I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Combine Solat

Salam..

Pagi tadi Ustaz Love solat Subuh, imam membaca surah al-Munafiqun.. Kalau dapat kita membaca dan memahami maksud dan tafsiran surah al-Munafiqun ini, memang sangat menyentuh jiwa.. Sebab kadang2 kita sendiri tak sedar, sifat2 kaum munafiq itu berada dalam diri kita sendiri..

Kebetulan pagi ni Ustaz Love menerima satu pertanyaan daripada Mama Zharfan…

ustaz, nak tanya satu soalan..
psl org2 yg lalai dlm solat–dlm quran ada tulis, ada neraka khas kan utk golongan ni..nauzubillah
kalau solat di akhir waktu, like lewt solat, sbb nak combine cthnya solatzohot combine dgn asar, kira golongan yg lalai gak ker-rasa mcm pernah terbaca or terdgr psl dosa melewatkan solat ni..
me kdg2 sgt leka, jd lewat solat–sibuk msk lah, layan anak2, tgk tv, layan tenet–lagha sungguh… 🙁

Berkenaan neraka khas untuk orang yang lalai dalam solat ini, Ustaz Love tak dapat nak pastikan.. Sebab sepengetahuan Ustaz Love, syurga cuma ada satu.. begitu juga neraka.. yg banyak itu adalah nama tingkatannya (Firdaus, Naim, Ma’wa dsb).. bukan bermaksud syurga yg lain.. begitu juga neraka…

Jika merujuk kepada surah al-Maa’uun ayat 4 dan 5, maka difahami dengan maksud “celaka” itu adalah celaan daripada Allah.. dan setiap perkataan celaan drp Allah itu, sudah tentu balasannya adalah neraka.

Sebenarnya, lama dah Ustaz Love nak menulis tentang isu combine solat.. Sebab perkara ni dah jadi amalan yang semakin meluas… Terutama bagi pekerja yang bekerja di ofis… waktu rehat tengahari, keluar makan.. lepas tu rehat.. lepas tu masuk kerja.. pukul 4.30 petang, keluar ke surau.. solat Zohor sambil menunggu masuk Asar tak berapa lama selepas tu..

Nampak macam bijak kan? save masa.. solat Asar dah boleh solat awal waktu.. kan kan? Itu kalau menurut akal (spt golongan Syiah yg mendahulukan akal drp dalil.. kena sebijik.. hehe). Hakikatnya, perbuatan seperti itulah yang dimaksudkan sebagai orang yg celaka yang melalaikan solatnya..

Bukanlah maksud lalai itu (sampai disebut sebagai celaka) kalau terlalai dalam solat (spt terlebih rakaat ke, terlupa rukuk ke.. sbb itu ada kaedah tersendiri untuk menghadapinya secara fiqh).. sbb manusia biasa ni memang tak lepas daripada terlalai.. Solat Subuh yang 2 rakaat tu pun kadang2 boleh terlupa baca Qunut..

Menurut Ibn Kathir rahimahullah, yang dimaksudkan dengan lalai daripada solat ini adalah :

Mereka selalu atau menjadi kebiasaan meninggalkan solat sampai akhir waktunya, atau mereka tidak mengerjakan solat dengan sempurna baik dalam rukun-rukunnya, syarat-syaratnya, mereka tidak mengerjakannya sesuai dengan apa yang diperintahkan, atau mereka tidak khusyu’ dalam menunaikan solat dan tidak pula merenungi makna yang terkandung di dalamnya. Makna lafaz yang disebutkan oleh Al-Qur’an tersebut mencakupi semua makna ini. Maka setiap orang yang memiliki sifat seperti ini bererti dia termasuk dalam kalangan yang disebutkan di dalam ayat di atas, dan barangsiapa yang memiliki sifat2 seperti semua sifat yang disebutkan di dalam penafsiran ayat di atas maka sempurnalah bahagiannya dalam keburukan tersebut. Iaitu kesempurnaan nifaq yang bersifat amali, sebagaimana disebutkan di dalam riwayat Muslim dari Anas bin Malik bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: Itulah cara solat orang munafiq, duduk menunggu bulan, sehingga apabila telah sampai pada dua tanduk syaitan maka diapun bangkit dan solat empat rakaat dengan cepat, tidak menyebut Allah padanya kecuali sedikit”. (HR. Muslim)

Sesuai dengan firman Allah dalam surah an-Nisaa’ : 142

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas penipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud untuk riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit”

Maka itu, jauhilah perbuatan combine solat ini.. Solatlah di awal waktu kerana itulah amalan yg paling utama.. Selepas selesai solat, buat la nak buat apa pun.. nak tertonggeng ke.. nak melompat ke.. jadikan waktu solat itu sebagai penanda aras bagi setiap aktiviti kita.. Contohnya, kalau nak keluar gi shopping ke… tgk jam ada lagi 10 minit nak masuk waktu solat.. Maka tunggu la masuk waktu, dan solat la dulu.. barulah suasana shopping itu menjadi tenang dan ceria.. berbanding terkocoh2 nak membeli lagi, nak beratur amik wuduk lagi (biasa je beratur2 kat surau Sogo)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. kenkadang manusia ni mmg terlalu lalai,terutama skali klau dah ngadap “tenet”…harap2 kita dijauhkan drpd sikap yg sebegitu….kakjem slalu teringat pesan arwah mak kakjem beliau slalu ckp(“apa2 hal solat dulu,lps tu klau nak tetonggeng ke,terlunggup ke …gasak lerrr”)..

    1. betul tu kakjem.. biasanya lepas solat Subuh, Ustaz Love akan terlungkup kembali.. sampai la time nak pergi keje 😀

  2. Assalamualaikum Ustaz, terima kasih atas n3 peringatan ni..selalu jugak terlalai..tngh solat pun duk ingat urusan dunia..k

    at opis alhamdulillah, w/pun majikan saya berbangsa cina (setelah dibuat perbincangan & mereka faham) dah dibuat peraturan waktu solat zuhur 1.45-2.00; solat asar 4.45-5.00. Insyaallah tidak terlewat. adil utk kedua2 pihak

    1. Waalaikumussalam mamayatie..

      Perbincangan / musyawarah itu banyak menyelesaikan masalah… yg jadi masalah kalau memang tak nak solat.. sampaikan bos non-muslim pun pelik2 kenapa orang lelaki keluar makan dgn orang pempuan time solat Jumaat tgh berlangsung 😀

    1. maaf mama.. Ustaz Love sebenarnya tak selesa nak menjawab soalan ini.. harapnya mama tak salah faham.. bukan niat Ustaz Love nak melabelkan mana2 pihak.. maafkan Ustaz Love ye 😉

  3. Ustaz,saya nak tanya pasal solat jamak.Saya penah terbaca yg kita blh solat jamak walaupun tidak bermusafir lebih dari 2 marhalah.Ini bertujuan utk memudahkan dan mengelakkan dari meninggalkan solat.Contohnya menjamakkan solat ketika keluar shopping.blh ke ustaz.Klu ustaz dah pernah jawab soalan mcm ni,tlg link saya pada jawapannya ye.TQ

    1. owh.. soalan mcm ni Ustaz Love belum pernah jawab lagi.. insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry jawapan 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme