I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Adakah Ahlul Bayt Maksum?

Salam…

Ustaz Love hari ni tak dapat nak blogwalking.. Sebab internet sangat slow.. nak bukak blog sendiri pun berjanggut menunggunya.. Jadi, Ustaz Love fokuskan pada pembuatan entry je la dulu.. Nanti dah laju sket, baru nak qadha blogwalking..

Pencari kebenaran seterusnya mengemukakan persoalan berikut :

Ya Allah, jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan kepada kami hidayaMu. Kurniakan kepada kami dari sisiMu rahmatMu Sesungguhnya Kau Maha Pemberi ~

“firman Allah :
“sesungguhnya Allah hanya hendak menghilangkan segala kenistaan daripadamu – wahai Ahlul Bait – dan menyucikanmu sebersih-bersihnya.”

( Surah al-Ahzab :33 )

-ini bermakna golongan *ahlul bait* ini telah dibersihkan oleh Allah dari segala dosa dan disucikan sesuci-sucinya??

-diwajibkan kepada kaum Muslimin untuk bersalawat pada mereka begitu juga pada Rasul ( sepertimana Rasulullah mengajar sahabat cara berselawat dengan tidak terputus ) ??

-mereka golongan yang wajib diberikan khumus ??

-diwajibkan mencintai mereka buat orang-orang Islam sebagai imbalan dari Risalah Muhammad ??

-ulul Amri yang wajib dipatuhi??

-orang2 yang rusukh dalam ilmu pengetahuan dan arif dalam mentakwil al-Quran, serta membedakan antara yang mutasyabih dgn muhkam??

-sebgai ahli Zikr yang dijadikan Rasul sebgai pendamping al-Quran dan wajib berpegang teguh seperti dalam hadis as-Tsaqalain ( Kanzul Ummal ), ( Musnad Ahmad ). ???

-sebgai bahtera Nabi Nuh sehingga siapa yang ikut, akan selamat dan yang tinggal akan tenggalam. ( Sawaiq al-Muhriqah oleh Ibnu Hajar ).

sy penah dengar yang :
para sahabat mengetahui kedudukan Ahlul Bait, menghormati bahkan mentakzimkan mereka.

adakah ia betul ustaz ??

Sebelum Ustaz Love menjawab betul atau salahnya persoalan itu, maka kena diteliti dulu asas kepada pegangan Syiah (Ahlul Bayt dan Para Imam adalah maksum).. kerana ianya merupakan asas kepada penyelewengan dalam mazhab Syiah..

Di dalam surah al-Ahzab ayat 33 di atas, diterangkan kelebihan Ahlul Bayt..

1. Menurut Ibnu Hajar, ayat 33 surah Al-Ahzab ini menunjukkan kelebihan Ahlul Bayt, kerana Allah menyatakan secara khusus keinginan membersihkan mereka daripada dosa atau syak dalam perkara-perkara berkaitan iman, dan juga membersihkan mereka daripada akhlak yang keji. Setengah riwayat mengatakan maksud ‘تطهير’ ialah mengharamkan mereka daripada api neraka iaitu dengan ilham daripada Allah kepada mereka untuk bertaubat dan mengekalkan amal soleh.

2. Menurut Ibn Taimiyyah “Adapun ayat  (ويطهركم تطهيرا) bukanlah merupakan khabar yang memberitahu bahawa Ahlul Bayt telah bersih daripada kekejian dan dosa: malah ayat ini mengandungi perintah kepada mereka untuk mengerjakan amalan yang boleh membawa kepada hilang kekejian dan pembersihan.

Kalimah (يريد الله )  di sini mengandungi perintah kasih dan redha tetapi ia (iradat yang mengandungi erti perintah, kasih dan redha) tidaklah bermakna ianya mesti berlaku.

Antara dalil yang menunjukkan bahawa yang demikian itu (menghilangkan keji yang menunjukkan keji dan pembersihan) itu adalah merupakan perintah (melakukan amalan yang membawa kepada pembersihan) dan bukannya khabar berlakunya perkara tersebut ialah Nabi s.a.w melingkungkan kain pada Ali, Fatimah, Hassan dan Husin r.a kemudian mendoakan “ Ya Allah! Mereka adalah Ahlul Bait aku, maka hilangkanlah daripada mereka sifat-sifat yang keji dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya”. (al-Muntaqa Lil Hafiz Az Dzahabi)

Bukti yang lain ialah ayat ini berada di tengah-tengah ayat yang mengandungi perintah dan larangan ( sila baca Al-Ahzab 30–40) urutan dan konteks ini jelas menunjukkan ia adalah perintah dan larangan; dan bahawa isteri-isteri Nabi s.a.w, adalah daripada Ahlul Bait kerana ayat ini ditujukan kepada mereka.

Selepas turun ayat ini selama enam bulan Rasulullah s.a.w lalu melintasi rumah Fatimah r.a setiap kali keluar kerana menunaikan sembahyang dan berkata :

“Tunaikan sembahyang wahai Ahlul Bait”

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat 33 surah Al-Ahzab. (HR. at-Tirmidzi.. Hadis ini juga diriwayatkan dalam banyak kitab2 Syiah.. antaranya Kitab Biharul Anwar oleh al-Majlisi)

Hadis ini jelas menunjukkan perkaitan ayat ‘تطهير’ dengan amalan seperti hadis :

“Beramallah wahai Fatimah, kerana aku tidak dapat berbuat apapun di sisi Allah bagi pihak dirimu”.

Sekiranya ayat dalam surah ‘تطهير’ membawa erti Ahlul Bayt itu maksum, maka ini bermakna semua sahabat, malah seluruh umat Islam adalah maksum, kerana Allah berfirman :

“Tetapi Allah hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatnya kepada kamu” (al-Maidah : 6)

Ayat dalam surah Al-Maidah ini jelas ditujukan kepada seluruh umat Islam kerana ia dimulakan dengan ayat (wahai orang2 yang beriman!). Perkaitan ayat ini dengan amal juga adalah jelas kerana dalam ayat ini Allah memerintahkan umat Islam supaya bersuci ketika hendak bersembahyang. Oleh itu ayat: “Allah hendak membersihkanmu” bermakna: hendaklah kamu bersuci supaya kamu bersih, kerana Allah suka dan redha kamu menjadi bersih.

“Untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan” (al-Anfal : 11)

Ayat daripada surah Al-Anfal ini turun ketika perang Badar, namun begitu ia tidak membawa erti bahawa sahabat-sahabat yang menyertai perang Badar adalah maksum. Ayat ini seperti juga ayat surah Al-Maidah menghendaki supaya para sahabat menyucikan diri mereka zahir dan batin kerana Allah redha, kasih dan perintah mereka menjadi manusia yang bersih zahir dan batin.

Jaminan seseorang itu akan masuk syurga tidak bermakna dia maksum dari sebarang dosa kerana seseorang itu masuk syurga hanya dengan rahmat Allah  seperti yang disebut dalam hadis, dan Allah berkuasa mengampunkan dosa sesiapa yang dikehendakiNya.

Jadi, kesimpulan daripada penjelasan di atas, Ahlul Bayt selain Rasulullah s.a.w. tidaklah maksum (terpelihara daripada dosa).

– Dalam al-Quran, yang ada hanyalah ayat yang menyuruh berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan bukannya suruhan berselawat ke atas ahlul bayt.. Juga diragui kenyataan bahawa jika tidak berselawat ke atas ahlul bayt, maka tidak sah solat.. kerana dalam mazhab Syafie hanya menetapkan selawat ke atas Nabi s.a.w. sahaja yang wajib ketika tahiyyat akhir.. manakala selawat ke atas ahlul bayt (aali muhammad) adalah sunat.. sama seperti selawat ibrahimiyyah..

– Yang selainnya, memang disebut akan kemuliaan ahlul bayt dan kelebihan2 mereka.. oleh kerana mereka diharamkan menerima zakat, maka mereka diberikan 1/5 daripada harta rampasan perang (khums)

– Juga sememangnya wajib mencintai ahlul bayt.. seperti mana wajib juga mencintai para sahabat Nabi s.a.w. yg lain seperti Abu Bakr, Umar, Uthman, Abu Hurairah, Muawiyah dll.

– Wajib mentaati Ali r.anhu ketika beliau menjadi khalifah seperti mana wajibnya taat kepada Abu Bakr, Umar dan Uthman semasa zaman pemerintahan mereka.

– Dan sememangnya benar bahawa sahabat2 memuliakan ahlul bayt.. tetapi tidaklah sampai ke tahap memuja seperti yang dilakukan oleh puak Syiah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. ustaz

    adakah seseorang itu dianggap syiah jika
    dia mengucapakan alaihisalam ketika menyebut
    nama Imam Ali ???

    contoh Imam Ali as….

    1. majoriti ahlus sunnah mengkhususkan nisbah alaihissalam itu hanya kepada para Nabi selain Nabi Muhammad s.a.w. Adapun gelaran alaihissalam yg diberikan Syiah kepada Ali kerana mereka menganggap Ali itu sudah sampai ke tahap para Nabi bahkan lebih baik daripada Nabi alaihimussalam.. sbb tu mereka menyatakan bahawa Ali itu maksum (suatu keistimewaan yg hanya ada pada para Nabi)

      adapun istilah lain spt karramallahu wajhah ada dipakai sesetengah ulamak ahlus sunnah.. namun, yg diterima ahlus sunnah secara umum adalah panggilan Ali r.anhu..

  2. Wahabi nie.. ustazkucing nie.. kalu xgadoh xboleh kaa.. selawat lah kamu dgn selawat yg sempurna..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme