tak ingat nama pengarang). Pada muka surat 24-27, buku ini menolak kaum yang perpegang dengan kaum ASWJ iaitu al-Asy’ari dan al-Maturidi. Adakah kaum ini bercanggah dengan Ayat dan Hadis? Sedangkan ramai ulama’-ulama’ silam telah memperakuinya!

    Apa yang jelas, golongan Salaf yang sebenar (bukan Wahabi) tidak meyakini bahawa Allah berada atas arasy, bahkan golongan Salaf sebenar hanya membaca ayat tersebut dan mentakwil secara ijmali berserta menjauhkan sifat makhluk terhadap Allah.

    Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud, “Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali.”

    (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari)

    Saidina Ali karramallahu wajhah telah berkata:
    كان- أي الله – ولا مكان و هو الآن على ما عليه كان.
    Maknanya: Kewujudan-Nya Allahazali tanpa bertempat dan Dia sekarang dengan keadaan yang sebelumnya (wujud-Nya azali dan abadi tanpa bertempat)”.

    Wallahu ‘alam. Maaf jika ada salah dan silap. Saya hanya insan kerdil.

  8. Pandangan Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

    Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin di dalam kertas kerja beliau berjudul ‘Ahli Sunnah Wal-jamaah, Pemahaman Semula’ menyebut:

    “Berdasarkan pegangan dan penghayatan masyarakat Islam Malaysia, budaya ilmu dan pengajian serta kekuatan undang-undang penguatkuasaan yang tersurat dan tersirat, ternyata meluas dan kukuhnya pengaruh aliran Ahli Sunah khususnya Asyairah dan Maturidiah dalam masyarakat Islam di Malaysia. Tidak keterlaluan jika kita rumuskan bahawa masyarakat Islam Malaysia khususnya orang awam dalam aspek akidah, fahaman aliran Asyairah adalah sinonim dengan Ahli Sunah. Sementara aliran lain seperti Salaf – Ibnu Taimiah dan Wahabiah tidak begitu dikenali atau tidak dianggap sebahagian daripada aliran Ahli Sunah. Oleh itu apabila aliran ini dibincang dan diketengahkan ke dalam masyarakat walaupun untuk tujuan ilmiah, masyarakat Islam terasa ganjil dan resah kerana terdapat kelainan dengan apa yang mereka fahami dan hayati”.

    “Fahaman dan pegangan masyarakat Islam kepada aliran Asyairah dan Maturidiah sebagai Ahli Sunah Waljamaah adalah benar dan secara tidak langsung memberikan sumbangan yang membina kepada kesatuan akidah dan rohani masyarakat Islam. Ini kerana fahaman Asyairah dan Maturidiah pada hakikatnya adalah sebahagian daripada Ahli Sunah Waljamaah tetapi fahaman tradisi ini tidak dapat memberikan kefahaman yang tepat dan menyeluruh tentang Ahli Sunah Waljamaah. Fahaman ini juga tidak mampu merentasi generasi Islam yang berada di abad awal Islam yang dikenali sebagai Ahli Salaf atau generasi sebelum Abu Hasan Asyaari dan Abu Mansur Maturidi. Berdasarkan pegangan dan fahaman tradisi masyarakat Islam maka Ahli Salaf dan generasi berikutnya tidak tergolong dalam Ahli Sunah Waljamaah. Oleh itu pemahaman tradisi ini harus dinilai kembali berasaskan pendekatan yang patut ditonjolkan bagi memahami aliran Ahli Sunah yang sebenar dengan lebih terbuka supaya fahaman yang sangat terbatas dan keresahan rohani serta perbezaan pendapat dapat dikurangkan”.

    “Ahli Salaf dari perspektif metodologi ini tidak berakhir pada generasi pertama Islam. Malahan ia berterusan dan diperjuangkan oleh ulama yang ikhlas seperti Imam Malik bin Anas (w. 179H), Imam Ahmad bin Hanbal (w. 241H) dan pengikut-pengikut mereka. Pada awal abad ke-7 Hijrah lahir Imam Ahmad bin Abdul Halim (Ibnu Taimiah) dan Ibnu Qayyim Jawziyyah (w. 751H). Beliau adalah seorang murid setia kepada Ibnu Taimiah. Kemudian pada abad ke-12 Hijrah lahir pula di Semenanjung Tanah Arab seorang tokoh bernama Muhammad bin Abdul Wahab yang mengasas aliran Wahabiah. Walaupun kehadiran dan peranan tokoh-tokoh di atas berbeza dari sudut dan situasi persekitaran, namun faktor itu membuatkan mereka sentiasa mendahulukan petunjuk Quran dan Sunnah. Mereka tidak menerima pendekatan lain atau pandangan dari mana-mana sumber sebelum mereka menyelaraskannya dengan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.”.

    Pandangan Prof. Zakaria Stapa Prof. Zakaria Stapa dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia berjudul ‘Jangan Berpecah Kerana Perbezaan Fahaman Sunni’ menjawab mengenai kumpulan Wahhabiyyah seperti berikut:-

    “Masyarakat perlulah memahami bahawa fahaman Wahabi ini bukanlah ajaran sesat kerana ia juga termasuk dalam kumpulan aliran Ahli Sunah Wal Jamaah. Ia adalah gerakan yang diasaskan oleh Imam Muhammad Abdul Wahab at-Tamimi (1703-1791M) yang lahir di Uyaynah, utara Riyadh, Arab Saudi. Imam Muhammad Abdul Wahab adalah ulama yang berpegang kepada aliran Hanabilah (mazhab Hanbali) yang diasaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Pegangan tauhidnya pula berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Dalam aspek akhlak dan tasawuf pula aliran Hanabilah banyak berpegang kepada pandangan Imam al-Harawi al-Ansari dan Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani. Secara umumnya, Imam Muhammad Abdul Wahab muncul ketika pengaruh mazhab Hanbali merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman seperti percaya kepada khurafat dan melakukan amalan bidaah. Sehubungan itu, beliau melancarkan gerakan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Jadi, dari aspek sejarahnya mereka ini terpaksa mengambil pendekatan yang agak keras dalam usaha mencapai matlamat pembersihan akidah dan amalan keislaman tersebut”.

    Keputusan Dar al-Ifta’ Mesir

    Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Mesir) : Dalam keputusannya bernombor 375292 menyebut, Wahhabiyyah masih lagi termasuk di dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mereka berpegang dengan manhaj yang rigid pada sesetengah perkara, maka tidak harus mengkafirkan atau menghukum mereka terkeluar daripada agama.

    KESIMPULAN

    Dasar kerajaan adalah jelas, Wahhabiyyah ditolak kerana metodologi dakwah mereka yang keras terutama dalam masalah fiqh dan bid’ah tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini. Ia dikhuatiri boleh mengundang kegelisahan dan perpecahan umat Islam. Bagaimanapun aqidah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bukan ajaran sesat.

    Sumber,Cawangan AqidahBahagian Penyelidikan JAKIMPUTRAJAYA

  9. Dah jakim kata wahabi masih lagi tergolong dalam golongan ahlus sunnah, jadi terimalah.

  10. wahabi ada pelbagai jenis, ada yg wahabi politik, ada wahabi ikut-ikutan, ada wahabi akidah… Wahabi juga bertaqiyyah sbb itu ramai wahabi yg tak ngaku dia wahabi… Wahabi bukan saja membidaah dolalahkan amalan2 spt maulud nabi, bertawassul, bertabarruk, sifat 20,selawat syifa’ tapi yg paling bahaya adalah wahabi mujassimah musyabbihah… iaitu mengatakan Allah bertempat dan memerlukan ruang sedangkan dalam Pengajian Thurath, Kitab Faridatul Faraid – barangsiapa yg mengatakan Allah itu duduk atas langit, ada tangan tapi tidak serupa makhluk, ada kaki dll tapi tak serupa makhluk adalah menyesatkan…

    1. Kena dalami ilmu agama ulama ASWJ, guna kitab ASWJ. Ulama pewaris nabi. Ada 4 mazhab ada hikmahnya yang Allah berikan. Zakat fitrah Malaysia ikut Mazhab Syafie ke ? Bab ranting org Melayu suka sangat bertegang leher.

  11. Fatwa Mufti Negara Brunei Darul Salam Perihal Ajaran Wahhabi & Bahaya Universiti Wahhabi. Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Ismail Bin Omar Abdul Aziz bahawa: 1- Wahhabi itu Menyimpang. 2- Wahhabi BUKAN Ahli Sunnah Wal Jamaah. 3- Wahhabi itu berfahaman Tajsim yang menyamakan Allah dengan makhluk. 4- Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim Jauziyah, Al-Albaniy itu sesat. 5- Bahaya pendidikan Wahhabi kerana meresap di Universiti, sekolah dan masjid.

  12. Pusat Fatwa Mesir dan al-azhar: Pembagian tauhid versi Wahhaby adalah Sesat.

    1. al-Imam al-’Allamah Al-Sheikh Muhammad Ibn Abdullah Ibn Humayd al-Najdi al-Hanbali, Mufti Mazhab Hanbali di Mekah al-Mukarramah (Wafat 1295H)

    2. Khatimah al-Muhaqqiqin al-Imam Muhammad Amin (terkenal dengan gelaran Ibn Abidin), alim besar mazhab Hanafi

    3. al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Saed Ramadhan al-Bouthi

    4. Mufti Mazhab Shafie di Masjidil Haram, Sheikh Ahmad Zayni Dahlan

    5. Al-Qadhi al-Sheikh Yusuf al-Nabhani al-Shafi’e, Qadhi Mahkamah Syariah/ Ketua Mahkamah Tinggi di Beirut [wafat 1350 H], Kitab beliau yang menolak Wahabi ditaqridz (disemak dan dipuji) oleh:

    *Hadrah al-Ajall al-Afkham Al-‘Allamah Al-Jalil Al-Akram Al-Marhum al-Sayyid Ali al-Bablawi al-Maliki – Mantan Sheikh al-Jami’ al-Azhar (Sheikh Masjid Jami’ al-Azhar) ;

    *Al-‘Allamah al-Kamil Al-Fahhamah al-Fadhil Sheikh Mashayikh al-Hanafiyyah (Sheikh Para Ulama’ Mazhab Hanafi) dan Mantan Mufti Mesir al-Marhum al-Sheikh Abd al-Qadir al-Rafi’e;

    *Sheikh al-Islam, Mahathth Nazr al-‘Anam Sheikh al-Jami’ Al-Azhar (Sheikh Masjid Jami’ al-Azhar) al-Sheikh Abd al-Rahman al-Sharbini;

    *Hadrah al-Ustaz al-Mukarram al-Allamah Al-Afkham U’jubah al-Zaman wa Marja’ al-Ummah fi Mazhab al-Nu’man Sahib al-Fadhilah al-Sheikh al-Bakri al-Sadafi, Mufti Mesir dan Ketua Ulama’ Mazhab al-Hanafi Al-Sheikh Muhammad Bakri Muhammad ‘Ashur al-Sadafi;

    *Hadrah al-Allamah Shams Bahjah al-Fudala’ wa Durrah Uqad Zawi al-Tahqiq al-Nubala’ al-Ustaz al-Fadhil wa al-Fahhamah al-Kamil al-Sheikh Muhammad Abd al-Hayy Ibn al-Sheikh Abd al-Kabir al-Kattani Al-Hasani – di antara ulama’ yang teragung di Maghribi;

    *Hadrah al-Hasib al-Nasib al-Ha’iz min darari al-Majd aw fi nasib zi al-kamal al-Zahir wa al-‘Ilm al-Wafir al-Sayyid Ahmad Bek al-Husayni al-Shafie al-Muhami al-Shahir – alim mazhab al-Shafie;

    *Hadrah al-‘Allamah al-Kabir wa al-Fahhamah al-Shahir, Subhan al-Zaman wa Ma’din al-Fadl wa al-‘Irfan al-Sheikh Sulayman al-‘Abd al-Shibrawi al-Shafie al-Azhari – alim mazhab al-Shafie;

    *Hadrah al-Allamah al-Lawza’I al-Fahhamah, Ma’din al-Kamal wa Insan ‘Ayan al-Fadl wa al-Jalal, al-Sheikh Ahmad Hasanayn al-Bulaqi – salah seorang ulama’ mazhab al-Shafie di Al-Azhar;

    *Hadrah al-‘Allamah Al-Fadhil wa al-Malazz al-Kamil al-Sheikh Ahmad al-Basyouni – Sheikh Mazhab Hanbali di Al-Azhar;

    *Al-Allamah al-Sheikh Said al-Muji al-Gharqi al-Shafie al-Azhari – di antara ulama’ mazhab al-Shafie di Al-Azhar; dan

    *Al-‘Allamah Al-Sheikh Muhammad al-Halabi al-Shafie Al-Misri Al-Azhari – di antara ulama’ mazhab al-Shafie di Al-Azhar.

    6. Sultan al-Ulama’, Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam, alim besar mazhab al-Shafie

    7. Penutup Para Fuqaha’ dan Ulama’ Hadis, Sheikh al-Islam Al-Imam Ibnu Hajar al-Haytami Al-Makki Al-Sa’di, alim besar mazhab Shafie dan pelbagai disiplin ilmu.

    8. al-Qadhi Ibn Jahbal [Wafat 733H] seorang faqih mazhab Shafie dan ulama’ mazhab al-Asha’irah yang merupakan salah seorang alim yang sezaman dengan Ibnu Taymiyyah [Wafat 728H].

    9. Imam Abu Zahrah (menolak metodologi Ibnu Taymiyyah dalam memahami mutashabihat)

    10. Al-Allamah Al-Mufassir Al-Muhaddith Al-Faqih al-Sheikh Abdurrahman Khalifah

    11. Ulama’ Al-Azhar pada era al-Sheikh Abu al-Fadhl Al-Jizawi

    12. Dan ramai lagi ulamak muktabar…

    1. Wahhabi dan Syiah -dua dua bahaya,.

      Walaupun JAKIM kata tak sesat. Tetapi ia bukan satu konsensus di kalangan mufti setiap negeri. Di Negeri Johor contohnya di buat banyak seminar tentang bahaya wahhabi dan pertentangan Wahhabi dengan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di Malaysia. Begitu juga di Pahang, Selangor, Melaka, Kedah dan sebagainya (Kecuali Perlis).

      Wahhabi tidak terkeluar dari ahlus sunnah wal jama’ah. ? Persoalan ini besar.

      Namun apa yang kita musykilkan. Wahhabi telah mengeluarkan sebahagian besar ulamak dan umat Islam dari Ahlus Sunnah Wal Jama’ah iaitu Asya’iroh dan Al Maturidiyyah yang terdiri dari ramai ulamak dan umat Islam yang mengikut 4 mazhab, ahli sufi, jemaah islam seperti tabligh dan sebagainya.

      Bukan senang juga ya kita nak terima bulat-bulat tanpa menyelidik suasana sebenar fahaman wahhabi.. ? Tak gitu ustaz love ?

      1. Tidak ada apa yg nk dimusykilkn. Mereka2 yg ekstrim akn mudah utk mengkafirkn org lain.. Bahkan ada penfikut mazhab yg 4 itu pun ada saling mengkafir sehingga berlakunya perang mazhab..

  13. wahabi lagi bahaya le sebab mereka suka mengata orang kafir sesuka hati , wahabi suka buat perkara2 bidah . syiah mungikn memukul badan diri sendiri tetapi wahabi suka puku orang tanpa apa2 alasan

    1. saudara kena kaji lebih dalam lagi pasal Syiah.. Ustaz Love cadangkan saudara mulakan dengan mengkaji kisah pembunuhan yg dilakukan oleh puak Syiah Nusairiah pimpinan Bashar Assad di Syria terhadap golongan Sunni.. ;)

    2. Syiah kafirkan sahabat. Ni lg pelik. Wahabi nampak tlalu rigid je. Lg pelik si syiah ni ada yg menghalalkan darah sunni.

  14. Assalamualaikum ustaz, boleh terangkan mengenai Mushaf Fatimah yang diagungkan Syiah ? Katanya (oleh Syiah) wahyu yang disampaikan Jibril kepada Saidatina Fatimah setelah kewafatan Rasulullah.

    Syukran Jazilan

  15. Salam ustaz,adakah ideologi wahabi sesuai diamalkan oleh masyarakat di Malaysia yg majoritinya bermazhab Syafie?

  16. As salam ustaz,apakah sebab fahaman wahabi menjadi kontrovesi di Malaysia?Adakah disebabkan ketaksuban pengikut ataupun percanggahan pandangan yang ketara di dalam perkara furu’ ?

  17. Hehehehe!!! Ada bau-bau Wahabi je Ustaz ni??? Ustaz no such thing ada yang lebih bahaya. Dua-dua bahaya. Wahabi kafirkan ASWJ terang-terang, apakah itu tak bahaya??? Ke Ustaz buat tak atau ustaz memang bodoh??

      1. knpe nk marah pd dia bla dia kata ustz nie wahabi?pelik…ustz seperti menyokong ajaran wahabi tp mrah bla org kata diri ustz wahabi….peliknya….sdg ustz nie menagung-agungkn wahabi bhkn kate mereka nie AHLUL SUNNAH WALAJAMAAH ..LUCU..DN SESEDAP USTAZ YER KATA ORG SYIAH?power ranger bleh jd ustaz tp bla lhat ustz nie,seolah-olah ustz tak layak berdkwah pd org lain..mff sy katakan ustaz memg seperti power ranger kata….dua2 tak boleh pakai,baik wahabi mhupun syiah..wallahualam…

        1. mu terasa bakpe? mu syiah jugak ke?

          ustaz bertanya saje, tak boleh ke? tersentap ke? adan nada marah ke dlm soklan ustaz tu?

          kalu mu kata ustaz power ranger, mu aku cop Mak Lampir, bole? haha..macam budak2 sekolah je mu ni main cop2 orang..hehe..adik sekolah darjah berapa sekarang ni yek?

          syiah sesat lagi menyesatkan..

  18. Kenapa wahabi bisa berbahaya..? bukankah dia menjaga diri dari hadits yang dhoif dan palsu.. bukankah itu hal yang baik… berbahaya mana orang yang mengamalkan hadits dhoif dan orang yang mengamalkan hadits shohih…??

  19. “Ayatollah Khomeini menyatakan harus melakukan hubungan seks dengan isteri melalui dubur (liwat).. jijik tak?”

    tolong uztaz beri tahu i sumbernye!

  20. Assalamualaika hamba illahi

    Allah mmg ada di atas arasy berdasarkan firmanNya didalam surah al-arad:2, sajdah:4 dn bnyk lg dalil didalam quran.. enta semak sndiri tanpa takwil dgn akal dn nafsu..barakallahufiq

    1. ana tak mau memandai2 yer anasalafy tp enta/enti tu kot kna kaji lagi dlm….Allah itu berada di ats arasy.namun wahabi mengatakn Allah itu duduk di ats arasy sbgaimana seperti mnusia duduk….nk tnyer,itu bleh diterima akal agk2?oh..kalu anda terima sah2 la anda wahabi…:)

  21. ustaz, dah abis ke pasal syiah ni?kalau ada, mohon sambung..

    boleh ustaz terangkan pula berkenaan syiah di malaysia?

    fatwa mengenai syiah sesat dah ada, jadi bolehkah dicap bahawa mereka ini bukan islam@kafir?

    saya pernah tengok di youtube, puak2 syiah ni melukakan badan dan kepala sendiri dengan pedang samapai berdarah2 dan mandi selut…islam ape macam tu..

    dan baru2 dalam facebook ada tersiar cara orang melayu syiah solat..memang pelik tul..macam buat gwiyomi lak masa bertakbir tu..bahaya betul..kesian tengok melayu2 yang terjebak dengan syiah ni..

    FT pon dah senyap je..blog takde citer dah pasal ni..patutu kerajaan tangkap je dia, bagi pemulihan akidah mcm al arqam kena dulu..

    1. Blog Ustaz Love ni tak fokus untuk menjawab persoalan Syiah.. cuma kalau ada isu berbangkit, insyaAllah Ustaz Love juga akan bangkit untuk memberikan penjelasan..

    2. solat syiah melayu mcm gwiyomi?!!! wakakakakaka lawak sungguh syiah melayu ni, mohon la Allah beri petunjuk yg benar kpd mereka2 ni supaya kembali kejalan agama islam yg sebenar..
      faris recently posted..EKSKLUSIF PERCUMA!!!My Profile

    1. Syiah ni terlalu jelas kafir mereka, lagi bahaya dari yahudi, mengaku Islam tp menghina sahabat dan isteri Rasulullah S.A.W. Mendakwa Imam mereka maksum dan tah hape2 lg lagi kenyataan dan amalan yg mmg jelas keluar dari aqidah. Baca sendiri la seach kat google kitab suci syiah ni. paling bangang mengatakan allah bersifat baad’ (hanya tahu apabila perkara telah berlaku) sdgkan imama mereka lebih mengetahui sebelum perkara tu berlaku!! Ini kenyataan penghuni Neraka Jahanam!!
      faris recently posted..EKSKLUSIF PERCUMA!!!My Profile

  22. Terima kasih beri maklumat tentang kekeliruan bab Syiah. Jadi orang PAS yang pegang Syiah tu dah sesat., dan nak sesatkan remaja Islam. Dr Hasan Ali dah kena tendang keluar dari PAS jika ada isu. Tapi ahli PAS aliran Syiah tak ditendang keluar pun dan diberi pegang jawatan yang penting. Ada double standard dalam PAS. Harakah dah dikuasai oleh Syiah. Kami orang awam berterima kasih kat ustaz beri peringatan bahaya Syiah

    1. memg tak dinafikan skrg dlm politik pun syiah ad…malah syiah dh menular..anda nk tanyer pd anda hamba allah..,pas shj ke ad golongn syiah nie?nk tnyer ,pemimpin-pemimpin negara kita yg lain agk2 bnyk tk ikut syiah?bukak matala enti oii………

    2. ekeleh bro..syiah ni tak kira politik, semua parti ada..

      acu mu tanya TPM, bakpe gi sambut pelantikan presiden baru Iran? kata iran sesat, berani ke muhyidin gi iran kata syiah sesat? toksah cite politik la.kang kata tak cerdik kang marah..syiah ni masalah semua umat islam. mu pas ke umno ke dap ke, asal mu islam, kena pakat tentang syiah ni…kita mungkin tak terpengaruh, tapi anak cucu cicit kita tak tahu guane..yang ni kita nak elakkan

      Muhyiddin hadiri majlis pelantikan Presiden Iran

      TEHRAN 4 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang ketujuh, Hassan Rouhani di Bangunan Parlimen di Tehran, hari ini.

      Beliau menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen dari lebih 50 negara pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana itu.

      Hassan, 64, yang dilihat menonjolkan kesederhanaan dan kebijaksanaan menang Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas dengan meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

      Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130805/dn_02/Muhyiddin-hadiri-majlis-pelantikan-Presiden-Iran#ixzz2b39p1Hok
      © Utusan Melayu (M) Bhd

  23. Salafi Wahabi lebih bahaya dari Syiah,kerana Syiah memang mengaku bukan dari ahli Sunnah, sedangkan Salafi Wahabi mengaku mereka ahli Sunnah, tapi faman mereka sebenarnya merosakkan Islam dari dalam.
    Sifat Salafi/Wahabi mereka taksub kpd Tarmiyah, Abdul Wahab dan pendusta Albani.
    Mereka tidak mengikut mazhab dan menolak kebanyakan jumhor ulama.
    Perbicaraan dan syarahannya penuh dgn gibah, dia tu salah,kafir, mengkritik mendusta kpd fahaman yg lain.
    Mereka tidak terlepas dari topik…Bidaah dan Syirik
    Salafi paling membenci org Syiah halal membunuh org Syiah dan sanggup maka hatinya.
    Akhir Solat telunkuk jari pasti bergerak2 macam kena electric karen.
    Hobbynya memusnahkan dan membongkar makan2 lama dan kesan2 sejarah Islam.
    Percaya bahawa Allah swt seperti seorg lelaki berambut kerinting dan duduk di Arash
    Kebanyakan terroris berfahaman salafi/wahabi…they give Islam a very bad name.
    Wahabi ngaku sebagai Ahli Sunnah tapi berakidah MUJSIMAH..
    Mereka menentang sesiapa dan segala ibadah malan yg tidak sealiran dgn fahaman mereka.
    Salafi Wahabi menilak maulud, tahlil, Nifsu Saaban dll.
    Salafi sombong dan angkuh, bangga dgn kebenaran sendiri saja
    dan Rasullullah saw telah memberi amaran kedatangan mereka ‘the dogs from hell/ anjing2 dari neraka….’

    1. oh ye ke?

      oooooooooooo..

      btw, syiah tu akidah dia memang terang2 rosak. bahkan lebih teruk dr yahudi.

      wahabi lg bahaya dr syiah? hurm..tunggu ustazlove hurai

  24. Siah dan Wahabi dua2 mempunyai agenda yang sama dari kristian dan yahudi..Ifrod dan Tafrid.Dua2 cuba hancurkan Islam jangan tertipu daya.Syiah jelas didepan mata kita kesesatan mereka..tapi Wahabi??tidakkah kita sedar yang mereka membenci RasulAllah,sehingga ada ulama Wahabi yg sanggup nak ubah maqam Nabi,dan di mesir wahabi bakar kubur sahabat2.

  25. saya sangat tidak bersetuju bila kita sangat menghukum syiah. memang benar ada puak syiah seperti yang diterangkan di atas,tapi ada pula puak yang hampir dengan sunnah. langsung tidak ada bezanya. saya ramai kawan syiah..kalau fikir logik, xkanla semua syiah yang saya jumpa tu berpura2 kot jadi baik.xkanla 24 jam nak berpura2.semayang xde pulak guna batu2 ni..kalau fikir lojik lagi sekali, alhamdulillah saya lahir dalam Islam..katakanlah,saya lahir dalam syiah, dah tentula saya akan cakap syiah tu ajarannya betul..melainkan Allah SWT turunkan hidayah kepada saya mengatakan sunnah adalah benar. jadi, bolehkah kita nak menilai setiap manusia yang lahir dalam puak syiah ni..mereka adalah bahaya dan salah…tp jgn salah paham,sy merujuk kepada syiah yg hampir dengan sunnah..yg langsung tidak membenarkan mutah,kitman,tidak cela sahabat,ikut sebetolnya alQuran….dan saya bukannya menyebelahi mereka, cuma sy berfikir secara lojik akal. lagipun kenapa kita sibuk nak hebah ttg buruk diaorg…sedangkan mereka tidak pula cakap kita macam2…jgn kerana tindakan puak syiah yg kejam tu menyebabkn puak syiah yg lain jd mangsa…mereka pun manusia jugak…asalkan mereka xcuba merosakkan fahaman kita,biarla mereka..doakan Allah bagi hidayah…sy xfaham kenapa Malaysia ni sebok sngt jg tepi kain org.kalau kita terpengaruh,maknanya,kitala yg salah dan lemah dlm ilmu agama..jd jgnla terpengaruh,hidup aman damai

    1. ni soal akidah,….. mana boleh dibiarkan…. sedangkan untuk menjawab salam dari golongan syiah/murtad/sesat itu sendiri pun haram… apatah lagi dgn kenyataan ente supaya membiarkan… aiyakkk…..

  26. Salam ustaz saya rasa di dalam pemahamn pengkomen yang melabel ustaz sebagai wahabi memang tidak berasas ingatlah hadis nabi ni kepada pencela pencela yang dok asyik nak mewahabikan orang bila tak sama pendapat,SABDA RASULULLAH SAW : Dan bila ada Orang yang memaki dan mencela kamu,Dengan apa yang dia ketahui tentang diri kamu,Maka janganlah kamu mencela dengan apa yang kamu ketahui tentang dirinya: kerana sesungguhnya akibat dari caci maki itu Akan kembali kepadanya ; (Hr Abu Daud, At-tirmizi, Dari abu juray jabir Bin Sulaim Ra) bagi saya bahaya syiah itu memang teruk dan seteruk2nya..

  27. salam….yang paling bahaya adalah lidah seorang ustad yang mudah menyesatkan dan mengkafirkan orang lain….di zaman nabi tidak ada wahabi, tidk ada syiah dan tidak ada juga ahlusunnah wal jamaah yang ada hnya islam rahmat bagi alam semesta terus bgimana jadi pewaris nabi klo fatwanya memfitnah dan merusak persatuan umat??? Apa nabi pernah berkata wahabi sesat, syiah sesat atau atau beliau mengajarkan persatuan Islam dan akhlak mulia

    1. zaman Nabi takde syiah, takde wahabi.. UMNO dan PAS pun takde masa zaman Nabi.. tapi Nabi dah bagi panduan untuk mengenal siapa yg benar dan siapa yg sesat. Terpulang sama ada kita nak mengikut petunjuk Nabi atau berpaling daripadanya.

      1. Betul tu Ustaz saya sangat bersetuju dgn Ustaz….banyak orang kita ni jadi Pak Turut….tak nak baca dan buat kajian…..dan banyak yang fanatik Mazhab…tapi Mazhab sendiri pun kurang ariff……semoga….kena semua diberi Taufik dan Hidayah…..

  28. saya x masuk mana2 pihak. cumanya sy memang jelas tahu syiah satu fikrah yg sesat. adapun wahabi ni agak pening skit. beberapa tahun yg lalu sy cuba beramal dan belajar secara talaqi kitab2 ulama dgn seorang ustaz di kedah. kitab2 karangan dan syarah imam syafie, imama nawawi, ibn hajar asqalani dan sorang lagi imam sy lupa. kitab mcm al azkar, al-umm, riayadhus solihin, baharul mazi….masalahnya, bila semakin sy belajar dan semakin sy pratikkan, semakin sy dituduh wahabi. sedangkan semua yg dibuat ada dalil yg sahih berpandukan pada Quran dan Sunnah. kalau camtu, kiranya wahabi ni bagusla kot. dah tu kenapa bunyi nya mcm negatif?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


five − 1 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site