I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Keutamaan Ali

Salam…

Masih lagi berkisar pada isu Syiah.. pencari kebenaran mengemukakan pendapat beliau :

“mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak”

sahih Muslim jil. 1 halaman 61
sunan an-Nasai jil. 6 halaman 117
sahih turmudzi jil.8 halaman 306

hadis-hadis yg mengutamakan Imam Ali
Nabi Muhammad saww bersabda :

“engkau( hai Ali ) di sisiku bagaikan Harun di sisi Musa, hanya saja tiada Nabi setelahku.”

sahih Bukhori jil. 2 halaman 305
sahih Muslim jil. 2 halaman 366
Mustadrak al-Hakim jil. 3 halaman 109

-sy berpendapat bahawa saudara ( syiah ) tidak menganggap Imam Ali sebegitu rupa kerana mereka berhujah atas hadis ini serta keutamaan-keutamaannya yang lain.

Maksud beliau ‘sebegitu rupa’ adalah merujuk kepada pandangan Syiah bahawa Ali itu lebih mulia daripada para Nabi alaihimussalam..

Dalam memahami hadis Nabi s.a.w, kita tidak boleh merujuk kepada satu hadis sahaja untuk pembuktian.. Secara zahirnya, jika dilihat pada kedua2 hadis di atas, sudah tentulah kita menerimanya.. sbb hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim adalah hadis Sahih di sisi ahlus sunnah (walaupun diriwayatkan daripada Abu Hurairah, sahabat yang dihina dan dipertikaikan oleh golongan Syiah).

Cuba kita perhati hadis2 yang lain yang merujuk kepada kelebihan sahabat2 Nabi s.a.w. :

1.Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:  Rasulullah s.a.w bersabda: Tanda orang Munafik adalah membenci Sahabat Ansar dan tanda orang Mukmin adalah menyintai Sahabat Ansar. (HR. al-Bukhari)

2. Hadis al-Bara’ r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa baginda telah bersabda mengenai golongan Ansar: Golongan Ansar tidak dicintai oleh orang lain kecuali orang yang beriman dan mereka tidak dibenci oleh orang lain kecuali orang yang munafik. Sesiapa yang menyintai mereka, maka Allah akan menyintainya. Sesiapa yang membenci mereka, maka Allah akan membencinya. (HR. al-Bukhari)

3. Ali bin Abi Talib r.a berkata, “Orang terbaik dari kalangan umat ini setelah nabinya ialah Abu Bakar, kemudian Umar bin Khattab. Jika aku mahu, aku sebutkan orang ketiga iaitu Uthman bin Affan.” (HR. al-Bukhari)

4. Sabda Rasulullah s.a.w. “Jika aku mengambil kekasih dari umatku, aku pasti mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, namun dia adalah saudaraku, dan sahabatku.” (HR. al-Bukhari)

5. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya setiap Nabi itu mempunyai hawari (penolong), dan hawariku (penolongku) ialah Az-Zubair bin Al-Awwam.” (HR. al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Banyak lagi hadis2 yang menceritakan kelebihan para sahabat Nabi s.a.w… dan bukanlah semata2 kelebihan Ali.. tetapi golongan Syiah yang mempunyai dendam kesumat terhadap para sahabat telah melonjak2kan nama Ali seolah2 sahabat2 yang lain tiada kelebihannya di sisi Nabi s.a.w.

Hendak tahu bagaimana pandangan Syiah terhadap Ali dan para Imam keturunannya, maka lihatlah pandangan ulamak2nya.. kerana nyata sekali orang2 Syiah terutama di Malaysia ini tidak mampu membaca karya ulamak Syiah yang berbahasa Parsi..

Perhatikan betul2 kenyataan Ayatollah Khomeini dalam kitabnya “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” :

“Sesungguhnya antara kepercayaan asas dalam mazhab kita bahawa imam-imam kita mempunyai kedudukan yang tidak dapat dicapai oleh mana-mana malaikat yang hampir dengan Allah dan juga mana-mana Nabi yang diutuskan”.

Kita memang dituntut untuk bersangka baik, tapi bukan dengan golongan Syiah yang terlalu busuk hatinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love paling tak seronok belajar pasal syiah.. sbb hati ini terasa pedih bila membawa riwayat2 mereka yg memburukkan para sahabat dan isteri2 Nabi s.a.w. serta melakukan fitnah dan dusta atas nama agama… tapi memang kena tahu asas2 akidah Syiah ini untuk membezakan dgn akidah ahlus sunnah.. agar kita tak menganggap Syiah itu sebagai salah satu mazhab yang diterima (pluralisme dlm mazhab)..

      Salam ukhuwwah juga buat anta 😉

  1. salam ustaz..

    alhamdulillah, dapat tahu sedikit tentang isu syiah ini.. penting kerana ianya adalah ilmu.. supaya kelak dapat berfikir lebih baik dan bukan menyokong atau membantah tanpa asas dan ilmu..

    1. salam mariah…

      kebanyakan pengikut syiah ini mengikut atas dasar taqlid, dan bukannya atas dasar ilmu.. bila akal dah dipandu nafsu (digula2kan dgn nikah mut’ah contohnya.. ala2 poligami dlm al-Arqam) maka akan keluar la segala hujjah akal untuk menyokong ‘nafsu’ mereka itu 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme