Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Soal Jawab : Imam Syafie Syiah

Salam…

Dalam keadaan kelembapan internet ini, Ustaz Love terpaksa reload page banyak2 kali.. Maka, tiadalah peluang untuk blogwalking.. Ustaz Love minta maaf sbb tak dapat nak membalas kunjungan sahabat2 sekalian.

Seterusnya, Ustaz Love nak jawab pertanyaan daripada pencari kebenaran :

tima kasih atas pertolongan ustaz :)

sy masih ada persoalan ustaz, harap ustaz xdibebankan dgn soalan2 sy ini…

-Ketika al-Imam Syafi’i dituduh termasuk pengikut golongan Rofidloh (Syi’ah), karena beliau mencintai dan menghormati Ahlu Bait, beliau menjawab dengan syair yang artinya :

“Jika yang dimaksud dengan golongan Rafidloh hanya semata-mata mereka yang mencintai Ahlu Bait, maka saksikanlah wahai bumi dan langit, bahwa aku adalah termasuk dari golongan Rofidloh.

“Ada banyak sekali dalil Hadits yang menyatakan keutamaan Ahlu Bait, bahkan al-Imam as-Suyuthi menulis sebuah kitab yang khusus memuat beberapa Hadits yang menunjukkan keutamaan Ahlu Bait.

di sini sy nak betanya :

-knp imam syafi’i dituduh sebegitu rupa? spt ustaz katakan dlm hal2 yg lepas, Ahlussunnah faham bahawa
ahlul bait itu termasuk isteri2 nabi serta keturunan Nabi saw..namun knp masih ada org yang menuduh imam syafi’i hingga menganggap bahawa dia telah berpaling *syiah* hanya kerana mencintai ahlul bait Nabi saw. ??

Sebelum itu, kita kena memahami konsep kefahaman berkenaan Ahlul Bayt ini daripada golongan sunnah dan syiah.. Golongan Syiah sememangnya melampau dalam apa yg mereka nyatakan sebagai “mencintai Ahlul Bayt” sehinggakan menghina selain Ahlul Bayt.. Sedangkan ahlus sunnah, selain mencintai Ahlul Bayt, mereka juga mencintai para sahabat yang bukan daripada golongan Ahlul Bayt… malah memuliakan mereka dan tidak mengkafirkan para sahabat.. Berbeza dengan golongan Syiah, yang mengkafirkan dan menghina Aisyah yang merupakan golongan Ahlul Bayt juga (iaitu isteri Nabi s.a.w).

Berkenaan dengan kenyataan Imam Syafie, ramai golongan Syiah menggunakan kenyataan ini kononnya untuk menjadi bukti bahawa Imam Syafie juga merupakan seorang syiah.. tapi sebenarnya ia lebih menonjolkan kebodohan Syiah (yg ulamaknya daripada Parsi dan bukannya Arab.. sedangkan Imam Syafie adalah pakar dalam bahasa Arab) dalam memahami maksud kenyataan Imam Syafie itu..

Golongan Syiah menyatakan bahawa ahlus sunnah membenci Ahlul Bayt kerana mencintai para sahabat Nabi s.a.w. seperti Abu Bakr, Umar, Uthman, Muawiyah dll yang didakwanya sebagai musuh kepada golongan Ahlul Bayt kerana kononnya merampas Imamah dan Wilayah.. maka itulah Imam Syafie menyatakan bahawa beliau juga mencintai Ahlul Bayt.. dengan gaya bahasa Arab tinggi yang tidak mampu difahami oleh ulamak Syiah yang berbahasa Parsi / saja buat2 tak mahu faham / menyelewengkan kefahaman itu..

Dan golongan Syiah juga selalu melupakan kenyataan Imam Syafie yang satu ini :

“Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak bersaksi dusta selain daripada golongan Rafidhah”..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. tima kasih skl lagi ustaz atas jawaban di atas :)

    byk persoalan yg ingin ditanya dari sy sebenarnya…

    – adakah saidina Hasan & saidina Husain juga dikira ahlul bait Rasulullah saw ????

    1. jika pencari kebenaran membaca dengan teliti entry Ustaz Love, nescaya anda takkan bertanya perkara yg sama banyak2 kali.. kecuali jika anda ada niat tersembunyi ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


nine + = 13

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site