I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isu Tudung Sanggul Lagi (Belum Habis Nampaknya)

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Anonymous dan qisya (Ustaz Love pasti kedua2nya org yg sama berdasarkan no ip yg sama dan jarak masa yg dekat.. Ustaz Love bersangka baik yg kemungkinan beliau tak sempat nak isi nama.. yg akhirnya baru perasan)

Mungkin penerangan sebelum ini agak samar.. kerana Ustaz Love tak mengemukakan mana2 pendapat ulamak.. Jadi timbul persoalan berbangkit :

Soalannya panjang sekali.. sebenarnya, pada Ustaz Love bukanlah suatu soalan.. sebaliknya satu perbahasan… jadi sila lihat kat link ni : http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-tudung-sanggul-unta/ dan lihat kat komen bawah sekali..

Sekali lagi Ustaz Love nak tegaskan.. bahawa fiqhul hadis (kefahaman fiqh dalam hadis) ini bukanlah kita boleh memahami secara zahir semata2.. kalau tak, tak perlu la para ulamak susah payah nak buat kitab syarah kepada hadis.. Bahkan kitab hadis sahih yg utama seperti sahih al-Bukhari dan sahih Muslim sendiri disyarahkan oleh ulamak besar juga spt al-Allamah ibn Hajar al-Asqalani dan Imam Nawawi… bahkan ada pula lagi kitab yg mentahqiq kitab2 syarah.. Jadi, kalau setakat kita baca hadis, kemudian kita nak huraikan mengikut akal dan pemahaman sendiri (spt yg berlaku dalam kebanyakan kumpulan usrah), maka ianya sangat berbahaya.. apatah lagi kalau mendapat syarahan drp forum2 yg kita tidak pasti manhaj pengendalinya…

Berbalik pada isu sanggul tadi, mari kita lihat pandangan 2 tokoh besar iaitu Imam Nawawi dan Dr. Yusuf al-Qardhawi :

1. Dalam syarah sahih Muslim, Imam Nawawi mensyarahkan hadis ini dengan maksud mereka2 yg disebutkan dlm hadis itu adalah mereka2 yg membesarkan rambut mereka dengan cara melilit dengan kain iaitu jenis fesyen rambut pada masa itu… dan bukanlah dimaksudkan dengan bertudung sanggul tinggi seperti yg diwar2kan dalam media cyber..

2. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitab al-Halal Wal Haram berkata : “β€œRasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana terdapat kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut wanita, mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. Biasanya kedai-kedai atau salun-salun ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan sekadar itu, malah ramai wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu. Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan itu diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…”

Kedua2 syarahan dan tafsiran ini dengan jelas tidak mengaitkan dengan isu tudung sanggul.. Ia berkaitan dengan fesyen rambut dan bukannya fesyen tudung..

Namun, jika menyanggul tinggi dengan tujuan menarik perhatian, ianya adalah haram disebabkan niat untuk menarik perhatian itu.. dan bukanlah disebabkan tudung sanggul itu haram pada asalnya.. dan juga tidaklah ianya ada kena mengena dgn yg dimaksudkan dalam hadis..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Comments

Add a Comment
  1. Itu la umat zaman sekarang, ada yang baca hadis terus tafsir sendiri…ada pulak yg membaca dari buku atau internet, sedangkan ilmu itu kena berguru……

    1. qisya tak berniat pon nak tafsir sendiri(kalau awak sedang bercakap tentang qisya)…kalau tak, qisya takkan tanye kat ustazlove.

      baik qisya pendam sorang2..dan sebarkan ilmu yang salah..qisya just curious sebab suka banyak fikir.

      so, skang everything dah figure out..qisya pernah tanye kat ramai org, my ustaz especially…they told me the same thing as i thought.. so, qisya bukan tafsir hadis main taram…

      i am just a curious girl..an apologize to ustlove for making him in trouble to fgure out everything!

      1. Untuk belajar tafsir, maka belajarlah dgn Ustaz2 menadah kitab tafsir.. kan lebih baik qisya tanyakan pada Ustaz itu tentang hujjah2 dan tafsiran sesuatu ayat atau hadis.. bukan setakat tanya Ustaz ini boleh ke.. itu tak boleh ke.. ini haram ke.. itu halam ke..

        ilmu ini dengan berguru.. membaca sekadar menambah pengetahuan.. sedangkan berguru itulah yg memberikan kefahaman.. maka banyakkan belajar dan berguru.. insyaAllah, segala kemusykilan akan dapat dirungkaikan πŸ˜‰

  2. thanks for the info ustaz.

    tp rasanya skang mcm jadi trend pulak buat sanggul tinggi.
    lagi tinggi lagi cantik. takur jugak kot2 niatnya ke lain. tp harapnya tak lah..

    btw, sy nk tny satu soalan.

    sekarang pun dah jadi mcm trend kekasih lelaki bawak balik kekasih perempuan untuk tidur di rumah si lelaki. boleh ke macam tuh?

    walapun memanglah, family si lelaki semua ada kat rumah, tapi elok ke kalau buat macam tuh?

    thanks πŸ™‚

    1. itu tak semestinya.. sbb kefahaman ni, Allah yg bagi.. info je yg mampu Ustaz Love berikan.. bukan kefahaman πŸ˜€

      1. Salam,ustaz bolehkan kita melakukan sesuatu hanya berlandaskan niat sahaja??

        Seperti isu sanggul la kn..depend pada niat..tapi bukan kah niat tidak menghalalkan cara??

        Kalau sanggul tinggi ini cuma untuk mereka yg tidak bertudung..habis tue bagaimana pula bg mereka yg bertudung??

        Saya perhatikan kebanyakkan mereka yg bertudung sekarang lebih selesa memakai sanggul tinggi(malah ada yg terlebih2 tingginya) sedangkan sebelum ini perkara sebegini jarang di lakukan..kalau ade pun yg bersanggul ,takde la seteruk sekrg..

        lg satu,kalau sanggul kita tinggi bukan kah secara tak langsung da menarik perhatian lelaki walaupun itu bukan lah niat kita yg sebenar..jd apa hukumnya di situ??

        maafkan saya kalau menyusahkan ustaz…

    1. kadang2, kita tak tahu maslahat (kepentingan) org macam mana… jadi, tak dapat kita nak nilai niat seseorang itu.. πŸ˜‰

  3. yup..bagus ust berbaik sangka..saya mmg tak sempat pon ltak nme.. (sumpah..tak tipu..)

    saya tanye sebab saya tak dapat huraian yang pasti and thanks for this, so..

    it is clear.

    tvm again.

  4. memg trend pun skrg ni..kalo tengok pengacara wanita hari ni, sume pakat sanggul tinggi..dgn alasan lebih cantik n macam perempuan arab..masa sepupu kahwin hari tu mak andam tu nak letak sanggul tipu kat kepala,terus kena syarahan dgn nenek..ihik!

    1. yg haram itu adalah sanggul tambahan… kalau sememangnya rambut panjang dan terpaksa disanggul (hingga jadi tinggi), maka tiada masalah.. tetapi, kalau rambut pendek, tapi ditambah dgn sanggul palsu, itu memang bermasalah πŸ˜‰

    1. Ustaz Love pun tak pasti mereka2 yg bersanggul tinggi tu sbb nak menarik perhatian ke tak.. sebab, sepanjang2 rambut Ustaz Love, takat boleh ikat dengan getah je.. belum tahap bleh sanggulkan lagi πŸ˜€

  5. terima kasih ats info ni ustaz…wana pun keliru tetang ni..mana satu nak pakai…masa wana dengar ceramah ustaz kazim pun, pandangan lebih kurang macam ustz..jadi kalau dah rambut sememangnya panjang…pasti akan adanya sanggul..nak tak nak..sanggul tetap tinggi…mcamana tu…tapi bila dah baca info ni alhamdulillah..legha =)

    1. kalau ada kekeliruan, kena rujuk pada ustaz / ustazah… jangan biasakan menjadikan internet (facebook / blog / twitter dsb) sebagai sumber utama ilmu… kalau tak, memang hancuss.. sebab kat internet ni ramai yang suka menyamar… yang lelaki menyamar jadi pempuan.. yg orang hulu menyamar jadi omputih.. πŸ˜‰

  6. cuba tanya la sumer perempuan2 yg bersanggul tinggi tu, apa tujuan sebenarnya mereka meninggikan sanggul mereka? apa yg saya nmpk sudah menyerupai ketumbuhan kepala dan serupa alien pulak. cuma………. di takuti riak saja dan nak menunjukkan ‘oh, rambut ku pjg menjela2’. dan juga termasuk dalam berhias secara berlebih-lebihan.

    1. kalau nak persoalkan tujuan, yg pakai tudung labuh pun belum tentu terselamat lagi.. mungkin juga pakai tudung labuh sbb nak nampak solehah dan tsiqah (dipercayai).. tapi, itu bukan kerja kita nak menilai niat orang lain.. πŸ˜‰

    1. akal manusia ini bermacam2 ragamnya.. yg bijak, dengan kebijakannya.. yg bodoh, dengan kebodohannya.. sbb itu agama ini datang untuk menyatukan pemikiran manusia, tak kira pandai ke bodoh ke, atas jalan syariat.. semua kena tunduk dan tak mereka2 syariat yg lain πŸ˜‰

  7. Benar itu.
    untuk melakukan pentafsiran kepada quran dan hadith bukan calang-calang kelayakannya.
    sebab itu kita perlu mendapatkan pandangan daripada mereka yang kita tahu kelayakannya.
    Kalau kita mian tafsir sendiri ikut kefahaman, ia akan jadi tersasar dan jauh menyimpang.

    Kesimpulan: nak dapat ilmu, perlu berguru. Memang bagus kita bnayak membaca, tapi akan jadi lebih elok lagi jika suka membaca dan juga pergi belajar dengan orang yang lebih alim =)

  8. Assalamualaikum ustaz, mcm mne dengan style yg yuna pakai yg nampak tekak tapi cover rambut, kirenye mcm selendang lilit kat kepala utk cover rambut tp tak cover tekak. Tapi saya tgk orang selain dri malaysia mcm rusia kee istanbul kee yang muslim, ramai jee yang pakai tudung nampam tekak tu, ke sebab mazhab kte lain dri diorang keee mcm mne. Tolong jelaskan ustaz, terima kasih
    Assalamualaikum πŸ˜‡

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme