I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kenapa Muallaf Lebih Menonjol?

Salam…

Sangat letih malam ni.. sebab daripada pagi sampai la ke malam ni Ustaz Love tak berhenti lagi bekerja.. Kalau ikutkan, Ustaz Love nak kena masuk meeting program.. tapi Ustaz Love mintak excuse kat bos sbb terasa tubuh ini dah seumpama jelly.. lembik longlai.. bukan lemah lembik okeh.. awww.. tak rela.. 😀

Kiranya entry ini adalah entry pertama dan terakhir buat hari ni… Curi2 masa sementara mata ini belum mahu melelapkan dirinya lagi..

Ustaz Love nak ulas sket persoalan yang ditimbulkan oleh ustazah kakjem :

slalunya mmg cam tu org yg baru ni lebih berketrampilan drpd kita yg mmg sah2 dr dlm perut beragama islam….kenapa ya? Eloklah ustaz yg ulaskan, sbb nnti bila kakjem yg ulas kang kakjem plak yg dah jadi ustazah….hihihihi….

Sebenarnya bukan soal baru atau lama itu yg menjadi ukuran.. sebaliknya keghairahan kita dalam belajar ilmu, beramal dengan ilmu dan menyampaikan ilmu itu sendiri…

Ramai yg tiada keghairahan untuk menuntut ilmu agama.. Para pelajar agama dipandang lekeh.. Kalau bersiul kat aweks pun, aweks pandang jijik… hehe.. Sebab atas anggapan ilmu agama ni mudah.. daripada kecik kita dah belajar.. Sama situasinya dengan matapelajaran Bahasa Melayu.. dipandang mudah oleh budak2 Melayu.. akhirnya, pelajar Melayu sendiri tak lulus bahasa Melayu… bangsa lain plak bleh score subjek Bahasa Melayu…

Banyak juga yang masa kecik2 dah belajar agama (sekolah rendah agama ke, kelas KAFA ke dsb)… tapi setakat belajar untuk lulus periksa.. ataupun belajar dan ingat masa tu je.. langsung tak nak amalkan.. Akibatnya, apa yg dipelajari itu makin lama makin hilang.. Itu yg selalu keluar ayat “Ustaz aku masa kat sekolah dulu cakap ini haram.. itu halal”… sekadar ingat2 lupa tanpa ada keinginan nak mendalami ilmu itu.. Malah yg lebih sadis, masa sekolah elok je bertudung labuh.. habis sekolah, tudung pun habis.. masa sekolah kopiah melekat mcm digam atas kepala.. habis sekolah, kopiah pun hilang..

Ada juga di kalangan orang2 yang berilmu dan beramal dengan ilmunya, tapi kurang ghairah untuk menyampaikan ilmu.. Contohnya kalau di dunia cyber, bila ada org tanya sesuatu masalah (sedangkan perkara tu dah dijawab dlm entry sebelum ni) senang2 je diberikan link ke entry tu.. padahal, kalau jawab lagi pun takde salahnya.. malah makin menajamkan dan mengingatkan lagi kita dengan sesuatu hujjah dan dalil – Ustaz Love la yg selalu buat mcm ni.. sbb masa terlalu mencemburui.. maafkan kami penunggu gua.. huhu…

Bila orang jemput untuk bagi kuliah, segan la.. malu la.. akhirnya ilmu setakat disimpan dan diamalkan sendiri.. mati sang ustaz, matilah ilmunya.. takde orang nak mewarisi ilmu tu..

Bagi Ustaz Love, keghairahan ini wujud dlm diri para muallaf (org yg baru memeluk Islam) terutama bagi yg masuk Islam dengan sebab mengkaji agama Islam (bukan sbb nak kawin, nak dpt saguhati 1500 dsb), maka bagi mereka ianya sesuatu yg baru.. dan keghairahan itu melonjak2 dalam diri mereka..

Ustaz Love pernah keluar berdakwah (dipanggil dakwah lapangan) bersama seorang muallaf.. berjumpa dengan non-Muslim.. Ustaz Love sendiri tergagap2 nak berdakwah, sedangkan muallaf tadi selamba je bercakap (seolah2 beliau lagi lama memeluk Islam daripada Ustaz Love)..

Sebab itu, jangan memandang rendah kepada muallaf.. sbb semuallaf2 Ustaz Farid Ravi, bacaan al-Quran beliau lebih fasih jika dibandingkan dengan bacaan sebahagian Ustaz2 kita.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
    1. Sama ada Islam yang diwarisi, atau yg dicari.. kedua2nya kena pelajari dan diamalkan… sbb yang dikira bukanlah pada awalnya (kelahiran), tapi akhirnya (akhir kalam) 😉

  1. kan yg lahir islam tu, namanya islam baka ie islam sbb keturunan ajer, and tak de inisiatif nak belajar pun..me yg belajar time sek men pun dh rasa berkarat semua ilmu me…al-ilm fissuthur ni..

    ustaz, nak tanya satu soalan..
    psl org2 yg lalai dlm solat–dlm quran ada tulis, ada neraka khas kan utk golongan ni..nauzubillah
    kalau solat di akhir waktu, like lewt solat, sbb nak combine cthnya solatzohot combine dgn asar, kira golongan yg lalai gak ker-rasa mcm pernah terbaca or terdgr psl dosa melewatkan solat ni..
    me kdg2 sgt leka, jd lewat solat–sibuk msk lah, layan anak2, tgk tv, layan tenet–lagha sungguh…:(

  2. saya setuju dng ustaz…. cuma kadang2 ada org islam sendiri yg memandang muallaf serong..

    1. memang pun.. kira macam budak baru pindah sekolah la.. baru masuk kelas, semua member pandang serong.. dah lama2, bila dah kenal hati budi, maka dah takde masalah dah 😉

  3. totally agree!
    sebabnya..
    saya ade biras mmg truly devotee masa dia masih christian.
    once dah kwin dgn bil,dia lagi terer ngaji
    dia lagi bagus tajwidnya
    siap compete dlm tilawah antara saudara baru..
    then waht else?!
    patuh pada hukum2..
    then bab mkn,aurat lagi menjaga dari yg mmg lahir islam
    sanggup lepaskan keje as chef sbb keje tu kena buaka tudung n also kena bancuh liquor
    even,saya sendir buat dia sebagai rujukan dlm hukum2 ibadah yg asas..
    she’s just being muslimah less than 10 years.
    nowadays one of the volunteer for jakim…

    1. dalam hidup ni, yg penting sekali adalah usaha.. sbb Allah nilai atas usaha kita, dan bukan hasilnya.. soal berjaya tak berjaya, itu ketentuan Allah.. tanggungjawab kita adalah untuk berusaha… tak kira yang baru masuk Islam, mahupun yg dah lama masuk Islam.. apatah lagi bagi yg berhajat nak keluar Islam 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme