I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Doakan Keburukan Anak

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nisa :

first time dengar cite pasal ustaz yusuf, alhamdulillah beliau mendapat petunjuk allah..tapi ustaz boleh tak saya nak tahu, macam mana pulak bagi ibu yang mendoakan perkara yg tidak baik utk anaknya kerana berkecil hati anaknya tidak berkahwin dgn pilihannya lalu memutuskan silaturrahim antara anaknya dgn ayah dan adik2nya..berdosakah si ibu tu?terima kasih

Jawapan Ustaz Love :

Berdoa keburukan untuk orang lain tidaklah sampai mendatangkan dosa.. kerana ianya sekadar permohonan dan permintaan kita kepada Allah.. melainkan kita sendiri yg membuat tindakan yang menghasilkan keburukan untuk org yg didoakan.. spt kita berdoa semoga rumahnya terbakar sbb beliau telah membakar sampah sampai asap masuk ke dalam rumah.. selepas je kita berdoa, kita bangun dan mencurahkan petrol ke rumahnya dan membakarnya.. maka ini baru berdosa..

Apabila seorang anak mengecilkan hati ibu bapanya dan mereka mendoakan keburukan kepada anaknya, bukanlah ibu bapa yg berdosa.. sebaliknya anak itu yg berdosa.. kerana telah menyebabkan ibu bapa berkecil hati dengannya.. Maka itu, jangan sesekali kita melakukan tindakan yang boleh menyebabkan mereka berkecil hati.. sbb redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa.. kalau ibu bapa tak redha (atas sebab2 yg munasabah berpandukan syariat… takde la kalau masak kari tak letak garam pun, sang ibu tak redha kat anak.. ini tak munasabah.. ini munasarawak), maka Allah pun tak redha.. bila Allah tak redha kepada kita, mcm mana kita nak hidup senang?

Dan jika kita menjadi ibu atau bapa, janganlah sesekali kita berdoa sesuatu yg buruk terhadap anak2 kita.. kerana doa ibu bapa itu mustajab.. bahkan kata2nya juga boleh menjadi doa.. apatah lagi kalau beliau menadah tangan memohon Allah menimpakan bala kepada anaknya…

Sebab bila Allah memakbulkan permintaan ibu bapa, maka ibu bapa itu tak dapat nak bayangkan bagaimana cara Allah memakbulkannya.. kelak kita akan menyesal dengan doa kita sendiri.. Umpama sesalan mak si Tanggang yang berdoa semoga anaknya menjadi batu.. kalau beliau lebih bersabar dan mendoakan anaknya menjadi ketulan emas, dah tentu hidup beliau pun dah senang..

Ibu bapa kena kawal kata2 terhadap anak2.. begitu juga kena kawal doa terhadap anak2.. berkatalah perkataan yg baik kepada anak2.. dan doakanlah yang baik2.. semoga Allah memakbulkannya dan menjadi penenang dan penyeri hidup kita suatu masa nanti (walaupun mungkin bukan sekarang)..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

44 Comments

Add a Comment
    1. buatlah sesuatu yg disukai oleh ayah (asalkan dalam batas2 syariat), insyaAllah mudah nak dapat redha ayah.. jangan malu atau segan nak tunjukkan πŸ˜‰

    1. sama2 mama.. kalau dah dibiasakan, kadang2 benda2 remeh-temeh pun boleh menyebabkan sang ibu mengeluarkan kata2 yg tak sepatutnya kepada anak2nya.. dan diwarisi pula oleh anak2nya kepada cucu2nya.. πŸ˜‰

    1. salam ateh..

      biasa la.. hidup ni umpama putaran roda.. bila sampai masanya, kita akan kembali ke alam kanak2.. cepat sensitif.. kuat menangis.. paling teruk kalau sampai ke tahap nyanyuk sampai berak kencing dalam seluar.. semoga Allah pelihara kita daripada sampai ke tahap tu πŸ˜‰

  1. kekadang tingkah laku anak ada juga melukakan hati kita. tapi.. kalau kita busahabah diri..ingat balik, kita pun pernah melukakan hati ibu kita..kita akan tenang, tak marah dan tak timbul soal nak mendoakan anak yg tidak elok..

    1. ibu2 kena banyakkan istighfar… dan lepaskan rasa sedih dan kecik hati tu dalam solat.. doa sungguh2 pada Allah semoga Allah ubah perangai anak2 yang menyakitkan hati kita itu.. sbb Allah itu pemilik hati manusia.. dan boleh bolak-balik mcm tu je.. πŸ˜‰

  2. doa ibu bapa ni mustajab dab cepat makbul ..betui kan ustaz..berkat dan keredhaan ibu bapa jugak kita perlu dalam hidup seharian ni kalau derhaka.. tak berkat

    1. kadang2 kita kurang memahami konsep berkat ni.. sbb berkat ni bukan sesuatu yg boleh kita nampak dengan mata kasar.. tapi sesuatu yg kita rasai.. keberkatan itu menjadikan hidup kita senang, tenang, cukup, gembira.. sedangkan kalau tak berkat, hidup terasa sempit, tak cukup, sedih… berapa ramai org yg cukup segala2nya, tapi kurang bab kasih sayang.. selalu bertengkar, hati tak tenang dsb.. semuanya ada kaitan dengan konsep keberkatan hidup πŸ˜‰

  3. salam……..

    tu la, mmg hati ibu lebih sensitif bila lagi berusia….nak kena alas byk kali bila bercakap πŸ™‚

    1st time baca ade ‘munasarawak’ πŸ˜›

    1. salam qistyna..

      Bukan kepada org tua saja, pada semua peringkat umur kita kena cakap beralas dan berhalus.. kena pandai bawak gaya percakapan supaya kita diterima dalam kelompok itu.. kalau masuk dlm kumpulan org tua, kena pandai bercakap gaya org tua (bukan gaya batuk2 tu.. tapi gaya matang dan tenang)..

  4. selalu nyer org akn ckp jge lah hati ibu kte spye hati dier x kan trluka.. tap klu ayh pula cam ne ustaz? mksd nyer klu ayh trse ati kat kte, kte brdosa x?

    1. sama je.. ayah ke, ibu ke.. perlu dijaga hati mereka.. cuma menjaga hati ibu itu lebih utama.. ayah di tempat kedua πŸ˜‰

  5. ibu dan ayah saya selalu bergaduh besar.ia terjadi sejak saya lahir,sampailah saya berumur 19.saya mengalami banyak waktu2 yg sukar.saya juga bukanlah anak yg baik kerana kerap melawan kata2 ibubapa saya terutamanya ibu saya.kadang2 kesalahan yg dilakukan saya kecil tp ibu saya suka melebih2.dimakinya saya anak sial,celaka,babi,mendoakan saya anak yg tak berjaya dunia akhirat, kata kesat yg melampau,padahal semua salah mak saya yg mulakan dulu.saya banyak memendam perasaan dimaki dr kecil sampai besar. kadang2 sebagai anak saya rasa tidak adil bg diri saya yg ingin berubah,tp mak saya tetap dgn perangainya.saya inginkan penjelasan yg tepat mengenai ini.salah.

  6. Ustaz,

    Saya mempunyai seorang ibu yg kuat beragama tetapi terlalu mengongkong anak2. Saya juga mempunyai seorang suami yg mempunyai tanggungjawab terhadap ibu dan kakak2nya yg sudah kematian suami dan anak2 saudara yg sudah yatim. Masalah saya adalah, ibu saya tidak suka kalau saya bergaul mesra dgn ipar duai malah mengharamkan saya dari datang kerumah kakaknya. sekiranya saya engkar, katanya saya tidak akan bau syurga dan sudah derhaka kepadanya. Suami saya seorang yg lembut dan cuba memahami keadaan saya. Namun masalah ini semakin serius sehingga memberi masalah kepada hubungan kami suami isteri. Saya tahu apa yang dikatakan oleh suami saya adalah betul namun kerana kemahuan ibu saya menyebabkan saya tersepit. Ibu saya menggunakan ilmu agama yg dipelajarinya dalam menghukum dan mendoakan perkara yg buruk akan berlaku kepada saya sekiranya saya tidak dengar katanya. Tapi bagaimana pula dgn kemahuan suami saya yang inginkan saya bergaul mesra dengan kakak2nya dan ibunya. Adakah doa ibu supaya saya jatuh bala akan dimakbulkan. Saya harap ustaz dapat membantu saya.

  7. assalamualaikum ustaz…

    saya nak tanya… apa hukumnya seorang ibu sering mendoakan anaknya cepat mati, apabila timbul kemarahan.. punca kemarahan masalah kewangan. seperti tidak redha dgn kelahiran anaknya sendiri, sering pula menyalahkan anak yang tidak berdosa walaupun baru berusia 2tahun…..

  8. asalamualaikum ustz …. sye nk bertnye …soaln nye … sblm sye msk form 1 , sye ada mintak msk asrama … n pdaptg itu sedara sye dtg ke rumh … n ayh sedara sye bertnye kpada sye nnti form hndk ke skolh mner , lalu sye menjwb lau boleh sye hndk ke skolh asrma .. yg sye minta …. lalu waku ptg 2 , sye deman … n ibu sye tdk thu yg sye deman … ibu sye meminta sye cucui lantai , lalu sye jwb adk deman ibu … adk tak larat nk bagon .. lalu … ibu sye berleter … nak tak nak sye tepaksa buat supaya leteran ibuu sye 2 stop … walaupun sye dh menunaikn kje yg ibu sye sroh , leteran ibu sye 2 tidak stop , lalu dye mengatakn ke sye, jgn berlagak sgt bg thu orng yg kamu nk msuk ke skolah asrma , aku doakn tak dpat kamu skolh 2 … 2 hri seleps leteran 2sye pon meduduki peperiksaan skolh yg ingin mintak itu … solan nye agk seng r jgk … alhamdulillah sye dpt jwb ke semua solan itu … sebelum bkak skolh untuk tahun 2011 , sye dpt surat dripada jabatabn pedidikan , lalu di dlm surat tu menulis , sye tdk dpt skolh yg sye mohon … pdahal soaln sng2 .. tp sye tdk dpt , bahkan kwn sye yg minta skolh 2 smua nye dpt …. sye pikir2 apa silap sye .. llu sye teringt bhawa ibu sye mendoakn sye tidk dpt skolh 2 … n akhir nye sye thu r sbb apa sye tdk dpt … disebbkn doa ibu sye … sye agk kecewa r jgk ngn ibu sye mendoakn mcm 2 … pda pendpt ustz adakah ibu sye berdosa mendoakn mcm 2 kepada sye ngn pekara yg kecil ??? sye harap ustz dpt membalas apa sye bertnye kpada ustz ,….

    terima kasih ….

    1. waalaikumussalam hamba Allah..

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry.. adik banyakkan bersabar ok? πŸ˜‰

          1. kalau boleh, kena selalu jenguk sini.. sbb Ustaz Love tak tau nak buat subscribe post via e-mail πŸ˜€

  9. Assalamualaikum ustaz,

    ibu dan bapa saya telah bercerai, semasa kecil saya 3 beradik dijaga oleh makcik sebelah ayah saya. ibu saya berkahwin lain tapi bercerai lagi sehingga kini tidak berkahwin. ayah saya seorg yg malas bekerja kecuali bermain judi, ibu saya pula suka bersosial. saya tau keadaan kedua-dua mereka. mereka tidak ambil pusing pasal tanggungjawab masing2 sebagai orang tua terhadap kebajikan anak2. semasa kecil saya berusaha sendiri mencari duit untuk bersekolah. Kini alhamdulilah saya dan kakak telah mendirikan rumah tangga. skrg ni, ibu saya sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis. tetapi rawatan itu tidak dapat dibuat. Memandangkan sakit ibu tidak mengizinkan ibu bekerja lagi. ustaz, berat saya nk luahkan, kasih saya pada ibu hanya rasa simpati kepada seorang tua yang sakit sahaja. tidak pula kasih anak pada ibu. masalahnya saya sekarang ini, untuk membantu ibu hanya mampu memberikan tempat tinggal dan makan tidak lebih dari itu kerana duit tidak mencukupi. ibu pula sentiasa mendesak anak2 untuk menguruskannya dan memberi perhatian terhadap nya. tapi saya bekerja untuk menolong suami kerana gaji x besar mana. baru-baru ini ibu telah cakap tidak akan ampunkan dosa anak2 atas apa yang telah kami buat untuknya. sepanjang hidup kami semasa kecil, sakit pening atau makan pakai kami tidak siapa endahkan. bukanlah kami nk membuka cerita lama tapi sangat kecewa dengan sikap ibu yang x pernah memahami anak2 yang keadaan hidup anak2 ini susah. apa perlu saya buat ustaz, tanggungjawab saya pada suami dan anak2 perlu diutamakan jua. ibu pula tidak dapat nk memahami dan meminta apa saja keinginan supaya ditunaikan segera. adakah saya anak yg derhaka… saya sangat buntu. sedih pun ada, saya cuba nk memahami hati ibu tapi saya x dapat.

  10. Tap ustaz de anak2 yg telah melakukan sebaik mgkin utk ibu mereka tp ttp dihina dan dipandang serong.bahkan ibu juga mendoakan perkra yg xelok utk anak mereka.apa silap seorg ank sehingga ada ibu yg perlaku spt demikian.sdgkan diturut sgl perintah tap de saje x kena di matenye.

  11. ustaz, ibu sy sedari sy kecil, dia pada saya tidak menjalan kan tanggungjawab nya sebagai isteri dan ibu secara sempurna.

    sebagai seorang isteri, ibu saya selalu derhaka kepada ayah sy, selalu meninggi suara pd ayah sy, dia tidak menjaga makan pakai ayah sy sebaik2nya.. dia juga sewenang2nya memarahi, memerli ayah sy di hadapan anak..

    sebagai seorg ibu, dia seperti ibu yg lain, dia sentiasa menginginkan yg terbaik untuk anak2..

    apa yang tak boleh sy terima tentang ibu sy, dia selalu merasakan dia betul dlm semua perkara, dia selalu bergaduh dengan ayah sy untuk perkara yg tidak munasabah, jika ia berlaku di hadapan sy, sy amat tertekan.. dan perkara ini berlaku sedari umur sy kecil sehingga sekarang umur sy mencecah 26 tahun

    ibu sy mempunyai tabiat cakap lepas jika beliau marah, pernah sebelum sy berkahwin dahulu, sy pernah berkawan dgn lelaki yg tidak disukai nya, beliau pernah mengugut sy untuk mendoakan sesuatu yg buruk jika sy masih berkawan dgn lelaki itu.. sy sungguh tidak menyangka seorg ibu, mampu berjata sedemikian kepada sy..

    sekarang sy sudah 8 bulan berkahwin, perkahwinan ini direstui oleh ibu dan ayah sy, alhamdullilah, tetapi baru2 ini,, ketika memdapat tahu suami sy bertukar pekerjaan, dia fikir suami sy tidak bekerja dan terpacul perkataan, “jgn sampai mama menyesal ambil dia jadi menantu mama”..
    hati sy sgt2 terluka ustaz.. sangat-sangat terluka.. lalu kembali berdarah luka lama dimana dia pernah ingin mendoakan keburukan untuk saya dahulu..

    ustaz, untuk pengatahuan ustaz, sy tidak pernah meninggi suara kepada ibu sy, sy tidak pernah berckp kasar kepada ibu sy, cuma sy mengaku sy mmg degil, tetapi sy tidak pernah berkata-kata sesuatu yg kurang ajar kepa ibu saya, tetapi kenapa dia begitu?

    oleh kerana terlalu marah, dan telah terlalu lama diam dan memendam perasaan, sy menjwb, “mama ni ibadat jaga tapi bile bercakap mcm org tak percaya tuhan”… sy terlalu marah dan sedih.. sehingga sy berkata begitu.. selama ni sy tidak pernah terucap begitu..

    ustaz, sy betol2 marah dgn ibu sy.. sy tidak dpt menerima kenapa dia sanggup berkata begitu kepada sy dan suami.. die nk sesuatu yg tidak elok berlaku dlm runah tangga saya ke?

    sy sgt marah kerana, sedari kecil, sy tau ibu mcm mne, ibu pd sy bukan lah isteri yg sempurna.. selalu derhaka dgn ayah sy, ayah sy bersabar sehingga sekarang.. sy betul2 tertekan.. pd sy, betulkan diri dl sebelum nk betulkan sy..

    sy sangat2 tertekan!!

    terkadang sy merasakan ada elok nya sy sudah berkahwin dan duduk berasingan dgn keluarga, tidak la perlu sy melihat perangai ibu sy yg melayan rtumah tangga dgn sungguh tah apa2 sekali..

    tolong sy.. πŸ™

  12. Assalamualaikum ustaz , saya ada soalan , seorang perempuan yang ingin kawin dgn lelaki pilihan nye tp ibubapa nye xberi , dan sering bercakap ibu xrestu hubungan kau , dan sering doa yg buruk thadap anak nye atas sbb mahu berkahwin dgn lelaki pilihan , ape hukum doa itu dan adakah ianya salah si anak ?

    1. berdoa itu hak manusia.. tak kira la nak doakan kebaikan ke, doakan keburukan ke.. sbb akhirnya nanti, Allah juga yang akan menentukan doa itu makbul atau tidak. Jadi, tak perlu pening2 kepala pasal hukum doa dan salah siapa.. adalah lebih baik saudari mencari punca ibu bapa tak setuju dengan pilihan saudari. Mungkin ada yang saudari terlepas pandang.

  13. assalamualaikum ustaz

    saya nk tanya bagaimana pulak hukumnya dr segi islam mertua yg suka menabur fitnah,mengumpat menantu pd org lain? sedangkan sudah berkali-kali dinasihati tp masih tidak insaf dan sentiasa anggap dirinya sahaja yang betul. dan apakah kita perlu mentaati ibu mertua seperti ini atau bagaimana status ibu mertua dlm islam yang patut kita hormati. bagaimana cara utk menanganinya..

    1. fitnah, mengumpat dan mengadu domba ini adalah haram, tak kira jika dilakukan oleh ibu mertua atau sesiapa saja. Dalam hal ini, puan kena banyak bersabar dan menghormati beliau selayaknya sebagai ibu mertua dan hanya taat pada perkara yg tidak melanggar batasan syarak. WA

  14. Ust,kalau ibu kita mengharamkan sesuatu kpd anak nya,padahal pada syariatnya tiada hukum itu..contoh,ibu marah kan anak nya menyentuh apatah lg menggunakan hp nya,lalu si anak buat jge n ibunya terus meletakkan “haram”jika masih pegang hp nya itu…kemudian disebabkn si ibu terlalu sakit hati,ikut perasaan sbb si ibu mmg tdk sabar org nya,lantas ibu mendoakan balas laa keburukan pd anak nya td itu…mohon respon ust…

  15. salam ustaz..sya brtekak ngn mak pasal syurga.dya mgatakn sya msih syurga dya.sya xpuas ati bgtw kt suami..jd tercetus sdikit prbalahan..twus mak xpk pnjg dya mndoakan kami akn dpt bala n mendoakan yg bkn2x utk sya n suami.slh ka sya p mgadu kt suami hya utk dpt pnjelasan.kmudian kak ipar msuk cmpur mgtakan sya trlmpau ikt ckp suami…dh lma sya brsbar ngn mak..syg kwin ngn duda,prnah mak ckp xhalalkn susu jika sya kwin ngn duda.lama2x mak terima ngn mtk duit hntaran sbyk 10ribu lbih,sya ni keja kilang ja..yg pilu sya lgsung xmrasa duit hantaran n pkai bju pngantin..smua mak sya ambik n lain2x tolak hutang.ble ke?

  16. Salm saya ada anak yg saya x bela dr kecik.taun ni dia dtg cri saya kononnya nk berbakti.diringkaskn.dh 5bln dok dgn saya takdir allah dia temu jodoh dgn org kg suami.tp lps kawin nk jd cita semua rahsia terbongkar.dia ada anak luar nikah.xpa kita blh terima.tp dia blh fitnah saya dan besan bru sebln jd menantu org.mcm2 allah dj yg tau.kami bersemuka.dh terbukti anak sayayg pelaga kami dan org lain2 lg.jd saya tersangat kecewa tlh mendoakn sesuatu kt dia.fn saya xdpt mengampuni dosa dia selagi dia x benar2 taubat.kec

  17. assalamualaikum ustaz,
    memag benar seorang anak wajb mentaati ibu bapa, tetapi jika ibu bapa itu mendengar fitnah dari org lain tanpa usul periksa tanpa bukti, tanpa memberi peluang kpd anaknya menjelaskan apa-apa, lalu memndokan keburukkan terhadap anaknya..sedangkan anaknya merayu-rayu menyatakan ia difitnah.bagaimana pula ustaz?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme